BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 26, 2010

Sharing is Caring

I am so delighted today as my darling SIL has given birth to their first child. A gorgeous baby boy . Pics later as we are going to visit them this evening in KPJ Seremban.
So I felt like sharing today. I want to share this beauty tips with U peeps (chehh macamlah aku Ratu Uniberse plak la kan)
During my confinement period years back, I spent my time on the telly like 24/7 kot. As I got the priviledged of having an ortodox Mak Kandung and Mak Mertua, I was not allowed to do any work during that time, ahhh bliss. But kalau nak ikutkan, I wasnt allowed to even watching tv lelama becoz it would make my eyes rabun. I was not supposed to read as well!!!
Meroyan la Kak Pora lagu ni. What was I supposed to do ?? Berjacuzzi ? Bergossip ? What? So setelah berbakol punya pujuk rayu , Mom pun menyampah , so she let me watched tv for as long as I wanted to , provided that I do and eat ANYTHING she asked me to. Kijam kan Mak aku??Alhamdullilah lah I ni anak kandung dia, kalau anak tiri ? tataulah apa nasib diriku.
Among the tv programmes that I watched and I would never had the time or oppurtunity to watch otherwise, was Martha Tilaar eh salah, Martha Stewart talk show.
Best gak eh programme makcik ni.
She gave this tip on how she keeps her face supple and smooth. Kalau tengok memang lah pun , she look young despite her age..but arrr I tatau la plak how old is she. But I think she is not that young anymore otherwise awat la dia bagi petua untuk kelihatan muda kan, if she is like 24??
So this is her beauty regime which I trrrried to abide despite hujan panas salji mahupun taufan Katrina. But sadly, selalu I gagal, if not well comfom muka I jelita gaban punya kan.
How to clean your face every nite.
1. Apply baby oil all over your face. (she used Johnson & Johnson, so ikut jelah
jgn nak tanya I plak if u all nak guna minyak telon )
2. Take a face towel , wet it with warm water and clean your face gently, and try
to gently scrub all oil residue as it will goes off easily with all dirts on your
face. (untuk hasil yg lebih cemerlang, guna towel putih, so that u can see
berapa kilo daki bertepek kat muka u all)
3. Then wash your face with your facial cleanser
4. Use warm water to rinse
5. Wash your face with normal tap water or if U rajin , use cold water.
Voilaa .U will definately get an instant result of a clean and fresh face. And who said beauty is expensive? (except that if U want it to be that way)
Kalau tak rasa cemtu, then errr tenyeh ar muka u all ngan kertas pasir plak.

Tuesday, January 19, 2010

Hanya di radio

Some years ago, I needed a radio to study.Wajib. So Bapak pun kena lah belikan radio casette yang kecik dengan harapan anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan boleh menjadi Professor Gigi macam Cik Kiah tu ha, sejuk perut Mak dia. (well he had too high expectation of me sapa suruh) He even said he don't mind if we all jadi Gadis-gadis terlebih umur if we have an academic title kat depan nama we all like Cik Kiah.
But, Allah maha mengetahui, belum sempat convo anak bapak dah kawin. Dah nak sampai seru nak buat cemana gak. Tu pun ada orang nak, kot aku rejek, dah la tak jadi profesor , tak kawin2 . Alangkan aku kawin pun meroyan kronik dan sentiasa membuat jiwa laki ku kacau, jika aku tak kawin, cuba lah estimate berapa ramai lagi jiwa kacau disebabkan aku?? Jawab jawab.At least ada gak title Puan kat depan okay whatt??.

Eh melalut seperti biasa. (jangkit drp CP Kamil lah ni)

Kenapa I memerlukan radio kalau nak study? Ohw so the gedik kan. But I jenis study tengah malam, so secara teori banyaklah makhluk2 asing yang berlainan jenis dengan kita manusia ni berkeliaran. Pastu pulak anjing Uncle Teoh (arwah dah, bukan anjing nye saja, Uncle Teoh tu pun sama gak, dah undergounddah. kesian, mati kena bunuh ngan kekasih bininya. opss sempat lagi gossip. Akan dipanjangkan cerita autobiography uncle Teoh ni sekiranya ada permintaan ye puan-puan)
Mana tadi ? Owww Anjing. Ya anjing itu adalah radar pengesan hantu yang efficient. Hobi la pulak dia menyalak2 ala2 werewolf di tengah malam, buat citer New Moon ke apa tah.

So radio lah peneman dan pengubat duka lara. And masa tu non-ado lah stesen2 radio swasta yang DJ tahap femes amous. Sumernyer seperti meneka dalam kesamaran. Kot dengaq suara sedap tu imagine lah muka hensem , ala 2 lagu head wind tu "hanya di radio ku mendengar suaramu" . Mana ada DJ2 muda mudi sangat. We have to settle with the not that young DJ , only young at heart lah kot , i.e the former Ms Malaysia itu and the rest of her cohort lah.
But when it comes to Patrick Teoh, nahaiiii.Impian berkecai. Betullah teory yang suara yg sedap tidak menjamin rupa paras pemiliknya menawan and the other way around, contoh terdekat The Angkasawan.

At that time yang paling feberet among my friends adalah Radio 4, especially rancangan 'Yours for the Asking" iaitu rancangan menujukan lagu kepada orang. Sooooo 80's no. Mana ada sms, chat tvlah apa bala kan. Telepon pun kena kunci ngan bapak. Dah lah sekolah conbent, jarang2 melihat male species. Jadinya, itulah saja medan yang ada untuk meluahkan perasaan kan Edelweiss???
Gembira gilerr Kak Pora bila request Kak Pora dibacakan oleh DJ yang I tak kenal pun sapa. Eventhough sering dipermainkan olehnya, contohnya when I asked for lagu Cherish from Madonna (well Madonna was sooooooo IN during my time , "U know coz we are living in the material world and I 'm a material girl...waaa sooo the very. Everybody would have a set of gelang besi ala2 aci Parameswary tu and try so hard to look as kinky as possible) DJ tu bagi I lagu Cherish by Rockwell (wei tu zaman Bapak dan Emak la dey) or once I asked for Michael Bolton dibantainya bagi Micahel Jackson, suka2 hati dia ajerr le kan memperkotak katikkan permintaan I yang suci ni. Tetapi I tetap happy.

But mind u, the similar programme in the Melayu Radio was a total freakish. Kuar air mata darah okay kalau dengar dedication Mat Bunga kat awek, sooo la URTV and Majalah Mangga.

There was one slot which was aired in Radio Melayu milik siapa lagi RTM lah (a place where all the DJ were kertu2 like Rehat Tunggu Mat*). Kalau tak salah I berjudul (hekeleh ancient gila perkataan itu kan? dan sangat sakai) "PENGEMBARA" and it was tengah malam. I like it becoz it was an interactive programme where caller would call and cerita pasal pengalaman mereka berjalan2 , bercuti or mengembara obersea. See , kecik2 lagi I dah tanam minat nak berjalan jer , so sebab tu cita2 I tak kisah nak jadi apa pun, asalkan kerja yang memampukan I beli tiket airline yang selalu buat promosi dah la, so not ambitious u may think, but who knows I might end up ada Airline I sendiri nanti haaaaa.

One night, ada caller ni citer that dia dah trauma nak vacation ke mana2 because during his vacation with his family kat mana tah, they met an accident, and all his family members were killed. So the DJ tu tanya, adakah awak sorang je yang terselamat? Jeng jeng jeng he said. Saya pun terbunuh sekali ..and the line was cut off. Haa saspen ke tak idup?? Dah masa tu pukul 12 tgh malam. Dj tu pun dah tak ambik dah call, teruss main lagu jerr . Koma agaknye bercakap ngan hantu. I pun after that vacation gak lah from listening to that particular slot.
After Uni, serious tak pernah lagi dengar radio malam2. Nak buat apa pun. Astro tu pun I rasa I beli buat kebajikan je kat Ananda Krishnan, tak sempat2 nak tengok, ni pulaklah radio kan.Malam2 sebelum tido wajib pulak dengar dengkur orang sebelah yang serupa enjin motorbot tu, udah berlaki macam tu la Esah, syukurilah hidup ko yang sunyi sepi dan aman damai di bilik tido as long as u can.

Recently, I terrrrrr switch on the radio while driving quite late. Orang sebelah sedang start 'motorbot' dia. So gabungan bunyi motorbot dan suasana yang sunyi sepi di Hi Way adalah tidak akan menghasilkan sesuatu yang enak kan, baik dengar radio.

And kah kah kah. Masih ada lagi that type of dedication thingy ala Mat Bunga. It was Jamal Jamlauddin's slot and if I was not mistaken , judulnya (chehh) "Cetusan hati dan dedikasi" (hafal okay nak ngumpat punya pasal).

And u know what, still kuar contoh ayat air mata darah seperti


"Sayang, abang sangat sayanggg pada sayang, sabarlah menunggu hari kita diijabkabulkan" dari Laskar Udara Mohd Amin, Pulau Pinang.

AND


"Abang, I love u so much, maafkan Lina kerana sangsi pada cinta abng " dari Lina Larkin Johor


AND


"Bi (baby? bobbi? what??) ketahuilah , cinta abang hanya padamu sorang. Semoga Bi sabar menanti kepulangan abng"


Tidak cukup lagi? Sudah comatose??


Ambik lagi ni


"Alin, kenapa Alin sanggup buat Syam begini?? Syam talipon pun Alin tak jawab, Syam sedar semua kesalahan Syam, Syam mintak maaf, Syam janji tak buat lagi , Maafkanlah Syam sayang?;


*Of course nama dan tempat adalah rekaan I semata, takder kerja aku nak hafal nama sekor2, yang penting plot nyer okay.



BOLEHHH??? U all bayangkanlah dialog itu dengan suara Jamal Jamaludin tu yang ala2 Pak Cik Mat Tempe bercinta lagi tu, ewwww romantik lemau , bucuk bacin okay. Geli geli geli.



Soalannya budak2 ni dok planet mana nih?? Tidakkah kome cukup kredit telepon? Tidakkah korang mengenali FB? Twitter? Email??

Ke tu semua surat2 yang 20 tahun punya , DJ tu beli timbang kati drp RTM sebab nak juga rancangan beliau sendiri walaupun beliau tidak fofular?? Tah2 derang tu semua dah beranak pinak dah.

Jangan tak tau , sebagai promosi, mereka telah mempergunakan FAIZAL TAHIR untuk mengiklankan rancangan tersebut. Begini bunyi iklannya :-
"Hi saya Faizal Tahir. Saya suka mendengar rancangan Cetusan hati dan Dedikasi bersama Jamal Jamaludin. Walaupun saya ni ROCK, tapi jiwa saya ni sebenarnya sensitive, saya layan juga lagu2 jiwang ni"

Macam tulah lebih kurang. Apakah harapan Jamal Jamaludin sebenarnya? Mengharapkan semua peminat FT juga turut meminati rancangan beliau itu??
Hoh, dengar sini orang-orang kampung, even if U manage to get Eric Banna, or El Divo or even Hugh Jakeman (-sigh-) to promote your so call "Cetusan hati and Dedikasi "mu itu, tadak aku nak heran aihhh. Tak hengen I.

Tuesday, January 12, 2010

PADA MALAM MALU BERTANDANG

That nite, I promised my friend to have some business talk at her office. Since Kakak and Abang had their drama class that very night, so we planned to pick them up and have our makan some where nearby.


En Kanda was in his 'perangai huduh' mode yang aku tak ingat pasai apa dah , just the usual penyakit aneh dia bila lapar. Tantrum macam anak tapir.He is montrous when hungry.


Planned to cooked actually but gas habis so lagi la bertambah panjang moncong dia kan.


Since I was going to my friend's office, we drove there separately, where I fetched the kids and he went to get the gas. Tu lagi la satu episod drama Tamil Naidu. Normally we would just rang the guy up for delivery. But recently, ada pulak dealer lain yang hantar kan their sticker in our mailbox and we decided to try that one.
Unfortunately the budak said the delivery tak cover our area. Jadi apakah motif sengal yang mereka hantar the promotion sticker kat area situ tidaklah daku mengetahui. The usual dealer pulak telah memilih hari yang malang tersebut juga to have his motorbike pancit, lebih menambahkan lagi sentimeter muncung laki I tuh, boleh simpul buat bow tie la kira.


So I fetched the kids and drove around to choose our makan place. Dah la kematu otak I kat situ , abang wanted Thai food and Kakak said she was craving for mee goreng isyyyyy . Suddenly tadaaa, saw this new restaurant with quite an impressive crowd of clienteles. A day before , I noticed that they were finishing their interior decor during my visit to the laundrette next door. Nampak like the ambience were cozy and nice.


The kids pun enthusiatic tengok ada new cool place in town .From afar I saw one of En Kanda's boss tengah melahap.


Dengan gelojohnya texted En Kanda notified him our choice of location and the person I saw.


Lepas tu, dengan penuh kedivaan seperti Jennifer Garner (of courselah sebab bawak anak kiri kanan okay takkan lah macam Lady Ga Ga) I walked inside, can't help but felt a little bit uncomfortable noticing that all eyes were on us. Tapi idaklah I perasan cun , jangan lah ditohmah diriku ini. I was just curious la, mula la rasa serba tak kena. Adakah seluaq koyak? Or tudung terbalik or what? What? Why you people are staring at me?? Mistaken me for Rozita Che Wan?? Owhhh silalah beli ubat titik mata Permata Hijrah untuk merawat mata anda.


A lady whom was holding a file in her hand, smiled and approached our table. But her face was rather puzzled. Another man joined later. He then asked," "Puan ni guest ke??" My first thought was, of course I am. Yes, customer might be referred to as guest in some industry , so I think so.
The woman then just asked, " Dari mana ye?" So I was like, dari mana means ko nak tanya rumah aku kat mana ke apa nih?? Since when nak makan kat restaurant kena bagi alamat lengkap nih?? Atau adakah mereka hanya ingin membuat gesture yang friendly untuk greet customer. Tapi perlukah tanya dari mana aku datang ???

Tanpa rasa bersalah, I jawab "Dari rumahlah, naper pulak?? Suddenly bila kala senses came knocking on my head , baru I seperti terperasan, naper semua 'guest' were formally dressed? Naper tak der pun yang pakai jeans seasoned and T-shirt antik dan heret croc palsu berjenama ASADI cam I??

Dan soalan kenapa sumer orang pandang aku seakan terjawab. Dan kenapa mereka ini dok sibuk nak tanya dari mana I datang bukanlah bermaksud mereka berminat untuk mengetahui asal usul I ataupun alamat rumah I. Serta yang mereka maksudkan dengan 'guest' bukanlah bermaksud mereka adalah bekas hotelier yang sudah terbiasa panggil customer sebagai guest ye.

Pastu dengan muka bersalah pompuan itu menerangkan yang they were not officially opened, and that nite they were having some sort of food testing party for invited guest only, camtulah lebih kurang.

Apa dia ingat aku tidak tahu? Of courselah aku dah agak tahu that I was not in the place that I should be. Adalah begitu besar keMALUan itew okay.

And she tried to meneutralkan mode aku supaya tidak bertukar menjadi spesis terancam dengan mengoffer kami makan apa saja menu yang ada , which was tak banyak.

Abisss ko ingat aku nak??? Thanks anyway kerana usaha murni mu itu, tapi aku dah cukup malu ni. Hatta nak escape from that place dengan catwalk depan 'guest2 ' tersebut pun I wished I can just "bling" and disappear. Tapi puas I bling bling mata I, I was still there.
Nak tak nak, blah la. Paling la indah sekali, I have to lalu depan En Kanda's boss yang dah sengih 2 kat aku. Tamporr sedas baru tau.

Lagi lagi indah Kakak yang mempunyai suara soprano itu telah mencuba test range suara emas dia kat situ jugak, punyalah kuat dia tanya "Why mommy? Kenapa kita tak jadi makan kat sini??"
Arghhhh budak ni karang aku sekeh juga kat sini, boleh ko tanya pelan sikit tak? Mak ko tengah mengkontrol macho ni okay. She even demanded hentak2 kaki for the answer . Eiiiiiii budak bertuah ni karang muka jadi lempeng baru ko tau.

Tanpa berpaling lagi, said thanks to the owner and terus blah pergi kedai lain. Dah pulak kerana malu yang teramat, I did not bother using the tangga kecik , (which is exactly depan meja Boss En Kanda tu okay, adakah aku gila nak lalu situ?) instead I terjun je from the side. But kat situlah pulak ada paip bomba and Kakak was having trouble nak terjun. And she jerit again, asking me to help her down.

Perrrrfect, aku kena lah patah balik kan. Cis cis cis.
In short , we settled at one kopitiam.

Abang narrated the whole story to En Kanda whom at last , gelak cem owang gila, yelah boleh lah pulak gelak sebab ko dah kenyang terbongkang kan. Cuba masa ko lapar.

He then thanked me for making his day. Kepala otak dia berjambul.
And lastly, mode moncong telah transferred to myself while he kept on laughing.
MONGOK.