BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 20, 2009

Sebab-sebab saya trauma kepada teksi

Salam u all


Untuk tidak menghampakan toyboy I yang gorjes di Landeng itew dan untuk menidakkan tuduhan palsu Madame DeVega yang kata I lagi pemalas daripada dia, I kena la buat posting kan.

Last time, ada one of my blogger friend yang mintak readernya menceritakan pengalaman pahit mereka naik teksi dan I cakap I memang banyakkkkk sangat pengalaman tidak menarik dengan debar-drebar teksi di Malaya ni sehingga dah hampir 7 tahun I tak pernah dah tahan teksi.

Terlebih dahulu I nak buat disclaimer ini kepada Kak Wos sebelum dipelangkungnya I, " Wos, kecuali teksi kaler hijau kepala burung milik sayangmu itew, kalau teksi tu, aku akan tahan tanpa rasa was-was dan terus memberi sebungkus yong tau fu kepada beliau untuk dikirim pada mu, kerana beliaulah pemilik cum pemandu teksi yang paling mulia di bumi ini, tidak seperti mereka2 yang lain"

Mula-mula naik teksi Cina, bertiga ngan my riend untuk menemankan salah seorang daripada mereka yang akan berjumpa kekasihnya buat kali terakhir di taman burung kuala lumpur (nak break off la ni) . Alangkah hindustannya mereka itu bertemu dan berpisah di Taman Burung????? I tau salah seorang daripada mereka adalah pembaca senyap blog ini, yeeee sister, ko jotoslah kepala aku nanti.

Ketika itu aku memakai baju knitted milikmu Zura (yang juga membaca dalam diam di ofis ye) I dengan machonya dok depan. Minah dua orang tu dok blakang sebab silent reader tengah konsultasi minah yang nak breakoff tulah kekdahnya, so I seperti cover line gitu , tak nak campur la konon (padahal aku tak paham sebab deme speaking German Pantai Timur). Maka terjadilah dialog ini yang langsung tidak disedari oleh mangkuk2 kat blakang tu hah.

Apek : Wah u suka ini lagu ar??? (sambil menguatkan volume radio buruk beliau)

Diriku (sengih je)

Apek : Goyang-goyang lah, ini macam (sambil mengoyangkan kepala tiga suku beliau)

Diriku : dalam hati (WTF)

Apek : Amoi u pakai ini macam punya baju tadak panas meh?

Diriku : Taklah

Apek : Yalah ada lubang2 kan (knitted) angin masuk...

3 minit kemudian

Apek : U manyak putih lah Amoi, macam cina (bodoh nak mampus aku dikatakan putih mcm cina, kot nak ayat aku pun janganlah bagi kenyataan bohong kan, terbantut plak aku nak perasan pun)

Diriku : *mengetap bibir dgn penuh rasa marah dan berperasaan seperti nak bertukar jadi Hulk

Apek : U punya body mesti lagi putih punya wo

Ba alif ba ya betul la Apek setan tu kan. Nasib baik dah sampai dan aku terkesima nak menjawab sebab di ketika itu sangatlah innocent dan suci, nak maki orang pun belum belajar lagi kan.

Kejadian ke-2, juga naik teksi Apek. I rasa mungkinkah Apek yang sama atau ketika itu KL memang dipenuhi oleh Apek2 tua sex maniac. I naik pun ketika jalan sedang gila jem di Jalan Ipoh. Dari kejauhan dah nampak sebuah teksi maha buruk tanpa penumpang,dalam hati hek eleh apa barang aku nak naik teksi buruk tengah panas ni, mesti air cond rosak. Tapi Apek yang berwajah manis pahit itu menjengukkan wajahnya yang sikit pun tak hensem itu lalu bertanya adakah I nak teksi.

Memikirkan kawan I yang dah tumbuh janggut menunggu I kat KL nun, dengan terpaksalah naik juga teksi lahanat terbabit.

Apek haram makan babi : Mau pigi mana ?

Saya : Pusat Islam

Apek HMB: Aiyaa mana itu tempat?

Saya : Dekat masjid negara sana, tau? Tempat sembayang punya

Apek HMB : (Muka blurrr macam tasmania devil, huduh) Wa tatau woo

Saya : (BODO BODO) Pergi Dataran merdeka je la (kalau itu pun ko tak tau aku seligi kepala ko)

Apek HMB : Aiyo situ manyak jem wo Amoi. Wa angkat lu sebab lu cantik saja tau

Tidakkah biawak pernyataan beliau itu? Apa dia ingat aku ayam? Tapi yang slacknya masa I nak naik , takde dia tanya. Dah jalan baru nak tanya. Tadi tu I macam baru nak cakap, syukurlah baik Apek ni nak berenti kat I dalam jem2 tu. Rupanya,cempedak dah jadi nangka.Itukah saja? Tidakkk. .

Saya : tak mau pegi sudah, berenti kat sini (jerit)
Apek HMB : OK la ok la u punya pasal. Jgn malah la moi.

Apek HMB: U sudah ada boyfren ka?

Saya : Apa lu mau tau?

Apek HMB: Kalau belum saya kasi u mulah sikit lo

Cissssss haram.

Saya : Tak payah, saya suka bayar mahal.

Apek HMB: U keleja ka?

Saya : Blajar

Apek HMB : ohhhh baca law ka (sambil memandang buku Law di tangan aku).Ini selani (serani) punya orang banyak jadi lawyer. U punya boyfren selani ka moi?

Saya : (cisss dia kenal ke bofren aku? mana dia tau ni? Adakah dia ni pembunuh upahan bofren aku (ketika itu) yang sedang menunggu masa untuk ditinggalkan?)

Apek HMB: U manyak cantik ar. U pandai hisap ka??

Saya : Hisap apa ???? Rokok??? U ingat I pompuan apa? (sungguh sucilah pulak aku di situ kan)

Apek HMB : Gelak2 Haiya Bl*w J*b la Moi, U ada bofren mesti pandai punya

Saya : Eh Lu berenti sini saya mau turun....

Apek HMB : Mana boleh berenti sini . Tunggu la.

Saya HMB: Aku terjun karang apek baik ko berenti

Apek HMB : oK Soly, saya tanya, saja mau kacau u.

Diam sekejap sambil nyanyi lagu Lompan Lonlau . Dia ingat best la tu. Bila berehenti je I cepat2 melompat keluar, sambil membaling RM10 kat dia, lantak la cukup ke lebih. Sempat lagi tu dia cakap : "Moi, wa sulah steam arr tgk u, ini malam balik mesti hantam wa punya bini "

Adakah tidak HMB itu Orang?. I terus blah tak tutup pun pintu teksi buruk dia

Kejadian ketiga ketika I dan kawan I yang menunggu I di pusat Islam tersebut di atas berkejar nak berbuka puasa secara berjemaah di Bangsar. Sudahlah kami berdua saja yang terlambat, dah almost 7pm, yang lain tu dah siap sedia melantak dah. Nak tak nak, terpaksalah tahan teksi. Agaknya sebab dah dekat waktu berbuka, semua teksi tidak sudi berhenti sehinggalah kami mengambil keputusan nak berjalan kaki dan tawakkal sahaja nasib diri kami kepada Allah dan menerima dugaan yang mungkin juga balasan kepada dosa2 kami selama ini.

Adalah seorang Mamat teksi ni pun berhenti.

Mamat jiwa kacau : Nama saper?

Kwn I : Sejak bila plak naik cab kena register nama?

I : Awak buat survey rakyat termiskin ke pe?

MJK : Eleh sombong, tanya nama pun tak bleh

I : Kiterang tak berminat pun nak tau nama awak

MJK : Ala cakap juga kalau tak saya tak nak berhenti, saya bawak korang balik Cheras

Kawan I : Eh mamat ni saiko ke pe?

I : Saya Siti Esah ni kawan saya Seripah Selewa Begum Al Banjari (sebab pakwe dia banjar)

Hambekk ko nak sangat nama ye.Hambik la nama makcik guard tu.

MJK : ok ok . Budak UM Ke

Kwn I : Ha ah (tipu)

MJK : Kolej ke brapa??

I : Eh awak ni jgn ar lebih2 plak.

MJK : oK tak nak cakap takpe, kita pusing round about ni

And he technically pusing round about tu dekat 7-8 kali sehingga kita orang dah meraung dah macam Nyiang Rapik.

MJK : Nak cakap tak?

I : Ni dah masuk waktu berbuka la bahlol, ko ni setan ke pe

MJK : Cakap dulu

Kwn I : (yang berpakwekan budak UM) Kolej ke 7 puas hati

MJK : Betul ni ?

kWN I : Betul la syaiton. Cepat lah

MJK : Kalau saya pergi cari takde?

I : Ko ingat ko je gila, nak tengok aku punya gila pulak? (Masa tu dah sampai dah destinasi we all, tapi si setan tu refused to open the damn door.)
I menumbuk numbuk cermin teksi tu macam mangsa kena culik dan jerit "Tolong, tolong orang gila perogol"

And my act managed to attract a few people and they eyed him curiously. Barulah dia bukak pintu. And u know how much we paid him? Sorang Singgit and I even throw him a 5 cents extra. I rasa dia pesakit mental yang terlupa makan ubat dan bawak teksi bapak sedara dia yang sedang memerut kot.


Kejadian Ngeri ke-4 berlaku di depan Denmark House ketika I pregnant with my first child dan zaman-zaman I pergi court dulu la. After my job settle, I wanted to do some GAJBUT (read gaji buta) la sikit dah alang2 keluar tu kan. Sebab masa tu I adalah kecik sikit daripada mak gajah, I decided to take a cab.

And abang teksi itu bertanyakan soalan tidak brapa pandai yang sangat menyakitkan pankreas dan organ dalaman I

Abg teksi nampak warak tapi WAROCK: Ni awak blum nak bersalin lagi kan? Takut terkeluar plak kat dalam teksi saya ni karang.Tak pasal2 pasal saya jadi bidan.

Adakah dia ingat I teringin gedik2 sangat nak dia jadi bidan anak I? Adakah dia ingat I ni die hard fan dia yang bercita-cita nak letak nama dia dalam borang beranak as nama orang yang menyambut kelahiran???? Uttar Pradesh.

Dan kejadian terakhirnya, the most recent lah kiranya. I terpaksa naik teksi yang drivernye botak , misai melintang dan pakai spek hitam mcm Matrix. Wuyoooo very the ngeri mukanya. Nasib baik takde parut melintang kat mata.Dia tanya I nak pergi mana pun as if dia tanya " Mana ko sorok dadah tu?" ha kau garang siyot.
Sampai kat round about persiaran kayangan shah alam, ada lah sorang mat rempit ni sudah cilok depan teksi dia. Dan mamat lanun ni sungguhlah berangnya dan memaki hamun mat rempit tu sambil menunjuk kan jari telunjuknya ke arah mat rempit tersebut macam God Father ok. And I kat blakang tu feeling jadi tebusan pun ada.Tak cukup ngan maki hamun dia hentak plak dash board keta dia tu. Waaaah sungguh takut. Hampir-hampir I nak cakap. takpelah bang, tak payahlah susah2 hantar saya, saya boleh balik jalan kaki.

Mesti u all ingat apa kes minah ni cerita teksi dan drebarnya tiba-tiba kan? Yesterday, ada sorang pompuan ni bergaduh ngan bofren dia, seorang pemandu teksi, kat lorong blakang ofis I. Punyalah kuat suara mamat tu marah aweknya macamlah salah member tu 39B Akta Dadah Merbahaya. Minah tu cool aje. They fought in his cab la, but her door was widely open, of course giving advantage to us penonton di sebalik cermin gelap.
The issue was mamat ni mengamuk sebab minah ni call awek dia lagi sorang, budak Sabah. (Tu dia laporan aku detailnya) Last2 ditolak nya budak pompuan tu keluar and dia blah. Budak tu of courselah terseret sebab kaki tersangkut kat keta. Berdarah-darah kepalanya.Siann sungguh.

Tu yang teringat balik kisah2 drebar teksi ni.

30 comments:

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Mak oiii,sungguh akak terngeri bila baca pasal mat teksi ni...tapi kan masa zaman akak muda muda dulu,tak pernah pulak terkena macam ni...
maybe badi paklong akak yang polis pencen pastu bawak teksi dan abang sulung akak pun bawak teksi..so these teksi man takut kot...

Nape kamu tak tolong baling bom kat mamat teksi yang bergaduh tu...dah lah durjana dan curang, dah belajar nak membunuh orang lak tu...ishhh ishhh

Tijah said...

waaa! kisah apek tu mmg menakotkan. kesian bini dia mlm tu tak pasal2 kena hantam kan?

Anija, said...

hahaha... bila kita ingat kisah2 iteww memang kita rasakan ramai sungguh rakyat Malaysia yg jiwa kacau.. kacau jiwa sorang2 dah la, mengacau org pulak.. dah, anak2 kita nanti tok sah bagi naik teksi.. beli keta sorang satu!! haha..

Cik Puan Kamil said...

Minah... No 1.. aku beru nak tinggalkan msg yang tak best kat hang sebab punyalah lama tak update blog..

Yang kedua... mintak maap le.. walaupun cerita hang seram and Apek 2 ekoq tu plus Mamat Jiwa Karat tu buleh kena tangkap for sexual harrassment, aku gelak wei guling2 kat opis ni... KAH KAH KAH KAH KAH...

Yang ketiga... hang tu cun lah tu sempai Apek pun soka... Aku naik teksi driver tu tak pandang pun... Yang complain pasal kerajaan banyak lah... hahahahahahah

wos said...

kahkahkah!
wehh.. aku pon ada jer kisah duka ngan pemandu teksi nih...
aku slalu kena ngan yg baran-baran la.. bodoh betoi!!
tp ko untong gak per.. sbb ada gak dpt puji-pujian.. wakaka!!
pangai laki aku pon, aku tataw la kan.. mintak2 dia takde la buat pangai keji cam tuh..
tp skarang dia dah buat part taim jer, sbb dia dah keje opis balik.. opis baru dia kat area Shah Alam nun.. eh? ko kejer kt area sana kan? pas nih ko usha2 la teksi ijau tu.. pehtu ripot kat aku oke?

liadevega said...

terima kasih sbb bagi kredit kat aku...

hang bukak la sykt teksi sendiri, buat yg ada unsur2 islamik sikit...barulah kurang org lain kena macam hang.

wanshana said...

Eja,

Akak memang phobia bila naik teksi, especially bila dengar macam-macam cerita/experience orang. And membaca posting you ni menambahkan lagi phobia akak!!!

Normally when I take a cab, masuk aje kereta tu, I would send SMS to hubby - bagi nombor registration cab tu. Lepas tu I pura-pura berlakon call him and sebut nombor cab tu antara separuh dengar dan tidak (but, I make sure si drebar sebenarnya boleh dengar), so that dia tak berani buat apa-apa kat akak. Macam penyakit lah pulak kan? Hehehe!

But, better be safe than sorry.

Hazrey said...

hahahaha... kau memang ada bakat untuk menjadi mangsa. Kah kah kah kah. Kalau tak, takderlah entry ni. Betul tak? Haa nak saman? Kenapa kau tak saman jek drebar drebar teksi tu semua?

Salt N Turmeric said...

Ni lagi sorang kena mandi bunga! hahaha.

eynda said...

Eynda pun dah trauma kepada teksi...padahal sebelum kawin dulu relaks je naik teksi sorang2 dlm KL masa training huhu....

Yg buat eynda trauma bila satu hari turun dari bas ekspress utara-KL, pemandu2 teksi sibuk suruh naik teksi diaorg...bila cakap takmau sambil berlalu, eynda dengar sorang pemandu teksi cakap..."adik...adik lawa la.." haaaa...pas tu depa dok gelak2 pulak...uiihh...lepas tu tak percaya dah kat pemandu teksi!! Bahaya!! Tak semua la kot tapi sebab takmo ambik risiko dah kann...takmau la naik teksi tanpa orang yg dipercayai teman....

Mama Huptihup said...

wahahahahaha....padan muka hg..pi mana x ajak aku, tu la pasai!

MrsNordin said...

Hisshh... horror lah cerita taxi drivers you ni! Tak de kerja ke apa diaorang ni nak impose on you like that! Kalau I, dah report polis!

Hey, take care ok? And jangan naik teksi lagi!!

Mimi said...

kisah2 pemandu teksi yg ala2 dejavu gitu...masa study la paling tensi bila naik tensi...rasa mcm 'awat la lmbt gila perjalanan ini'..tolonggg..

tp aku respek la kt hang pasai campak 5 duit kt org tu..berani nooo..aku kalo jadi camtu ketaq lutut..huhu

Ibu Adam said...

ahkakkkk Rose..

Apek HMB tu memang amat menaakoottkan ok!

Walaupun I simpati pada you tapi I terpaksa jugak ketawa senyap senyap sambil mengalirkan air mata..tak tahan la..hiks..

Puteri's territory said...

Ini jelas menunjukkan betapa menggiurkan engkao sehingga bisa mendebarkan jantung jantan2 di luar sana tu. So takyah lah diet2 tu nanti tertepis lagi berbagai dugaan yang mendatang nanti. ahak ahak.

Anyway I pun ada trauma dgn drebar teksi when I was in Form 4. I remember it was a Friday my friends and I nak gi McD after school. So friday kan susah dpt teksi sbb org semayang jumaatlah apa kan. SO tunggu sikit punya lama pas tu nampak ada one taxi stopped at the opposite side sebab ada another group of girls tahan tp diaorang tak naik pas tu teksi tu u-turn lah nak amik kitaorang punyalah happy nak dapat teksi pas tu terperasanlah bebudak tadi yang on the opposite side tu start flailing their arms frantically sambil jerit "no no no" dlm hati meroyan ke apa minah2 ni.
So i approached the driver dan saat itulah my first experience menyaksikan sesuatu yang maha dahsyat. THe driver tu 'flasher' siap dah berbuih2 dah benda tu. Goodness sedih dan traumanya tak terkata masa tu yelah dulu mana ada nengok benda2 yg x rated ni kan, so last2 makan jelah keropok lekor keras kat kantin sekolah aje. Sekian.

Naz in Norway said...

People, next time nak naik teksi, sila siapkan satu peket chili-boh dan satu peket belacan expired. Kalau driver teksi tu buat pasal and not driving, buat lah apa yang patut dengan chili tu. You catch my drift kan?
Kalau dia stop and let you guys off, sila selitkan belacan tu bawah seat dia dan keluarlah dengan muka yang selamba ...

MK said...

saya mmg sejak azali takut naik teksi. rasa mcm serah diri kat org jahat je... hiks

Encik Ayie Yang Garang said...

ouh my goddd! i am sooooo puas dengan entry nih. tapi kan...
'tak payahlah susah2 hantar saya, saya boleh balik jalan kaki'
rasanya sepuluh langkah akak berjalan, baju dah basa lencun.

Hasz Rah Lope loPe said...

hahahah..
kelakar la...
tp cm seram la jugak.....
rse terus takot...
dulu time study kat POLY PD, mmg nek teksi je la nk g mane2, tu je la public transpot yg ade.....
nsib xpnh kene cm ko kne nih....
kalo tak, aku pengsan dulu laaaaa...
konfim

Desert Rose said...

*kak ezza>,

Mg dah buat dah molotov cocktail, tapi sumbu pulak tak der la...


*Tijah>
Sampai hati ko kesiankan bini dia??? ciss berpaling tadah la ko ni, sapa yg bayar ko ni cakap cakap..

*Nija>
Rakyat Malaysia stress seab terlalu bnyk pilihanraya kot


*Mirror mirror on d wall>

Jantan kalau sasau, kemaruk , lembu pun dia kata lawa..

*wos>

Tiada maknanye puji pujian dari berok mata sepet cam tu aih, kot la Brad Pitt yg puji, baru la aku melayang layang smp angkasa lepas

Desert Rose said...

*Liadevega,

Lagu tu kalau, hg ngan aku la kena bawak teksi.

*kak shana better sound like mentol pecah than be a victim, btoi.

* mangsa keadaan Hazrey, adakah muka aku naive sgt or baby faced spt yg ko suka sgt cakap sampai 98 kali tu?


* Farina , mandi bunga bawah jamabatn dalam tempayan di tgh malam? Pastu comfom kerasukan pontianak pulak

* Eynda, naik teksi make sure ajak 5-6 orng skali masuk, kalau sorang2 pun ajak je makcik2 yg tunggu cab tu naik skali, blanja sekali depa pun takpa


*Lyana,

Cheh ajak hg konon, masa tu hg bukankah meroyan ngan pakwe hg yg sekejap gila sekejap normal tu??

Desert Rose said...

* Dear Mrs N,

hORROR ok, can be fit into slot tower 13 kat tv3 tu, i wont ever take a cab again, rela naik bas..kot

*Mimi, tapi dulu tu la transport ketika kaya kan, apa nk buat. Msa tu aku blum mandi bunga la wei

*UW
Hu hu huhu....jgn guling kebey2 na, kesian baby terkejut dari lamunan

*Puteri

mneggiurkan apa kalau pakai baju besar , seluar baggy . Tudung manik pun pin sampai ke bawah tau, maklumlah student Islamic Institution kan, warak habis. kesimpulannya memang mereka itu dajjal sebenarnya ha haha.

But mg loya la flasher yg u cerita tu ek, my fren 2 orng pernah kena, in a very crowded place plak tu, sah gila sasau.

Desert Rose said...

*kak naz

yezaa, at least kalau tak sempat utilise the chili boh, kita lenyek belacan tu kat back seat teksi beliau ....forever busuk abadi


* MK.
tAK PAYAH MENCUBA, jalan kaki lagi baik, tak pun pergi balai polis, mintak polis hntrkan

*Boboy yg gorjes

Kepuasan hakiki???? ahaks, kesan makan taugeh dgn akarnya kah??

*Hasmida,

Tq datang umah ..

Jgn lah pengsan dulu, karang tah kat mana2 tah dibuangnya ko karang, adoiyai. Larik dulu, sampai hospital baru ko pengsan tau

Zaleha Khairene said...

thanks for the post...i'm so gonna tell my family members and friends..lama jugak tak naik cab dah sebenarnya

Cik Kiah said...

Nampak sangat aku tak segorges mu..tak nah lak kena ayat dlm teksi. Yg kata aku tembam ada la...

Desert Rose said...

*Khairene,

Hey u, dah pindah rumah eh???? Missed visiting u, good that u r back. So i heard, have a blast vacation babe...


*CK,

Aku tidak menghargai langsung pujian palsu apek2 itew CK, kerana mereka hanyalah jantan horny yg nak mampus. Achi tue kerepot pun dia ckp gorjes kalau dah naik syeh uwekkkk

Sis Dyna said...

Haha~ aku pown besa kena ayat mantop baek punye ngan drebar teksi..kebetulan barang aku banyak tyme tu..ayat2 chenta pertama mcm besa la..mintak riwayat idop aku..pehtu dah tataw nak tanya pa..dia tanya pulak : Apa brang yang banyak sangat tu?
Aku jawab : Alat pengurusan jenazah..kain afan,cendana,kapor barus,and so on so on..sambil aku sengeh..
dia tanya : awak buat apa dgn bnda2 tu semua? intonasi & riak muka mcm ingat aku nak pekena dia..
aku jawab : saya kena cari duit dok kl ni..mak ayah org susah..famili saya semua mmg keturunan set2 mengurus jenazah kat negeri saya..saya pown mmg nenek ajar dari kecik lagi..so kat cni saya buat bisnes ni la..untuk kedutaan indonesia..urus mayat rakyat indonesia sebelom depa hantaq balik..so dengan mayat ni mmg dah besa sangat la!
haha~terus dia diam tadk cakap pa dah pahtu..

LadyMarko said...

Haii...kalau dikumpul2kan memang mcm2 citer pemandu teksi ni. I have fair share tapi maleh la nak story.

You're hilarious... tergelak2 i baca your posting ni. Gerenti mak datang lagi. I link ok?

Lee said...

Hello Desert Rose, that is sure one real cheeky Apek, arhaaaa ha ha. Hilarious! Lee.

Al-Qolamun said...

salam Desert Rose,

First time reader here. Love your entry about the cab drivers and yes I happened to have a bad one too. He showed me his freakin' ugly d*&^. I got scratches and 2 stitches lompat keluar taxi di Subang.
Neway, keep on your cheerful mood in writing. I enjoyed reading them all.