BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 31, 2010

Scary Movie

My pak long passed away last Wednesday. I was saddened, pretty badly. Because I only have ONE pak long , I mean my truly flesh and blood lah not kinship by marriage or so to say.He was my Abah's eldest brother from 13 siblings (tu dia nohh hebat sungguh Tok ngan Tok Wan kita Lyana, depa makan pil kuda ka pa).


Last month, I went back to my Abah's kampung in Penanti, Bukit Mertajam. This place is very special to me because we have all my aunts and uncle living very much to each other. If I would spent a whole day there, I could have breakfast at my Ndank's, lunch at my Mak Cik's and Dinner at my Mak Chaq's , and I still have a few set of supper and tea break to chase at my Mak Su's and other Ndank, and not to mention a few of my cousins who settled there as well. So, we would one day might fenced the area and make it a gated community since my cousin Lyana is now available to be the security manager he he.


I saw Pak Long, sitting with his wife while chit chatting with somebody. We were there to attend my Pak Su's daughter's wedding next door. He would in his usual self would 'keloi' me calling me "Suraya" (instead of my real name, coz he never liked my real name, its my fault ka adoiii if I were to choose I want to be named Victoria Rania Sofia or something okay) . But he did not. So I promised him to drop by after we had our meal, since Adik sedang buat perangai askar Junta mengamuk.


But, sadly we did not drop by because we were chasing for our Asar prayer, and I regretted it so much. That was the last time I saw him. If only I knew....




Actually, what I am trying to sampaikan di sini is this. A few days back, I had a bad dream, some kind of a premonition. Jeng jeng (Attn. Cik Kiah n Hjh Esah Jolie, ni version misteri nusantara gue okay).



Sedia semua>>>



It was a hospital. But somehow I knew it was a mental hospital. I was there with my mom, my younger brother , my daughter (kakak) and a baby. Anak sapa tak pulak dibisikkan kepadaku. Somehow jugak, I knew we were there to get the immunisation for the baby..(tu dia pi cucuk baby kat mental hospital, kelass dak mimpi mak??? Ko ader??)



Anyway , I asked la Mak Cik Mary, ibu saya itu, "Mama, buleh kah mai cucuk baby tang hospital ni?"

She said "Awat tak buleh pulak, nama pun hospital. Lagi cepat , tak ramai".



Tiba-tiba kakak wanted to go to the loo. So I took her , we went hi n low looking for the loo, at last jumpa la. While she was doing her business, I tried to look for a wash basin to wash my hand. Cari punya cari, I terencounter a room, which was hidden at the back, so small stuffy and the ceiling were low.

U know what I saw??? Jenazah uolzs, terbaring di pembaringan. Tapi muka "beliau" itu tidak ditutup, so I nampak he was wearing a kopiah putih and a white jubah. Apalagi bertabur la acik larikk. But strangely and scarily, I kept coming to that same room and saw that same corpse.Adoyaiii, betapa stressnya mimpi itew.



Akhirnya, setelah beberapa episode cemas, I berjaya melarikan diri, but wait a minute..di mana anakku??? Owhhh tidakk.Jadi la drama tamil lak kat situ adengan akak menangess mencari anak yg hilang. Di kala akak menjadi sasau mencari anak yg hilang yg penuh drama amma appa ayoyo kadawale kilometer kalala itu, I pun tersedar daripada mimpi because of my phone alarm. But I remembered shouting " No , no dont wake me up , anak aku belum jumpa lagi " Mongok kan ??



Ok, so the more spooky side of the story was that, arwah pak long dipakaikan jubah putih and kopiah putih exactly as the dead man I saw in my dream in his pembaringan *berlatarbelakangkan lagu selimut putih * When I sampai to the house, jenazah baru selesai dimandikan. Uihhh ketaq lutut I upon seeing arwah in that clothing tau.
And the best part, Kakak "hilang" right after the jenazah was taken to the graveyard.



Everybody was panicking. And the same commotion of cerita tamil in my dream menjadi kenyataan. Luckily, she was found at the graveyard. She followed my uncle there whom she referred to as "pak cik yg sudah semestinya sedara kita" just because that pak cik waved her good bye during a kenduri once. Baguih anak mak.Luckily it was my uncle. Syukur. Kalau hantu kubur???



I 've been getting that kind of strange thingy quite often. Mimpi gigi patah tu jgn cerita lah. Its more than that. I had quite a sharp instict as well , it scares the hell out of me. I can tell if some body's is not telling the truth. Its like I have a lie detector implanted somewhere inside my body. Selalunya tepat dan jitu. I can tell whether a person tu is sincere or ada bad motive dalam diri dia. Many at times, I dont like some of En Kanda's friend, a few of them. And it turn out to be depa semua adalah musang berbulu ayam. But ada dia dengar cakap I when I told him that I sensed something fishy mula2??? Yelekk. Bila dah terkena baru nak kata I ni ada bakat jadi bomoh ..@##$&^%*^ btoi .

Twice, I got to know that 2 of my friends were moving in my neighbourhood. But I didnt exactly knew where, but in both occasion, my instinct told me correctly of both of their houses without me having a clue whatsoever, and ianya adalah menakutkan okay *sambil jenguk belakang kot2 ada belaan yang I tak perasaan selama ni "terbela'.

And banyak lagi sebenarnya insiden2 twilight zone yang berlaku sepanjang hidup I. Tapi tak nak lah cerita semua because nanti korang semua tanak kawan I plak. And to tell the truth, most female family member n my mom's side juga mempunyai so called kebolehan kebolehan aneh ini, mungkinkah sesuatu telah di instilled kan oleh Tok nenek I , Raja Reman Pattani itew??? Oh aku adalah ketakutan okay.

Mungkinkah aku seorang psychic (sory tak tau eja)?? Shuld I get a crystal ball and change my name to Madame Zorda?? Tapi korang jangan lah mintak nombor plak tu I tak suka, nanti tok nenek I marah okay.

As long as I don't say "I can see dead people....all the time" , I guess I'm allright kot, kan PS?? Nauzubillah.

Thursday, March 18, 2010

SUAMI ISTERI YANG SENGAL

Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali.Buat baik dibalas baik.
Telah menggelakkan my best fren dengan terbahak-bahak sehingga mengalirkan air mata kerana kebadutan mereka 2-3 hari yang lepas.They went for a vacation in Hong Kong Disneyland last Saturday and was scheduled to come back on Tuesday, sounds good and reasonable - a 4 days and 3 nights vacation.

But upon checking in on Tuesday, barulah perasan yang tiket balik they all pi book on Sunday!!!! And the best part, laki bini boleh tak perasan okay. And the makcik have to balik jugak that very Tuesday becoz nak naik pentas untuk menerima Anugerah pe kenama tah. Kalau nak jugak ambik MAS ticket they have to part with plus minus RM8K.Seb baik ada Air Asia, save duit pak cik n mak cik tu, kah kah kah.Gelak lagi.

Tapi, makcik tersebut mungkin mempunyai kuasa keramat tahap dewata, kerana Allah telah membalas perbuatan I yang gelakkan dia tanpa belas kasihan tu.
Yesterday, me n hubs went to Kedutaan Negara so and so kerana nak buat visa for our family vacation next month (ye tak yah nak kerut2 dahi kawan2 , aku kena pontengkan anak aku 3 hari, ye aku Ibu yang kejam). At first , I dah fill in part 'express' application, iaitu can get it done on the same day.But since we all nak travel with the kids, dan with the understanding that Negara so on so tu ada peraturan bongok macam Immigration Malaysia, iaitu kena angkut semua anak beranak untuk renew and even to collect the passport, we all decided to take the kids along.

Taulah bila bawak anak2 ni kan, tambahan pulak our kids yang suka membuatkan senario keterujaan mereka tu kelihatan seperti mak bapak mereka telah mengurung mereka dalam bilik stor sejak mereka lahir atau pun seolah-olah we all ni bermastautin dalam Gua Niah kan. Kat dalam tu pun they all boleh bantai main dengan riang ria dan gembira paras optimum , siap kuak lentang, kuak kupu2 atas lantai , boleh???
So, I stopped helping En Kanda mengisi borang dan mengawal selia anak2 I yang seperti terlebih gula dalam badan tu. Rupanya, beliau telah mengambil tindakan bijak pandai dan menggunakan kuasa veto beliau, dengan memangkah kolum "xpress" tersebut dan menggantikannya dengan normal application which will take 4 working days to be processed, sebab murah la apa lagi kan. Dasar cheapskate.Dengan harapan boleh mencilok T-shirt polo selai dua lah tu dengan bajet yang telah beliau selamatkan ituew.

Jeng jeng and the best part..........................(bunyi gong dan drum rolls ditambah pula dengan rebana ubi , gendang India dan Cina untuk menunjukkan semangat 1 Malaysia).

Today En Kanda needs to fly to ******* sebuah negara asing lain yang memerlukan passport lah of course, and I have to join him tomorrow. Tapi bolehkah we all pergi kalau passport we all tu dah submit kat Kedutaan tersebut tadi dan akan mengambil masa 4 working days untuk siap kan????
Alhamdullilah lah pak cik itu boleh tersedar malam tadi semasa sedang mengemas beg. Pastu , mak cik ni pun boleh lah lah juga mengalami disease biul sementara kan kan . Cuba bayangkan kalau Pak Cik tu tersedar masa dia dah on the way to airport??? Owhhh mak tak boleh membayangkan drama Tamil episod apa yang akan terjadi.
Makanya, pagi2 subuh sepiie tadi , kelihatanlah sepasang suami isteri badut yang berkejaran ke Kedutaan tersebut (walaupun opis embassy bukak pukul 9, tapi semangat waja berbekalkan setimba perasaan malu, mereka telah pergi begitu awallll sekali)
Hasilnya??? Kerana kecekapan kakitangan Kedutaan tersebut, visa mereka telah pun siap TETAPI.....instead of bayar RM58 per application, mereka terpaksa membayar RM310 per visa untuk lima orang. Apa yang suami isteri itu lakukan ??? Tidak, mereka tidak pergi membuat pertunjukkan silap mata atau menjual belon dalam pakaian badut, akan tetapi mereka hanya mampu ketawa berdekah-dekah kepada diri mereka sendiri @ mentertawakan kebodohon mereka sehingga kakitangan kedutaan yang bersih cekap dan amanah itu terpinga-pinga, dan mungkin merasakan mereka telah tersilap meluluskan visa kepada orang gila.

Tuesday, March 2, 2010

Sebuah Kematian

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati...

Itulah fitrah kehidupan manusia di bumi Tuhan. Sesungguhnya kita adalah milik Allah. Kesemua anggota badan kita adalah milikNya jua. Dan setiap hela nafas yang kita nikmati ini adalah atas belas ihsan dan kasih sayang Allah. Ya Allah!aku hidup dan aku mati atas kehendak Mu.


Mas Sudarsono
Lelaki ini kami kenal hampir 4 tahun yang lalu.Dia pada mulanya sekadar seorang Pemandu Pelancong yang membawa kami ketika kami melancong ke Jakarta. Namun atas kuasa Allah, perkenalan itu akhirnya membuahkan sebuah persahabatan yang erat.

Sudarsono yang kusapa Mas Sono, seorang jiwa yang periang dan mulia peribadinya. Anak-anak memanggilnya Om Sono atau kadang-kadang Uncle Sono. Tiap kali kami ke Tanah Seberang, Mas Sonolah yang menguruskan kesemua keperluan kami walaupun sering menuntut lebihan waktu darinya. Tapi dia akan sentiasa senyum dan tidak pernah terlukis penat di wajahnya dalam meladeni anak-anak kami yang begitu banyak karenah.

Sopan tuturnya, manis senyumannya tidak pernah lekang dari ingatan kami. Setiap keperluan diusahakan sehabis baik.
Kerana dia juga, maka kami sering ke sana, kerana ketulusan budi dan
layanan terbaik sudah pasti menunggu.

Namun, Allah maha mengetahui dan setiap sesuatu yang di kurniakan atau ditakdirkan adalah merupakan yang terbaik untuk hambaNya. Tidak dapat kita insan yang daif dan lemah ini menghalang.

Dua tahun yang lalu, ketika kami bawa keluarga termasuk mama, abah dan adik yang ketika itu sedang sibuk mempersiapkan keperluan perkhawinan beliau, ke Jakarta. Mas Sono kelihatan terlalu kurus, gambaran daripada kesihatannya yang kurang baik tentunya.

Nyatanya, dia menghidap diabetes. Namun, dalam keletihan dan keuzuran yang tidak dapat disembunyikan di sebalik manis senyumannya, tidak dia jadikan penghalang untuk membawa kami ke sana ke mari untuk melengkapkan keperluan kami secukupnya.

Kali terakhir aku lihat dia di akhir November itu, dia ceria sekali menyambut kedatangan aku dan kawan-kawan walaupun jauh di sudut hati terbetik betapa kurus dan pucat wajahnya.

28 Januari lalu, sekali lagi aku ke sana, tapi Mas Sono yang sudah kuanggap saudara tidak lagi menjemput, tidak seperti selalunya.Kesihatannya ketika itu amat tidak baik. Namun masih lagi ceria bergurau di telefon. Kalaulah aku tahu bahawa itulah kali terakhir aku bercakap dengannya........

Mas Sono kami pulang di jemput Allah pada 10 haribulan Februari,2010. Tidak kesampaian hajat kami untuk menziarah beliau. Suamiku, yang paling terasa dan terkilan. Sudah terpatri janji untuk menjenguk Mas Sono ketika dia ke Jakarta atas urusan kerja 2 hari sebelum pemergiannya. Tapi waktu membataskan janji yang sangat ingin dipenuhi. Tidak kami ketahui bahawa rupanya Mas Sono begitu mahu menemui Suamiku hari itu. Dia malah sering bertanyakan isterinya , sering juga memberitakan kebaikan suamiku pada keluarganya, padahalnya tiada apa yang dapat membandingkan kebaikan budinya pada kami.

Ajal insan sudah tertulis, tidak dicepatkan walau sedetik malah tidak juga dilewatkan sedetik juga. Mas Sono kembali kepada Penciptanya dini hari 10hb Februari itu, sehari selepas suamiku pulang ke tanah air. Kami kehilangan seorang sahabat , abang dan saudara yang terlalu baik.

Dia pergi tanpa sempat ditunaikan permintaan terakhirnya , kerinduan pada anak2 yang berada jauh di Desa , tidak sempat dilepaskan. Ketika jenazah beliau tiba dari hospital ke rumah sewanya di Jakarta, ketika itu juga tiga orang anak-anaknya yang masih kecil sampai setelah menempuh hampir 7 jam perjalanan darat.Ya Allah.......

Kami tiba lagi di Jakarta untuk menziarahi pusara Mas Sono 2 minggu selepas pemergiannya. Di bandara, ketika melihat wajah adiknya yang menunggu kami, hati diruntun sayu. Bagai terbayang wajah Mas Sono yang dulu sabar menanti walau selewat mana pun kami. Aku jadi rindu pada kebaikan dan ketulusan lelaki itu.Tambahan lagi apabila mengenangkan dia yang sudah tiada lagi dan tidak akan lagi kulihat senyuman itu menunggu dan melambai kami di Bandara.

Perjalan ke Desa Almarhum di Majenang, Jawa Tengah mencuri hampir lima jam masa, dari Bandung. Kami tiba ketika mentari Zuhur sedang berselindung di balik kemendungan awan. Seolah memberkati kedatangan kami untuk menziarahi pusaranya. Aku diterpa dan dipeluk seorang wanita separuh umur yang bertudung kuning. Kami tidak perlu diperkenalkan, kerana lewat penceritaan Mas Sono aku kenal itulah isterinya. Walau tidak pernah bersua, wanita itu seolah terlalu mengenal kami , aku dan anak-anak. Pastinya kerana Mas Sono juga.

Apalah yang mampu aku katakan pada isteri yang telah ditinggal suami ketika hatinya dan jiwanya yang muda masih memerlukan belaian dan kasih sayang, apalah yang mampu aku luahkan kepada anak-anak yang teduh renung matanya itu, yang telah ditinggal yatim di usia sekecil mereka.

Dalam tuturku mengucapkan kesabaran dan takziah, aku pinta agar isteri Mas Sono tabah, tapi hakikatnya air mataku yang deras mengalir sedangkan dia begitu tabah dan kuat. Benarlah, Allah tidak akan memberikan ujian yang tidak dapat ditanggung hambanya.

Seluruh keluarga Almarhum yang kelihatannya serba sederhana tetapi begitu mewah dengan budi, begitu mesra, tak hentinya mengucapkan terima kasih atas kesudian kami menjenguk mereka.

Aku pinta isteri Almarhum dan anak-anak beliau Rifka, Faisal dan Rafli menemani kami ke Pusara.
Langit makin kelam, awan mendung berarak laju mengisyaratkan hujan yang sebentar lagi bakal membasahi bumi Majenang. Pusara yang terletak di hujung desa itu begitu sepi, tenang dan damai. Di sisi kamar abadinya, Mas Sono dipayungi sepohon kemboja yang sedang lebat berbunga.

Kami membaca Yassin di pusara Almarhum, dan ketika deraian air mataku sudah tidak tertahankan, titik-titik kasar hujan mula membasahi kami, jatuh lebat di pipiku, sehingga aku tidak lagi merasa tangisan dan air mataku sendiri. Kulihat suami di sisi juga sudah terisak-isak melagukan bait-bait terkahir kalimahtullah itu. Dan ketika doa kami panjatkan, kami menangis di dalam hujan. Hujan yang seolah turut menangisi pemergian seorang sahabat yang baik dan mulia. Aku makin terharu kerana di sisi kami , dengan sabar anak dan adik Almarhum memayungi kami dengan daun pisang, sedangkan mereka sendiri telah basah kuyup. Isteri almarhum dan anaknya Faisal turut tidak berganjak dan rela dibasahi demi mengaminkan doa sahabat2 yang datang dari jauh.



Aku dan isteri Almarhum, berpelukan pulang dalam rintik hujan. Aku mohon dia sabar dan bersyukur di atas dugaan ini, kerana hanya jiwa yang luar biasa kuat dan tabah saja diuji Allah begini, betapa Allah begitu sayang pada mereka. Malah Siti Aminah juga ditinggal suami ketika Rasulullah masih di dalam kandungan.
Allah malah terlalu kasih padanya kerana dikurniakan 2 orang putera yang cerdik dan seorang puteri yang manis. Tak terhingga syukur aku panjatkan atas ketabahan dan ketakwaan isteri Almarhum yang begitu memahami kehendak Allah, walau takdir dan dugaan itu bakal menuntut kerja keras dan kekuatan emosinya dalam membesarkan anak-anak.
Tidak langsung dia mengucapkan kesusahan malah hanya kasihan pada anak-anak yang tidak puas bermanja dengan ayah dan tidak sempat juga menerima kucupan terakhir. Mulutnya tidak henti memohon maaf jika ada kesalahan Almarhum pada kami atau ada percakapannya yang menyinggung walau dia sebagai isteri lebih memahami yang Alamrhum itu begitu lemah lembut dan pengasih orangnya.
Aku merasa begitu dekat dengan dia. Aku fahami dia walau aku tidak tahu dan tidak yakin mampu setabah dia. Doaku agar ketabahan dan rahmat Allah sentiasa mengiringi dia dan anak-anak. Aku hanya mampu menyatakan anak yatim selalunya berjiwa kental dan tidak mudah patah.Dan jerih payah dia membesarkan mereka dengan takwa dan sabar akan Allah balas dengan rahmat yang maha besar.Mungkin bantuan dan sokongan material mampu kami berikan sekadarnya, tetapi kesabaran dan ketabahan beliau hanya berlandaskan ketakwaan yang jelas kelihatan dalam tutur katanya.Alhamdullilah.


Dan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat hingga selayaknya menjadi penghuni syurga dan ditempatkan bersama-sama dengan para hambaNya yang diredhai dan dikasihi, Amin Ya Rabbal A'lamin.

Wednesday, February 3, 2010

Jalan-jalan cari pasal

Siapa tengok drama kat tv3 malam-malam tu, angkat tangan?? The one yang hero nya adalah Rosyam Nor tu. Tak boleh blah kan Rosyam Nor? (Kak Ezza jangan kecik hati I nak kutuk bofren U)


Alhamdullillah syukur lah he chose to named himself Iskandar and jadi anak orang kampung this time, as compared to DANISH or HAIKAL and become an anak datok, pewaris empayar perniagaan bapaknya yang kaya tahap Dewa Duit.


I dont have anything against Rosham Nor although I knew 'something' he he he *wink* (pastu Kak Ezza ngan CP Kamil mesti buzz aku kat FB dan paksa aku citer). But seriously, ko dah tak sesuai jadi hero ala2 bujang teruna cenggitu wei, please deh. Masa close up kan ke dah masalah garis2 kontur di muka ko yang begitu jelas.



Bukankah ko produser?? Kalau nak jadi hero pun takper, takder hal, Richard Gere, Michael Douglas to name a few pun dah level atuk dah pun. But can U please cari lah skrip yang tak membebankan perut orang nak digest nengok ko kat tv bang. Contohnya, ciptalah watak ko as duda anak lima yang jatuh cinta ngan anak dara ke . Ko suka jadi anak orang kaya kan, ? So jadikanlah diri kau seorang Datuk duda yang mati bini or bini gila pastu jatuh cinta ngan aktress drama yang gorjes. Tetaplah tercapai misi kau yang nak jadi hero, kaya dan leading actress ko mesti cun habiss kan kan kan?? Boleh pe.



Actually tu mukadimmah je sebab tak tertahan nak gak cakap. Yang sebenarnya Kak Pora nak melaporkan aktiviti Kak Pora bersama Geng Dewan Perdagangan Wanita Antarabangsa di hujung minggu hari tu. Walaupun seantero Malaya dah tau cerita tersebut, takpelah ni Kak Pora cerita versi Kak Pora pulak. Sekiranya nak kan versi yang lebih mantop dan bermutu , lawatilah blog Serenity Now, Sembang at Kay's, No Time Off and Helpless When she smiles. (Promotion in advance)


(Kak) Naz of Serenity Now was the one who initiated the trip in the first place long time ago. So when she came back, dia sudah tuntutlah janji2 manisku dan Edelweiss. I remembered texting (Kak) Kay in the middle of the nite (knowing her burung hantu habit yang berkebun malam2) asking her to tail along and yeayy she was thrilled of the idea as well. Later on her sister Tireless Mom pulak said she can join us. Of courselah overjoy I ni kan seperti biasa.


Kak Kay , Kak Naz and Kak Yatt had gone earlier in the morning for the benefit of pekedai-pekedai (?) di Tanah Abang while me and Edelweiss had to take the night flight to Jakarta. That was the second time I boarded an Air Asia Indonesia (QZ) aircraft.Despite the hillarious announcement of "Sila pastikan sabuk pengaman anda siap sedia terpasang" and "Dapatkan kartu kredit HSBC sekarang, gampang terbang" the inflight service was far more excellent than our homegrown. hmmmmm. Hospitality Malaysia?? Mimpilah if you board an AK flight. The stewardess pun were quite a sight for sore eyes. Rugi pulak takde steward , kalau tak I am sure cerah mata I malam tu. As compared to Air Asia Malaysia, nak cari yang category elok rupa paras (kecuali adik Kamalai De Vega) dan manis budi bahasa adalah seperti mencari sebutir beras di Gurun Sahara..tu diaa. Somehow, my eyes stink to see loose coloured hair with 3 meter punya bedak on skinny micro mini red skirt.Not a good combi.Why lah you have to dress macam nak berclubbing di Zouk. Bukankah, stewardess should be neat and tidy. Long hair should be tied or pulled up into a nice bun. Barulah tak mengerbang rambut keras kejung ko masuk dalam maggi cup orang weh and end up that poor fellow makan maggi mee perasa hair spray.



I remembered once being denied to sit on hot seat although that flight hanyalah ada tak sampai 40 orang. Adalah sangat ridiculously stupid because I didnt pay for it so I cannot sit on it walaupun takder orang pun duduk situ. But ada aku kisah?? Aku kan perasan hot so duduk hot seat lah , who are you to stop me? Actually, I didnt know it was a hot seat anyway and If only she informed me politely , I wouldnt mind. Ni dengan muka perasan bagus , dah la tak lawa, garang macam Mak Rimau, saja la nak cari pasal ngan I kan.



IKLAN okay jangan marah.


We arrived in JKT with Mas Mono adiknya Mas Sono our frequent guide, waiting on the side. Hajat di hati nak berpoya-poya di HRC adalah dibatalkan because our flight was delayed and we landed at midnite local time. By the time we reached the Millenium Sireh Hotel, the rest of the girls were already settled in their respective rooms. Went to Kak Kay and Kak Yatt's first, only to witness satu kontena punya hasil borongan they all , tu dia aihh.
Edelweiss who was previously mengantuk macam mentibang patah sayap teruslah terbeliak mata dan tercungap-cungap keterujaan upon seeing all the things. Went to our room where our room mate, Kak Naz sangatlah demure looking dan begitu sabar menanti kedatangan adik2 beliau. I doubt she even lie down pun as the bed was still nicely made. Kelebek Kak Naz punya barang pun boleyyyyy tahannnn and terbayang lah pulak Malaysian Airline yang senget sebelah nanti.



Suddenly barulah tersedar that I didnt bring my PJs. So had to give option to my roommates, either they have to bear seeing me sleeping in my birthday suit or telekung. Edelweiss tidak sanggup menghadapi kedua2 situasi so she offered me her PJs (tq dear, nanti gua pulangkan arr). At that time barulah pecah rahsia Kak Naz yang kelihatan sungguh jelita seperti nak keluar bersiar-siar itu. Ropanya beliau juga tidak membawa baju tidoq kah kah kah. As to save space in the luggage punya pasal.


That nite, Kak Naz tidoq solo on the single bed whereas me and Edelweiss shared the queen. We needed to got up early the next day as our morning pick up was at 7 to head for Bandung. But adakah boleh tidoq cepat when all 3 girls in one room??? Nada. From one episode to another and as I was dozing off Edelweiss popped up with her "Hang ingat dak roti krim Maniam?" as I heard her tummy grumbled. Chitttt. Dan dan tu I rasa nak ajak dia pi cari roti cream tu because we were damn starving since LCCT. I hadnt had dinner at all. In flight I'd chosen sleep to eating as inflight meal adalah sangat soggy di waktu2 malam begitu.

Cukup dulu sampai di sini coz I dowan to reveal Bandung's trip earlier than the rest . Biar surprise sikit.

Tuesday, January 26, 2010

Sharing is Caring

I am so delighted today as my darling SIL has given birth to their first child. A gorgeous baby boy . Pics later as we are going to visit them this evening in KPJ Seremban.
So I felt like sharing today. I want to share this beauty tips with U peeps (chehh macamlah aku Ratu Uniberse plak la kan)
During my confinement period years back, I spent my time on the telly like 24/7 kot. As I got the priviledged of having an ortodox Mak Kandung and Mak Mertua, I was not allowed to do any work during that time, ahhh bliss. But kalau nak ikutkan, I wasnt allowed to even watching tv lelama becoz it would make my eyes rabun. I was not supposed to read as well!!!
Meroyan la Kak Pora lagu ni. What was I supposed to do ?? Berjacuzzi ? Bergossip ? What? So setelah berbakol punya pujuk rayu , Mom pun menyampah , so she let me watched tv for as long as I wanted to , provided that I do and eat ANYTHING she asked me to. Kijam kan Mak aku??Alhamdullilah lah I ni anak kandung dia, kalau anak tiri ? tataulah apa nasib diriku.
Among the tv programmes that I watched and I would never had the time or oppurtunity to watch otherwise, was Martha Tilaar eh salah, Martha Stewart talk show.
Best gak eh programme makcik ni.
She gave this tip on how she keeps her face supple and smooth. Kalau tengok memang lah pun , she look young despite her age..but arrr I tatau la plak how old is she. But I think she is not that young anymore otherwise awat la dia bagi petua untuk kelihatan muda kan, if she is like 24??
So this is her beauty regime which I trrrried to abide despite hujan panas salji mahupun taufan Katrina. But sadly, selalu I gagal, if not well comfom muka I jelita gaban punya kan.
How to clean your face every nite.
1. Apply baby oil all over your face. (she used Johnson & Johnson, so ikut jelah
jgn nak tanya I plak if u all nak guna minyak telon )
2. Take a face towel , wet it with warm water and clean your face gently, and try
to gently scrub all oil residue as it will goes off easily with all dirts on your
face. (untuk hasil yg lebih cemerlang, guna towel putih, so that u can see
berapa kilo daki bertepek kat muka u all)
3. Then wash your face with your facial cleanser
4. Use warm water to rinse
5. Wash your face with normal tap water or if U rajin , use cold water.
Voilaa .U will definately get an instant result of a clean and fresh face. And who said beauty is expensive? (except that if U want it to be that way)
Kalau tak rasa cemtu, then errr tenyeh ar muka u all ngan kertas pasir plak.

Tuesday, January 19, 2010

Hanya di radio

Some years ago, I needed a radio to study.Wajib. So Bapak pun kena lah belikan radio casette yang kecik dengan harapan anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan boleh menjadi Professor Gigi macam Cik Kiah tu ha, sejuk perut Mak dia. (well he had too high expectation of me sapa suruh) He even said he don't mind if we all jadi Gadis-gadis terlebih umur if we have an academic title kat depan nama we all like Cik Kiah.
But, Allah maha mengetahui, belum sempat convo anak bapak dah kawin. Dah nak sampai seru nak buat cemana gak. Tu pun ada orang nak, kot aku rejek, dah la tak jadi profesor , tak kawin2 . Alangkan aku kawin pun meroyan kronik dan sentiasa membuat jiwa laki ku kacau, jika aku tak kawin, cuba lah estimate berapa ramai lagi jiwa kacau disebabkan aku?? Jawab jawab.At least ada gak title Puan kat depan okay whatt??.

Eh melalut seperti biasa. (jangkit drp CP Kamil lah ni)

Kenapa I memerlukan radio kalau nak study? Ohw so the gedik kan. But I jenis study tengah malam, so secara teori banyaklah makhluk2 asing yang berlainan jenis dengan kita manusia ni berkeliaran. Pastu pulak anjing Uncle Teoh (arwah dah, bukan anjing nye saja, Uncle Teoh tu pun sama gak, dah undergounddah. kesian, mati kena bunuh ngan kekasih bininya. opss sempat lagi gossip. Akan dipanjangkan cerita autobiography uncle Teoh ni sekiranya ada permintaan ye puan-puan)
Mana tadi ? Owww Anjing. Ya anjing itu adalah radar pengesan hantu yang efficient. Hobi la pulak dia menyalak2 ala2 werewolf di tengah malam, buat citer New Moon ke apa tah.

So radio lah peneman dan pengubat duka lara. And masa tu non-ado lah stesen2 radio swasta yang DJ tahap femes amous. Sumernyer seperti meneka dalam kesamaran. Kot dengaq suara sedap tu imagine lah muka hensem , ala 2 lagu head wind tu "hanya di radio ku mendengar suaramu" . Mana ada DJ2 muda mudi sangat. We have to settle with the not that young DJ , only young at heart lah kot , i.e the former Ms Malaysia itu and the rest of her cohort lah.
But when it comes to Patrick Teoh, nahaiiii.Impian berkecai. Betullah teory yang suara yg sedap tidak menjamin rupa paras pemiliknya menawan and the other way around, contoh terdekat The Angkasawan.

At that time yang paling feberet among my friends adalah Radio 4, especially rancangan 'Yours for the Asking" iaitu rancangan menujukan lagu kepada orang. Sooooo 80's no. Mana ada sms, chat tvlah apa bala kan. Telepon pun kena kunci ngan bapak. Dah lah sekolah conbent, jarang2 melihat male species. Jadinya, itulah saja medan yang ada untuk meluahkan perasaan kan Edelweiss???
Gembira gilerr Kak Pora bila request Kak Pora dibacakan oleh DJ yang I tak kenal pun sapa. Eventhough sering dipermainkan olehnya, contohnya when I asked for lagu Cherish from Madonna (well Madonna was sooooooo IN during my time , "U know coz we are living in the material world and I 'm a material girl...waaa sooo the very. Everybody would have a set of gelang besi ala2 aci Parameswary tu and try so hard to look as kinky as possible) DJ tu bagi I lagu Cherish by Rockwell (wei tu zaman Bapak dan Emak la dey) or once I asked for Michael Bolton dibantainya bagi Micahel Jackson, suka2 hati dia ajerr le kan memperkotak katikkan permintaan I yang suci ni. Tetapi I tetap happy.

But mind u, the similar programme in the Melayu Radio was a total freakish. Kuar air mata darah okay kalau dengar dedication Mat Bunga kat awek, sooo la URTV and Majalah Mangga.

There was one slot which was aired in Radio Melayu milik siapa lagi RTM lah (a place where all the DJ were kertu2 like Rehat Tunggu Mat*). Kalau tak salah I berjudul (hekeleh ancient gila perkataan itu kan? dan sangat sakai) "PENGEMBARA" and it was tengah malam. I like it becoz it was an interactive programme where caller would call and cerita pasal pengalaman mereka berjalan2 , bercuti or mengembara obersea. See , kecik2 lagi I dah tanam minat nak berjalan jer , so sebab tu cita2 I tak kisah nak jadi apa pun, asalkan kerja yang memampukan I beli tiket airline yang selalu buat promosi dah la, so not ambitious u may think, but who knows I might end up ada Airline I sendiri nanti haaaaa.

One night, ada caller ni citer that dia dah trauma nak vacation ke mana2 because during his vacation with his family kat mana tah, they met an accident, and all his family members were killed. So the DJ tu tanya, adakah awak sorang je yang terselamat? Jeng jeng jeng he said. Saya pun terbunuh sekali ..and the line was cut off. Haa saspen ke tak idup?? Dah masa tu pukul 12 tgh malam. Dj tu pun dah tak ambik dah call, teruss main lagu jerr . Koma agaknye bercakap ngan hantu. I pun after that vacation gak lah from listening to that particular slot.
After Uni, serious tak pernah lagi dengar radio malam2. Nak buat apa pun. Astro tu pun I rasa I beli buat kebajikan je kat Ananda Krishnan, tak sempat2 nak tengok, ni pulaklah radio kan.Malam2 sebelum tido wajib pulak dengar dengkur orang sebelah yang serupa enjin motorbot tu, udah berlaki macam tu la Esah, syukurilah hidup ko yang sunyi sepi dan aman damai di bilik tido as long as u can.

Recently, I terrrrrr switch on the radio while driving quite late. Orang sebelah sedang start 'motorbot' dia. So gabungan bunyi motorbot dan suasana yang sunyi sepi di Hi Way adalah tidak akan menghasilkan sesuatu yang enak kan, baik dengar radio.

And kah kah kah. Masih ada lagi that type of dedication thingy ala Mat Bunga. It was Jamal Jamlauddin's slot and if I was not mistaken , judulnya (chehh) "Cetusan hati dan dedikasi" (hafal okay nak ngumpat punya pasal).

And u know what, still kuar contoh ayat air mata darah seperti


"Sayang, abang sangat sayanggg pada sayang, sabarlah menunggu hari kita diijabkabulkan" dari Laskar Udara Mohd Amin, Pulau Pinang.

AND


"Abang, I love u so much, maafkan Lina kerana sangsi pada cinta abng " dari Lina Larkin Johor


AND


"Bi (baby? bobbi? what??) ketahuilah , cinta abang hanya padamu sorang. Semoga Bi sabar menanti kepulangan abng"


Tidak cukup lagi? Sudah comatose??


Ambik lagi ni


"Alin, kenapa Alin sanggup buat Syam begini?? Syam talipon pun Alin tak jawab, Syam sedar semua kesalahan Syam, Syam mintak maaf, Syam janji tak buat lagi , Maafkanlah Syam sayang?;


*Of course nama dan tempat adalah rekaan I semata, takder kerja aku nak hafal nama sekor2, yang penting plot nyer okay.



BOLEHHH??? U all bayangkanlah dialog itu dengan suara Jamal Jamaludin tu yang ala2 Pak Cik Mat Tempe bercinta lagi tu, ewwww romantik lemau , bucuk bacin okay. Geli geli geli.



Soalannya budak2 ni dok planet mana nih?? Tidakkah kome cukup kredit telepon? Tidakkah korang mengenali FB? Twitter? Email??

Ke tu semua surat2 yang 20 tahun punya , DJ tu beli timbang kati drp RTM sebab nak juga rancangan beliau sendiri walaupun beliau tidak fofular?? Tah2 derang tu semua dah beranak pinak dah.

Jangan tak tau , sebagai promosi, mereka telah mempergunakan FAIZAL TAHIR untuk mengiklankan rancangan tersebut. Begini bunyi iklannya :-
"Hi saya Faizal Tahir. Saya suka mendengar rancangan Cetusan hati dan Dedikasi bersama Jamal Jamaludin. Walaupun saya ni ROCK, tapi jiwa saya ni sebenarnya sensitive, saya layan juga lagu2 jiwang ni"

Macam tulah lebih kurang. Apakah harapan Jamal Jamaludin sebenarnya? Mengharapkan semua peminat FT juga turut meminati rancangan beliau itu??
Hoh, dengar sini orang-orang kampung, even if U manage to get Eric Banna, or El Divo or even Hugh Jakeman (-sigh-) to promote your so call "Cetusan hati and Dedikasi "mu itu, tadak aku nak heran aihhh. Tak hengen I.

Tuesday, January 12, 2010

PADA MALAM MALU BERTANDANG

That nite, I promised my friend to have some business talk at her office. Since Kakak and Abang had their drama class that very night, so we planned to pick them up and have our makan some where nearby.


En Kanda was in his 'perangai huduh' mode yang aku tak ingat pasai apa dah , just the usual penyakit aneh dia bila lapar. Tantrum macam anak tapir.He is montrous when hungry.


Planned to cooked actually but gas habis so lagi la bertambah panjang moncong dia kan.


Since I was going to my friend's office, we drove there separately, where I fetched the kids and he went to get the gas. Tu lagi la satu episod drama Tamil Naidu. Normally we would just rang the guy up for delivery. But recently, ada pulak dealer lain yang hantar kan their sticker in our mailbox and we decided to try that one.
Unfortunately the budak said the delivery tak cover our area. Jadi apakah motif sengal yang mereka hantar the promotion sticker kat area situ tidaklah daku mengetahui. The usual dealer pulak telah memilih hari yang malang tersebut juga to have his motorbike pancit, lebih menambahkan lagi sentimeter muncung laki I tuh, boleh simpul buat bow tie la kira.


So I fetched the kids and drove around to choose our makan place. Dah la kematu otak I kat situ , abang wanted Thai food and Kakak said she was craving for mee goreng isyyyyy . Suddenly tadaaa, saw this new restaurant with quite an impressive crowd of clienteles. A day before , I noticed that they were finishing their interior decor during my visit to the laundrette next door. Nampak like the ambience were cozy and nice.


The kids pun enthusiatic tengok ada new cool place in town .From afar I saw one of En Kanda's boss tengah melahap.


Dengan gelojohnya texted En Kanda notified him our choice of location and the person I saw.


Lepas tu, dengan penuh kedivaan seperti Jennifer Garner (of courselah sebab bawak anak kiri kanan okay takkan lah macam Lady Ga Ga) I walked inside, can't help but felt a little bit uncomfortable noticing that all eyes were on us. Tapi idaklah I perasan cun , jangan lah ditohmah diriku ini. I was just curious la, mula la rasa serba tak kena. Adakah seluaq koyak? Or tudung terbalik or what? What? Why you people are staring at me?? Mistaken me for Rozita Che Wan?? Owhhh silalah beli ubat titik mata Permata Hijrah untuk merawat mata anda.


A lady whom was holding a file in her hand, smiled and approached our table. But her face was rather puzzled. Another man joined later. He then asked," "Puan ni guest ke??" My first thought was, of course I am. Yes, customer might be referred to as guest in some industry , so I think so.
The woman then just asked, " Dari mana ye?" So I was like, dari mana means ko nak tanya rumah aku kat mana ke apa nih?? Since when nak makan kat restaurant kena bagi alamat lengkap nih?? Atau adakah mereka hanya ingin membuat gesture yang friendly untuk greet customer. Tapi perlukah tanya dari mana aku datang ???

Tanpa rasa bersalah, I jawab "Dari rumahlah, naper pulak?? Suddenly bila kala senses came knocking on my head , baru I seperti terperasan, naper semua 'guest' were formally dressed? Naper tak der pun yang pakai jeans seasoned and T-shirt antik dan heret croc palsu berjenama ASADI cam I??

Dan soalan kenapa sumer orang pandang aku seakan terjawab. Dan kenapa mereka ini dok sibuk nak tanya dari mana I datang bukanlah bermaksud mereka berminat untuk mengetahui asal usul I ataupun alamat rumah I. Serta yang mereka maksudkan dengan 'guest' bukanlah bermaksud mereka adalah bekas hotelier yang sudah terbiasa panggil customer sebagai guest ye.

Pastu dengan muka bersalah pompuan itu menerangkan yang they were not officially opened, and that nite they were having some sort of food testing party for invited guest only, camtulah lebih kurang.

Apa dia ingat aku tidak tahu? Of courselah aku dah agak tahu that I was not in the place that I should be. Adalah begitu besar keMALUan itew okay.

And she tried to meneutralkan mode aku supaya tidak bertukar menjadi spesis terancam dengan mengoffer kami makan apa saja menu yang ada , which was tak banyak.

Abisss ko ingat aku nak??? Thanks anyway kerana usaha murni mu itu, tapi aku dah cukup malu ni. Hatta nak escape from that place dengan catwalk depan 'guest2 ' tersebut pun I wished I can just "bling" and disappear. Tapi puas I bling bling mata I, I was still there.
Nak tak nak, blah la. Paling la indah sekali, I have to lalu depan En Kanda's boss yang dah sengih 2 kat aku. Tamporr sedas baru tau.

Lagi lagi indah Kakak yang mempunyai suara soprano itu telah mencuba test range suara emas dia kat situ jugak, punyalah kuat dia tanya "Why mommy? Kenapa kita tak jadi makan kat sini??"
Arghhhh budak ni karang aku sekeh juga kat sini, boleh ko tanya pelan sikit tak? Mak ko tengah mengkontrol macho ni okay. She even demanded hentak2 kaki for the answer . Eiiiiiii budak bertuah ni karang muka jadi lempeng baru ko tau.

Tanpa berpaling lagi, said thanks to the owner and terus blah pergi kedai lain. Dah pulak kerana malu yang teramat, I did not bother using the tangga kecik , (which is exactly depan meja Boss En Kanda tu okay, adakah aku gila nak lalu situ?) instead I terjun je from the side. But kat situlah pulak ada paip bomba and Kakak was having trouble nak terjun. And she jerit again, asking me to help her down.

Perrrrfect, aku kena lah patah balik kan. Cis cis cis.
In short , we settled at one kopitiam.

Abang narrated the whole story to En Kanda whom at last , gelak cem owang gila, yelah boleh lah pulak gelak sebab ko dah kenyang terbongkang kan. Cuba masa ko lapar.

He then thanked me for making his day. Kepala otak dia berjambul.
And lastly, mode moncong telah transferred to myself while he kept on laughing.
MONGOK.