BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 17, 2009

TAG RAYA FROM MIMI

Baju Raya

3 pasang saja. I dah berubah. (tu nak kata faktor umur la tu, sekeh karang) (Ikut rekod last year 7, year before 5 dan tahun2 lain dalam julat yg lebih kurang)

1 ready made, 2 tempah. I rasa macam cantikkkk sangat pada pandangan mata I la, yang penting kita pakai bukan utk menunjuk-nunjuk, tapi untuk kepuasan diri *flash back iklan raya Habib jewel 10 tahun dulu.


En Kanda, dia memang over kalau bab beli belah. Kalau beli baju dia, tahan je I menunggu pat lima jam dia dok try menerai, beli T-Shirt pun kena fitting gak. But when come my turn, tak dan I nak pilih, dia dah buat muka penapis santan kat sebelah.
Tahun ni dia punya persalinan, sepasang baju Melayu, T-shirt 3 helai dan jeans 2 helai. (Tapi aku cukup tak puas hati seperti biasa kerana t-shirt dia selai pun I boleh beli 3 pasang kasut primavera, lagi mau kata aku boros???? Senduk betul. (Tak boleh menegeluarkan cercaan terlampau kerana masih di bulan Ramadhan yang suci).
The kids
, baju Kebangsaan sorang sepasang, casual wear 4 pasang sudahlah.


Oh, BTW tema we all tahun ni adalah PINK.


MIL ada 2, FIL dah seven feet under. For MIL yang official (mak kandung En Kanda la tu) I belikan kain hari tu for her baju kurung. Malam ni baru nak cari tudung pulak. MIL yang No.2 bank in duit je ari tu.



Kasut Raya


2 Pasang saja. Jgn nak kata aku over, dah SALE rembat la kan.Bukannya beli kasut mahal nak mampus cnthnya CLA*KS tu kan Myra kan kan. Pastu kantoi ngan laki , aparaaaa hang.


Kuih Raya


Satu perubahan positif juga telah berlaku di sini, di mana 4 jenis telah dibuat sendiri (satu adunan masih bertakhta di dalam fridge, tunggu malam ni nak mengerjakannya. Sila beri tepukan gemuruh bersama standing ovation kepada Cik rose ye.
Biskut tunjuk satu saje, yang memang tak pernah miss order. Tidak bukan sebab rajin, tu memang sejak azali dah rajin dah, tak boleh nak cakap apa . But I think this year I had enuff of the same ol' almond london, biskut gajus and tart gulung. I nak 2 jenis, satu kuih yang I used to makan masa kecik2 dulu iaitu semprit dan biskut kelapa ceri (timasih Lyana Darling) dan biskut yang I cipta guna bahan2 yang I suka cnthnya yg I dah buat, biskut nescafe, coco crunch + almond + raisins, cornflake + walnut and lemon cheese biscuit. Haaa mana ada juai all those kuih yang I buat tu kat Kompleks PKNS tu??? Kat umah Kamalia ada la kan?.



Perabot


Tukar sofa sahaja sebab yang lama tu dah bermutasi menjadi day bed dan sangat hideous rupa parasnya, time has taken away its once luxurious and comfy character.


Duit Raya


En Kanda punya jobscope. Tak ambik tau pun.Yg I tolong pun tolong mintak sampul nya kat kaunter masa membayar, tu je.Buat koleksi.
Langsir


Elok lagi , selagi lepas cuci tak reput, tak kisah dowh. Prinsip hidup I pada curtain - Agi Idup Agi Ngelaban. Guna sampai berderai, pastu masuk tong sampah terus. Kalau tiap Tahun tukar dah la membazir, pastu mana nak store yang lama2 tu? Tak tergamak nak bagi orang. Nak buat kain buruk sayang, masih elok. Takkan nak hantar to mangsa gempa bumi kat Bandung nun, tak berapa relevan la kot kan.


Bonus


Setakat ni pun I macam Mimi gak tak faham BONUS tu menatang apa.Susu kacang soya bonus aku tau la.Mungkin kah esok akan menjanjikan sinar bahagia???


Balik kampung



Of courselah balik, tunggu apa kat bandaraya metropolitan ni. Indon n Bangla pun tau balik. Jgn jadi anak derhaka.
Alhamdullilah setakat ni, tak pernah terjadi adengan mak I bersedey di pagi raya kerana anak tak balik seperti iklan2 PETRONAS, yang ada mungkin kesedihan sebab I asyik balik je, boring dah mak hajjah, pantang cuti zasssss balik kampung . Even my mom's neighbour pernah cakap he sees me a lot (who lives 5 hours away) than seeing his own daughter yang live just an hour from his place. Bangga tau walaupun mak hajjah jeling penuh kesengsaraan dan berbisik dalam hati, "kalau balik tiap minggu pun abiskan beraih aku pun tak guna gak, cuba huluq mai gelang tangan besaq rantai beskal tu, sejukkk perut" wakakakakaa.
Now, anak pak cik tu kat Belgium sana, kerja . Haaa hambek kau. kesian dia. Hanya SKYPE pengubat rindu pada cucu.
Nak tag



Those yang tak busy buat kuih raya malam ni, especially to Kak Yatt of Tireless Mom, nahhh I bagi u balik hi hi hi. Barter trade kan kekdahnya. And all my kakak and adik bloggers yang tersayang sila la buat, U know who you are. Male species tak yah la, pi jelah cari gelang intan berlian untuk ibunda anda dan isteri serta bakal isteri anda.


Untuk suami Haniza, * Haniza, U dapat rantai basikal ke rantai Habib ?????? Wahaaaa Sila berkunjung ke Seng Heng untuk twaran TV palsma dan LCD yang menarik bagi membolehkan korang tengok Engku Ibrahim Engku Ngah yek, karang tak pasal2 orang raya korang pergi market lagi pagi tu. Biar la minah kat Felda tu je sorang meraung di tepi kawah dodol setelah En Posmen berlalu dari rumah beliau.

Sunday, September 13, 2009

Kompilasi

Salam. Apa ingat Album Raya je ada kompilasi???

Penat mencuci sawang dan habuk di blog ni. Harapnya posting ni tak jadi draft semata hi hi hi.
My FB friends taulah yang Ramadhan tahun ini agak tragis juga pada I dan my family. We were sick, down with fever and suspected to be infected with H1N1 virus. My son was admitted for 3 days and since mak bapaknye pun dah sama sakit and needed to be quarantined, we were cramped inside his room. Alhamdullillah it happened while we were at my parent's in SP. Ada la my daugthers tempat berlindung dan mendapat sesuap nasi ketika mak bapak dan abang mereka dikuarantin di hospital.And syukur my two daughters were super duper power rangers, they just had a mild fever and recovered. Anti body kuat kot. Terima kasih kepada Multi Vitamin Sevenseas untuk Kanak-kanak *iklan*


2 orang misi sedang bertungkus lumus mengerjakan drip budak debab ni, abisss tak reti dok dendiam, macam lipas kena ridsect



Walaupun saya demam, sorru saya adalah tidak boleh miss ok dan selera saya Masyallah.

We all balik kampung on the weekends yang rakyat Malaysia had a long weekend due to National Day. Dengan harapan untuk berbuka puasa bersama Pak Haji Din dan Mak Hajjah Yam. Although En Kanda dah sengal2 badan macam kerja laksana dia membanting padi di sawah malam tu. Akan tetapi panggilan lauk pauk dan juadah Mak Hajjah yang mabeles seakan menyeru Mari Bacok , Mari balik ...kenalah memachokan diri balik Sp malam Jumaat tu jugak.

On Saturday at my MIL, I pun k.o secara tetiba, badan dah sakit2 dan demam. Tiba-tiba jugak budak debab tu pun melepek gak. Badan dah panas. So we all pun mengunjungi GP yang agak risau dengan temperature kiterang bertiga beranak yang averagenya 38 to 39 degrees. Prescribed some meds and antibiotic, he gave strict instruction to go to the hospital if the fever persisted the day after.

Next morning tu balik to rumah Pak Haji dan Mak Hajjah pulak. Satu hari suntuk we all tido pengsan tak sedar apa2 pun perkembangan dunia. Elok elok bangun nak berbuka (tak ponteng puasa ok) We all dah terkesima kerana ingatkan Mak Hajjah dah import Pasar Ramadhan balik umah dia. Meja pertama dipenuhi kuih muih, talam pisang, roti jala, cucur udang, popia, agar2 gula merah. Lagi satu meja lauk yang I tak ingat dah namakan, pendek kata semua haiwan laut dan darat yang halalan toyibba ada lah kat atas meja. Sempat dia menggedik sorang2 (dengan bantuan akhir my darling SIL yang baru sampai dari Seremban) masak semua tu. Terharu dan terkagum ngan semangat jitu mak aku nih.

Tapi tulah, selera tu satu nikmat kurniaan Illahi, kalau makanan dari syurga pun terhidang, takde selera apalah nak buat. Sekadar pandang sajalah hu hu hu.

My SIL tu dok cerita bab patients yang ada ILI (Influenza Like Ilness) kat Hospital Seremban tempat beliau bertugas dan diperkotak katikkan tu, she said patients yang temperature reached 37.5 pun derang dah started the medication, tamiflu and antibiotics what not. Yang we all ni sampai 39 tu apa cerita plak kan, tercekik biji kurma I dengar.

She was the one who insisted that we went to the Hospital. So tanpa berlengah lagi we rushed to Metro Hospital. Time tu si Bibik pun dah demam jugak. After nasal swab confirmed la budak debab tu ada Influenza A tapi blum tau la type tonyok ke atau haiwan teladan yang lain. Before that, we all went to a GP dulu sebab that was Merdeka Eve, sure lah specialist takde kat Hospital. Konon nak elakkan dari kena admittedlah, sebab tu pergi GP dulu. After test, Tn Doctor prescribed anti viral (tamiflu) to us. But as for Bibik, hers was only a mild fever. Selamat lah dia.Budak Debab tu still 39 degrees lagi. So Tn doktor menasihatkan we all take him to the hospital that very nite jugak.

After 3 days and one week quarantine kat umah mak bapak I, we all pun balik la ke Shah Alam semula. Best sungguh percutian hari Merdeka we all. Tanpa bendera dan lagu Sudirman. Dah plak boleh lepak kat dan dimanjakan oleh Pak Haji dan Mak Hajjah, perghhhhhh tak lawan la any 5 star hotel pun.Cakap je nak makan apa kan.

Dalam pada tu, En Kanda pun menyambut birthdaynya on the 3rd September. This year tadak hadiah. Abisss I nak angkat jari pun tak larat nak bagi apa??? Last2 birthday boy yang belanja we all iftar kat Swiss Inn Sg Petani. My kids pun terkinja-kinja as that was the first time we had the chance to Iftar kat luar this year. Tapi tak sempat pun tergedik sebab hotel tu is just less than 5 minutes drive from my parent's. Anti climax la plak.

Yesterday pulak, tercapai la cita2 geng bas sekolah I masa kat UIA dulu nak jumpa dan beramas mesra after all this years. So we managed to organize Majlis Iftar in Putrajaya International Convention Centre yang posh dan grand itew. Seronok betul reminiscing, bersembang dan menjerit melawan suara speaker kat sebelah (lahanat betul).

Ni antara Partner in Crime kat Campus, seb baik tak cukup korum kalau tak mesti akan terjadi kejadian jenayah serba sikit di situ


Yang berjaya hadir di saat akhir tu pun jenuh la menjawab lepas ni ...larikkkk



Beg yang melambangkan dua darjat, hanya pemilik dapat memberikan informasi lengkap kisah ini





Alhamdullillah, dapat juga berkumpul. Lepas tu boleh pulak derang dah tetapkan next venue, iaitu RUMAH AKU. Cantik jelita btoi derang ni. Terpaksalah I organize makan-makan pulak. Yang penting kena sewa speaker nak pasang lagu raya,letak betul-betul tepi telinga.

This raya, walaupun persiapan sangat sederhana, hopefully akan jadi the most memorable raya to my family, sebab this year we all plan nak berhari keluarga di http://www.serijulukresort.com/ . Tempat ni diusahakan oleh my uncle kat umah Nenek I. Kelass dowh rumah Tok I dah jadi Resort ok. (Ni dah promo kat sini, kalau collection duit raya anak aku ciput kat sana ni siaplah, tau lah nak buat apa ngan mercun Taliban yang En Kanda dah order tu)