BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 2, 2010

PESANAN DARI SEORANG IBU KEPADA IBU (PENTINGGGGG SANGATTT)

A friend was so concerned that she is a working mother of four. At times she was afraid that she has not been a good mother and that her kids were raised up without her.

What's worst, dia sering diperlecehkan oleh kawan-kawan yang membuat pengorbanan berhenti kerja and gave up their 4-5 figure salary just to look after their children.

-sigh- Most working mothers face the exact same dilemma, myself included.

I tried my level best to be at least at par with my kiddos expection of a good mother. I know how terrible she felt. Coz ada masa -masa yang I felt the same way.

Smallest of things like feeding our children with our own hands, mengajar anak mengaji spending quality times with them menjadi suatu duti yang sering tidak dapat dilaksanakan kerana kesuntukan masa.

But then again, Allah memberi ilham ketika munajat kepadaNya.Apakah kriteria yang menjadikan seorang ibu itu ibu yang mithali, ibu yang baik? Adakah hanya dengan menyuapkan nasi ke mulut anakmya?Adakah dengan doploh pat jam mengadap muka anak? Mandikan, bedakkan, cebokkan?

The answer is ILMU. Menjadi ibu yang jika tidak excellent pun, cukuplah sekadar ibu yang sentiasa dirahmati Allah, betul?

Apakah ciri-ciri wanita di samping Rasululullah? Mari kita selusuri watak buah hati Nabi yang kita kasihi. Bukankah itu watak-watak yang perlu kita jadikan rujukan dan contoh kerana mereka adalah wanita-wanita yang mendampingi Nabi S.A.W. ? Segala perbuatan dan amalan mereka sentiasa dalam pemantauan Rasululullah, dan mendapat panduan Allah, bagaimana mungkin mereka akan tersasar ?

 Khadijah R.A, for instance, bagaimana sifat dan peribadi beliau? Adakah beliau seorang yang hanya duduk di rumah ?

Khadijah dikenali sebagai wanita hartawan dan seorang businesswoman yang tersohor di zamannya. Hebatnya Khadijah, di kala bangsa Arab jahilliyah menanam anak-anak perempuan mereka hidup-hidup dan kaum wanita dianggap barang oleh kaum lelaki, beliau menjadi seorang enterprenuer yang disegani masyarakat. Apakah mungkin seorang pedagang sehebat beliau tidak berilmu?


Dari rahim beliau sahaja Rasululullah mendapat zuriat, dan tidak dari isteri-isteri baginda yang lain termasuk Saiyidatina Aisya. Lihat sahaja bagaimana akhlaq Fatima Az Zahra , puteri mereka. Bukankah itu hasil didikan seorang ibu yang berilmu?

Khadijah lebih berusia dari Rasululullah ketika mereka bernikah. 15 tahun lebih tua. Usia beliau sudah 40 ketika itu, sudah pernah dua kali berkahwin dan mendapat dua orang putera hasil perkahwinan pertama , seorang puteri dalam perkahwinan ke dua. Tujuh orang lagi dianugerahkan Allah ketika perkongsian hidup bersama Rasululullah.

Bayangkan seorang wanita yang anggun, jelita, berilmu dan sangat taat kepada Allah di mana ketika itu masyarakat arab jahiliyyah sibuk menyembah berhala, beliau tetap menyembah Allah dan mengamalkan seruan Nabi Ibrahim, dan hartawan pula. Beliau juga seorang dermawan yang sangat disanjungi oleh penduduk Makkah.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana. Khadijah sudah cukup matang di usia 40 tahun. Sangat-sangat bersesuaian dengan Nabi yang telah kehilangan ibu sejak kecil. Beliau dalah isteri , teman, kekasih dan sahabat Rasululullah dalam bayangan seorang ibu kepada Baginda.Tidak hairan jika Rasululullah sangat-sangat mengasihi Khadijah sehingga pernah Baginda berkata Allah tidak pernah menggantikan Khadijah untukku.

Ketika kehilangan beliau, Rasululullah sangat2 bersedih sehinggalah Allah mensyariatkan Solat untuk menghibur hati Baginda (bukti solat adalah ubat segala derita dan kesedihan).

Bayangkanlah, Jibril pernah menyampaikan salam Allah dan salam dirinya sendiri kepada Khadijah, Subhanallah sungguh hebat wanita ini. Tapi kita sering hampir tidak mengenali beliau sedangkan peranan beliau adalah sangat signifikan dalam pembentukan diri seorang Rasul akhir zaman. Beliaulah yang bersama-sama membentuk keperibadian Rasul kita yang kita kasihi, dan seterusnya menjadi dorongan dan tunjang kepada perjuangan Rasululullah. Tidakkah kita sepatutnya terlalu berterima kasih kepada beliau dan bersyukur kepada Allah kerana mengirimkan kepada kita icon sehebat beliau?

Beliau menggunakan semua harta miliknya untuk tujuan dakwah Rasululullah di samping sering suka bersedekah. Jadi tidak timbul soal wanita yang berkerjaya hebat membantu suami yang mungkin tidak mempunyai kelebihan itu. Asal sahaja suami itu suami yang soleh dan taat kepada Allah, usahlah bersedih kawan2ku yang pendapatannya melebihi suami dan sering menjadi umpat keji orang kerana keadaan itu.

Kita lihat pula Aisya R.A. Begitu juga adanya. Aisya juga bukan seorang isteri yang hanya diam di rumah. Malahan suaminya yang mulia itu membasuh dan menjahit pakaian sendiri dan tidak pula pernah menyusahkan isteri baginda.

Tiada teks yang mengatakan memasak, membasuh dan sebagainya adalah tanggungjawab isteri. Dalam Islam, suami wajib meyediakan diri untuk membantu isteri dalam hal ehwal rumah tangga , dan jika mampu harus meyediakan pembantu. Begitu modennya Islam yang dianggap kolot kan?

Jadi di mana kebenaran teori yang mengatakan dalam Islam isteri itu harus menjadi hamba kepada suami? Kerja-kerja rumah itu kebiasaannya dibuat oleh wanita atas dasar budaya dan fitrah kelembutan dan kesabaran juga ketekunan seorang wanita itu. Maka jika kita buat, adalah bonus kepada kita , tapi harus ikhlaskan diri buat kerana Allah.

Aisya juga dikenali sebagai seorang wanita yang sangat-sangat pintar. Adakah kepintaran itu bukan bukti beliau seorang yang berilmu? Aisya juga banyak meriwayatkan hadis, dan membantu dalam perjuangan baginda.

Walaupun Aisya tidak mempunyai zuriat, tapi beliau sering dijadikan rujukan oleh wanita-wanita mukminin ketika itu.

So, berkerjaya atau suri rumah sepenuh masa bukan soalnya. Titik penting di sini adalah ILMU. Lihat sahaja bagaimana Siti Aminah sendiri menyerahkan Nabi kepada Halimahtus Saadiah untuk disusukan dan dijaga.

Jika wanita itu mampu menyurirumahkan dirinya dan di samping itu menlengkapkan dirinya dengan ilmu menjadi seorang ibu yang diredhai Allah, that is very well and good.

Tapi jika she is staying at home tetapi fokus utama nya bukan untuk mencari keredhaan Allah tetapi meletakkan matlamat lain sebagai landasan kenapa dia nak jadi suri rumah sepenuh masa, contohnya supaya anaknya mendapat makan dan minum yang sempurna, maka itulah sahaja ganjaran yang dia akan dapat.

Tetapi sekiranya seorang ibu itu adalah ibu yang berkerjaya tetapi jelas matlamatnya , maka janji Allah itu adalah benar belaka.

Apakah ilmu yang maha penting dalam menjadi ibu yang insyaallah mendapat rahmat dan redha Allah?

JANGAN SELFISH. Kerana kita sering menyatakan bahawa KITA NAK KAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK2 KITA, SUPAYA MEREKA CEMERLANG DALAM PELAJARAN DAN KEHIDUPAN MEREKA KELAK.

Tapi kita lupa, the ultimate reason kenapa kita dilahirkan di dunia, dan kenapa Allah menjadikan kita seorang ibu.

Tugas ibu yang maha penting adalah mengajar anak2 mencintai Allah dan Rasululullah..... takot? Ya memang menakutkan kerana jika kita tak mampu maka it doesnt make us a good mother , regardless kita ni suri rumah or ibu yang berkerjaya. Itu suatu projek mega yang bukan main-main ok.

Sekarang kena tengok anak2 kita sendiri, sudahkah mereka menyintai Allah dan Rasul melebihi kecintaan mereka kepada kita ? Adakah mereka lebih sayangkan PSP dari Al Quran? Adakah anak-anak kita bersolat lima waktu dengan penuh kesedaran bahawa Allah sedang menyaksikan setiap perbuatannya dan takut akan neraka? Adakah anak-anak kita takut untuk melakukan perbuatan mungkar kerana sedar malaikat ada untuk mencatatkan segala amalan baik buruknya? Sudahkah anak2 kita sentiasa berjiwa besar berbuat kebaikan bukan kerana mengejar ganjaran hadiah daripada kita, tapi semata-mata kerana berlumba untuk mencari syurga Allah? Dan adakah anak2 kita mencintai dan merindui dan mengidolakan Rasulnya melebihi orang lain di dunia ini?  Itulah yard stick yang menentukan whether are we or are we not a good mother. Bukan lah berapa kali kita masak dan suap anak kita makan dalam satu hari.

Suatu lagi kealpaan kita adalah bila mana kita mendidik anak2 kita untuk kepentingan diri kita sendiri yang kita anggap sebagai harta dan milik mutlak kita.

Anak-anak adalah anugerah Allah kepada kita kerana Allah sayang pada kita dan percaya kepada kemampuan kita untuk mendidik mereka menjadi khalifah yang menegakkan agama Allah.Kerana pada dasarnya kita semua adalah khalifah Allah, wakil2 Allah di muka bumi ini. Bukankah kita ini sebaik-baik kejadianNya?

Anak-anak adalah hak Allah, begitu juga kita. Kalau kita sering berkata pada anak2 bahawa kita sayang mereka kerana kita lah yang mengandung dan melahirkan. Jadi cuba bayangkan betapa besar lagi kasih  pada yang menciptakan anak itu???? Tidakkah Dia lebih menyayanginya? Cuba berfikir dan kita akan sedar bahawa kita hanya meminjamkan rahim kita untuk melahirkan seorang KHALIFAH.

So adakah tanggungjawab kita sekadar bagi makan dan memastikan anak2 kita dapat pelajaran sewajarnya sahaja? Beranikah kita mengadap Allah hanya dengan itu?

Mari kita hayati suatu kisah di zaman saiyidina Umar Al Khatab. Saidina Umar diriwayatkan sering keluar meronda malam2 macam rukun tetangga untuk melihat keadaan rakyat jelata. Bila lalu di tepi sebuah rumah penjual susu, Umar terdengar perbualan anak perempuannya dengan ibunya. Ibunya menyuruh anak nya mencampurkan air dengan susu supaya untung lebey. Maknya berkata Umar takkan tau punya taktik kotor tersebut. Tapi budak itu takmo sebab katanya Umar tak nampak tapi Tuhan Umar pasti tau. Umar sangat terpesona dengan akhlak budak perempuan tu dan berusaha mencari jodoh yang terbaik untuknya, bila satu pun tak jumpa, Beliau menikahkan budak itu dengan anaknya sendiri. Dan beberapa generasi selepas itu, maka lahirlah KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ,seorang khalifah yang sangat hebat dalam sejarah  kekhalifan Islam (sila pi baca sejarah Islam okay puan-puan) di mana pada zamannya, Islam begitu agung.

Kesimpulannya, budak penjual susu yang begitu sederhana tu tau ke akan lahir dari keturunannya seorang Khalifah yang begitu hebat?

Jadi bukankah salah kita jika potensi dalam diri anak kita untuk menjadi seorang Khalifah Allah yang excellent itu tidak kita cari dan kita bina? Bukankah salah kita jika anak kita yang mungkin mampu dan berpotensi untuk menjadi seorang ilmuan Islam suatu hari nanti , tapi tidak kita ajarkan iman, islam dan ihsan, lalu dia sesat sehingga  akhirnya menjadi mat rempit???

Itulah ilmu menjadi ibu. Bukan sekadar bagaimana cara terbaek memerah susu sendiri dan mengetahui bila expiry date susu kotak, roti dan biskot cipsmore anak kita atau pandai masak makanan yang disukai bukan saja anak sendiri tapi juga anak2 jiran. Itu semua adalah bonus sahaja.(Saya bercakap pada diri saya sendiri nehhh)

Tapi yang kita kena paham adalah the ultimate goal kita mendidik anak2 untuk masyarakat dan demi
Islam , kerana Allah.

In short, relevan lagikah persoalan mak dok rumah or mak pi kerja?

Akhir kata majulah sukan untuk negara.

15 comments:

Tijah said...

kesimpulannya...sama2 kena ada ilmu ek. dok umah takat urus makan/pakai, bibik pun boleh buat.

ChentaHati said...

thanks a lot for the info. sgt2 bermakna... good sharing

rohaizahabas said...

apa lah hang ni...tengah sedap sedap baca tulisan yang berapi api ni,ending dia potong stim laa...hahaha

Hidup dessert rose!!!

captainlukman said...

mmg susah utk menjadi ibu, ini hanyalah disedari setelah duduk jauh dari dia.i loike this entry...

Unknown said...

Salam..
Lama dah tak singgah blog ni. (lama dah tak singgah blog I sendiri pun h ahaa).
Very well written, thanks for reminding us mothers of the mega project that we should be working towards in life..dan yang lain2 sebenarnya adalah small2 projek. Sometimes (me, included) tend to get it the other way around..

azieazah said...

Kak Azie tak tau nak komen apa. Setuju semua. Masih juga merasa tidak upaya nak buat semua tu...

adehhh

mumsie said...

you amaze me. TQ for this!

knv said...

thanks babe.

kay_leeda said...

Bagi markah penuh buat entry nih! Thanks for sharing *sambil playback berapa byk ilmu yg telah ku beri pada anak-anak ku...hu hu....*

Nin said...

Very good piece... thank you.

Ibu Adam said...

kak..air mata macam nak menitik baca entry nih tapi ending macam hampeh, cancel menangis tapi gelak sorang sorang. Mcm sewel kan?

Iolzs dah sebulan tinggal anak2 ngan laki, merantau mencarik rezeki kat kl. Sedih woh..blog pun tak larat nak hapdet. heheheh

*padahal alasan semata*

thank you for sharing ilmu ilmu gini. Banyak pahala akak... aminnnnn..

ieda said...

at times saya juga terasa ingin saja duduk kat rumah...FTHW.
tapi bila cuti seminggu saya dah rimas..hehe..kita ni semua serba tak kena kan..

Anonymous said...

salam semua...,
kazen..well done!!bagus..aku plg suka post hang yang ni..

kena selalu ingat..tujuan utama kita diutuskan adalah sebagai KHALIFAH..

tujuan kita melahirkan anak kita ke dunia juga untuk menjadi KHALIFAH..kerana itu, menjadi tugas UTAMA para ibu adalah mempersiapkan anak2 untuk menjadi KHALIFAH..

sbg konsultan, pndapat tegas saya akademik bukan ukuran..saya hairan bila semua org sibuk menyediakan anak2 ke arah akademik yang bagus tapi terlupa untuk memperkenalkan kepada mereka siapa TUHAN mereka..siapa IDOLA yang patut mereka ikut..

itu SEBAB JELAS kenapa di rumah saya tak ada ASTRO! kerana SAYA AMAT SEDAR BAHAWA ANAK2 SAYA DILAHIRKAN UNTUK MENJADI KHALIFAH...bukan untuk tujuan BERHIBUR!

itamrazali said...

Ini semua membuatkan aku ingin menjadi ibu sungguhpun aku jantan

Sheik said...

pemeliharaan Allah adalah yg paling penting utk anak2... dan utk mendapatkannya.... jeng jeng jeng

betul artikel ini.