BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 12, 2012

Bangun tahajud lagi baik daripada tidur (atau........)

Daripada Tuan Guru Nik Aziz , 'kalau kita sering terjaga di suatu waktu di dinihari, itu adalah Rahmat Allah, yang mengirimkan Malaikat untuk mengejutkan kita di waktu yang paling afdal untuk seorang HAMBA mengadu kepada Penciptanya. Kalaupun tidak mampu (READ : MALAS (ini saya tambah sendiri untuk mencerminkan keperibadian diri saya) untuk bangun dan beribadat di sepertiga malam, berdoalah atau beristighfar, kemudian barulah sambung tidur. Jika kita membiarkan saja waktu itu berlalu tanpa pengisian, ditakuti Malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita'.

SENTAPPPP BEDAH WEIIIIIII.

Sebab ahkak compom terjaga punya. Kalau tak pukul 3 pg , pukul 4 .15 giteww. Tapi masa tu lah aku rasa tidur seperti berlapikkan kapas dan sutera Kashmir (ada ka?). *picit hidung sendiri*.

Bukankah watu tu Allah turun ke langit dunia melihat hamba-hambaNya yang berdoa dan memohon keampunan? Direct. Kuasa unifi berganda-ganda.

Bukankah rahsia kemenangan Sultan Muhamaed Al Fateh menakluki Constantinople adalah kerana constantnya baginda dan tentera-tenteranya bersolat tahajud?

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD


    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Ada ke lagi best daripada fadhilat2 ni? Especially yang no 14 itew? Kalau dapat all the 18 , maka saya tamau apa-apa lagi di donia yang penuh tipu daya ini.

Untuk rakan -rakan seangkatan yang senasib dengan saya iaitu penderita penyakit M, korangggg, kite cuba lah petua ni untuk menyembuhkan penyakit kita sebelum bertambah kronik.

Cara-cara untuk memudahkan bangun Tahajud

  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan solat tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

(Kalau niat nak bangun tengok EURO CUP , bagaimanakah hukumnya ??? Aiyoooo. Dapat kah Euro Cup itew pun?)

*Melihatkan tajuk entry ini, mesti fanatik bola sudah terasa dan kecik hati dan terasa nak tikam diri sendiri kan?

Sapa cakap entri ni untuk lu orang? Ai nak tujukan kepada diri sendri and my better halp only. Elehhhh .

3 comments:

mamasita said...

AsSalam Ja..entry ni sangat menginsafkan..memang selalu niat nak sembahyang Tahajjud, selalu dikejutkan Malaikat..banyak kali mintak tidur 5-10minit lagi langsung hanyut ke waktu subuh.
InsyaAllah mulai dari hari ini, aunty bernekad taknak buat lagi camni.
Barakallahhu Feekum..
Jazakallahhu khair.

knv said...

actually islam menyarankan lepas isyak tu siap2 dah untuk tido so that senang nak bangun malam.

tapi kita? masyaallah masa tu lah nak tengok dunia (anak2, rumahtangga, tv, etc).

aku sedih dengan diri sendiri.

Desert Rose said...

Aunty,

Wa'alaikum salam. Semoga esok lebih baik drpd hari ini, untuk kita semua-Amin

Knv,
Tau tak pa.;(. Patutnya lepas isya' tu keluaq rumah or buat benda lagho pun Nabi tak bagi , tapi aku, nalaaa masa tu baru nak pi Tesco.