BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 22, 2010

Aidilfitri Pertama tanpa beliau....

Salam Aidilfitri U all.


Usah terpedaya ngan tajuk. I kan bekas editor Kosmo, tajuk mesti gempaqq. Entry ni bukan pasal orang yang dah  arwah.


Mesti u all punya raya happening ek? Hapening ke Esah oi? *lap air mata*.Tidak seperti diriku ini, raya kali ni kena cover line. U dah ler bibik I yg sedia kala terasa dirinya seperti  Cut Tari tu asyik nak bergedik je, nak cuti raya....tah pergi beraya ngan boyan mana lah tu. Bibik orang lain elok je ikut majikan balik kampung. Mungkinkah aku telah diberi nasi kangkang sehingga aku main bagi je dia cuti?? ewwwww. Karang kalau tak dibagi cuti, meroyan, buat muka, buat kerja muka macam tempoyak masam jer lagi aku rasa nak bakar buang dalam sungai.

This time, giliran raya rumah my parents, so memandangkan seorang ahli kelorga iaitu anak bongsu kesayangan Amma sedang berada jauh di perantauan and anak menakan kesayangan Appa pun dah balik negeri Kutub Utara, maka tema raya we all tahun ni was kelam2 bahasa (walaupun baju aku semua bling bling).


Walaupun baju raya I sekodi (podahhh) tetaplah kena buat muka versi Bersamamu supaya Amma tak kata I anak derhaka. Dia baju raya pun berupa jubah Arab berwarna hitam yang dihadiahkan oleh my brother yang lagi sorang tu ha. Kengkomon nak telly la dengan situasi adik we all kat tanah arab tu ha, feel lebih. Bukan main lagi ko punya skill bodek ek budak.

So aku le bibik di hari yang mulia. Mandi pun pukul doblas ok. Ok tak penghayatan I dengan tema yang tersebut di atas?

Abiss, lauk pauk raya pun Amma dah warning tak payah lah kita buat yang Adik suka, nanti tak sampai hati mama nak makan?? Wahhh, masalahnya hati kiterang sampai cemana? Bukankah konsepnya kita kena buat makanan2 yg dia suka tu dan tolong makan untuk dia dan on top of that snap gambar banyak2 and tayang kat FB beliau supaya beliau terasa gembira??

Gambar raya pun takder, dikhuatiri we all akan menayangkan tanpa belas kasihan di FB dan membuatkan beliau sedih, dah la baru putus cinta.

Sian Roberto Carlos. Dah la dia set kalau beraya tak ingat dunia. Baju melayu kalau tak siap bersampin songket, berbutang berlian, bersongkok P.Romli maka bukanlah laki aku namanya. 

Elok2 bersiap macam nak buat rakaman Salam Aidilfitri di Astro, lepas sembahyang raya, dia bantai tido bleh?? Abisss raya pun terasa suram je. Budak lagi sorang tu dah balik rumah mentua kat Ipoh, tinggallah daku seperti anak tunggal kat rumah. Kalau raya kat rumah mentua I , selagi tak high heel aku yg 3 inci tu tinggal separuh, idak le nak balik. Siap buat rombongan lagi.

Malam raya tu YM ngan beliau. Dapatlah Amma and Appa tengok mukanya beliau. Maka babak air mata mak neng pun terjadilahhh.



Petang sikit barulah bertolak ke kampung Appa kat Bukit Mertajam. Nak pi beraya pun kena selective gak, takot tersinggung Amma. Sebab nya kat kampung tu ada my aunty pun senasib gak ngan Amma, alah yang anaknya pun dah balik ke Kutub Utara beraya ngan polar bear tulah So boleh share2 feeling.

Gembira la jugak anak-anak dah balik kampung. Barulah terasa sikit suasana raya tu (dan dapatlah I catwalk kan baju bling bling  I yg pertama) dapat jumpa sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa, dan menambahkan koleksi duit raya mereka.

Dapat jumpa wifey  arwahnya my cousin yang baru meninggal. Kesian. Kurus sikit (eh bukan kita patut jeles ke bila nampak orang lain kurus?). Tapi raya dema happening jugak, ada nasi daging (speciality orang utara - pasni ada la orang request suh aku buat ni ) . Kat kampung tu yang menarik is rumah my aunts and uncles semua dekat-dekat. So kalau pergi beraya di hari raya pertama, kena kosongkan perut dulu. 

Normally, setiap rumah buat dishes yang berbeza, tapi mungkin juga sebab sumpahan si Lyana Teteye yang tak dapat beraya kat kampung, majoriti they all semua pakat buat nasi daging! Nahhhh rasa macam jadi hakim pertandingan masak nasi daging le pulakkk.

Second raya, pulang ke rumah Grandma. Grandma pun tengah emo Neng Yatimah gak , biasalah dema ni kan keturunan Primadona Bangsawan. My uncle yang second tu tahun ni balik beraya kat rumah mentua nya kek Gemas. Pagi2 lagi mak neng dah tipon la semua suruh cepat balik kampung.

Petang tu barulah pulang ke rumah MIL. Lusanya ada kenduri kawin kat rumah mak lang En Roberto Carlos , kawinkan anaknya yang sulong.


 
Sekian saja cerita raya saya. Tak best kan hari raya saya?? Tulah, memandangkan beliau yang menjadi faktor utama kegembiraan raya tu akan berada di sana paling kurang 2 tahun , maka saya mungkin hanya akan kopipes je entry ni untuk entry raya saya tahun depan.

Tapi Alhamdulillah, dapat gak beraya, ada orng yang tak sempat pun beraya, dipanggil pulang di jalan raya!

DRIVE SAFELY UOLZS