Thursday, December 2, 2010
PESANAN DARI SEORANG IBU KEPADA IBU (PENTINGGGGG SANGATTT)
Posted by Desert Rose at 9:37 AM 15 comments
Saturday, November 13, 2010
THE BEST OFFER EVER
Hari Rabu ni Hari Raya Haji /AidilAdha.
So selamat Hari Raya uolzs, especially to my darling Esah (aku tolong makan suo gear box utk ko eh)
Juga kepada my beloved brother yang akan jadi Tn Haji di umur 25 tahun. Siapa sangka we all yang buat potongan gaji masuk tabung haji since the last 10 years pun still tak berkesempatan menjadi tetamu Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi Rezeki.
Raya haji ni signifikan kepada Bakal Haji dan Tuan2 haji sahajakah??? Di Tanah Arab , Aidil Adha disambut lebih meriah daripada Aidil Fitri macam orang kita yang raya macam tak cukup tanah (ye salah peribahasa ni aku tau).
Yang sebenarnya jarang kita diingati bahawa bulan haji ni penuh barakah , ganjarannya bukan eksklusif kepada orang yang sedang berada di Tanah Haram sahaja tapi untuk semua umat Islam tak kira di mana pun kita berada. Bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sifatNya?
Haji adalah kesempurnaan ibadat seorang umat Islam, bila dia dah pergi haji maksudnya dia telah menyempurnakan keislamannya secara total. Sebab itu Haji hanya dituntut kpd yang mampu.Namun kerana Allah itu Ar Rahim, Dia tidak mengabaikan yang kurang mampu.
So kita dihadiahkan dengan 10 hari istimewa di bulan Zulhijjah.
Ibadah yang paling dituntut di bulan Zulhijjah ni adalah berpuasa sunat selama 9 hari atau berpuasa suatu hari pada 9 Zulhijjah iaitu hari ketika umat Islam sedang wukuf di Arafah serta banyakkan zikir munajat dan doa sehinggalah kemuncaknya iaitu Solat Sunat Aidil Adha keesokannya dan ibadah Qurban.
Daripada Ibnu Abbas r.a Rasululullah s.a.w bersabda, "Tidak ada hari yang amal soleh padannya lebih dikasihi Allah selain daripada hari hari-hari yang sepuluh ini. " Para sahabat bertanya , "Walaupun berjihad di jalan Allah? "Rasulullah bersabda , "Walaupun berjihad di jalan Allah kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid) - RIWAYAT AHMAD & TIRMIZI
Kata Al Hafiz Ibnu Hajar : Yang jelasnya di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadah yang besar iaitu, solat, puasa, sedekah dan haji. Pada waktu lain semua ibadah ini tidak pernah terhimpun begini.
Maybe ada yang belum tahu, I pun baru je tahu. Itupun culas puasa tak dapat full 9 hari. But berazam nak puasa on the 9th.
So instead of sibuk membeli belah di Tesco this Monday and while also busy thinking what to masak on Raya, jom la kita sama2 puasa.
Sesungguhnya kemuncak perhimpunan untuk berbuka puasa pada 9 Zulhijjah hingga waktu tengah malam itu adalah kemuncak ibadat haji umat islam di Arafah.
Posted by Desert Rose at 7:27 AM 5 comments
Tuesday, November 9, 2010
Mari membodek BOSS
Posted by Desert Rose at 6:35 AM 7 comments
Sunday, October 17, 2010
SOALAN RAMALAN
Posted by Desert Rose at 11:34 PM 3 comments
Wednesday, September 22, 2010
Aidilfitri Pertama tanpa beliau....
Salam Aidilfitri U all.
Usah terpedaya ngan tajuk. I kan bekas editor Kosmo, tajuk mesti gempaqq. Entry ni bukan pasal orang yang dah arwah.
Tapi Alhamdulillah, dapat gak beraya, ada orng yang tak sempat pun beraya, dipanggil pulang di jalan raya!
DRIVE SAFELY UOLZS
Posted by Desert Rose at 12:46 AM 6 comments
Tuesday, August 17, 2010
Khas untuk lelaki
Ramadhan Kareem u olsz. *Penat buang sawang kat blog, usah la dicerca saya ini*.
And yang tak pernah abis , about men and their infidelity. Bila nak abis cerita ni ha?? Ai pulak over emo bila a few someones came up with stories like this.
Is it that hard to be a one woman man? How much pain do men possibly endure by being faithful ?? Memang tak berapa sedar diri sikit lah orang jantan ni kan. Bila dah kaya sikit , mulalah nampak bini tu buruk, tua. Padahal adakah ko mempunyai perut 6 pax dan lengan berketul dan masih gorjes seperti Hugh Jackman? Adakah performance ko makin mantap? Bini ko makin lama makin lari alignment tu pun bukan sebab ko ke yang lanyak?
The most obnoxious excuse they use is kahwin banyak sebab ikut sunnah.
PANGGGGGG.
Bab lain , mana pergi sunnah tu semua? Etika dan amalan hidup Rasulullulah bukan takat kahwin tu je, Baginda solat malam tiap malam, sanggup mendulukan pencarian redha Allah daripada dok mengulit bini, ko ada? Baginda basuh baju sendiri, ko main campak2 je, Baginda banyak berpuasa sunat, ko puasa wajib pun culas. So tak yah cakap pasal sunnah segala la.
1. Yang dirujuk sebagai sunnah adalah KEADILAN dalam berpoligami , dan bukanlah poligami itu sendiri, paham tak??
2. Kedua konsep keadilan. Ramai yang paham keadilan tu maksudnya, kalau bini no 1 dia belikan banglo, isteri no 2 pun kena beli banglo. Kalau isteri no 1 belanja RM 10 JUTA isteri2 lain jugak kena sama.
SALAHHHHHH.
Marriage tu pada lelaki is all about sex , is it? Betul , nikah menghalalkan persetubuhan. Tapi kenapa sampai jadi hamba nafsu? Adakah hidup ko ingat nak mainnn je? Kalau tak boleh kontrol nafsu, kita disarankan banyak berpuasa sunat. Tu pun sunnah jugak, tapi tak nak plak ko buat.
Tiap hari kita tengok kat news , ada saja orang kena tangkap khalwat la, minum arak ngan GRO lah. Ya Allah ni bulan Ramadhan , kalau pun ko tu iblis , boleh tak tolong hormat sikit.
Posted by Desert Rose at 10:49 PM 18 comments
Sunday, July 18, 2010
Raden Galoh
Begitulah janji Allah, setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
Salam Eja, thanx, akak x ok sis.
REST IN PEACE
(And I cant bring my self to tell Abah about this yet)
Posted by Desert Rose at 9:56 PM 4 comments
