BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 13, 2010

THE BEST OFFER EVER

Hari Rabu ni Hari Raya Haji /AidilAdha.


So selamat Hari Raya uolzs, especially to my darling Esah (aku tolong makan suo gear box utk ko eh)


Juga kepada my beloved brother yang akan jadi Tn Haji di umur 25 tahun. Siapa sangka we all yang buat potongan gaji masuk tabung haji since the last 10 years pun still tak berkesempatan menjadi tetamu Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi Rezeki.


Raya haji kat Malaysia officially hanyalah satu hari jer. And rata2 tak di pot pun kedatangannya melainkan kepada orang2 yang melaksanakan ibadah qurban.




Raya haji ni signifikan kepada Bakal Haji dan Tuan2 haji sahajakah??? Di Tanah Arab , Aidil Adha disambut lebih meriah daripada Aidil Fitri macam orang kita yang raya macam tak cukup tanah (ye salah peribahasa ni aku tau).


Yang sebenarnya jarang kita diingati bahawa bulan haji ni penuh barakah , ganjarannya bukan eksklusif kepada orang yang sedang berada di Tanah Haram sahaja tapi untuk semua umat Islam tak kira di mana pun kita berada. Bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sifatNya?


Haji adalah kesempurnaan ibadat seorang umat Islam, bila dia dah pergi haji maksudnya dia telah menyempurnakan keislamannya secara total. Sebab itu Haji hanya dituntut kpd yang mampu.Namun kerana Allah itu Ar Rahim, Dia tidak mengabaikan yang kurang mampu.


So kita dihadiahkan dengan 10 hari istimewa di bulan Zulhijjah.


Ibadah yang paling dituntut di bulan Zulhijjah ni adalah berpuasa sunat selama 9 hari atau berpuasa suatu hari pada 9 Zulhijjah iaitu hari ketika umat Islam sedang wukuf di Arafah serta banyakkan zikir munajat dan doa sehinggalah kemuncaknya iaitu Solat Sunat Aidil Adha keesokannya dan ibadah Qurban.


Daripada Ibnu Abbas r.a Rasululullah s.a.w bersabda, "Tidak ada hari yang amal soleh padannya lebih dikasihi Allah selain daripada hari hari-hari yang sepuluh ini. "  Para sahabat bertanya , "Walaupun berjihad di jalan Allah? "Rasulullah bersabda , "Walaupun berjihad di jalan Allah kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid)  - RIWAYAT AHMAD & TIRMIZI


Kata Al Hafiz Ibnu Hajar : Yang jelasnya di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadah yang besar iaitu, solat, puasa, sedekah dan haji. Pada waktu lain semua ibadah ini tidak pernah terhimpun begini.


Maybe ada yang belum tahu, I pun baru je tahu. Itupun culas puasa tak dapat full 9 hari. But berazam nak puasa on the 9th.


So instead of sibuk membeli belah di Tesco this Monday and while also busy thinking what to masak on Raya, jom la kita sama2 puasa.


Sesungguhnya kemuncak perhimpunan untuk berbuka puasa pada 9 Zulhijjah hingga waktu tengah malam itu adalah kemuncak ibadat haji umat islam di Arafah.


PADA KETIKA ITU LANGIT DUNIA TERBUKA LUAS , ALLAH TURUN KE LANGIT DUNIA  UNTUK MEMBERI KEAMPUNAN KEPADA MEREKA YANG BERADA DI ARAFAH , DAN JUGA KEPADA KITA SELURUH UMAT ISLAM WALAUPUN KITA HANYA BERDOA DI RUMAH KITA YANG BERNOMBOR 789 JALAN PEGAGA , SECTION 7 SHAH ALAM ATAU DI LANDEN, NIU YOK MAUPUN SWAZILAND.

 Mana mau dapat itu macam babe???? Inilah peluang kita nak memohon ampun bagi dosa2 kita yang dah berlungguk2 sejak kita akil baligh nun.

Kalau tu tak cukup lagi, maklum lah kita ni manusia suka lupa bersyukur astagfirullah (me included)  Allah bukan sahaja menjanjikan keampunan untuk setahun ini sahaja, malahan advance ampun utuk dosa2 yang kita akan buat di tahun depan juga. Subhanallah betapa sayangnya Allah kat kita, kenapa kita tak sayang2 juga Dia?.

Mungkin kita agak terlalai merebut Lailatul Qadr di bulan Ramadhan yang lalu. Ni lagi sekali Allah bagi chance, and itulah Allah, sentiasa bagi chance, sentiasa bagi peluang untuk hambaNya bertaubat. Sehinggakan Allah kata Dia tak peduli sebesar gunung apa pun dosa kita kalau kita mohon ampun nescaya akan diampunkan.

So, kita masih nak sombong lagi ke? Do we prefer to busy masak rendang or take this chance or do just both? Pahala insyaallah dapat , makan pun dapat. Silap2 rendang makin sedap jadinya .

Pada malam itu juga langit penuh sesak dengan malaikat dan roh para anbiya yang turun ke langit untuk mengaminkan doa2 manusia yang berdoa. Masyaallah mana nak cari tu. Kalau tak rebut peluang ni memang rugi ya amat2. Bayangkan seperti saya yang cuba membayangkan kekesalan tak dapat beli gaun Dorothy Perkins di the Big Singapore sale tahun lepas, saya gandakan kerugian itu dengan sezillion nombor yang wujud di muka bumi ni pun tak kan sama dengan kerugian kalau saya lepaskan peluang munajat di Malam 10 Zulhijjah ini.

Walaupun kita tak dapat bersama di Arafah, tetap kita dapat nikmat dan penghayatan roh haji itu in the comfort of our homes. Ya Allah, "Lalu nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"

Ada kawan2 dan sedara yang mengadu  (I kan bukak kaunter aduan) doa seolah tak didengar Allah. Seolah Allah tu jauh sangat. Ada my aunty yang selalu sebut "Sampai berbuih dah mulut aku ni berdoa utk anak2" (merujuk kepada anak2 beliau yang asyik bertelagah and samseng macam Sarip Dol or presently known as Geng Ladang. Astagfirullah , ampunkanlah dosa I dan dosa Mak Cik I tu. Jangan lah kita berputus asa terhadap Allah.

Hakikatnya, pernah tak kita terfikir maybe doa2 kita tu tidak diangkat ke langit kerana terhalang oleh2 dosa2 kita selama ini. Kita asyik nak mintak doa tapi tak nak bertaubat mensucikan diri dulu.

Umpama kita frust gaji tak naik2 selepas 10 tahun kerja or marah2 boss sebab tak dapat bonus (:) sendiri terasa dushhhh) walaupun performance kita masih di takok lama, sama je mendatar. Balik masih on time, datang pun kadangkala lambat. Belum lagi bab mengulau tu. Sama la konsepnya, doa mintak macam2 tapi lupa dosa yang bertimbun2 tu nak diapakan ? Bukan boleh convert jadi token percutian pun. Ibadat pun takat ambik yang fardu jer, sunat punya hmmmm hampagas. Asyik2 nak doa mintak yang best2. Up la sikit ibadat kita kan .


 Di sini konsep membodek Allah dengan semua skill tahap tertinggi harus kita gunakan sepenuhnya la baru boleh dapat doa yang makbul. Mcm buat overtime untuk meningkat produktiviti syarikat, Boss pun gembira and bagi la bonus dambaan qalbu tuh. So jom mohon ampun dulu sebelum berdoa.

Nilah a lifetime chance utuk kita bermunajat memohon keampunan. Mana tau ini tahun kita yang terakhir dapat melaksanakannya. Tapi sekiranya umur kita masih panjang , maka kita akan jadi hamba yang lebih baik daripada semalam.

To those yang mendapat sedikit ilmu daripada posting I ni, Alhamdulillah, Tapi I mohon maaaf sebab lambat share dgn uolsz, and I mohon umur kita masih panjang utuk melaksanakannya tahun depan ye.

Syurga itu hanya untuk yang sudi, sentiasa kita ingatkan diri kita.


*Disclaimer - Posting  ini untuk peringatan kepada diri sendiri dan utuk dikongsi dengan yang sudi*

5 comments:

Tijah said...

mari kita berpuasa ye nox. takde rendang/lemang. masak sop kaki ayam sudeh.

Desert Rose said...

Yeaa Teej, tapi ko hanya menanam tebu di bibir mulut jer, mana janji2 cendol mu iteww??? Ni janji sop kaki ayam plak laie..chittt.

Makji Esah said...

Selamat Raya Haji Sayangku...tapi kan...aku tak minat sup gearbox (apa menda sup gearbox ittew?)

Nin said...

Tima kasih kerana mengingatkan. InsyaAllah esok akak nak posa... nak rebut mata ganjaran Allah. Definitely worth fighting for and staying up late berbanding dgn berjaga malam sbb nak rebut free seats Air Asia... hampeh! May Allah bless you for the shared knowledge. Jazakallah.

kay_leeda said...

Yezzzaaa joms kita posa esok!!

It's gonna be tough for me coz meeting yg berjela (bersama client yg tak tau apa ke benda solat ittew) dan ada plak bibit-bibit nak membuat partay liar seseorang client jugak semperna usia setengah abad nya. Shoohhh...setan pi lah main jauh-jauh kan...akaq still nak try berposa esok. Biar lah org nak kata anti sosial ko...anti whateva...lantak pi lah.

Thanks DR for sharing this. InshaAllah barakah :)