BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 20, 2012

Peranan media dalam memartabatkan (menjahanamkan) sebuah peradaban bangsa.

Tuan2 dan Puan2, terimalah tajuk karangan saya pada hari ini.


Saya sangat melugai (loya2 dalam loghat Utara) dengan sajian media tempatan mutakhir ini. Sudahlah tradisi baca surat khabar dan menonton berita bersama keluarga selepas makan malam tidak dapat lagi diteruskan. Ditambah pulak dengan program2 tv celaru daripada orang yang keliru dan mengelirukan orang lain pulak. Terkelu di situ.

Macam mana lagi nak galakkan anak baca surat khabar kalau front page surat khabar hari ini cerita pasal video porno orang, dan cerita artis bergaduh? Dah la berkecai otak aku diperah sebab nak terangkan kat anak aku awat nya hari2 and anywhere dia baca the word S*X in 18 point byline. How am I to teach my 5 year old to read guna sokkabar like that?

And berita at prime time, adalah wajib tonton dalam keluarga saya sejak television mampu dimiliki. Semua orang kena tengok berita sejak pandai bercakap walaupun tatau apakebenda maksudnya perkataan ekonomi atau keluaran negara kasar.

What happened now? Tak cukup dengan berita rogol, raid rumah urut dan pelbagai kelucahan lain yang dijadikan bahan berita, cerita buruk-burukkan orang pun dah jadi satu trend media sekarang ni. Apa korang berani ke nak wajibkan anak-anak korang tengok berita lagi sekarang? Lebih baik suruh dia tengok K-drama .

Alhamdulillah ada sekumpulan insan-insan dinamik yang take up the challenge to set up Tv Al Hijrah. Its a good start.

Tapi nak dibandingkan satu station TV itu dengan beberapa yang lain, adalah sangat tidak seimbang untuk memberi input nilai bagi mengupgradekan kepala hotak budak2 zaman sekarang yang makin diracuni dengan hedonism songsang.

Ada satu program realiti yang mencari pasangan bofren gefren, pesertanya muda remaja belaka. Motif? Nak menggalakkan coupling di kalangan budak sekolah kah?

Program tajaan sebuah pusat kecantikan (rompakan) yang tersohor yang menjemput pelanggan2 yang berpuas hati untk memberi testimoni dengan cara memalukan diri sendiri. Oh why lah masyarakat kita makin terkebelakang di saat orang lain dah buat plan pelancongan ke angkasa lepas ???? Bila mana pompuan 2yang menceritakan samada dulu dia gomuk , atau botak atau muka penuh jerawat batu , dan menjadikan seolah2 keadaan tu adalah sangat teruk , sehinggakan hampir musnahlah seluruh kehidupannya kerana masalah tersebut. Isyhhhh rasa nak lempang (diri sendiri) bila tengok. Motif? Menjahanamkan sel sel otak kaum wanita untuk menerima doktrin bahawa badan kurus, muka licin dan rambut lebat adalah satu cara hidup wajib untuk hidup di dunia ini? Sangat tidak cerdik.

For the record deskripsi badan kurus, muka licin dan rambut lebat juga adalah sesuai untuk seekor kuda belang atau zirafah. Hello, akak-akak semua , tahu tak ada berapa orang terbunuh dalam satu hari kerana kebuluran di Ethopia, berapa orang yang syahid di Palestine dan berapa orang mati kesejukkan di Syria ? And you all semua sedang diperdayakan dan disuruh memikirkan berapa kilogram lemak di badan anda dan berfikir cara terbaik untuk mengikis wang suami anda untuk mendapatkan rawatan tersebut???

I am not saying that salah nak pi pusat-pusat tu semua. Dan itu satu cara mereka memasarkan produk. Apa yang saya nak cakap adalah, jadilah pengiklan dan pengamal media yang bertanggungjawab. Masukkan nilai di dalam setiap tindak tanduk anda. Bukan menumpukan kerakusan semata-mata. The best thing, masa badan berbentuk empat segi , elok tutup aurat, bila dah kuros , urat pun nak tayang. Jadi dulu tu you tutup aurat or tutup lemak? Marah? Tapi itulah kesan daripada program realiti semacam itu.

And dengan keloyaan kuasa 5 , mari membincangkan rancangan kemilau emas ke berlian ke hapatah . Rancangan menunjukkan bakat oleh peserta-peserta yang suatu ketika dulu pernah muda. Apa motif di sini? Comel ke ?

Mungkin ramai yang marah bila saya cakap macam ni. Oh macam bagus ke saya ni nak tazkirah kan orang. Lagipun itu saja suka-suka saja , nak berhibur apa salahnya. Suka-suka ? Kalau tersumbat pembuluh darah masa tengah syok menyanyi tu? Saya tak nak bayangkan. Maaf , tapi hidup jangan terlalu banyak fantasi dan lalai dengan kesukaan. Kerana kita dihidupkan pun bukan sebab suka-suka.

Macam saya cakap tadi, pengamal media TOLONG lah jadi bertanggugjawab. Kerana peranan anda sangatlah besar dalam membina sebuah tamadun bangsa, di tangan anda kuasa untuk menjatuhkan atau memuliakan generasi akan datang. Sekiranya anda terus menerus manjadikan hiburan sebagai dasar dan asas operasi anda, maka andalah orang yang harus bertanggungjawab untuk keruntuhan sebuah peradaban masa depan.

Mungkin orang kata, itu peranan mak bapaklah nak control. Heyyy, kena kurung anak dalam gua untuk mengelakkan dia terpengaruh dengan media arus perdana dan dunia tanpa sempadan?

Saya percaya majoriti orang-orang kat tv or surat khabar tu orang Islam . Tapi ini bukan sahaja cerita agama. Ini cerita peradaban manusia. Bangsa apa sekalipun tak akan mahu rosak akhlak (walaupun dah ramai yang rosak). But its never too late selagi belum kiamat.Zaman ini zaman kebangkitan nilai. Nilai murni bukan hanya wujud dalam agama Islam jer. Semua agama ajar pengganutnya buat baik dan bersopan. Ada agama ke suruh pompuan telanjang? Tambahan pula orang Islam yang wajib percaya syurga neraka, dosa pahala.

Dalam mathematik yang simple, pengamal media , secara individu dan berjemaah , tak bolehkah fikir objektif sesuatu program tu dulu sebelum buat? Saya percaya jika anda fikir dan letakkan objektif sebagai halatuju dalam kerja anda , anda tak akan buat rancangan merepek seperti buat lawak bodoh dan membodohkan diri sendiri dan penonton, atau asyik nak suruh semua orang menjadi penyanyi saja.

Cuba fikir program2 yang anda semua telah buat. Contoh, bintang kecil ke idola kecil tak sure plak. Apa objektif and buat sebuah program realiti hiburan untuk budak2 kecik. Untuk mengcungkil bakat nyanyian mereka? Ok , untuk apa? Untuk menambahkan lagi penyanyi di tanahair. Fikir balik. Apa sumbangan anda kepada agama dan bangsa anda di situ? Dan apa sumbangan anda pada akhirat anda sendiri. Mungkin anda kurang mampu atau tidak mahu berfikir jauh, tapi hanya fikir setakat menaikkan rating tempat kerja anda. Tapi yang anda tak nampak (atau pura2 tak nampak) ramai budak2 yang perasan boleh menyanyi dah look forward untuk pergi audition. Anda telah menanamkan dalam minda mereka, tak sekolah tinggi pun tak apa , kalau kita ada bakat. Boleh kaya raya juga. Tanpa sedar anda telah menjahanamkan bangsa anda sendiri. Anda tidak sedar bahawa anda telah melahirkan suatu bangsa yang miskin ilmu, sebuah generasi yang menolak kepentingan ilmu . Belum cakap bab anda juga mungkin penyumbang lebih ramai penghuni neraka . Nauzubillah. Tapi itu hakikat bukan??? Berani menidakkan? Itu hanyalah satu denial. Pada saya bab ini tiada toleransi.

Tidak malukah kita mengaku manusia yang hidup di zaman moden kalau perangai dan sifat kita seperti orang di zaman jahiliah. Hidup bertuhankan nafsu dan kebendaan? We are actually going back against time rather than moving forward.

Sepatutnya , pengamal media adalah medium utama pencetus mahu di kalangan budak-budak. Kenapa tidak buat program realiti yang menggilap bakat kepimpinan instead of bakat menyanyi dan meniru budaya mungkar, contohnya. Kenapa tidak dijadikan objektif untuk menzahirkan belia-belia cemerlang seperti Anas Ibn Malik, Muhammaed Al Fateh, Salahudin Al Ayubi tapi anda lebih berminat menlahirkan the next Justin Bieber? Kerana mungkin ianya tidak menaikkan rating? Podahhhh. You are like God in the industri. Anda mampu mencetuskan fenomena out of anything. Hanya mahu atau tidak sahaja. Afterall , Allah menjanjikan kemenangan kepada hamba yang berjuang ke jalanNya. Apa takut?


Bapak saya selalu cakap, tv adalah ciptaan Zionis untuk melalaikan orang Islam. Orang mungkin fikir itu sangat dangkal. Andalah yang dangkal jika anda tidak percaya wujudnya gerakan itu di kalangan Zionis. You will be surprise. Permusuhan zionis dengan umat Islam sudah wujud sejak kerasulan Muhammad SAW. Apa yang hendak ditidakkan lagi. Sila semak Al Quran anda. Tapi sebagai umat yang dituntut untuk menuntut ilmu, kita diharapkan menjadi bijak. Jika begitu taktik mereka, pendekatan kita bagaimana? Bukan nya dengan cara mengharamkan terus tv . Tapi gunakan teknologi mereka untuk memantapkan agama kita. Di sinilah maksud saya peranan media itu sangat penting. Anda-anda semua wajib memperbanyakkan rancangan ilmiah dan bermanfaat untuk mendorong penonton ke arah sesuatu yang baik.

Akhbar tempatan. Sedang mengalami krisis identiti diri dan kecelaruan nilai yang sangat kronik. Saya pelik dan hairan. Macammana anda sebagai wartawan merendahkan maruah diri anda menulis bahan yang bukan BERITA. Anda mencerca dan acapkali memfitnah juga. Sorry. Tapi pada saya bahan yang tiada bukti nyata adalah rekaan . Dan sekiranya menjatuhkan maruah orang lain, ianya menjadi fitnah. Tugas wartawan adalah melaporkan. Bukan membuat preference. Dan bukan juga membuat andaian atau menberi pendapat anda sendiri. Tiada sapa nak baca pendapat anda di ruang berita. Buat kolum sendiri dan jadilah kolumnis atau blogger (its free) jika anda mahu membuat rumusan atau memberikan pendapat.

Sheikh Yusuf Qardhawi cakap, berita yang sepatutnya dilaporkan adalah berita yang memberi kesan yang baik kepada orang ramai, yang memberi motivasi kearah kebaikan, dan bukan sebaliknya. Manakala berita-berita yang meresahkan tidak seharusnya diperbesarkan.

Itulah cara penilaian sesebuah BERITA. Ia penting untuk menentukan tulisan itu sebuah berita yang serve its purpose i.e memberi kesan baik kepada pembaca atau ianya adalah sampah sahaja.

Ingatlah , kita semua akan dipertanggungjawabkan oleh setiap perbuatan kita walaupun sebesar zarah. You might want to think about that before you start typing.

Sebagai orang Islam, barometer untuk menjadikan setiap pekerjaan sebagai satu ibadah, easy. Sebelum buat kerja apa pun, tanya diri sendiri, adakah Allah akan redha dengan apa yang aku nak buat ni? Adakah ianya memberi kebaikan kepada orang lain, mengajak orang berbuat baik dan meninggalkan kemungkaran? You ask yourself that, and you answer it. By doing so, I bet you my life that you will be a better person, and you will improve the quality of your work.

Tuesday, June 12, 2012

Bangun tahajud lagi baik daripada tidur (atau........)

Daripada Tuan Guru Nik Aziz , 'kalau kita sering terjaga di suatu waktu di dinihari, itu adalah Rahmat Allah, yang mengirimkan Malaikat untuk mengejutkan kita di waktu yang paling afdal untuk seorang HAMBA mengadu kepada Penciptanya. Kalaupun tidak mampu (READ : MALAS (ini saya tambah sendiri untuk mencerminkan keperibadian diri saya) untuk bangun dan beribadat di sepertiga malam, berdoalah atau beristighfar, kemudian barulah sambung tidur. Jika kita membiarkan saja waktu itu berlalu tanpa pengisian, ditakuti Malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita'.

SENTAPPPP BEDAH WEIIIIIII.

Sebab ahkak compom terjaga punya. Kalau tak pukul 3 pg , pukul 4 .15 giteww. Tapi masa tu lah aku rasa tidur seperti berlapikkan kapas dan sutera Kashmir (ada ka?). *picit hidung sendiri*.

Bukankah watu tu Allah turun ke langit dunia melihat hamba-hambaNya yang berdoa dan memohon keampunan? Direct. Kuasa unifi berganda-ganda.

Bukankah rahsia kemenangan Sultan Muhamaed Al Fateh menakluki Constantinople adalah kerana constantnya baginda dan tentera-tenteranya bersolat tahajud?

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD


    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Ada ke lagi best daripada fadhilat2 ni? Especially yang no 14 itew? Kalau dapat all the 18 , maka saya tamau apa-apa lagi di donia yang penuh tipu daya ini.

Untuk rakan -rakan seangkatan yang senasib dengan saya iaitu penderita penyakit M, korangggg, kite cuba lah petua ni untuk menyembuhkan penyakit kita sebelum bertambah kronik.

Cara-cara untuk memudahkan bangun Tahajud

  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan solat tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

(Kalau niat nak bangun tengok EURO CUP , bagaimanakah hukumnya ??? Aiyoooo. Dapat kah Euro Cup itew pun?)

*Melihatkan tajuk entry ini, mesti fanatik bola sudah terasa dan kecik hati dan terasa nak tikam diri sendiri kan?

Sapa cakap entri ni untuk lu orang? Ai nak tujukan kepada diri sendri and my better halp only. Elehhhh .

Wednesday, June 6, 2012

Saya tetiba bajet fofular seperti retired pole dancer tersohor..

Seperti tajuk posting ini yang sangat hina, lately ai dihujani oleh pertanyaan demi pertanyaan melalui fesbuk kawan2 dan sedara mara, tewiter, whtsapp, henpon, tipon opis (wah kengkonon ko punya la femes ya amat kann) kenapakah ai terminate account fesbuk. Kununnya fesbuk menjadi suram dan kelam tanpaku dan hidup mereka tiada seri . Betul , sumpah depa cakap camtu, janganlah geli. Mula-mula of course la ahkak dicerca kununnya ahkak unfren depa sebab tulah status ahkak depa tak nampak. Cesss nampak sangat hari2 stalk aku nehhh.

Ada yang jenis simpan dalam hati, diam jer sambil bersedey sebab ingat ai dah tak mau kawan depa. Haduih aihhh. Tu belum Tijah atau Pemenang Blogger award tu tutup FB, mau terjadi rusuhan kaum atau tunjuk perasaan tayang montot kat depan rumah tu.

Ketahuilah, ai seseungguhnya hidupa aman damai dan lebih tenteram tanpa fesbuk kerana ai sekarang lebih banyak masa untuk berzikir, baca Quran, menjahit langsir serta bercucuk tanam ..hahaha padaiyappa kadawaleyyy lahhhh.

Yang benornya ahkak memang mempunyai stalker. Mereng pulak tu. Ai menuduh arus kemodenan dan makanan segera sebagai punca makin ramai orang gila sekarang ni. I noticed ramai gila blogger pun ada haters tegar. Isyss. Alangkan blogger2 inesen yang cerita kisah seharian kehidupan beliau di rumah pun dibenci dan dicerca apatah lagi blogger2 mulut insurance 3rd party cam ai kan.

Tapi kekdahnya, pompuan mereng itew adalah mempunyai tahap kegagalan ginjal yang kronik sampai memporak perandakan sistem kewarasan beliau. Storynya dia telah ditinggalkan oleh bofren jarak jauhnya yang memang daripada mula tidaklah mahu mengdeclarekan mereka adalah berkapel. Tapi sebab pompuan ni memang kekurangan kasih sayang daripada apak dan maknya sejak kecil, dia adalah sangat possesive dan insecure dewata. So bofren adalah tak sanggup melayan 10 minit sekali tipon untuk check di mana beliau berada, buat apa dan dengan sapa, lalu memutuskan ikatan suam2 kuku mereka.So minah ni telah kerasukan pontianak harum sundal malam. Beliau telah membuat konklusi bahawa ini adalah disebabkan oleh orang ketiga dan menggodam fesbuk bofrennya itu.

Bukan setakat itu beliau telah menuduh semua pompuan yang ada dalam fesbuk bofrennya itu adalah saspek utama. Malangnya ai adalah salah sorang daripada kawan bofrennya itew. Gila bipolar punya pompuan , dia sanggup mengadap komputer tah berapa jam untuk create fake accounts fesbuk, google and a few other social media I never heard of, using all the women's names including me, using our names and profile pictures. She used that fake accounts to disrepute the boyfriend by posting unbecomings remarks to his blogs and company's page ! Tell me what can be more lunatic than that? To her ,he sleeps around with every pompuan yang dia kenal, bleh? Kalau ko dah anggap jantan tu gila loser cenggitu, ko nak gak lagi kat dia motipnya apa la gila weiii. Tapi memang betul dia macam ada jekyll and hyde syndrome, where in the morning she sent threats on the guy's email and cursed him with four letter words anywhere he was connected to on the net, bila petangnya she called and texted him dengan penuh kemanjaan as if nothing happened. Apakah kategori brain damage lah pompuan ni.

Oleh yang demikian laporan2 ke pihak2 berwajib pun terpaksa dilakukan. Tetiba lak ai pun dah ter buat jenayah siber untuk membalas dendam. Haaa ko jangan ingat ko nyer gila jer ye, orang lain pun pandai meroyan seru jembalang jugak. Kalau nak tips sila lah tanya ai apa ai buat ngan dia.

Some of the women used their real name, so like kesian berganda kerana difitnah oleh pompuan bipolar itu dengan kelucahan melampau. Tu lah sebab nya wahai rakyat jelata sekalian, toksahlah guna nama penuh as per IC kat fesbuk apa ke. Gambar2 kita kat fesbuk pun boh la imprint watermark besaq2 or atau kalau ada kekdah hi tech lain yang boleh digunakan supaya pompuan gila or jantan sewel tak boleh mencuriknya. Like me, although I enable all my pics to friend only pun , kena jugak because she hacked the guy's account. So be extra careful.

Most of the times kita selalu ingat fesbuk,blogs etc adalah hak milik kita sepenuhnya, so kita share all infos macam isi borang banci. Please don't. I saw some even share their house location and address. Pheww. You dont know what you're inviting. Contohnya, kalau laki hadiah Beamer 7 series sekali pun and uolzs nak gak bergambar macam pakcik monang moto diamond dealer MLM susu kolagen , please blur kan plat nombor keta tu. Sebab kenkadang kita rasa apa yang kita buat and share tu so suweettt and chumel , tapi bukan kepada semua orang. Pada orang yang hati nya ada kudis, dia menyampah. Kalau takat menyampah lalu dia mengumpat je , apa ada hal. Kot dia menyampah sampai tahap koyak2 baju pastu pi cari bomoh santau kita cemana weiiii. Banyak jenis gila zaman sekarang ni okay.

So ai harap statement ai dalam press conference ni dapat menjawab spekulasi orang ramai atas kehilangan i di arena fesbuk ye. Jadi ai pun ambil keputusan untuk bersara lebih awal. hiks.

Tapi jauh di sudut hati ai kesian ngan pompuan tu, sanggup menjatuhkan maruah kerana keciwa sebab sorang lelaki. Kenapa dia pilih untuk jadi saiko sedangkan she can move on and enjoy life?She might have thought that she did that for revenge ke hapah, tapi sebab dia mangkuk , she did not realized that she has committed series of crimes and is liable for personal injury. Sadly, berapa ramai di kalangan kita yang resort to that kind of lunacy due to heartbreak.

So adik2 yang mengalami masalah cinta tak kesampaian, weep as much as you want, its ok to be sad. But then get up and get your life back together. Regain your composure and self respect. If you want to revenge, just plot it in your mind, don't execute it. Because once you start, its hard to stop. While you thought you will enjoy seeing your ex suffer, you are actually damaging yourself. You will loose it. Your mind, reputation, dignity and even your friends and family sometimes. Value you life. If she/he leave you for others, you don't deserve them. The problem is theirs and not yours.

What goes around comes around. Let karma take its course. Just think of it like this , you had just given your used and unwanted toy to the needy. Let it be, you have done a charitable and noble act. Be proud of yourself.

If you or your loved ones is suffering from depression due to broken marriage or relationship, or because of any circumstances, please help yourself/them to get assistance. Log on to www.helpandhopecommunitycare.com. We may help.