BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 9, 2010

Mari membodek BOSS

Ramai orang cakap (I pun cakap gak) biarlah kita hidup ni balance antara dunia dan akhirat.
Tetiba tuingggg I terpikir plak, boleh ke cemtu ??? Sebab kan dunia ni hanya sementara sahaja, persinggahan sebelum alam abadi, sedangkan akhirat tu selama-lamanya. So like that can balance meh????


How to balance benda yg sementara dengan benda yang kekal? Tak relevan, tak sekata bebeh.


Umur I yang sebenar errr 18 , ok lah oklah sekali sekala cakap la juga umur ikut I/C 18 tu kalau tolak tidor la kan, 30 lebih (chehh tetap la tanak mengaku) and memandangkan I ni umat Nabi Muhammad yang wafat ketika Baginda berusia 63 tahun, tolak campur ada lagi belen 30 tahun lebih lagi je umur I. Kalau Allah kesian kan I yang mungkin I ada buat kebaikan and kebajikan sikit2 , dapat la bonus lebih sikit. Tapi dibuatnya dapat short cut tak sampai 50 dah gol , boleh jadi jugak.

Ada ke antara kita yang boleh jamin 100 percent , aci kerat jari and yakin jurus tertinggi yang kita masih boleh menikmati hidup ini esok? Lusa?

Yang pastinya bila kita dilahirkan di dunia ni takder keluar manual sekali yang tulis jangkahayat kita sampai mana kan.

So perlu tak takut??? Ohhhh Saya sangatttt takot.
Kerana, dalam usaha I membelenkan dunia dan akhirat, rasanya macam I dah lebihkan dunia.

Shopping pantang dapat gaji. Pergi mini market pun nafsu shopping saya adalah membuak2. Saya sanggup dan tegar merempuh crowd gerombolan perempuan2 yang dirasuk nafsu seperti saya sekiranya adrenalin saya membuak2 untuk bershopping.

Saya tabah menunggu giliran sepanjang Tambak Johor di kaunter2 bayaran supermarket.


Ya Allah, kejinya diriku. Kalaulah I salurkan ketabahan dan ketegaran saya untuk bershopping itu untuk mencari redha Allah buat bekalan saya di alam abadi, alangkah baiknya.


Kalaulah duit saya beli baju Esprit buy one free one yang membuat jiwa saya kacau tu untukmenyumbang kepada anak2 di Palestine supaya mereka dapat makan, belajar menjadi orang yang berilmu dan besarnya nanti menjadi seorang Pejuang Islam yang hebat atau akhirnya syahid dalam membela agama, alangakan bernilainya wang saya itu. Bolehlah saya menunaikan ganjarannya dalam bemtuk voucher pahala yang boleh tolong saya melintas titi siratulmustaqim sepantas kilat. Sebab hakikatnya T-shirt Esprit bodoh yang mengembang bila 5 kali cuci itu tidak langsung akan membantu saya ke Syurga.

Atau saya gunakan duit itu untuk menolong membina sekolah untuk anak2 di Kemboja, yang mungkin suatu hari nanti akan jadi seorang Murabbi yang boleh mengeluarkan bangsanya daripada kemelut kemiskinan. Bukankah saya juga yang boleh menuai hasilnya di sana kelak???


And kerja yang macam nak mati siang malam sebab nak impress siapa ? Boss? Siapa boss kita yang sebenarnya. Boss kat Ofis ke Boss kat atas?

Boss kat offis tu hanya boleh bagi nilai yang cun utuk tolong cantikkan KPI kita jek, tapi point yang dia bagi tu boleh ke redeem tiket nak masuk syurga esok??? Tadakkk nyer.

Kita kerja over time sebab nak claim duit lebih. Walahhh. So boss tengok kita dia pun kembang hidung sebab anak buah rajin. Cukup tahun boleh bagi bounus.

Bonus tu brapa bulan ? Lama2 habis jugak.

Bonus yang boleh kita claim kat sana nanti kita selalu lupa. Eksyen . Allah janji siapa yang ikut sunnah Rasulullah maka ganjarannya syurga.

Tapi Rasululullah bangun tahajud, puasa sunat Isnin and Khamis , Solat Dhuha. Semua tu bonus point untuk kita tanda kasih sayang Allah. Tapi kita taknak, berlagak.

Syurga itu untuk HambaNya yang sudi, sedihhh siottt. Nampak sangat cam kita ni tak sudi.


Sedangkan Allah dah bagi kita macam2 . Tengoklah kejadian diri kita ni. Setiap anggota tubuh badan kita, adsalah nikmat yang Allah bagi sebab Dia sayang kita. Even oksigen yang kita sedut untuk hidup ni pun nikmat kurniaaNya.

So He is the real BOSS, no doubt.
But what have we done lately to impress HIM????? Astagfirullah Ya Allah Ampunkan Kami yang sentiasa menzalimi diri kami sendiri Ya Allah. Jangan Kau palingkan kami dari Kasih SayangMu.



7 comments:

Cik Kiah said...

Insaf sekejap (sekejap je laa...ni napsu dah membuak2 balik tengok batubatan permata..)

blu4sky said...

salam desert rose,
i like your posting...santai tapi dalam maknanya..tq for the reminder..

NenetPenne (NP) said...

uuuh lamanya hilang, tup tup ada balik....

ChentaHati said...

suka baca ur writing... dalam maksudnya wpun dgn cara penulisan yg santai. benar, kita perlu impress DIA untuk dpt bonus ketika di SANA. tq!

Tijah said...

mak insaf nok.
nanti kita jumpa..makan cendol je la ye? simplisiti gittew.

Anija, said...

Alhamdulilah.. aku suka baca post kau nih, semoga kita saling ingat mengingati.. dan tolong jugak ingati aku bila sampai saat Esprit buat sale!

azieazah said...

Sekurang2 ada gak niat nak menjadi seorang pakar shopping yg handal..hehehe


part yang bawah tu I sangat setuju...

thankiu berpesan-pesan.