BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 17, 2010

Khas untuk lelaki

Ramadhan Kareem u olsz. *Penat buang sawang kat blog, usah la dicerca saya ini*.

Tak berapa feel lah lately nak update blog, especially bila bulan puasa ni , bulan ibadah kan, so ai nak focused nak memberatkan bahu sebelah kanan lah pulak *.*dah dah jgn nak cebik2 mulut

Tu diaa tengok tajuk entry semacam apakah??. Macam ramai ke lelaki yg baca blog ai ni kan.

Bersempena bulan yg penuh barakah ini, mak cik bajet ustazah sikit.

Lately banyak betul cerita2 kurang garam pasal lelaki yg kita dengar ek.

- Mintak duit kat bini, bini tak kasi disimbah kawan tu ngan asid, tak cukup ngan bini anak2 sekali kena.

- Dah tau gila pi kawin buat apa, bila ubat habis ko tetak bini ko sampai mati , pastu ko tetak pulak anak2 yg tak berdosa

- yang rogol anak sendiri

- yang sanggup rogol nenek umur 65 tahun

Kesimpulannya, adakah  begitu serius tahap kesihatan mental lelaki kat Malaysia sekarang ni?

Kurang khasiat susu ibu kah  ke sunat tak betul sampai putus urat otak??

And yang tak pernah abis , about men and their infidelity. Bila nak abis cerita ni ha?? Ai pulak over emo bila a few someones came up with stories like this.
Is it that  hard to be a one woman man? How much pain do men possibly endure by being faithful ?? Memang tak berapa sedar diri sikit lah orang jantan ni kan. Bila dah kaya sikit , mulalah nampak bini tu buruk, tua. Padahal adakah ko mempunyai perut 6 pax dan lengan berketul dan masih gorjes seperti Hugh Jackman? Adakah performance ko makin mantap? Bini ko makin lama makin lari alignment tu pun bukan sebab ko ke yang lanyak?

The most obnoxious excuse they use is kahwin banyak sebab ikut sunnah.

PANGGGGGG.

Bab lain , mana pergi sunnah tu semua? Etika dan amalan hidup Rasulullulah bukan takat kahwin tu je, Baginda solat malam tiap malam, sanggup mendulukan pencarian redha Allah daripada dok mengulit bini, ko ada? Baginda basuh baju sendiri, ko main campak2 je, Baginda banyak berpuasa sunat, ko puasa wajib pun culas. So tak yah cakap pasal sunnah segala la.

Are you intoxicated when saying this??? Depa kata pompuan ni anti poligami so berdosa. Tak cium bau syurga. Tak der can lah nak dapat payung emas kat akhirat esok.  Deyyy, kalau kita jer tunggu sorang2 kat syurga ngan payung mas tu  and ko rentung kena bakar kat neraka sebab TAK ADIL, nak buat apa.

Ramai lelaki jahil bab poligami tapi nak juga buat. Umpama ko tak tau cakap tamil sepatah haram pun, tapi ko tengok channel Vanavel dengan volume full blast.

1. Yang dirujuk sebagai sunnah adalah KEADILAN dalam berpoligami , dan  bukanlah poligami itu sendiri, paham tak??

Poligami terdapat dalam hampir semua agama dan budaya manusia kat dunia ni. Termasuk tok Arab2 zaman Jahilliyah yang ada harem, ada gundik and jariah penuh rumah. So datangnya Islam, dan limited the marriage to FOUR. Supaya rumah ko tak lah nampak macam brothel atau rumah urut tong seng.

Dan supaya orang jantan takderlah semua mati cepat sebab asyik mainnnn jer kerjanya. Dah kalau bini sampai 23 orang, apa nak jadi ngan ko?? Satu hutan BELUM tu pun belum tentu dapat membekalkan tongkat ali untuk ko ok.

Kedatangan Islam itu indah, Tidak dimansuhkan kesemua adat resam sesuatu kaum kecuali yang jelas melanggar hukum syarak.  Tapi Islam menyuai padankan urf (adat) dengan prakticality of Islam itu sendiri. Contohnya,poligami lah. Sebelum Islam, kaum jahilliyah kawin and main pompuan sesuka hati je.

2. Kedua konsep keadilan. Ramai yang paham keadilan tu maksudnya, kalau bini no 1 dia belikan banglo, isteri no 2 pun kena beli banglo. Kalau isteri no 1 belanja RM 10 JUTA isteri2 lain jugak kena sama.

SALAHHHHHH.

Keadilan dalam Islam bermaksud meletakkan sesuatu kepada haknya. Contohnya , kalau isteri no 1 ada 5 anak tak kan lah sama perbelanjaan dengan bini yang takder anak or anak sorang.

3. Mampu. Kemampuan tu dari pelbagai segi. Bukan saja batiniah iaitu bini ko dah kertu tapi nafsu ko masih kencang macam badak sumatera maka ko layak kahwin lain. Kena tengok juga duit ringgit dan kemampuan ko berlaku adil.

 Marriage tu pada lelaki is all about sex , is it? Betul , nikah menghalalkan persetubuhan. Tapi kenapa sampai jadi hamba nafsu? Adakah hidup ko ingat nak mainnn je? Kalau tak boleh kontrol nafsu, kita disarankan banyak berpuasa sunat. Tu pun sunnah jugak, tapi tak nak plak ko buat.
Rasulullah S.A.W berusaha untuk menggembirakan hati isteri2 baginda supaya tak ada yang tersinggung. Pernah diriwayatkan Baginda memberi sebentuk cincin kepada kesemua isteri2 Baginda dan told each of them that cincin tu khas untuk mereka sahaja and forbade them from telling others.

Bolehkah ko tidak melukakan antaranya?

Dari segi wang ringgit pulak. Mungkin kalau yang ada gelaran tu , sinonim dengan kekayaan lah. Tapi banyak juga yang jantan2 yang hancus tapi kahwin ramai. Dan tidak sedikit jugak lelaki yang berpoligami ni , isteri2 beliau masih lagi bekerja.

Kalau isteri2 dah kerja cari makan sendiri, di manakah terletaknya KEMAMPUAN ko tu??? Tu dah jadi penganiayaan. Isteri TIDAK WAJIB bekerja. Duit ringgit isteri hanya untuk diri sendiri melainkan dia redha duit dia digunakan untuk menampung pendapatan suami. Kalau bini terpaksa kerja , maksudnya ko mampu ke hah???

Lain lah kalau semua isteri goyang kaki je, tapi dapat ruamah agam sorang sebijik, x6 sorang satu, bulan2 5-6 ribu duit belanja, pastu laki tu pulak warak tahap mufti, mampu membimbing isteri2  dan anak2 dalam acuan islami, mengimamkan solat keluarga, romantik, lemah lembut pada semua isteri. Then most welcome, meh sini nak tolong pinangkan.

Tapi yang ada camtu tak ramai, yang ramai yang poket semput. Kereta pun bini tolong bayar. Belanja rumah pun bini jugak. Anak2 pun tak berapa ingat nama. Solat pun jarang2, sembahyang raya je rajin pun, puasa tapi tak solat, pun teringin nak kahwin lebih, memang boleh blah la.

Bila nak kawin pun sembunyi2 takut2, pi kahwin kat sempadan. Tipu bini. Pastu giliran pun tak pernah ikut, duit selalu tak cukup, maka tanyalah diri sendiri LAYAKKAH ANDA BERPOLIGAMI SEPERTI YANG DISARANKAN NABI????

Kalau ko seorang lelaki yang cemerlang , gemilang terbilang dalam ertikata seorang suami dan hamba Allah yang soleh, seharusnya mampu mendidik isteri, kalau betul ko mampu kahwin banyak , seharusnya ko mampu menzahirkan hasrat ko tu tanpa perlu sembunyi2, tanpa bini tua ko jadi gajah turun minyak.

Kita orang perempuan BUKAN ANTI POLIGAMI. Tapi kita kenal suami kita dan kita tahu sejauh mana kemampuan dan kebolehannya. Kita menghalang sebab kita takut dia berdosa sebab tak mampu berlaku adil. Memang lah Allah menghalalkan poligami tapi ada sambunggan ayat surah an nisaa tu yang ramai lelaki buat2 tak nampak, 'TAPI SEKIRANYA KAMU TAKUT BERLAKU TIDAK ADIL, MAKA CUKUPLAH SEORANG DAN YANG ITU ADALAH  YANG TERBAIK UNTUK KAMU"

Terguris sikit pun hati isteri2, suami tanggung lah dosa, kat akhirat esok datang dengan bahu herot sebelah.

Besar tanggungjawab lelaki dalam islam sebagai khalifah Allah ni. Tak akan masuk syurga seorang lelaki selagi isteri dan anak2 perempuannya tak masuk syurga, Kalau sorang bini dihisab 40 tahun, kalau bini lebih tak taulah weiii. Belum masuk dosa2 sendiri lagi.

So it takes a "real" man to do that. 'REAL' tu banyak pulak intipati dan pengisiannya. Kalau sorang isteri pun tak terbela, buat apa nak susahkan kepala otak.

Buat apa nak susah2 adakan 4 biji rumah flat kos murah untuk 4 orang isteri sedangkan ko mampu buat rumah banglo untuk seorang isteri sahaja dan live happily ever after, with satu set bapak and mak mertua sahaja yang ko kena gembirakan especially time raya? Cost Effective ok. Belajarlah ekonomi sikit.

Tu yang ada niat nak kahwin. Yang hanya niat nak geli2 tu???? Masuk umur senja seikit mulalah dapat sindrom kurang daya tahan tu.

Why is it so hard for men to learn that PEREMPUAN YANG BAIK TAK AKAN KACAU LAKI ORANG. No two ways about it. (provided laki orang tu adalah suatu ketika dulu adalah laki kita yg dirampas secara durjana oleh bini dia sekarang lah ) (Disclaimer kepada seseorang, ko jgn marah aku eh.) So kenapa korang sanggup buat scandal ngan pompuan jahat yang tentu tentunya akan merosakkan binasakan rumah tangga korang. Bila tanya cakap orng lelaki boleh kahwin 4, weiiiiiii memang boleh kawin 4, tapi usung pompuan bukan mahram ke hulu hilir, dating tempat2 gelap (takut orang nampak) , habiskan duit yang sepatutnya Allah bagi untuk rezeki anak bini untuk pompuan lain tu , BOLEH KA??? TAK BERDOSA ???

Tiap hari kita tengok kat news , ada saja orang kena tangkap khalwat la, minum arak ngan GRO lah. Ya Allah ni bulan Ramadhan , kalau pun ko tu iblis , boleh tak tolong hormat sikit.

Dah la , penat puasa. Baca Quran lagi baguih.

18 comments:

rohaizahabas said...

sekali bersih kan sawang, ambil ko...akak baca dengan senyum simpul dan penuh kyusuk!
Very good one...
semuga orang lelaki baca ni ya..

Nadia.Is.Cute said...

LIKE

Hazrey said...

Aku lelaki, dan kau pendengki, bab kahwin lebih. Abislah chance aku macam ni. Boleh tak kau buat blog kau ni private untuk entry ni jek? Demi kesihatan semua. Demi kebahgiaan semua.

Dahlah, macam ni aku nak bawak lan pi siam. Lannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Cik Kiah said...

Sila hantar karangan anda ini ke sokhabar MM utk renungan seMalaya Ahad ini. Moga2 dgn membacanya ada laki2 yg akan terencat plan nak kahwin lagi..

kay_leeda said...

Fuhhh...panjang tazkirah ko dik!!! Dush dush dush kena left right front centre.

Agree with Kak Ezza...posting yg sgt baguih. Spot on bila kata part ni "sunat tak betul sampai putus urat otak??" Harus nya potong terus!!!

Kama At-Tarawis said...

BAGUIH PUNYA KHUTBAH..SALUT!

Azfa said...

Salam, I am a silent readr of ur blog..he he tapi hari ni tak leh silent dah..I pun baca dengan semangat dan penuh nada hot..tapi a certain areas, I gelak sorang2!


thansd dear, pada laki2 kat luar sana, baca la ko, biar sedar sikit..ha ha

Cik Puan Kamil said...

Sungguh fitting ceramah Ustazah pepagi ni... Jom ai belanja Sahara Tent

Anonymous said...

Laen mcm ja wey aku baca...En Kanda submit form kahhh???

Sheik said...

mantop!!

kalau hang masuk tibi, dah lama ustazah bahiyah, ustazah bibir tebal (lupa lak nama dia)..bahkan ustazah fatma tak boleh cari makan...hihi

tapi hang mesti tak minat punya masuk tibi sebab idola hang ustazah basiroh.

betul, betul dan betul...lelaki itu ramai tetapi seperti buih sabun di dalam bath tub...yang dipanggil jantan buih...itulah ibaratnya di zaman ini...

aku ini belum pun berlajar menjadi suami...isk isk isk

eynda said...

Tu diaaaaa....memang sesuai la tempat keje ka eja tu hehehe....sekali keluaq ayat lenguh eynda baca..tapi memang ada betoi pun...

Salt N Turmeric said...

Panassss! heheheh. marah nampak cik Eja. :)

p.s. my wod veri today is bratogil! lol

Tijah said...

besemangat betul aku baca hingga kembang kempes hidung.

terbaek nok.

_deli said...

Salam,

Setuju, setuju dan setuju.

Pada sang isteri yang first wife; izinkanlah sang suami anda berkahwin lain dan berpoligami umpama Nabi s.a.w. iaitu dengan syarat; seperti Nabi s.a.w. biarlah isteri pertama meninggal dahulu...

Dibiee said...

i like...!!!!

kipp NOW IN KL! said...

entri ni d best laaaa

mintak kbenaran nak kongsi gan kawan2 yer...muahhhh

ChentaHati said...

sy nak kongsi this entry with my readers ya kak... harap boleh bagi peringatan dan pengajaran utk sume...

Desert Rose said...

Sapa yg nak share tu ambik lah ambik, tapi royalti sila share ahakkk