BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 27, 2010

Sexual Liberty, anyone???

I was asked to write about something by a group of concerned friends. Beside, my conscience urged me to write although my writings ni takder sapa nak baca pun. But at least I have done my part.

Sama seperti kisah seekor burung kecil yang cuba mengambil air dengan paruh kecilnya ,berulang alik untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim A.S. Usaha si burung kecil dipandang remeh oleh burung2 besar dan dengan sinis mereka menyatakan betapa tidak masuk akal usaha burung kecil untuk cuba memadamkan api yang begitu marak. Tapi kata burung kecil, Allah tidak akan memandang pada berjaya atau tidak usaha nya tapi Allah akan bertanya, apakah yang telah kau lakukan untuk membantu Ibrahim? Jika aku tidak berusaha sedaya yang aku mampu, apakah yang akan aku jawap di hadapan Allah nanti?

So here I am, menulis kerana Allah dan saya berdoa segolongan kecil reader saya akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah dengan membaca tulisan ini dan moga Allah memberikan kebaikan kepada kita semua dan sentiasa kita dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Its about a group of individuals  forming their own society to create awareness of Sexual Freedom and urge sexual liberty or Freedom of Sexuality to be included as Human Rights. In other words, they want the right of LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transexual) to be recognized and they have strong backing from the Bar Council, SUHAKAM, SUARAM and a few others.

As a member of Bar Council, representing thousand of my other friends , we strongly say,what  the Bar Council acknowledges, does not render or carry the stand of the whole members of the Bar. We beg to differ.

Ramai LGBT lepas ni akan menghentam saya mungkin. Tetapi saya menulis atas dasar memelihara  agama Allah yang saya cintai dan kerana Rasul saya yang sangat saya kasihi,. Dan kerana jika saya diberi peluang masuk syurga, saya nak masuk ramai2 dengan semua saudara seIslam saya , tanpa ada yang perlu rentung di neraka dulu. Itulah aspirasi Rasululullah, syafaat baginda disimpan untuk membolehkan kesemua umatnya masuk syurga. Terpaksa saya rebut saudara2 dari tangan Iblis yang juga misinya tak mahu masuk neraka sendirian, dia juga nak bawak seramai mungkin ahli rombongannya ke Jahim.

Dan kerana saya  sedar bahawa dakwah itu adalah tanggungjawab setiap orang mukmin by virtue of Surah Al Asr.Tidakkah kita dituntut berpesan-pesan pada kebenaran?

Mereka berkata "SAYA GAY ,SAYA OK". Dan saya nak katakan di sini "SAYA TAK TEGUR KALU, SAYA YANG TAK OK" ...

I am not going to discuss this matter with LGBT  yang tidak beragama Islam. Not to say that they are okay because they are not Muslims. But I have to say things more to my fellow Muslim.Kerana jika kita saudara seIslam pun tak mampu mengejutkan saudara kita sendiri dari terbuai dosa dan tipu daya syaitan, mampukah kita menyampaikan kesucian agama kita kepada yang tidak beriman?

Kita hamba Allah. Period.Whether u like it or not that's what we are, servant of Allah. Hamba ada choice?  Supposedly tak ada. Kerana we have no choice but to obey HIM.

TETAPI, cuba duduk sekejap dan fikir. Supposedly kita tiada pilihan. Tapi kerana kasih sayang Allah yang Rahman yang Rahim, maka kita hamba yang hina dina ini diberikan pilihan yang sepatutnya TIDAK PERLU KITA DAPAT.

We have a choice. SYURGA or NERAKA. Allah bestowed us with conscience, heart (sukma) for us to think and to value each and every action in our life.


Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan. Beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya
As-Syams -8-10

Bila nak buat sesuatu benda, tanya hati. Betul atau tidak perbuatan aku ni? Kerana hati itulah raja. Jika baik kata hati,maka baiklah keseluruhannya perbuatan kita itu.

Kita dihidupkan dan masih bernafas sehingga hari ini kerana cintaNya. Jadi begitu beraninya kita melakukan perbuatan yang dilarangNya?


Allah cipta kita saja suka2???? Saja-saja ???? Begitukah purpose Allah menciptkan kita di dunia ini?

Kalau begitu kenapa Allah berfirman'

"Dan kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dengan sia-sia."
Surah Sad-27

Jadi kenapa Allah menciptakan kita.? Daalam sibuk2 kita nak buat NGO tu , duduk sekejap dan buka Al Quran.

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku
Surah Al Zaariyat: 56

Jadi kenapa kita bercakap seperti orang tidak bertuhan?

On top of that Allah jadikan kita khalifah di bumi ini dan dikatakan kita sebagai ciptaan Allah yang sempurna, sebaik2 kejadian sehingga seluruh Malaikat diminta tunduk kepada Nabi Adam. Lupakah kita bahawa Iblis menderhaka kerana kita?

Jadi, sampai nya hati kita menderhaka kepada Allah, Tuhan yang menciptakan kita dengan penuh kasih dan sayang......sampainya hati kita menzalimi diri kita sendiri. Taukah saudaraku sekalian bahawa setiap ciptaan Allah di cakrawala ini semuanya bertasbih kepada Allah, termasuk urat nadi dan setiap zarah molekul dan neutron dalam DNA tubuh badanmu juga sedang bertawaf bertasbih kepada Allah ? Tetapi begitu sanggup dan beraninya kau menzalimi titis darahmu sendiri? 

Sudahkah kau lupa kesusahpayahan Rasululullah berjuang demi Islam yang kita ada hari ini? Kenapa nak sia-siakan atas nama hawa nafsu???

Celalah saya jika saya salah, tapi saya ingin katakan di sini terjadinya nafsu songsang pada diri  LGBT  hanyalah kerana mereka meninggalkan suruhan Allah . Siapa di antara LGBT sekalian yang solat 5 waktu sehari semalam tanpa culas sila angkat tangan.....

Tapi jika ada yang mengatakan ya , saya menjaga solat saya tapi saya masih ingin menjadi gay, maka tolong lah muhasabah kualiti solat dan nilai diri anda sendiri. Sudahkah kamu solat seperti yang dinyatakan Rasululullah "Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, andaikata kau tak mampu, maka yakinlah bahawa Dia melihat engkau"

Kerana jika begitu lah solat kita, kita tidak akan sanggup untuk berbuat kemaksiatan walaupun seinci kerana takut dan malu pada Allah yang begitu banyak melimpah ruahkah rezeki Nya kepada kita.Hatta kita akan sibuk berbuat amal dan kebajikan  dan tak ada masa nak lagi nak emo2 tak tentu pasal macam penyokong bola Indonesia, nak mintak seluruh dunia memahami jiwa dan preference kita yang kita rasa suci itu.

Solat itu firman Allah, akan mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar. Mungkar itu puncanya nafsu dan syaitan. Malahan nafsu itu lebih berbahaya daripada syaitan.

Apa kamu yakin saudaraku, naluri luar tabii yang lahir dari diri kamu itu bukan dorongan hawa nafsu yang berpaksikan Iblis durjana yang cuba menarikmu menjadi kawannya di neraka jahim kelak??

Ingatlah dosa Iblis itu pun hanyalah sombong. Tapi dosa-dosa kita sebagai hamba Allah yang mulia ini melebihi daripada dosa Iblis laktullah itu sendiri. Iblis pun tabik spring.

Saya cuba mencari dalam Al Quran Al Karim, mungkinkah terselit hak asasi yang cuba dipertahankan oleh kamu-kamu semua, tapi mungkin kerana bodohnya saya , saya tidak berjumpa satu pun.

Tapi saya hanya menemukan Ayat2 Allah yang mencegah dan mencerca perbuatan seks luar tabii.

"Wahai Manusia Kami menciptakan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan"
Surah Al Hujurat : 13


Dan hadith Rasululullah s.a.w : Allah telah melaknati si perempuan yang berlagak lelaki dan si lelaki yang berlagak perempuan'

Riwayat Ibnu Majah & Abu Dawud

Saya sedih membaca hadis ini kerana saya takut akan siksa Allah kepada saudara seagama saya yang akan dilaknati Allah jika berterusan begini.

Hayatilah apa yang terjadi pada kaum Nabi Luth a.s . dalam Surah Hud. Kalau kita boleh beli IPad berharga ribuan ringgit, senaskah Al Quran terjemahan hanya berharga RM39.90 di MPH.

Dan itulah penyuluh jalan kita menuju negeri abadi.

Allah berfirman dalam Surah Hud : 82

"Maka apabila datang azab Kami , Kami balikkan negeri itu, bahagian atas menjadi bahagian bawah dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi"

Pergilah berkunjung ke Sodom, sebuah tempat di Jordan dan lihatlah Laut Mati atau salt of Valley yang terjadi disebabkan peristiwa di atas. Even batu daripada tanah yang terbakar itu pun masih ada di sana, yang secara scientificnya dikenali sebagai gypsum yang terhasil apabila batu belerang dan batu kapur dibakar.

Seluruh kaum Nabi Luth yang mengamalkan homosexual itu dilenyapkan terus daripada muka bumi bersama tamadun mereka sekaligus. Begitu sahaja. Kun Fayakun. Ada ke sesuatu yang mustahil bagi Allah?

Mahukah saudaraku sekalian bertanggunjawab sekiranya murka Allah kepada saudara semua menjadi alasan untuk Allah menurunkan bala bencana kepada semua rakyat Malaysia? Tidakkah saudara melihat tsunami yang melanda Acheh? Letupan Merapi di Jogja? Taufan Katrina , gempa, ribut salji yang parah? Semoden mana sekalipun teknologi manusia masih tidak mampu menghalang kemurkaan Allah dan teknologiNya yang maha hebat.

Accident yang mengorbankan majority manusia di bumi Malaysia, banjir dan sebagainya, itu hanya sepicis sahaja daripada teguran Allah buat kita.

Mungkinkah Allah sedang reserve sesuatu yang maha hebat lagi untuk kita??? 

Rights atau hak yang digariskan dalam Islam sudah cantik ,lengkap dan padat. Merangkumi semua aspek hidup dan hak-hak lain itu hanyalah fatamorgana ciptaan manusia yang bertopeng hawa nafsu semata.

1. Hak untuk memelihara agama
2. Hak memelihara akal
3. Hak untuk memelihara keturunan
4.Hak untuk memelihara jiwa
5.Hak untuk memelihara harta benda

Tak cukup kah hak2 di atas untuk kita hidup sebagai Manusia yang bertamadun di bumi Allah? Hak yang sudah Allah gariskan dengan cantik, semuanya kita persiakan.

Kita tidak pertahankan agama kita yang suci kerana mengejar nikmat dunia. Kalau kita pertahankan , kenapa tak takut dengan larangan dan balasan Allah?

Kita tidak memelihara akal fikiran kita yang waras dan membiarkan hawa nafsu menguasai nya

Kita tidak peduli pasal keturunan kita yang akan habis dan pupus kerana kita tidak menghasilkan zuriat kerana kita mensia-siakan benih kita yang mulia di tempat yang haram bagi kita.

Kita tidak memelihara jiwa kita yang begitu luhur diciptakan Allah. Jika kita menghargai jiwa kita as Mukmin dan hamba Allah, pasti kita tidak akan mensia-siakan nyawa kita di dunia dengan berbuat kemaksiatan. Kita tidak akan lupa yang kita akan mati bila-bila sahaja yang dikehendaki Allah. Kita lupa nyawa kita milik Allah. 

Saya doakan hidayah Allah mencerahkan hati saudara semua sebelum sakratul maut menjemput dan saudara bertemu Allah dengan husnul khatimah. Bayangkan jika nyawa ditarik ketika sedang melakukan kemaksiatan? Bayangkan jika nyawa direnggut ketika kita sedang berpesta meminta dunia mengiktiraf hak yang Allah haramkan ke atas hambaNya...

Tidak dinafikan adanya makhluk Allah yang dipanggil khunsa. Yang dilahirkan dengan mempunyai alat kelamin yang memusykilkan. Tetapi semua ciptaan Allah adalah milik Allah, dan sudah tentu Allah yang Maha Pengasih lagu Maha Bijaksana memberikan juga penyelesaiannya.

Begitu syumulnya Islam sehingga kan tergaris cara2 atau metodologi untuk determine jantina seorang khunsa, dari melihat cara keluar air kencing, cara keluar mani, keluar darah haid , kehamilan dan melahirkan.

Saya bagi contoh satu sahaja, sebab saya bukan nak karang kitab. Cara keluar kencing. Jika ada dua kelamin, jika kencing keluar dari organ genital lelaki maka dia dikira lelaki dan begitulah sebaliknya.Jika kencing itu keluar dari kedua2 alat kelamin, maka kena dilihat keluar dari yang mana dahulu. Jika serentak keluarnya, maka yang mana yang paling lama keluarnya. Jika berhentinya juga sama, barulah dikategorikan sebagai khunsa musykil. Tapi test seterusnya dilihat dari sudut lain, contohnya adakah dia datang haid, bolehkah dia mengandung dan sebagainya.

In short jika ada pun kita begini, pasti Islam ada penyelesaiannya. Kenalah rujuk kepada tempat yang betul untuk mengetahuinya, bukan kepada Amnesty International.

Hati hanya akan menjadi tenang jika mengingati Allah - Surah Ar Raad-28

Tidak timbul isu LGBT yang dikatakan kesunyian, berseorangan , murung depressed dan kemudiannya hilang arah dan bunuh diri. Kerana tiada suatu apa pun hiburan di dunia ini dapat menenangkan hati seorang Hamba melainkan Tuhannya. 

Naluri dan keinginan yang telah Allah haramkan jika masih kita inginkan adalah definately tipu daya syaitan.

Dan jika engkau dinodai oleh syaitan dengan suatu nodaan , maka berlindunglah engkau kepada Allah, sesunnguhnya Dia Maha Mendengar Maha mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditipu oleh syaitan yang datang berkunjung, mereka segera ingat kembali dan ketika itu mereka menjadi orang2 yang mempunyai pemandangan"

Al-A'raaf:200-201

Seorang abid datang bertemu gurunya dan berkata "Bolehkah aku membuat maksiat/"

Jawab gurunya boleh, asalkan kau tidak melakukannya di bumi yang dimiliki Allah dan di tempat yang tidak dilihat Allah 

Maka abid itu pun menangis keinsafan kerana mana mungkin dia berada di tempat yang bukan milik Allah , Tuhan yang memiliki seluruh bumi dan cakrawala dan galaksi. Dan mana mungkin dia berada di tempat yang tidak dilihat Allah.

Jika kita rasa kita betul dan persetan kepada pendapat orang lain, cubalah berbuat benda terlarang itu tanpa pengetahuan Allah dan di tempat yang Allah tak nampak, silakanlah.

Dan jika kita rasa orang lain tidak faham kita dan hanya memperolok-olokkan kita dan berlagak bagus seperti saya yang menulis di blog saya yang tak sepertinya ini, maka tulislah wasiat siap2 bahawa tidak perlu yang hidup ini, menguruskan jenazah kita , kerana kita mampu mengapankan sendiri diri kita dan kemudian berjalan sendiri ke lubang kubur.

Dan tolong tulis sebuah statutory declaration  yang kita akan bawa ke kubur, untuk Allah baca dan tidak melaknati orang2 yang hidup ini kerana tidak menguruskan jenazah kita seperti selayaknya kita untuk berjumpa Allah, dalam jantina yang dikurniakan Allah kepada kita.

Dan tolonglah saya merayu jangan disalahkan saudaramu termasuk saya denga mengatakan di hadapan Allah kelak bahawa kami tidak pernah menasihatimu sebelum kematianmu.

Allah sentiasa menunggu taubat hambNya dengan terbuka dan sentiasa merindui airmata keinsafan hambaNya. Gembiranya Allah melihat  hambaNya yang bertaubat adalah seperti gembiranya manusia bertemu anak kesayangan yang disangka telah mati , tapi hidup kembali.


Tanamkan dalam hati sebuah hadith Qudsi ini, jika kita lalai dalam kenikmatan dunia dan merasa lazat dengan maksiat dan perbuatan yang dilarang Allah, dan merasa senang dan gembira berpoya-poya dan membuang masa dengan benda yang tidak berfaedah dan tidak langsung memberi kebaikan , maka tandanya  Allah sedang murka. Kerana murkanya Allah maka Dia mendorong hati kita untuk merasa senang dan lalai dalam dosa. Kerana sifat Allah itu Ar Rahman, Maha Pengasih maka Dia tetap juga mengurniakan rahmatNya kepada yang tidak beriman dan juga kepada Mukmin yang cuai dari memperingati Dia. Jika tanda Allah kasih, maka hati kita akan didorong untuk takut berbuat dosa.


Betapa besarnya kasih Allah kepada kita , walaupun marah masih lagi memberi rahmat dan rezeki. Kerana itu usah dipertikaikan kenapa orang yang tidak beriman dan Mukmin yang menderhakai Allah masih lagi senang hidupnya malah masih lagi diberi nafas , diberi rezeki dan masih lagi berpeluang menikmati Rahmat kehidupan di dunia ini.


Cuba letak diri kita sebagai seorang CEO di sebuah syarikat. Mahukah kita maafkan pekerja kita yang dah la pemalas, cuti selang sehari.Sentiasa bagi alasan. Tak perform. Pastu melanggar 90 peratus peraturan syarikat yang kita gariskan, kat belakang kita siap kutuk-kutuk lagi perturan2 tu semua. Apa tindakan kita kalau ada pekerja yang lahanat macam ni? Bagi dia bonus 18 bulan gaji ? Naikkan pangkat? Bagi elaun lebih lagi? Gila la kalau kita buat macam tu kan. Pasti kita dah nyahkan dia dari syarikat kita.


Cuba reverse kan situasi tu di tempat Allah sebagai CEO dan kita as kuli. Apa akan jadi pada kita kalau sifat durjana kita tu CEO balas dengan melenyapkan kita di muka bumi ini? Boleh sangat kan sebab Dia CEO.Tapi Allah masih lagi bagi kita rezeki untuk kita makan, air untuk kita minum dan anggota badan yang sempurna. Kalau Dia nak ambik balik pun itu hak Dia, anytime Dia boleh buat kan???


Pilih lah . Ini hak kita untuk memilih. Inilah sebenarnya HAK atau RIGHT yang perlu kita perjuangkan. HAK untuk mendapat Syurga Allah kerana HAK itu telah dijanjikan kepada semua hambanya. Inilah pilihan yang kena kita rebutkan. Tidakkah kita merasa kita terlalu banyak membuang masa memperjuangkan hak-hak yang tidak perlu??



Thursday, December 2, 2010

PESANAN DARI SEORANG IBU KEPADA IBU (PENTINGGGGG SANGATTT)

A friend was so concerned that she is a working mother of four. At times she was afraid that she has not been a good mother and that her kids were raised up without her.

What's worst, dia sering diperlecehkan oleh kawan-kawan yang membuat pengorbanan berhenti kerja and gave up their 4-5 figure salary just to look after their children.

-sigh- Most working mothers face the exact same dilemma, myself included.

I tried my level best to be at least at par with my kiddos expection of a good mother. I know how terrible she felt. Coz ada masa -masa yang I felt the same way.

Smallest of things like feeding our children with our own hands, mengajar anak mengaji spending quality times with them menjadi suatu duti yang sering tidak dapat dilaksanakan kerana kesuntukan masa.

But then again, Allah memberi ilham ketika munajat kepadaNya.Apakah kriteria yang menjadikan seorang ibu itu ibu yang mithali, ibu yang baik? Adakah hanya dengan menyuapkan nasi ke mulut anakmya?Adakah dengan doploh pat jam mengadap muka anak? Mandikan, bedakkan, cebokkan?

The answer is ILMU. Menjadi ibu yang jika tidak excellent pun, cukuplah sekadar ibu yang sentiasa dirahmati Allah, betul?

Apakah ciri-ciri wanita di samping Rasululullah? Mari kita selusuri watak buah hati Nabi yang kita kasihi. Bukankah itu watak-watak yang perlu kita jadikan rujukan dan contoh kerana mereka adalah wanita-wanita yang mendampingi Nabi S.A.W. ? Segala perbuatan dan amalan mereka sentiasa dalam pemantauan Rasululullah, dan mendapat panduan Allah, bagaimana mungkin mereka akan tersasar ?

 Khadijah R.A, for instance, bagaimana sifat dan peribadi beliau? Adakah beliau seorang yang hanya duduk di rumah ?

Khadijah dikenali sebagai wanita hartawan dan seorang businesswoman yang tersohor di zamannya. Hebatnya Khadijah, di kala bangsa Arab jahilliyah menanam anak-anak perempuan mereka hidup-hidup dan kaum wanita dianggap barang oleh kaum lelaki, beliau menjadi seorang enterprenuer yang disegani masyarakat. Apakah mungkin seorang pedagang sehebat beliau tidak berilmu?


Dari rahim beliau sahaja Rasululullah mendapat zuriat, dan tidak dari isteri-isteri baginda yang lain termasuk Saiyidatina Aisya. Lihat sahaja bagaimana akhlaq Fatima Az Zahra , puteri mereka. Bukankah itu hasil didikan seorang ibu yang berilmu?

Khadijah lebih berusia dari Rasululullah ketika mereka bernikah. 15 tahun lebih tua. Usia beliau sudah 40 ketika itu, sudah pernah dua kali berkahwin dan mendapat dua orang putera hasil perkahwinan pertama , seorang puteri dalam perkahwinan ke dua. Tujuh orang lagi dianugerahkan Allah ketika perkongsian hidup bersama Rasululullah.

Bayangkan seorang wanita yang anggun, jelita, berilmu dan sangat taat kepada Allah di mana ketika itu masyarakat arab jahiliyyah sibuk menyembah berhala, beliau tetap menyembah Allah dan mengamalkan seruan Nabi Ibrahim, dan hartawan pula. Beliau juga seorang dermawan yang sangat disanjungi oleh penduduk Makkah.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana. Khadijah sudah cukup matang di usia 40 tahun. Sangat-sangat bersesuaian dengan Nabi yang telah kehilangan ibu sejak kecil. Beliau dalah isteri , teman, kekasih dan sahabat Rasululullah dalam bayangan seorang ibu kepada Baginda.Tidak hairan jika Rasululullah sangat-sangat mengasihi Khadijah sehingga pernah Baginda berkata Allah tidak pernah menggantikan Khadijah untukku.

Ketika kehilangan beliau, Rasululullah sangat2 bersedih sehinggalah Allah mensyariatkan Solat untuk menghibur hati Baginda (bukti solat adalah ubat segala derita dan kesedihan).

Bayangkanlah, Jibril pernah menyampaikan salam Allah dan salam dirinya sendiri kepada Khadijah, Subhanallah sungguh hebat wanita ini. Tapi kita sering hampir tidak mengenali beliau sedangkan peranan beliau adalah sangat signifikan dalam pembentukan diri seorang Rasul akhir zaman. Beliaulah yang bersama-sama membentuk keperibadian Rasul kita yang kita kasihi, dan seterusnya menjadi dorongan dan tunjang kepada perjuangan Rasululullah. Tidakkah kita sepatutnya terlalu berterima kasih kepada beliau dan bersyukur kepada Allah kerana mengirimkan kepada kita icon sehebat beliau?

Beliau menggunakan semua harta miliknya untuk tujuan dakwah Rasululullah di samping sering suka bersedekah. Jadi tidak timbul soal wanita yang berkerjaya hebat membantu suami yang mungkin tidak mempunyai kelebihan itu. Asal sahaja suami itu suami yang soleh dan taat kepada Allah, usahlah bersedih kawan2ku yang pendapatannya melebihi suami dan sering menjadi umpat keji orang kerana keadaan itu.

Kita lihat pula Aisya R.A. Begitu juga adanya. Aisya juga bukan seorang isteri yang hanya diam di rumah. Malahan suaminya yang mulia itu membasuh dan menjahit pakaian sendiri dan tidak pula pernah menyusahkan isteri baginda.

Tiada teks yang mengatakan memasak, membasuh dan sebagainya adalah tanggungjawab isteri. Dalam Islam, suami wajib meyediakan diri untuk membantu isteri dalam hal ehwal rumah tangga , dan jika mampu harus meyediakan pembantu. Begitu modennya Islam yang dianggap kolot kan?

Jadi di mana kebenaran teori yang mengatakan dalam Islam isteri itu harus menjadi hamba kepada suami? Kerja-kerja rumah itu kebiasaannya dibuat oleh wanita atas dasar budaya dan fitrah kelembutan dan kesabaran juga ketekunan seorang wanita itu. Maka jika kita buat, adalah bonus kepada kita , tapi harus ikhlaskan diri buat kerana Allah.

Aisya juga dikenali sebagai seorang wanita yang sangat-sangat pintar. Adakah kepintaran itu bukan bukti beliau seorang yang berilmu? Aisya juga banyak meriwayatkan hadis, dan membantu dalam perjuangan baginda.

Walaupun Aisya tidak mempunyai zuriat, tapi beliau sering dijadikan rujukan oleh wanita-wanita mukminin ketika itu.

So, berkerjaya atau suri rumah sepenuh masa bukan soalnya. Titik penting di sini adalah ILMU. Lihat sahaja bagaimana Siti Aminah sendiri menyerahkan Nabi kepada Halimahtus Saadiah untuk disusukan dan dijaga.

Jika wanita itu mampu menyurirumahkan dirinya dan di samping itu menlengkapkan dirinya dengan ilmu menjadi seorang ibu yang diredhai Allah, that is very well and good.

Tapi jika she is staying at home tetapi fokus utama nya bukan untuk mencari keredhaan Allah tetapi meletakkan matlamat lain sebagai landasan kenapa dia nak jadi suri rumah sepenuh masa, contohnya supaya anaknya mendapat makan dan minum yang sempurna, maka itulah sahaja ganjaran yang dia akan dapat.

Tetapi sekiranya seorang ibu itu adalah ibu yang berkerjaya tetapi jelas matlamatnya , maka janji Allah itu adalah benar belaka.

Apakah ilmu yang maha penting dalam menjadi ibu yang insyaallah mendapat rahmat dan redha Allah?

JANGAN SELFISH. Kerana kita sering menyatakan bahawa KITA NAK KAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK2 KITA, SUPAYA MEREKA CEMERLANG DALAM PELAJARAN DAN KEHIDUPAN MEREKA KELAK.

Tapi kita lupa, the ultimate reason kenapa kita dilahirkan di dunia, dan kenapa Allah menjadikan kita seorang ibu.

Tugas ibu yang maha penting adalah mengajar anak2 mencintai Allah dan Rasululullah..... takot? Ya memang menakutkan kerana jika kita tak mampu maka it doesnt make us a good mother , regardless kita ni suri rumah or ibu yang berkerjaya. Itu suatu projek mega yang bukan main-main ok.

Sekarang kena tengok anak2 kita sendiri, sudahkah mereka menyintai Allah dan Rasul melebihi kecintaan mereka kepada kita ? Adakah mereka lebih sayangkan PSP dari Al Quran? Adakah anak-anak kita bersolat lima waktu dengan penuh kesedaran bahawa Allah sedang menyaksikan setiap perbuatannya dan takut akan neraka? Adakah anak-anak kita takut untuk melakukan perbuatan mungkar kerana sedar malaikat ada untuk mencatatkan segala amalan baik buruknya? Sudahkah anak2 kita sentiasa berjiwa besar berbuat kebaikan bukan kerana mengejar ganjaran hadiah daripada kita, tapi semata-mata kerana berlumba untuk mencari syurga Allah? Dan adakah anak2 kita mencintai dan merindui dan mengidolakan Rasulnya melebihi orang lain di dunia ini?  Itulah yard stick yang menentukan whether are we or are we not a good mother. Bukan lah berapa kali kita masak dan suap anak kita makan dalam satu hari.

Suatu lagi kealpaan kita adalah bila mana kita mendidik anak2 kita untuk kepentingan diri kita sendiri yang kita anggap sebagai harta dan milik mutlak kita.

Anak-anak adalah anugerah Allah kepada kita kerana Allah sayang pada kita dan percaya kepada kemampuan kita untuk mendidik mereka menjadi khalifah yang menegakkan agama Allah.Kerana pada dasarnya kita semua adalah khalifah Allah, wakil2 Allah di muka bumi ini. Bukankah kita ini sebaik-baik kejadianNya?

Anak-anak adalah hak Allah, begitu juga kita. Kalau kita sering berkata pada anak2 bahawa kita sayang mereka kerana kita lah yang mengandung dan melahirkan. Jadi cuba bayangkan betapa besar lagi kasih  pada yang menciptakan anak itu???? Tidakkah Dia lebih menyayanginya? Cuba berfikir dan kita akan sedar bahawa kita hanya meminjamkan rahim kita untuk melahirkan seorang KHALIFAH.

So adakah tanggungjawab kita sekadar bagi makan dan memastikan anak2 kita dapat pelajaran sewajarnya sahaja? Beranikah kita mengadap Allah hanya dengan itu?

Mari kita hayati suatu kisah di zaman saiyidina Umar Al Khatab. Saidina Umar diriwayatkan sering keluar meronda malam2 macam rukun tetangga untuk melihat keadaan rakyat jelata. Bila lalu di tepi sebuah rumah penjual susu, Umar terdengar perbualan anak perempuannya dengan ibunya. Ibunya menyuruh anak nya mencampurkan air dengan susu supaya untung lebey. Maknya berkata Umar takkan tau punya taktik kotor tersebut. Tapi budak itu takmo sebab katanya Umar tak nampak tapi Tuhan Umar pasti tau. Umar sangat terpesona dengan akhlak budak perempuan tu dan berusaha mencari jodoh yang terbaik untuknya, bila satu pun tak jumpa, Beliau menikahkan budak itu dengan anaknya sendiri. Dan beberapa generasi selepas itu, maka lahirlah KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ,seorang khalifah yang sangat hebat dalam sejarah  kekhalifan Islam (sila pi baca sejarah Islam okay puan-puan) di mana pada zamannya, Islam begitu agung.

Kesimpulannya, budak penjual susu yang begitu sederhana tu tau ke akan lahir dari keturunannya seorang Khalifah yang begitu hebat?

Jadi bukankah salah kita jika potensi dalam diri anak kita untuk menjadi seorang Khalifah Allah yang excellent itu tidak kita cari dan kita bina? Bukankah salah kita jika anak kita yang mungkin mampu dan berpotensi untuk menjadi seorang ilmuan Islam suatu hari nanti , tapi tidak kita ajarkan iman, islam dan ihsan, lalu dia sesat sehingga  akhirnya menjadi mat rempit???

Itulah ilmu menjadi ibu. Bukan sekadar bagaimana cara terbaek memerah susu sendiri dan mengetahui bila expiry date susu kotak, roti dan biskot cipsmore anak kita atau pandai masak makanan yang disukai bukan saja anak sendiri tapi juga anak2 jiran. Itu semua adalah bonus sahaja.(Saya bercakap pada diri saya sendiri nehhh)

Tapi yang kita kena paham adalah the ultimate goal kita mendidik anak2 untuk masyarakat dan demi
Islam , kerana Allah.

In short, relevan lagikah persoalan mak dok rumah or mak pi kerja?

Akhir kata majulah sukan untuk negara.

Saturday, November 13, 2010

THE BEST OFFER EVER

Hari Rabu ni Hari Raya Haji /AidilAdha.


So selamat Hari Raya uolzs, especially to my darling Esah (aku tolong makan suo gear box utk ko eh)


Juga kepada my beloved brother yang akan jadi Tn Haji di umur 25 tahun. Siapa sangka we all yang buat potongan gaji masuk tabung haji since the last 10 years pun still tak berkesempatan menjadi tetamu Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi Rezeki.


Raya haji kat Malaysia officially hanyalah satu hari jer. And rata2 tak di pot pun kedatangannya melainkan kepada orang2 yang melaksanakan ibadah qurban.




Raya haji ni signifikan kepada Bakal Haji dan Tuan2 haji sahajakah??? Di Tanah Arab , Aidil Adha disambut lebih meriah daripada Aidil Fitri macam orang kita yang raya macam tak cukup tanah (ye salah peribahasa ni aku tau).


Yang sebenarnya jarang kita diingati bahawa bulan haji ni penuh barakah , ganjarannya bukan eksklusif kepada orang yang sedang berada di Tanah Haram sahaja tapi untuk semua umat Islam tak kira di mana pun kita berada. Bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sifatNya?


Haji adalah kesempurnaan ibadat seorang umat Islam, bila dia dah pergi haji maksudnya dia telah menyempurnakan keislamannya secara total. Sebab itu Haji hanya dituntut kpd yang mampu.Namun kerana Allah itu Ar Rahim, Dia tidak mengabaikan yang kurang mampu.


So kita dihadiahkan dengan 10 hari istimewa di bulan Zulhijjah.


Ibadah yang paling dituntut di bulan Zulhijjah ni adalah berpuasa sunat selama 9 hari atau berpuasa suatu hari pada 9 Zulhijjah iaitu hari ketika umat Islam sedang wukuf di Arafah serta banyakkan zikir munajat dan doa sehinggalah kemuncaknya iaitu Solat Sunat Aidil Adha keesokannya dan ibadah Qurban.


Daripada Ibnu Abbas r.a Rasululullah s.a.w bersabda, "Tidak ada hari yang amal soleh padannya lebih dikasihi Allah selain daripada hari hari-hari yang sepuluh ini. "  Para sahabat bertanya , "Walaupun berjihad di jalan Allah? "Rasulullah bersabda , "Walaupun berjihad di jalan Allah kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid)  - RIWAYAT AHMAD & TIRMIZI


Kata Al Hafiz Ibnu Hajar : Yang jelasnya di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadah yang besar iaitu, solat, puasa, sedekah dan haji. Pada waktu lain semua ibadah ini tidak pernah terhimpun begini.


Maybe ada yang belum tahu, I pun baru je tahu. Itupun culas puasa tak dapat full 9 hari. But berazam nak puasa on the 9th.


So instead of sibuk membeli belah di Tesco this Monday and while also busy thinking what to masak on Raya, jom la kita sama2 puasa.


Sesungguhnya kemuncak perhimpunan untuk berbuka puasa pada 9 Zulhijjah hingga waktu tengah malam itu adalah kemuncak ibadat haji umat islam di Arafah.


PADA KETIKA ITU LANGIT DUNIA TERBUKA LUAS , ALLAH TURUN KE LANGIT DUNIA  UNTUK MEMBERI KEAMPUNAN KEPADA MEREKA YANG BERADA DI ARAFAH , DAN JUGA KEPADA KITA SELURUH UMAT ISLAM WALAUPUN KITA HANYA BERDOA DI RUMAH KITA YANG BERNOMBOR 789 JALAN PEGAGA , SECTION 7 SHAH ALAM ATAU DI LANDEN, NIU YOK MAUPUN SWAZILAND.

 Mana mau dapat itu macam babe???? Inilah peluang kita nak memohon ampun bagi dosa2 kita yang dah berlungguk2 sejak kita akil baligh nun.

Kalau tu tak cukup lagi, maklum lah kita ni manusia suka lupa bersyukur astagfirullah (me included)  Allah bukan sahaja menjanjikan keampunan untuk setahun ini sahaja, malahan advance ampun utuk dosa2 yang kita akan buat di tahun depan juga. Subhanallah betapa sayangnya Allah kat kita, kenapa kita tak sayang2 juga Dia?.

Mungkin kita agak terlalai merebut Lailatul Qadr di bulan Ramadhan yang lalu. Ni lagi sekali Allah bagi chance, and itulah Allah, sentiasa bagi chance, sentiasa bagi peluang untuk hambaNya bertaubat. Sehinggakan Allah kata Dia tak peduli sebesar gunung apa pun dosa kita kalau kita mohon ampun nescaya akan diampunkan.

So, kita masih nak sombong lagi ke? Do we prefer to busy masak rendang or take this chance or do just both? Pahala insyaallah dapat , makan pun dapat. Silap2 rendang makin sedap jadinya .

Pada malam itu juga langit penuh sesak dengan malaikat dan roh para anbiya yang turun ke langit untuk mengaminkan doa2 manusia yang berdoa. Masyaallah mana nak cari tu. Kalau tak rebut peluang ni memang rugi ya amat2. Bayangkan seperti saya yang cuba membayangkan kekesalan tak dapat beli gaun Dorothy Perkins di the Big Singapore sale tahun lepas, saya gandakan kerugian itu dengan sezillion nombor yang wujud di muka bumi ni pun tak kan sama dengan kerugian kalau saya lepaskan peluang munajat di Malam 10 Zulhijjah ini.

Walaupun kita tak dapat bersama di Arafah, tetap kita dapat nikmat dan penghayatan roh haji itu in the comfort of our homes. Ya Allah, "Lalu nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"

Ada kawan2 dan sedara yang mengadu  (I kan bukak kaunter aduan) doa seolah tak didengar Allah. Seolah Allah tu jauh sangat. Ada my aunty yang selalu sebut "Sampai berbuih dah mulut aku ni berdoa utk anak2" (merujuk kepada anak2 beliau yang asyik bertelagah and samseng macam Sarip Dol or presently known as Geng Ladang. Astagfirullah , ampunkanlah dosa I dan dosa Mak Cik I tu. Jangan lah kita berputus asa terhadap Allah.

Hakikatnya, pernah tak kita terfikir maybe doa2 kita tu tidak diangkat ke langit kerana terhalang oleh2 dosa2 kita selama ini. Kita asyik nak mintak doa tapi tak nak bertaubat mensucikan diri dulu.

Umpama kita frust gaji tak naik2 selepas 10 tahun kerja or marah2 boss sebab tak dapat bonus (:) sendiri terasa dushhhh) walaupun performance kita masih di takok lama, sama je mendatar. Balik masih on time, datang pun kadangkala lambat. Belum lagi bab mengulau tu. Sama la konsepnya, doa mintak macam2 tapi lupa dosa yang bertimbun2 tu nak diapakan ? Bukan boleh convert jadi token percutian pun. Ibadat pun takat ambik yang fardu jer, sunat punya hmmmm hampagas. Asyik2 nak doa mintak yang best2. Up la sikit ibadat kita kan .


 Di sini konsep membodek Allah dengan semua skill tahap tertinggi harus kita gunakan sepenuhnya la baru boleh dapat doa yang makbul. Mcm buat overtime untuk meningkat produktiviti syarikat, Boss pun gembira and bagi la bonus dambaan qalbu tuh. So jom mohon ampun dulu sebelum berdoa.

Nilah a lifetime chance utuk kita bermunajat memohon keampunan. Mana tau ini tahun kita yang terakhir dapat melaksanakannya. Tapi sekiranya umur kita masih panjang , maka kita akan jadi hamba yang lebih baik daripada semalam.

To those yang mendapat sedikit ilmu daripada posting I ni, Alhamdulillah, Tapi I mohon maaaf sebab lambat share dgn uolsz, and I mohon umur kita masih panjang utuk melaksanakannya tahun depan ye.

Syurga itu hanya untuk yang sudi, sentiasa kita ingatkan diri kita.


*Disclaimer - Posting  ini untuk peringatan kepada diri sendiri dan utuk dikongsi dengan yang sudi*

Tuesday, November 9, 2010

Mari membodek BOSS

Ramai orang cakap (I pun cakap gak) biarlah kita hidup ni balance antara dunia dan akhirat.
Tetiba tuingggg I terpikir plak, boleh ke cemtu ??? Sebab kan dunia ni hanya sementara sahaja, persinggahan sebelum alam abadi, sedangkan akhirat tu selama-lamanya. So like that can balance meh????


How to balance benda yg sementara dengan benda yang kekal? Tak relevan, tak sekata bebeh.


Umur I yang sebenar errr 18 , ok lah oklah sekali sekala cakap la juga umur ikut I/C 18 tu kalau tolak tidor la kan, 30 lebih (chehh tetap la tanak mengaku) and memandangkan I ni umat Nabi Muhammad yang wafat ketika Baginda berusia 63 tahun, tolak campur ada lagi belen 30 tahun lebih lagi je umur I. Kalau Allah kesian kan I yang mungkin I ada buat kebaikan and kebajikan sikit2 , dapat la bonus lebih sikit. Tapi dibuatnya dapat short cut tak sampai 50 dah gol , boleh jadi jugak.

Ada ke antara kita yang boleh jamin 100 percent , aci kerat jari and yakin jurus tertinggi yang kita masih boleh menikmati hidup ini esok? Lusa?

Yang pastinya bila kita dilahirkan di dunia ni takder keluar manual sekali yang tulis jangkahayat kita sampai mana kan.

So perlu tak takut??? Ohhhh Saya sangatttt takot.
Kerana, dalam usaha I membelenkan dunia dan akhirat, rasanya macam I dah lebihkan dunia.

Shopping pantang dapat gaji. Pergi mini market pun nafsu shopping saya adalah membuak2. Saya sanggup dan tegar merempuh crowd gerombolan perempuan2 yang dirasuk nafsu seperti saya sekiranya adrenalin saya membuak2 untuk bershopping.

Saya tabah menunggu giliran sepanjang Tambak Johor di kaunter2 bayaran supermarket.


Ya Allah, kejinya diriku. Kalaulah I salurkan ketabahan dan ketegaran saya untuk bershopping itu untuk mencari redha Allah buat bekalan saya di alam abadi, alangkah baiknya.


Kalaulah duit saya beli baju Esprit buy one free one yang membuat jiwa saya kacau tu untukmenyumbang kepada anak2 di Palestine supaya mereka dapat makan, belajar menjadi orang yang berilmu dan besarnya nanti menjadi seorang Pejuang Islam yang hebat atau akhirnya syahid dalam membela agama, alangakan bernilainya wang saya itu. Bolehlah saya menunaikan ganjarannya dalam bemtuk voucher pahala yang boleh tolong saya melintas titi siratulmustaqim sepantas kilat. Sebab hakikatnya T-shirt Esprit bodoh yang mengembang bila 5 kali cuci itu tidak langsung akan membantu saya ke Syurga.

Atau saya gunakan duit itu untuk menolong membina sekolah untuk anak2 di Kemboja, yang mungkin suatu hari nanti akan jadi seorang Murabbi yang boleh mengeluarkan bangsanya daripada kemelut kemiskinan. Bukankah saya juga yang boleh menuai hasilnya di sana kelak???


And kerja yang macam nak mati siang malam sebab nak impress siapa ? Boss? Siapa boss kita yang sebenarnya. Boss kat Ofis ke Boss kat atas?

Boss kat offis tu hanya boleh bagi nilai yang cun utuk tolong cantikkan KPI kita jek, tapi point yang dia bagi tu boleh ke redeem tiket nak masuk syurga esok??? Tadakkk nyer.

Kita kerja over time sebab nak claim duit lebih. Walahhh. So boss tengok kita dia pun kembang hidung sebab anak buah rajin. Cukup tahun boleh bagi bounus.

Bonus tu brapa bulan ? Lama2 habis jugak.

Bonus yang boleh kita claim kat sana nanti kita selalu lupa. Eksyen . Allah janji siapa yang ikut sunnah Rasulullah maka ganjarannya syurga.

Tapi Rasululullah bangun tahajud, puasa sunat Isnin and Khamis , Solat Dhuha. Semua tu bonus point untuk kita tanda kasih sayang Allah. Tapi kita taknak, berlagak.

Syurga itu untuk HambaNya yang sudi, sedihhh siottt. Nampak sangat cam kita ni tak sudi.


Sedangkan Allah dah bagi kita macam2 . Tengoklah kejadian diri kita ni. Setiap anggota tubuh badan kita, adsalah nikmat yang Allah bagi sebab Dia sayang kita. Even oksigen yang kita sedut untuk hidup ni pun nikmat kurniaaNya.

So He is the real BOSS, no doubt.
But what have we done lately to impress HIM????? Astagfirullah Ya Allah Ampunkan Kami yang sentiasa menzalimi diri kami sendiri Ya Allah. Jangan Kau palingkan kami dari Kasih SayangMu.



Sunday, October 17, 2010

SOALAN RAMALAN

Salam ukhuwah to all....

SPM is just around the corner. Candidates mesti tengah pening dok download /exchange soalan2 ramalan punya. Are they still doing that ? Hahaha I'm just so 90's.

Tetiba I pun rasa nak cuba jawab soalan ramalan jugaklah. Ni soalan untuk exam jugak ni.

But unlike SPM, the exam date is yet to be determined , mungkin lambat lagi atau mungkin juga esok. Tapi venuenya dah ada la,

Similar to other exams, we still need to do some research and studies to answer , I'm still doing mine. Or maybe some of you dah ada jawapannya, but dont worry , takder nya aku sebok nak meniru derr, buatlah kome punye sendiri ye.

So, korang meh la kita sama2 cari jawabnya, sebab kalau result baguih , hadiah pun best. Tak yah dengki mendengki kalau pak cik menang moto. Sesama rasa ok.

So kerana hati I dijadikan baik, I nak share ngan u all. Ni soalan2nya. Sila catit dalam hati ye...kalau lupa takper , biasa lerr kita manusia. Datang le lagi blog teman.

Soalannya ada 3 je pun exam ni, bukannya ghoper nak menjawab soalan periksa SPA tu haaa, tu memang azab. Yang ni tak payah nak pensel ngan kertas nak menjawabnya ye, we go green and paperless , kira-kira macam viva la gitu, ujian lisan.

here goes.


1. Dari mana asal kita?

2. Untuk apa tujuan kita di sini?

3. Ke mana arah tujuan kita selepas ini?

Aper ker lain macam nyer bunyi soalan periksa ni weh? Macam nak jawab exam kelayakan jadi Ustazah PASTI pun ada.

Memang la lain, sebab ni lah soalan yang kita bukan saja kena jawab dengan cemerlang malahan kena diseratakan dengan amali sekali ok.

Sebab tu soalan exam yang akan menentukan SYURGA atau NERAKA kita.

So jomlah pakat2 jawab dengan amali ok.

Lupa nak cakap, venue nya tuan2 dan puan2 ialah kat Padang Masyar and Penguji kita ialah  ALLAH SWT.

Wednesday, September 22, 2010

Aidilfitri Pertama tanpa beliau....

Salam Aidilfitri U all.


Usah terpedaya ngan tajuk. I kan bekas editor Kosmo, tajuk mesti gempaqq. Entry ni bukan pasal orang yang dah  arwah.


Mesti u all punya raya happening ek? Hapening ke Esah oi? *lap air mata*.Tidak seperti diriku ini, raya kali ni kena cover line. U dah ler bibik I yg sedia kala terasa dirinya seperti  Cut Tari tu asyik nak bergedik je, nak cuti raya....tah pergi beraya ngan boyan mana lah tu. Bibik orang lain elok je ikut majikan balik kampung. Mungkinkah aku telah diberi nasi kangkang sehingga aku main bagi je dia cuti?? ewwwww. Karang kalau tak dibagi cuti, meroyan, buat muka, buat kerja muka macam tempoyak masam jer lagi aku rasa nak bakar buang dalam sungai.

This time, giliran raya rumah my parents, so memandangkan seorang ahli kelorga iaitu anak bongsu kesayangan Amma sedang berada jauh di perantauan and anak menakan kesayangan Appa pun dah balik negeri Kutub Utara, maka tema raya we all tahun ni was kelam2 bahasa (walaupun baju aku semua bling bling).


Walaupun baju raya I sekodi (podahhh) tetaplah kena buat muka versi Bersamamu supaya Amma tak kata I anak derhaka. Dia baju raya pun berupa jubah Arab berwarna hitam yang dihadiahkan oleh my brother yang lagi sorang tu ha. Kengkomon nak telly la dengan situasi adik we all kat tanah arab tu ha, feel lebih. Bukan main lagi ko punya skill bodek ek budak.

So aku le bibik di hari yang mulia. Mandi pun pukul doblas ok. Ok tak penghayatan I dengan tema yang tersebut di atas?

Abiss, lauk pauk raya pun Amma dah warning tak payah lah kita buat yang Adik suka, nanti tak sampai hati mama nak makan?? Wahhh, masalahnya hati kiterang sampai cemana? Bukankah konsepnya kita kena buat makanan2 yg dia suka tu dan tolong makan untuk dia dan on top of that snap gambar banyak2 and tayang kat FB beliau supaya beliau terasa gembira??

Gambar raya pun takder, dikhuatiri we all akan menayangkan tanpa belas kasihan di FB dan membuatkan beliau sedih, dah la baru putus cinta.

Sian Roberto Carlos. Dah la dia set kalau beraya tak ingat dunia. Baju melayu kalau tak siap bersampin songket, berbutang berlian, bersongkok P.Romli maka bukanlah laki aku namanya. 

Elok2 bersiap macam nak buat rakaman Salam Aidilfitri di Astro, lepas sembahyang raya, dia bantai tido bleh?? Abisss raya pun terasa suram je. Budak lagi sorang tu dah balik rumah mentua kat Ipoh, tinggallah daku seperti anak tunggal kat rumah. Kalau raya kat rumah mentua I , selagi tak high heel aku yg 3 inci tu tinggal separuh, idak le nak balik. Siap buat rombongan lagi.

Malam raya tu YM ngan beliau. Dapatlah Amma and Appa tengok mukanya beliau. Maka babak air mata mak neng pun terjadilahhh.



Petang sikit barulah bertolak ke kampung Appa kat Bukit Mertajam. Nak pi beraya pun kena selective gak, takot tersinggung Amma. Sebab nya kat kampung tu ada my aunty pun senasib gak ngan Amma, alah yang anaknya pun dah balik ke Kutub Utara beraya ngan polar bear tulah So boleh share2 feeling.

Gembira la jugak anak-anak dah balik kampung. Barulah terasa sikit suasana raya tu (dan dapatlah I catwalk kan baju bling bling  I yg pertama) dapat jumpa sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa, dan menambahkan koleksi duit raya mereka.

Dapat jumpa wifey  arwahnya my cousin yang baru meninggal. Kesian. Kurus sikit (eh bukan kita patut jeles ke bila nampak orang lain kurus?). Tapi raya dema happening jugak, ada nasi daging (speciality orang utara - pasni ada la orang request suh aku buat ni ) . Kat kampung tu yang menarik is rumah my aunts and uncles semua dekat-dekat. So kalau pergi beraya di hari raya pertama, kena kosongkan perut dulu. 

Normally, setiap rumah buat dishes yang berbeza, tapi mungkin juga sebab sumpahan si Lyana Teteye yang tak dapat beraya kat kampung, majoriti they all semua pakat buat nasi daging! Nahhhh rasa macam jadi hakim pertandingan masak nasi daging le pulakkk.

Second raya, pulang ke rumah Grandma. Grandma pun tengah emo Neng Yatimah gak , biasalah dema ni kan keturunan Primadona Bangsawan. My uncle yang second tu tahun ni balik beraya kat rumah mentua nya kek Gemas. Pagi2 lagi mak neng dah tipon la semua suruh cepat balik kampung.

Petang tu barulah pulang ke rumah MIL. Lusanya ada kenduri kawin kat rumah mak lang En Roberto Carlos , kawinkan anaknya yang sulong.


 
Sekian saja cerita raya saya. Tak best kan hari raya saya?? Tulah, memandangkan beliau yang menjadi faktor utama kegembiraan raya tu akan berada di sana paling kurang 2 tahun , maka saya mungkin hanya akan kopipes je entry ni untuk entry raya saya tahun depan.

Tapi Alhamdulillah, dapat gak beraya, ada orng yang tak sempat pun beraya, dipanggil pulang di jalan raya!

DRIVE SAFELY UOLZS

Tuesday, August 17, 2010

Khas untuk lelaki

Ramadhan Kareem u olsz. *Penat buang sawang kat blog, usah la dicerca saya ini*.

Tak berapa feel lah lately nak update blog, especially bila bulan puasa ni , bulan ibadah kan, so ai nak focused nak memberatkan bahu sebelah kanan lah pulak *.*dah dah jgn nak cebik2 mulut

Tu diaa tengok tajuk entry semacam apakah??. Macam ramai ke lelaki yg baca blog ai ni kan.

Bersempena bulan yg penuh barakah ini, mak cik bajet ustazah sikit.

Lately banyak betul cerita2 kurang garam pasal lelaki yg kita dengar ek.

- Mintak duit kat bini, bini tak kasi disimbah kawan tu ngan asid, tak cukup ngan bini anak2 sekali kena.

- Dah tau gila pi kawin buat apa, bila ubat habis ko tetak bini ko sampai mati , pastu ko tetak pulak anak2 yg tak berdosa

- yang rogol anak sendiri

- yang sanggup rogol nenek umur 65 tahun

Kesimpulannya, adakah  begitu serius tahap kesihatan mental lelaki kat Malaysia sekarang ni?

Kurang khasiat susu ibu kah  ke sunat tak betul sampai putus urat otak??

And yang tak pernah abis , about men and their infidelity. Bila nak abis cerita ni ha?? Ai pulak over emo bila a few someones came up with stories like this.
Is it that  hard to be a one woman man? How much pain do men possibly endure by being faithful ?? Memang tak berapa sedar diri sikit lah orang jantan ni kan. Bila dah kaya sikit , mulalah nampak bini tu buruk, tua. Padahal adakah ko mempunyai perut 6 pax dan lengan berketul dan masih gorjes seperti Hugh Jackman? Adakah performance ko makin mantap? Bini ko makin lama makin lari alignment tu pun bukan sebab ko ke yang lanyak?

The most obnoxious excuse they use is kahwin banyak sebab ikut sunnah.

PANGGGGGG.

Bab lain , mana pergi sunnah tu semua? Etika dan amalan hidup Rasulullulah bukan takat kahwin tu je, Baginda solat malam tiap malam, sanggup mendulukan pencarian redha Allah daripada dok mengulit bini, ko ada? Baginda basuh baju sendiri, ko main campak2 je, Baginda banyak berpuasa sunat, ko puasa wajib pun culas. So tak yah cakap pasal sunnah segala la.

Are you intoxicated when saying this??? Depa kata pompuan ni anti poligami so berdosa. Tak cium bau syurga. Tak der can lah nak dapat payung emas kat akhirat esok.  Deyyy, kalau kita jer tunggu sorang2 kat syurga ngan payung mas tu  and ko rentung kena bakar kat neraka sebab TAK ADIL, nak buat apa.

Ramai lelaki jahil bab poligami tapi nak juga buat. Umpama ko tak tau cakap tamil sepatah haram pun, tapi ko tengok channel Vanavel dengan volume full blast.

1. Yang dirujuk sebagai sunnah adalah KEADILAN dalam berpoligami , dan  bukanlah poligami itu sendiri, paham tak??

Poligami terdapat dalam hampir semua agama dan budaya manusia kat dunia ni. Termasuk tok Arab2 zaman Jahilliyah yang ada harem, ada gundik and jariah penuh rumah. So datangnya Islam, dan limited the marriage to FOUR. Supaya rumah ko tak lah nampak macam brothel atau rumah urut tong seng.

Dan supaya orang jantan takderlah semua mati cepat sebab asyik mainnnn jer kerjanya. Dah kalau bini sampai 23 orang, apa nak jadi ngan ko?? Satu hutan BELUM tu pun belum tentu dapat membekalkan tongkat ali untuk ko ok.

Kedatangan Islam itu indah, Tidak dimansuhkan kesemua adat resam sesuatu kaum kecuali yang jelas melanggar hukum syarak.  Tapi Islam menyuai padankan urf (adat) dengan prakticality of Islam itu sendiri. Contohnya,poligami lah. Sebelum Islam, kaum jahilliyah kawin and main pompuan sesuka hati je.

2. Kedua konsep keadilan. Ramai yang paham keadilan tu maksudnya, kalau bini no 1 dia belikan banglo, isteri no 2 pun kena beli banglo. Kalau isteri no 1 belanja RM 10 JUTA isteri2 lain jugak kena sama.

SALAHHHHHH.

Keadilan dalam Islam bermaksud meletakkan sesuatu kepada haknya. Contohnya , kalau isteri no 1 ada 5 anak tak kan lah sama perbelanjaan dengan bini yang takder anak or anak sorang.

3. Mampu. Kemampuan tu dari pelbagai segi. Bukan saja batiniah iaitu bini ko dah kertu tapi nafsu ko masih kencang macam badak sumatera maka ko layak kahwin lain. Kena tengok juga duit ringgit dan kemampuan ko berlaku adil.

 Marriage tu pada lelaki is all about sex , is it? Betul , nikah menghalalkan persetubuhan. Tapi kenapa sampai jadi hamba nafsu? Adakah hidup ko ingat nak mainnn je? Kalau tak boleh kontrol nafsu, kita disarankan banyak berpuasa sunat. Tu pun sunnah jugak, tapi tak nak plak ko buat.
Rasulullah S.A.W berusaha untuk menggembirakan hati isteri2 baginda supaya tak ada yang tersinggung. Pernah diriwayatkan Baginda memberi sebentuk cincin kepada kesemua isteri2 Baginda dan told each of them that cincin tu khas untuk mereka sahaja and forbade them from telling others.

Bolehkah ko tidak melukakan antaranya?

Dari segi wang ringgit pulak. Mungkin kalau yang ada gelaran tu , sinonim dengan kekayaan lah. Tapi banyak juga yang jantan2 yang hancus tapi kahwin ramai. Dan tidak sedikit jugak lelaki yang berpoligami ni , isteri2 beliau masih lagi bekerja.

Kalau isteri2 dah kerja cari makan sendiri, di manakah terletaknya KEMAMPUAN ko tu??? Tu dah jadi penganiayaan. Isteri TIDAK WAJIB bekerja. Duit ringgit isteri hanya untuk diri sendiri melainkan dia redha duit dia digunakan untuk menampung pendapatan suami. Kalau bini terpaksa kerja , maksudnya ko mampu ke hah???

Lain lah kalau semua isteri goyang kaki je, tapi dapat ruamah agam sorang sebijik, x6 sorang satu, bulan2 5-6 ribu duit belanja, pastu laki tu pulak warak tahap mufti, mampu membimbing isteri2  dan anak2 dalam acuan islami, mengimamkan solat keluarga, romantik, lemah lembut pada semua isteri. Then most welcome, meh sini nak tolong pinangkan.

Tapi yang ada camtu tak ramai, yang ramai yang poket semput. Kereta pun bini tolong bayar. Belanja rumah pun bini jugak. Anak2 pun tak berapa ingat nama. Solat pun jarang2, sembahyang raya je rajin pun, puasa tapi tak solat, pun teringin nak kahwin lebih, memang boleh blah la.

Bila nak kawin pun sembunyi2 takut2, pi kahwin kat sempadan. Tipu bini. Pastu giliran pun tak pernah ikut, duit selalu tak cukup, maka tanyalah diri sendiri LAYAKKAH ANDA BERPOLIGAMI SEPERTI YANG DISARANKAN NABI????

Kalau ko seorang lelaki yang cemerlang , gemilang terbilang dalam ertikata seorang suami dan hamba Allah yang soleh, seharusnya mampu mendidik isteri, kalau betul ko mampu kahwin banyak , seharusnya ko mampu menzahirkan hasrat ko tu tanpa perlu sembunyi2, tanpa bini tua ko jadi gajah turun minyak.

Kita orang perempuan BUKAN ANTI POLIGAMI. Tapi kita kenal suami kita dan kita tahu sejauh mana kemampuan dan kebolehannya. Kita menghalang sebab kita takut dia berdosa sebab tak mampu berlaku adil. Memang lah Allah menghalalkan poligami tapi ada sambunggan ayat surah an nisaa tu yang ramai lelaki buat2 tak nampak, 'TAPI SEKIRANYA KAMU TAKUT BERLAKU TIDAK ADIL, MAKA CUKUPLAH SEORANG DAN YANG ITU ADALAH  YANG TERBAIK UNTUK KAMU"

Terguris sikit pun hati isteri2, suami tanggung lah dosa, kat akhirat esok datang dengan bahu herot sebelah.

Besar tanggungjawab lelaki dalam islam sebagai khalifah Allah ni. Tak akan masuk syurga seorang lelaki selagi isteri dan anak2 perempuannya tak masuk syurga, Kalau sorang bini dihisab 40 tahun, kalau bini lebih tak taulah weiii. Belum masuk dosa2 sendiri lagi.

So it takes a "real" man to do that. 'REAL' tu banyak pulak intipati dan pengisiannya. Kalau sorang isteri pun tak terbela, buat apa nak susahkan kepala otak.

Buat apa nak susah2 adakan 4 biji rumah flat kos murah untuk 4 orang isteri sedangkan ko mampu buat rumah banglo untuk seorang isteri sahaja dan live happily ever after, with satu set bapak and mak mertua sahaja yang ko kena gembirakan especially time raya? Cost Effective ok. Belajarlah ekonomi sikit.

Tu yang ada niat nak kahwin. Yang hanya niat nak geli2 tu???? Masuk umur senja seikit mulalah dapat sindrom kurang daya tahan tu.

Why is it so hard for men to learn that PEREMPUAN YANG BAIK TAK AKAN KACAU LAKI ORANG. No two ways about it. (provided laki orang tu adalah suatu ketika dulu adalah laki kita yg dirampas secara durjana oleh bini dia sekarang lah ) (Disclaimer kepada seseorang, ko jgn marah aku eh.) So kenapa korang sanggup buat scandal ngan pompuan jahat yang tentu tentunya akan merosakkan binasakan rumah tangga korang. Bila tanya cakap orng lelaki boleh kahwin 4, weiiiiiii memang boleh kawin 4, tapi usung pompuan bukan mahram ke hulu hilir, dating tempat2 gelap (takut orang nampak) , habiskan duit yang sepatutnya Allah bagi untuk rezeki anak bini untuk pompuan lain tu , BOLEH KA??? TAK BERDOSA ???

Tiap hari kita tengok kat news , ada saja orang kena tangkap khalwat la, minum arak ngan GRO lah. Ya Allah ni bulan Ramadhan , kalau pun ko tu iblis , boleh tak tolong hormat sikit.

Dah la , penat puasa. Baca Quran lagi baguih.