Salam uolzs.
Akak baru balik dari berkinja-kinja (perbuatan terkinja2 yang disengajakan) kat Saigon a.k.a Ho Chi Minh City dengan kawan2 kampus dulu.
Kita cut la details benda-benda lagho dan merepek yang kite orang bikin kat sana tu ye.( Termasuk lah perangai shopping terkeji dalam sejarah peradaban manusia sampai tinggal baki USD2 jer dlm purse. Jangan tanya berapa duit akak bawak ye, akak tak tak suka sangat soalan tu)
In one of the three nights there I had a meaningful talk with my bff a.k.a my partner (bukan sleeping partner, tu akak tinggal kan kat rumah jaga anak hiks)
We discussed the content of Verse 22 of Surah Ar Rum. (yes akak ngan partners meme kalau diskusi macam Perhimpunan Menteri Luar OIC buat dasar, kadang2 macam nak bergaduh pun ada jugak. Gitulah kekdahnya kalau loyer berbincang, orang dengar mintak simpang sebab ingat nak gaduh.)
"Dan di antara tanda-tanda kebesaraNya ialah penciptaan langit dan bumi ,perbezaan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui"
Penjaja popia (kot) di tepi jalan Ho Chi Minh City
Lihat lah kekuasaan Yang Maha Mencipta. India bersempadan secara geografi dengan China. Tapi orang-orang Cina bermata kecil dan berkulit cerah. Tapi orang India walaupun tidak mempunyai tona warna yang sama, tapi bermata bulat. Bahasa juga berbeza. Algeria berdekatan dengan Nigeria tetapi secara zahir, fizikal mereka berbeza.
Jerman bersempadan dengan Perancis dan Republic Czech , tapi mereka mempunyai bahasa mereka yang tersendiri. Tidak perlu terlalu jauh meninjau, Malaysia juga berjiran dengan Indonesia dan Thailand, tapi kita bertutur bahasa yang berbeza.
Jadi apa lah yang kita banggakan sekiranya kemampuan kita bertutur pun milik Allah Azza Wa Jal? Bahasa yang kita banggakan, yang kita canangkan, yang kita perjuangkan , yang kononnya kita rasa hak kita, sebenarnya hak Allah.
Bayangkan jika Allah TIDAK menjadikan bahasa-bahasa yang ada hari ini. Apa agaknya yang akan terjadi keapda makhluk yang bernama manusia?
Sedangkan kita bukan sahaja berkomunikasi dengan bahasa, kita berfikir juga perlu bahasa. Sekiranya kita katakan, tak ada bahasa, mungkin manusia guna bahasa isyarat. Tetapi, cubalah kita mengisyaratkan kehendak kita tanpa kemahuan itu kita fikirkan dulu dalam otak kita. Mampukah kita berfikir tanpa satu kaedah yang kita namakan bahasa?
I'm speechless.
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pentadbir Ya Allah. Allahu Akbar.
3 comments:
I'm speechless too. Sesungguh nya betapa besar ciptaan Tuhan yg Maha
I'm speechless (three) - tinggai duit US Dua hengget je?? Senyum si Nguen tu kannnn....
Hi Desert Rose, long time no see. How you doin'?
You in Vietnam now?
My bahasa is out of tune, and not familar with many words, except see Ho Chin Minh city, so guessing.
Anyway, you keep well, have fun and keep a song in your heart.
Lee.
cool posting
Post a Comment