What happened now? Tak cukup dengan berita rogol, raid rumah urut dan pelbagai kelucahan lain yang dijadikan bahan berita, cerita buruk-burukkan orang pun dah jadi satu trend media sekarang ni. Apa korang berani ke nak wajibkan anak-anak korang tengok berita lagi sekarang? Lebih baik suruh dia tengok K-drama .
Alhamdulillah ada sekumpulan insan-insan dinamik yang take up the challenge to set up Tv Al Hijrah. Its a good start.
Tapi nak dibandingkan satu station TV itu dengan beberapa yang lain, adalah sangat tidak seimbang untuk memberi input nilai bagi mengupgradekan kepala hotak budak2 zaman sekarang yang makin diracuni dengan hedonism songsang.
Ada satu program realiti yang mencari pasangan bofren gefren, pesertanya muda remaja belaka. Motif? Nak menggalakkan coupling di kalangan budak sekolah kah?
Program tajaan sebuah pusat kecantikan (rompakan) yang tersohor yang menjemput pelanggan2 yang berpuas hati untk memberi testimoni dengan cara memalukan diri sendiri. Oh why lah masyarakat kita makin terkebelakang di saat orang lain dah buat plan pelancongan ke angkasa lepas ???? Bila mana pompuan 2yang menceritakan samada dulu dia gomuk , atau botak atau muka penuh jerawat batu , dan menjadikan seolah2 keadaan tu adalah sangat teruk , sehinggakan hampir musnahlah seluruh kehidupannya kerana masalah tersebut. Isyhhhh rasa nak lempang (diri sendiri) bila tengok. Motif? Menjahanamkan sel sel otak kaum wanita untuk menerima doktrin bahawa badan kurus, muka licin dan rambut lebat adalah satu cara hidup wajib untuk hidup di dunia ini? Sangat tidak cerdik.
For the record deskripsi badan kurus, muka licin dan rambut lebat juga adalah sesuai untuk seekor kuda belang atau zirafah. Hello, akak-akak semua , tahu tak ada berapa orang terbunuh dalam satu hari kerana kebuluran di Ethopia, berapa orang yang syahid di Palestine dan berapa orang mati kesejukkan di Syria ? And you all semua sedang diperdayakan dan disuruh memikirkan berapa kilogram lemak di badan anda dan berfikir cara terbaik untuk mengikis wang suami anda untuk mendapatkan rawatan tersebut???
I am not saying that salah nak pi pusat-pusat tu semua. Dan itu satu cara mereka memasarkan produk. Apa yang saya nak cakap adalah, jadilah pengiklan dan pengamal media yang bertanggungjawab. Masukkan nilai di dalam setiap tindak tanduk anda. Bukan menumpukan kerakusan semata-mata. The best thing, masa badan berbentuk empat segi , elok tutup aurat, bila dah kuros , urat pun nak tayang. Jadi dulu tu you tutup aurat or tutup lemak? Marah? Tapi itulah kesan daripada program realiti semacam itu.
And dengan keloyaan kuasa 5 , mari membincangkan rancangan kemilau emas ke berlian ke hapatah . Rancangan menunjukkan bakat oleh peserta-peserta yang suatu ketika dulu pernah muda. Apa motif di sini? Comel ke ?
Mungkin ramai yang marah bila saya cakap macam ni. Oh macam bagus ke saya ni nak tazkirah kan orang. Lagipun itu saja suka-suka saja , nak berhibur apa salahnya. Suka-suka ? Kalau tersumbat pembuluh darah masa tengah syok menyanyi tu? Saya tak nak bayangkan. Maaf , tapi hidup jangan terlalu banyak fantasi dan lalai dengan kesukaan. Kerana kita dihidupkan pun bukan sebab suka-suka.
Macam saya cakap tadi, pengamal media TOLONG lah jadi bertanggugjawab. Kerana peranan anda sangatlah besar dalam membina sebuah tamadun bangsa, di tangan anda kuasa untuk menjatuhkan atau memuliakan generasi akan datang. Sekiranya anda terus menerus manjadikan hiburan sebagai dasar dan asas operasi anda, maka andalah orang yang harus bertanggungjawab untuk keruntuhan sebuah peradaban masa depan.
Mungkin orang kata, itu peranan mak bapaklah nak control. Heyyy, kena kurung anak dalam gua untuk mengelakkan dia terpengaruh dengan media arus perdana dan dunia tanpa sempadan?
Saya percaya majoriti orang-orang kat tv or surat khabar tu orang Islam . Tapi ini bukan sahaja cerita agama. Ini cerita peradaban manusia. Bangsa apa sekalipun tak akan mahu rosak akhlak (walaupun dah ramai yang rosak). But its never too late selagi belum kiamat.Zaman ini zaman kebangkitan nilai. Nilai murni bukan hanya wujud dalam agama Islam jer. Semua agama ajar pengganutnya buat baik dan bersopan. Ada agama ke suruh pompuan telanjang? Tambahan pula orang Islam yang wajib percaya syurga neraka, dosa pahala.
Dalam mathematik yang simple, pengamal media , secara individu dan berjemaah , tak bolehkah fikir objektif sesuatu program tu dulu sebelum buat? Saya percaya jika anda fikir dan letakkan objektif sebagai halatuju dalam kerja anda , anda tak akan buat rancangan merepek seperti buat lawak bodoh dan membodohkan diri sendiri dan penonton, atau asyik nak suruh semua orang menjadi penyanyi saja.
Cuba fikir program2 yang anda semua telah buat. Contoh, bintang kecil ke idola kecil tak sure plak. Apa objektif and buat sebuah program realiti hiburan untuk budak2 kecik. Untuk mengcungkil bakat nyanyian mereka? Ok , untuk apa? Untuk menambahkan lagi penyanyi di tanahair. Fikir balik. Apa sumbangan anda kepada agama dan bangsa anda di situ? Dan apa sumbangan anda pada akhirat anda sendiri. Mungkin anda kurang mampu atau tidak mahu berfikir jauh, tapi hanya fikir setakat menaikkan rating tempat kerja anda. Tapi yang anda tak nampak (atau pura2 tak nampak) ramai budak2 yang perasan boleh menyanyi dah look forward untuk pergi audition. Anda telah menanamkan dalam minda mereka, tak sekolah tinggi pun tak apa , kalau kita ada bakat. Boleh kaya raya juga. Tanpa sedar anda telah menjahanamkan bangsa anda sendiri. Anda tidak sedar bahawa anda telah melahirkan suatu bangsa yang miskin ilmu, sebuah generasi yang menolak kepentingan ilmu . Belum cakap bab anda juga mungkin penyumbang lebih ramai penghuni neraka . Nauzubillah. Tapi itu hakikat bukan??? Berani menidakkan? Itu hanyalah satu denial. Pada saya bab ini tiada toleransi.
Tidak malukah kita mengaku manusia yang hidup di zaman moden kalau perangai dan sifat kita seperti orang di zaman jahiliah. Hidup bertuhankan nafsu dan kebendaan? We are actually going back against time rather than moving forward.
Sepatutnya , pengamal media adalah medium utama pencetus mahu di kalangan budak-budak. Kenapa tidak buat program realiti yang menggilap bakat kepimpinan instead of bakat menyanyi dan meniru budaya mungkar, contohnya. Kenapa tidak dijadikan objektif untuk menzahirkan belia-belia cemerlang seperti Anas Ibn Malik, Muhammaed Al Fateh, Salahudin Al Ayubi tapi anda lebih berminat menlahirkan the next Justin Bieber? Kerana mungkin ianya tidak menaikkan rating? Podahhhh. You are like God in the industri. Anda mampu mencetuskan fenomena out of anything. Hanya mahu atau tidak sahaja. Afterall , Allah menjanjikan kemenangan kepada hamba yang berjuang ke jalanNya. Apa takut?
Bapak saya selalu cakap, tv adalah ciptaan Zionis untuk melalaikan orang Islam. Orang mungkin fikir itu sangat dangkal. Andalah yang dangkal jika anda tidak percaya wujudnya gerakan itu di kalangan Zionis. You will be surprise. Permusuhan zionis dengan umat Islam sudah wujud sejak kerasulan Muhammad SAW. Apa yang hendak ditidakkan lagi. Sila semak Al Quran anda. Tapi sebagai umat yang dituntut untuk menuntut ilmu, kita diharapkan menjadi bijak. Jika begitu taktik mereka, pendekatan kita bagaimana? Bukan nya dengan cara mengharamkan terus tv . Tapi gunakan teknologi mereka untuk memantapkan agama kita. Di sinilah maksud saya peranan media itu sangat penting. Anda-anda semua wajib memperbanyakkan rancangan ilmiah dan bermanfaat untuk mendorong penonton ke arah sesuatu yang baik.
Akhbar tempatan. Sedang mengalami krisis identiti diri dan kecelaruan nilai yang sangat kronik. Saya pelik dan hairan. Macammana anda sebagai wartawan merendahkan maruah diri anda menulis bahan yang bukan BERITA. Anda mencerca dan acapkali memfitnah juga. Sorry. Tapi pada saya bahan yang tiada bukti nyata adalah rekaan . Dan sekiranya menjatuhkan maruah orang lain, ianya menjadi fitnah. Tugas wartawan adalah melaporkan. Bukan membuat preference. Dan bukan juga membuat andaian atau menberi pendapat anda sendiri. Tiada sapa nak baca pendapat anda di ruang berita. Buat kolum sendiri dan jadilah kolumnis atau blogger (its free) jika anda mahu membuat rumusan atau memberikan pendapat.
Sheikh Yusuf Qardhawi cakap, berita yang sepatutnya dilaporkan adalah berita yang memberi kesan yang baik kepada orang ramai, yang memberi motivasi kearah kebaikan, dan bukan sebaliknya. Manakala berita-berita yang meresahkan tidak seharusnya diperbesarkan.
Itulah cara penilaian sesebuah BERITA. Ia penting untuk menentukan tulisan itu sebuah berita yang serve its purpose i.e memberi kesan baik kepada pembaca atau ianya adalah sampah sahaja.
Ingatlah , kita semua akan dipertanggungjawabkan oleh setiap perbuatan kita walaupun sebesar zarah. You might want to think about that before you start typing.
Sebagai orang Islam, barometer untuk menjadikan setiap pekerjaan sebagai satu ibadah, easy. Sebelum buat kerja apa pun, tanya diri sendiri, adakah Allah akan redha dengan apa yang aku nak buat ni? Adakah ianya memberi kebaikan kepada orang lain, mengajak orang berbuat baik dan meninggalkan kemungkaran? You ask yourself that, and you answer it. By doing so, I bet you my life that you will be a better person, and you will improve the quality of your work.