BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 20, 2009

Sebab-sebab saya trauma kepada teksi

Salam u all


Untuk tidak menghampakan toyboy I yang gorjes di Landeng itew dan untuk menidakkan tuduhan palsu Madame DeVega yang kata I lagi pemalas daripada dia, I kena la buat posting kan.

Last time, ada one of my blogger friend yang mintak readernya menceritakan pengalaman pahit mereka naik teksi dan I cakap I memang banyakkkkk sangat pengalaman tidak menarik dengan debar-drebar teksi di Malaya ni sehingga dah hampir 7 tahun I tak pernah dah tahan teksi.

Terlebih dahulu I nak buat disclaimer ini kepada Kak Wos sebelum dipelangkungnya I, " Wos, kecuali teksi kaler hijau kepala burung milik sayangmu itew, kalau teksi tu, aku akan tahan tanpa rasa was-was dan terus memberi sebungkus yong tau fu kepada beliau untuk dikirim pada mu, kerana beliaulah pemilik cum pemandu teksi yang paling mulia di bumi ini, tidak seperti mereka2 yang lain"

Mula-mula naik teksi Cina, bertiga ngan my riend untuk menemankan salah seorang daripada mereka yang akan berjumpa kekasihnya buat kali terakhir di taman burung kuala lumpur (nak break off la ni) . Alangkah hindustannya mereka itu bertemu dan berpisah di Taman Burung????? I tau salah seorang daripada mereka adalah pembaca senyap blog ini, yeeee sister, ko jotoslah kepala aku nanti.

Ketika itu aku memakai baju knitted milikmu Zura (yang juga membaca dalam diam di ofis ye) I dengan machonya dok depan. Minah dua orang tu dok blakang sebab silent reader tengah konsultasi minah yang nak breakoff tulah kekdahnya, so I seperti cover line gitu , tak nak campur la konon (padahal aku tak paham sebab deme speaking German Pantai Timur). Maka terjadilah dialog ini yang langsung tidak disedari oleh mangkuk2 kat blakang tu hah.

Apek : Wah u suka ini lagu ar??? (sambil menguatkan volume radio buruk beliau)

Diriku (sengih je)

Apek : Goyang-goyang lah, ini macam (sambil mengoyangkan kepala tiga suku beliau)

Diriku : dalam hati (WTF)

Apek : Amoi u pakai ini macam punya baju tadak panas meh?

Diriku : Taklah

Apek : Yalah ada lubang2 kan (knitted) angin masuk...

3 minit kemudian

Apek : U manyak putih lah Amoi, macam cina (bodoh nak mampus aku dikatakan putih mcm cina, kot nak ayat aku pun janganlah bagi kenyataan bohong kan, terbantut plak aku nak perasan pun)

Diriku : *mengetap bibir dgn penuh rasa marah dan berperasaan seperti nak bertukar jadi Hulk

Apek : U punya body mesti lagi putih punya wo

Ba alif ba ya betul la Apek setan tu kan. Nasib baik dah sampai dan aku terkesima nak menjawab sebab di ketika itu sangatlah innocent dan suci, nak maki orang pun belum belajar lagi kan.

Kejadian ke-2, juga naik teksi Apek. I rasa mungkinkah Apek yang sama atau ketika itu KL memang dipenuhi oleh Apek2 tua sex maniac. I naik pun ketika jalan sedang gila jem di Jalan Ipoh. Dari kejauhan dah nampak sebuah teksi maha buruk tanpa penumpang,dalam hati hek eleh apa barang aku nak naik teksi buruk tengah panas ni, mesti air cond rosak. Tapi Apek yang berwajah manis pahit itu menjengukkan wajahnya yang sikit pun tak hensem itu lalu bertanya adakah I nak teksi.

Memikirkan kawan I yang dah tumbuh janggut menunggu I kat KL nun, dengan terpaksalah naik juga teksi lahanat terbabit.

Apek haram makan babi : Mau pigi mana ?

Saya : Pusat Islam

Apek HMB: Aiyaa mana itu tempat?

Saya : Dekat masjid negara sana, tau? Tempat sembayang punya

Apek HMB : (Muka blurrr macam tasmania devil, huduh) Wa tatau woo

Saya : (BODO BODO) Pergi Dataran merdeka je la (kalau itu pun ko tak tau aku seligi kepala ko)

Apek HMB : Aiyo situ manyak jem wo Amoi. Wa angkat lu sebab lu cantik saja tau

Tidakkah biawak pernyataan beliau itu? Apa dia ingat aku ayam? Tapi yang slacknya masa I nak naik , takde dia tanya. Dah jalan baru nak tanya. Tadi tu I macam baru nak cakap, syukurlah baik Apek ni nak berenti kat I dalam jem2 tu. Rupanya,cempedak dah jadi nangka.Itukah saja? Tidakkk. .

Saya : tak mau pegi sudah, berenti kat sini (jerit)
Apek HMB : OK la ok la u punya pasal. Jgn malah la moi.

Apek HMB: U sudah ada boyfren ka?

Saya : Apa lu mau tau?

Apek HMB: Kalau belum saya kasi u mulah sikit lo

Cissssss haram.

Saya : Tak payah, saya suka bayar mahal.

Apek HMB: U keleja ka?

Saya : Blajar

Apek HMB : ohhhh baca law ka (sambil memandang buku Law di tangan aku).Ini selani (serani) punya orang banyak jadi lawyer. U punya boyfren selani ka moi?

Saya : (cisss dia kenal ke bofren aku? mana dia tau ni? Adakah dia ni pembunuh upahan bofren aku (ketika itu) yang sedang menunggu masa untuk ditinggalkan?)

Apek HMB: U manyak cantik ar. U pandai hisap ka??

Saya : Hisap apa ???? Rokok??? U ingat I pompuan apa? (sungguh sucilah pulak aku di situ kan)

Apek HMB : Gelak2 Haiya Bl*w J*b la Moi, U ada bofren mesti pandai punya

Saya : Eh Lu berenti sini saya mau turun....

Apek HMB : Mana boleh berenti sini . Tunggu la.

Saya HMB: Aku terjun karang apek baik ko berenti

Apek HMB : oK Soly, saya tanya, saja mau kacau u.

Diam sekejap sambil nyanyi lagu Lompan Lonlau . Dia ingat best la tu. Bila berehenti je I cepat2 melompat keluar, sambil membaling RM10 kat dia, lantak la cukup ke lebih. Sempat lagi tu dia cakap : "Moi, wa sulah steam arr tgk u, ini malam balik mesti hantam wa punya bini "

Adakah tidak HMB itu Orang?. I terus blah tak tutup pun pintu teksi buruk dia

Kejadian ketiga ketika I dan kawan I yang menunggu I di pusat Islam tersebut di atas berkejar nak berbuka puasa secara berjemaah di Bangsar. Sudahlah kami berdua saja yang terlambat, dah almost 7pm, yang lain tu dah siap sedia melantak dah. Nak tak nak, terpaksalah tahan teksi. Agaknya sebab dah dekat waktu berbuka, semua teksi tidak sudi berhenti sehinggalah kami mengambil keputusan nak berjalan kaki dan tawakkal sahaja nasib diri kami kepada Allah dan menerima dugaan yang mungkin juga balasan kepada dosa2 kami selama ini.

Adalah seorang Mamat teksi ni pun berhenti.

Mamat jiwa kacau : Nama saper?

Kwn I : Sejak bila plak naik cab kena register nama?

I : Awak buat survey rakyat termiskin ke pe?

MJK : Eleh sombong, tanya nama pun tak bleh

I : Kiterang tak berminat pun nak tau nama awak

MJK : Ala cakap juga kalau tak saya tak nak berhenti, saya bawak korang balik Cheras

Kawan I : Eh mamat ni saiko ke pe?

I : Saya Siti Esah ni kawan saya Seripah Selewa Begum Al Banjari (sebab pakwe dia banjar)

Hambekk ko nak sangat nama ye.Hambik la nama makcik guard tu.

MJK : ok ok . Budak UM Ke

Kwn I : Ha ah (tipu)

MJK : Kolej ke brapa??

I : Eh awak ni jgn ar lebih2 plak.

MJK : oK tak nak cakap takpe, kita pusing round about ni

And he technically pusing round about tu dekat 7-8 kali sehingga kita orang dah meraung dah macam Nyiang Rapik.

MJK : Nak cakap tak?

I : Ni dah masuk waktu berbuka la bahlol, ko ni setan ke pe

MJK : Cakap dulu

Kwn I : (yang berpakwekan budak UM) Kolej ke 7 puas hati

MJK : Betul ni ?

kWN I : Betul la syaiton. Cepat lah

MJK : Kalau saya pergi cari takde?

I : Ko ingat ko je gila, nak tengok aku punya gila pulak? (Masa tu dah sampai dah destinasi we all, tapi si setan tu refused to open the damn door.)
I menumbuk numbuk cermin teksi tu macam mangsa kena culik dan jerit "Tolong, tolong orang gila perogol"

And my act managed to attract a few people and they eyed him curiously. Barulah dia bukak pintu. And u know how much we paid him? Sorang Singgit and I even throw him a 5 cents extra. I rasa dia pesakit mental yang terlupa makan ubat dan bawak teksi bapak sedara dia yang sedang memerut kot.


Kejadian Ngeri ke-4 berlaku di depan Denmark House ketika I pregnant with my first child dan zaman-zaman I pergi court dulu la. After my job settle, I wanted to do some GAJBUT (read gaji buta) la sikit dah alang2 keluar tu kan. Sebab masa tu I adalah kecik sikit daripada mak gajah, I decided to take a cab.

And abang teksi itu bertanyakan soalan tidak brapa pandai yang sangat menyakitkan pankreas dan organ dalaman I

Abg teksi nampak warak tapi WAROCK: Ni awak blum nak bersalin lagi kan? Takut terkeluar plak kat dalam teksi saya ni karang.Tak pasal2 pasal saya jadi bidan.

Adakah dia ingat I teringin gedik2 sangat nak dia jadi bidan anak I? Adakah dia ingat I ni die hard fan dia yang bercita-cita nak letak nama dia dalam borang beranak as nama orang yang menyambut kelahiran???? Uttar Pradesh.

Dan kejadian terakhirnya, the most recent lah kiranya. I terpaksa naik teksi yang drivernye botak , misai melintang dan pakai spek hitam mcm Matrix. Wuyoooo very the ngeri mukanya. Nasib baik takde parut melintang kat mata.Dia tanya I nak pergi mana pun as if dia tanya " Mana ko sorok dadah tu?" ha kau garang siyot.
Sampai kat round about persiaran kayangan shah alam, ada lah sorang mat rempit ni sudah cilok depan teksi dia. Dan mamat lanun ni sungguhlah berangnya dan memaki hamun mat rempit tu sambil menunjuk kan jari telunjuknya ke arah mat rempit tersebut macam God Father ok. And I kat blakang tu feeling jadi tebusan pun ada.Tak cukup ngan maki hamun dia hentak plak dash board keta dia tu. Waaaah sungguh takut. Hampir-hampir I nak cakap. takpelah bang, tak payahlah susah2 hantar saya, saya boleh balik jalan kaki.

Mesti u all ingat apa kes minah ni cerita teksi dan drebarnya tiba-tiba kan? Yesterday, ada sorang pompuan ni bergaduh ngan bofren dia, seorang pemandu teksi, kat lorong blakang ofis I. Punyalah kuat suara mamat tu marah aweknya macamlah salah member tu 39B Akta Dadah Merbahaya. Minah tu cool aje. They fought in his cab la, but her door was widely open, of course giving advantage to us penonton di sebalik cermin gelap.
The issue was mamat ni mengamuk sebab minah ni call awek dia lagi sorang, budak Sabah. (Tu dia laporan aku detailnya) Last2 ditolak nya budak pompuan tu keluar and dia blah. Budak tu of courselah terseret sebab kaki tersangkut kat keta. Berdarah-darah kepalanya.Siann sungguh.

Tu yang teringat balik kisah2 drebar teksi ni.

Wednesday, October 7, 2009

Kehilangan yang memilukan/sengsara

Selamat Hari Raya U all.

Terlambat pulak I nak wish. Bukan kerna overdose kuih raya, jangan buruk sangka tabaaikk.

Ada pun kerana I telah dinodai oleh seekor nyamuk Aedes sehingga menyebabkan demam yang memerlukan I ditahan 5 hari di wad. And twice a day my blood sample were taken till I bruised and left my right arm so hideous looking....like kerepek keladi, sumpah.

And that nyamuk is the cause that I tak sempat pun melaram ngan baju raya I. Macam dah tau2 je nak terbongkang kat hospital, baju raya pun tak banyak tahun ni yeaaa.

Dalam pada dalam wad tulah, kisah pilu kehilangan itu berlaku.

HANDPHONE I kena curi, chorrr, stolen oleh seseorang.

I know its not my rezeki and all but MAY U ROT IN HELL.....

Memang telepon I tu pun tak cantik mana, dah buruk, usang dan jadi dwiwarna kerana kesan sinaran ultra violet yang tidak dilindungi SPF 45 seperti pipi I. Tapi its still my phone. Ko sengkek sangat ke yang ko nak songlap phone aku yang buruk tu haa kambing?????

Dan yang paling super bongok ialah, pencuri itu sampai hati ambik kesempatan atas kelemahan orang lain. Sanggup curi time orang tengah sakit, kalau ko terrer sangat cubalah curi masa aku sihat dan baru minum Red Bull 3 tin. Pencurik yang dayus...pencurik lain pun malu nak mengaku ko sekaum ngan derang la woi.


And if pencurik itu adalah pekerja dari seberang (besar kemungkinannya lah, bukan nak tuduh) I join grup bapak gula-gula, buat Pertubuhan Keranda pulak , meh sini tengok mana lagi hebat nak dibandingkan dengan Grup Bendera derang tu. Kalau tak kena tsunami pun, meh sini aku nak benamkan kepala korang dalam tanah pulak.Satu kerja pulak dalam demam2 tu I kena menapak to Maxis Service Centre kat Sunway nun to retrieve my SIM card.

And yess I have my new phone but being me, makan tahun lagi la pulak for me to get myself familiar with the new toy ni, dah la aku ni jakun teknologi.


So to those yang memang ada my mobile phone number, KINDLY PLEASE SMS me your name...my number remained the same, its just that satu habuk number U all pun I tadak. How to invite U all to my house like that??? (Ok ke alasan tu???)