BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 17, 2009

TAG RAYA FROM MIMI

Baju Raya

3 pasang saja. I dah berubah. (tu nak kata faktor umur la tu, sekeh karang) (Ikut rekod last year 7, year before 5 dan tahun2 lain dalam julat yg lebih kurang)

1 ready made, 2 tempah. I rasa macam cantikkkk sangat pada pandangan mata I la, yang penting kita pakai bukan utk menunjuk-nunjuk, tapi untuk kepuasan diri *flash back iklan raya Habib jewel 10 tahun dulu.


En Kanda, dia memang over kalau bab beli belah. Kalau beli baju dia, tahan je I menunggu pat lima jam dia dok try menerai, beli T-Shirt pun kena fitting gak. But when come my turn, tak dan I nak pilih, dia dah buat muka penapis santan kat sebelah.
Tahun ni dia punya persalinan, sepasang baju Melayu, T-shirt 3 helai dan jeans 2 helai. (Tapi aku cukup tak puas hati seperti biasa kerana t-shirt dia selai pun I boleh beli 3 pasang kasut primavera, lagi mau kata aku boros???? Senduk betul. (Tak boleh menegeluarkan cercaan terlampau kerana masih di bulan Ramadhan yang suci).
The kids
, baju Kebangsaan sorang sepasang, casual wear 4 pasang sudahlah.


Oh, BTW tema we all tahun ni adalah PINK.


MIL ada 2, FIL dah seven feet under. For MIL yang official (mak kandung En Kanda la tu) I belikan kain hari tu for her baju kurung. Malam ni baru nak cari tudung pulak. MIL yang No.2 bank in duit je ari tu.



Kasut Raya


2 Pasang saja. Jgn nak kata aku over, dah SALE rembat la kan.Bukannya beli kasut mahal nak mampus cnthnya CLA*KS tu kan Myra kan kan. Pastu kantoi ngan laki , aparaaaa hang.


Kuih Raya


Satu perubahan positif juga telah berlaku di sini, di mana 4 jenis telah dibuat sendiri (satu adunan masih bertakhta di dalam fridge, tunggu malam ni nak mengerjakannya. Sila beri tepukan gemuruh bersama standing ovation kepada Cik rose ye.
Biskut tunjuk satu saje, yang memang tak pernah miss order. Tidak bukan sebab rajin, tu memang sejak azali dah rajin dah, tak boleh nak cakap apa . But I think this year I had enuff of the same ol' almond london, biskut gajus and tart gulung. I nak 2 jenis, satu kuih yang I used to makan masa kecik2 dulu iaitu semprit dan biskut kelapa ceri (timasih Lyana Darling) dan biskut yang I cipta guna bahan2 yang I suka cnthnya yg I dah buat, biskut nescafe, coco crunch + almond + raisins, cornflake + walnut and lemon cheese biscuit. Haaa mana ada juai all those kuih yang I buat tu kat Kompleks PKNS tu??? Kat umah Kamalia ada la kan?.



Perabot


Tukar sofa sahaja sebab yang lama tu dah bermutasi menjadi day bed dan sangat hideous rupa parasnya, time has taken away its once luxurious and comfy character.


Duit Raya


En Kanda punya jobscope. Tak ambik tau pun.Yg I tolong pun tolong mintak sampul nya kat kaunter masa membayar, tu je.Buat koleksi.
Langsir


Elok lagi , selagi lepas cuci tak reput, tak kisah dowh. Prinsip hidup I pada curtain - Agi Idup Agi Ngelaban. Guna sampai berderai, pastu masuk tong sampah terus. Kalau tiap Tahun tukar dah la membazir, pastu mana nak store yang lama2 tu? Tak tergamak nak bagi orang. Nak buat kain buruk sayang, masih elok. Takkan nak hantar to mangsa gempa bumi kat Bandung nun, tak berapa relevan la kot kan.


Bonus


Setakat ni pun I macam Mimi gak tak faham BONUS tu menatang apa.Susu kacang soya bonus aku tau la.Mungkin kah esok akan menjanjikan sinar bahagia???


Balik kampung



Of courselah balik, tunggu apa kat bandaraya metropolitan ni. Indon n Bangla pun tau balik. Jgn jadi anak derhaka.
Alhamdullilah setakat ni, tak pernah terjadi adengan mak I bersedey di pagi raya kerana anak tak balik seperti iklan2 PETRONAS, yang ada mungkin kesedihan sebab I asyik balik je, boring dah mak hajjah, pantang cuti zasssss balik kampung . Even my mom's neighbour pernah cakap he sees me a lot (who lives 5 hours away) than seeing his own daughter yang live just an hour from his place. Bangga tau walaupun mak hajjah jeling penuh kesengsaraan dan berbisik dalam hati, "kalau balik tiap minggu pun abiskan beraih aku pun tak guna gak, cuba huluq mai gelang tangan besaq rantai beskal tu, sejukkk perut" wakakakakaa.
Now, anak pak cik tu kat Belgium sana, kerja . Haaa hambek kau. kesian dia. Hanya SKYPE pengubat rindu pada cucu.
Nak tag



Those yang tak busy buat kuih raya malam ni, especially to Kak Yatt of Tireless Mom, nahhh I bagi u balik hi hi hi. Barter trade kan kekdahnya. And all my kakak and adik bloggers yang tersayang sila la buat, U know who you are. Male species tak yah la, pi jelah cari gelang intan berlian untuk ibunda anda dan isteri serta bakal isteri anda.


Untuk suami Haniza, * Haniza, U dapat rantai basikal ke rantai Habib ?????? Wahaaaa Sila berkunjung ke Seng Heng untuk twaran TV palsma dan LCD yang menarik bagi membolehkan korang tengok Engku Ibrahim Engku Ngah yek, karang tak pasal2 orang raya korang pergi market lagi pagi tu. Biar la minah kat Felda tu je sorang meraung di tepi kawah dodol setelah En Posmen berlalu dari rumah beliau.

12 comments:

Hazrey said...

DR:
Woii apa ni. Heheh. Untuk makluman, atas nasihat dan titah, saya penyimpan.. mengumumkan, kami dah beli TV baruuuuu!! Ini semua sebab kau.. tak kacak kalau tetamu datang TV takder. Hahha.. you are such a bad influence. Yeah.

Dan yang paling penting DR, aku takkan dengar tohmahan bahawasanya TV aku kena tarik oleh memana kedai runcit tv walaupun bermatian explain TV aku rosak. Hahahah.. mulut orang melayu kan.

Mimi said...

mmg lengkap isi kandungan tag puan rose.../Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin ye...hati2 di jalan raya

Cik Puan Kamil said...

Wei.. sempat hang kata aku na... Senduk sungguh !

Tijah said...

salam aidilfitri
maaf zahir & batin

dgn ingatan tulus ikhlas
tijah, carlos & cem

Puteri's territory said...

Jgn buat main o....Penyimpan Mohor Besar, Engku Ngah tu my hubby punya uncle tau, my FIL eldest bro, we call him Ayah We.

Mmg confirm raya esok. Selamat Hari Raya.

Naddy said...

selamat berhari raya kak rose!

Anija, said...

DR, salam aidil fitri, bestnya hampa balik kampung.. aku cuma dapat makan ketupat palas nona huhu..

Belladonna said...

Desert Rose, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin :)

liadevega said...

kami buat tat gulung ngan beskot cheese saja cik rose...takdak kuih canggih manggih macam hang tu...

Lee said...

Hi Desert Rose, just dropped by say selamat hari raya and best regards, Lee.

knv said...

muka penapis santan tu muka lagu mana? sila buat demo sikit aku nak tengok!

weh sakan raya lagi ka hang? insap2lah sikit. ada orang macam aku ni yang tak beraya pun tau! pegi car boot sale lagi pagi raya sadis sungguh.

apa2pun aku rindu hang merepek meraban.

bila nak mai sini? aku dah ready nak bentang kapet merah ni weh!

kak ja said...

Dinda, dinda pi menghilang kemana nih? Janji ari tu balik SP nak contact kanda..