BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 18, 2010

Pertempuran Raksaksa Gorgon

Uih dah lama I jadi good gerl dan tidak mempraktikkan kuasa mulut puaka jurus ke 17.



Tapi raksaksa gorgon tu nakkk jugak mencabar kewibawaan I kan kan.



Raksaksa yang dimaksudkan itu adalah pegawai kastam yang tidak berlaku adil kepada I dan my partner, warganegara Malaysia yang sangat berdedikasi dan berkakilebar (kasut saiz 7).

We all tak kisah la barang kena tax kat airport kan, udah namanya nak meniaga impot ekspot (chaittt statement tak boleh blah yang kesekian kalinya daripada saya) kenalah bayar tax.

Dah prepare pun duit dah.Walaupun masih berdoa tak putus2 dalam hati tapi mungkin buat dosa terr mengumpat banyak sangat, so Allah tak makbulkan lah sangat doa tu kan.

Walaupun my partner ngan I buat-buat tak kenal each other and masuk lorong berbeza, depa tau jugak. Ciss lahanat btol.

Mula2 he called me, tanya itu ini , pastu nak bukak la pulak bungkusan misteri I tu. Maybe sebab dia tanya berapa hari pergi Jakarta, and I of courselah good gerl mana boleh tipu, cakaplah sehari je, tu dia, terus naik antena sesungut brader bermisai tebal tu.

Ok fine, dia nak tax our things. We waited and took our own sweet time sebab nak tengok adakah beliau berlaku adil kepada kamai kaum hawa yang lemah ini.

So in front of us ada segerombolan Tante -tante dan Om-om from Indonesia bawak bungkusan misteri juga . Lalu raksaksa gorgon misai lebat tu pun suruh lah they all bukak juga. But after a bit of pujuk memujuk yang tidak kedengaran, mereka itu telah dilepaskan.

Aiyoo, mulalah bulu tengkok I kembang kan.Dan-dan tu rasa nak buat amukan Hang Jebat. Ini tidak adil.

Saya : Eh bang , ni tak aci ni,kenape derang tak kena tax , kiterang kena??

Raksaksa : (Muka cam cuak sikit dan mungkin berkata dalam hati, hek eleh minah ni berani lak sound aku ) Eh tengok la derang ni bawak apa, u all bawak apa..

Kwn Saya : Ha derang bawak apa??

Raksaksa : Derang bawak Topeng.

Dengar tak tu rakyat jelata sekalian?? TOPENG!!!!! WTF kan.

Kwn Saya : Topeng tu untuk apa bukan untuk dijual ke?? Sy tak kisah kena bayar tax tapi tolong bagi resit, saya nak meniaga secara jujur ni tak suka under table.

Akak ni pun tetiba berangin kulit pun bertukar biru hijau dah.Mula-mula macam nak guna skill gedik2 manja, tapi dah my partner dah kuar asap kot hidung, terpaksalah bertukar mode ganas.

Raksaksa : Saya pun tak suka, Kerajaan Malaysia dah bayar gaji saya cukup dah.

Saya : Ada ke orang nak buat pakai sendiri kat rumah topeng tu?? Saya tak puas hati macam ni, rakyat Malaysia sendiri dilayan macam tu, rakyat Indon dapat plak layanan istimewa patutlah derang suka sangat datang Malaysia tak nak balik2.

Tante tu tidak bergerak dan muka dah takut-takut macam tikus mondok nampak bapak kucing melihat drama yang dicetuskan oleh beliau.Kalau I tetiba sergah agaknya terus dia bayar jugak tax walaupun tak diminta.

Raksaksa : Jomlah settle kat kaunter.

Saya : Mcm mana ni bang, abang tak jawab pun kenapa derang tak kena we all kena ni??

Raksaksa : Derang tu connecting flight je lah tak masuk pun negara kita paham tak??

Eh dah tukar statement pulak dah.

Saya : Ye ke connecting flight??? Boleh ke kastam bongkar2 barang passenger yg connecting flight?? Bukan terus je masuk kat dalam ke?? Kenape dia ikut laluan ni?? (tak yakin sangat dengan kebenaran statement ni tapi biasalah alang2 cari gaduh kan)

Tu pun dah pukul 12 malam, ada lagi flight ke Air Asia tu tgh2 malam ?? Tah.

Dan adengan perang mulut tu pun berterusan dan Raksaksa tak mampu menjawab soalan yang bertubi-tubi.

Raksakasa : Dah undang-undang cakap macam tu .

Saya : Ye ke? Undang-undang apa yang cakap jual topeng tak kena tax??Ok lah 30% tax from harga barang saya terima tapi abang boleh bagi consideration RM100 saja plak, ada dalam Akta mana and siapa pegawai kastam yang diberi kuasa menentukan amaun tax tu?? Tolong lah cakap saya nak balik baca sampai khatam Akta tu.

Raksaksa : Ah ceklah baca lah Akta tu. Sama je Undang-undang tu

Relevan sangatkan jawapan Raksaksa tu kan??? SPM dulu mesti distinction Bahasa Melayu kertas dua,kefahaman dan surat kiriman.
Nasihat saya, kalau rasa nak shopping banyak2 especially kalau untuk berniaga, please avoid taking Air Asia, kerana kastam kat LCCT memang sangat berjiwa penyayang dan sangat prihatin kepada kita. Sila ikut KLIA kerana kastam kat sana pandang sepi je bila kita balik walaupun beg kita sebesar almari ok.

Monday, April 12, 2010

Drama Queen

Budak pompuan becok : Mommy, kakak peliklah ,kenape Mommy dah kawin tapi Usu belum kawin2.

Ibu Mithali : Apa yg pelik, Usu kan adik Mommy, dia muda lagi pun.

Budak pompuan becok : Eh kakak ingat Usu tu abang Mommy sebab Mommy nampak lagi muda daripada Usu

Ibu Mithali : (Kembang setaman kerana statement yang dianggap satu pujian)

Budak pompuan becok : Tapi dia kan dah ada girlfriend ,kenapa taknak kawin?

Ibu Mithali : Mana ada girlfriend dah sekarang

Budak pompuan becok : Haaa?? Dah takder??Ohw kakak tahu dia dah PUTUS ASA ek ngan girlfriend dia?

Ibu Mithali : Putus asa tu macam mana??

Budak pompuan becok : (dengan keyakinan jurus tertinggi) Putus Asa tu
macam Putus Cinta la, Breakkk Offf, get it??



Di suatu ketika yang lain....

Ibu Mithali
: Siapa ajar kakak sepah sepah barang pastu tak tau kemas

Budak pompuan becok : Siapa lagi, TEMAN LELAKI mommy lah yang ajar (sambil memoncongkan mulut ke arah bapaknya yang bermuka cuak kerana menyangka isterinya mempunyai teman lelaki lain yang juga suka menyepahkan barang seperti dia)
Ohw my,maybe she had seen too much drama on tv.