BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 31, 2010

Scary Movie

My pak long passed away last Wednesday. I was saddened, pretty badly. Because I only have ONE pak long , I mean my truly flesh and blood lah not kinship by marriage or so to say.He was my Abah's eldest brother from 13 siblings (tu dia nohh hebat sungguh Tok ngan Tok Wan kita Lyana, depa makan pil kuda ka pa).


Last month, I went back to my Abah's kampung in Penanti, Bukit Mertajam. This place is very special to me because we have all my aunts and uncle living very much to each other. If I would spent a whole day there, I could have breakfast at my Ndank's, lunch at my Mak Cik's and Dinner at my Mak Chaq's , and I still have a few set of supper and tea break to chase at my Mak Su's and other Ndank, and not to mention a few of my cousins who settled there as well. So, we would one day might fenced the area and make it a gated community since my cousin Lyana is now available to be the security manager he he.


I saw Pak Long, sitting with his wife while chit chatting with somebody. We were there to attend my Pak Su's daughter's wedding next door. He would in his usual self would 'keloi' me calling me "Suraya" (instead of my real name, coz he never liked my real name, its my fault ka adoiii if I were to choose I want to be named Victoria Rania Sofia or something okay) . But he did not. So I promised him to drop by after we had our meal, since Adik sedang buat perangai askar Junta mengamuk.


But, sadly we did not drop by because we were chasing for our Asar prayer, and I regretted it so much. That was the last time I saw him. If only I knew....




Actually, what I am trying to sampaikan di sini is this. A few days back, I had a bad dream, some kind of a premonition. Jeng jeng (Attn. Cik Kiah n Hjh Esah Jolie, ni version misteri nusantara gue okay).



Sedia semua>>>



It was a hospital. But somehow I knew it was a mental hospital. I was there with my mom, my younger brother , my daughter (kakak) and a baby. Anak sapa tak pulak dibisikkan kepadaku. Somehow jugak, I knew we were there to get the immunisation for the baby..(tu dia pi cucuk baby kat mental hospital, kelass dak mimpi mak??? Ko ader??)



Anyway , I asked la Mak Cik Mary, ibu saya itu, "Mama, buleh kah mai cucuk baby tang hospital ni?"

She said "Awat tak buleh pulak, nama pun hospital. Lagi cepat , tak ramai".



Tiba-tiba kakak wanted to go to the loo. So I took her , we went hi n low looking for the loo, at last jumpa la. While she was doing her business, I tried to look for a wash basin to wash my hand. Cari punya cari, I terencounter a room, which was hidden at the back, so small stuffy and the ceiling were low.

U know what I saw??? Jenazah uolzs, terbaring di pembaringan. Tapi muka "beliau" itu tidak ditutup, so I nampak he was wearing a kopiah putih and a white jubah. Apalagi bertabur la acik larikk. But strangely and scarily, I kept coming to that same room and saw that same corpse.Adoyaiii, betapa stressnya mimpi itew.



Akhirnya, setelah beberapa episode cemas, I berjaya melarikan diri, but wait a minute..di mana anakku??? Owhhh tidakk.Jadi la drama tamil lak kat situ adengan akak menangess mencari anak yg hilang. Di kala akak menjadi sasau mencari anak yg hilang yg penuh drama amma appa ayoyo kadawale kilometer kalala itu, I pun tersedar daripada mimpi because of my phone alarm. But I remembered shouting " No , no dont wake me up , anak aku belum jumpa lagi " Mongok kan ??



Ok, so the more spooky side of the story was that, arwah pak long dipakaikan jubah putih and kopiah putih exactly as the dead man I saw in my dream in his pembaringan *berlatarbelakangkan lagu selimut putih * When I sampai to the house, jenazah baru selesai dimandikan. Uihhh ketaq lutut I upon seeing arwah in that clothing tau.
And the best part, Kakak "hilang" right after the jenazah was taken to the graveyard.



Everybody was panicking. And the same commotion of cerita tamil in my dream menjadi kenyataan. Luckily, she was found at the graveyard. She followed my uncle there whom she referred to as "pak cik yg sudah semestinya sedara kita" just because that pak cik waved her good bye during a kenduri once. Baguih anak mak.Luckily it was my uncle. Syukur. Kalau hantu kubur???



I 've been getting that kind of strange thingy quite often. Mimpi gigi patah tu jgn cerita lah. Its more than that. I had quite a sharp instict as well , it scares the hell out of me. I can tell if some body's is not telling the truth. Its like I have a lie detector implanted somewhere inside my body. Selalunya tepat dan jitu. I can tell whether a person tu is sincere or ada bad motive dalam diri dia. Many at times, I dont like some of En Kanda's friend, a few of them. And it turn out to be depa semua adalah musang berbulu ayam. But ada dia dengar cakap I when I told him that I sensed something fishy mula2??? Yelekk. Bila dah terkena baru nak kata I ni ada bakat jadi bomoh ..@##$&^%*^ btoi .

Twice, I got to know that 2 of my friends were moving in my neighbourhood. But I didnt exactly knew where, but in both occasion, my instinct told me correctly of both of their houses without me having a clue whatsoever, and ianya adalah menakutkan okay *sambil jenguk belakang kot2 ada belaan yang I tak perasaan selama ni "terbela'.

And banyak lagi sebenarnya insiden2 twilight zone yang berlaku sepanjang hidup I. Tapi tak nak lah cerita semua because nanti korang semua tanak kawan I plak. And to tell the truth, most female family member n my mom's side juga mempunyai so called kebolehan kebolehan aneh ini, mungkinkah sesuatu telah di instilled kan oleh Tok nenek I , Raja Reman Pattani itew??? Oh aku adalah ketakutan okay.

Mungkinkah aku seorang psychic (sory tak tau eja)?? Shuld I get a crystal ball and change my name to Madame Zorda?? Tapi korang jangan lah mintak nombor plak tu I tak suka, nanti tok nenek I marah okay.

As long as I don't say "I can see dead people....all the time" , I guess I'm allright kot, kan PS?? Nauzubillah.

Thursday, March 18, 2010

SUAMI ISTERI YANG SENGAL

Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali.Buat baik dibalas baik.
Telah menggelakkan my best fren dengan terbahak-bahak sehingga mengalirkan air mata kerana kebadutan mereka 2-3 hari yang lepas.They went for a vacation in Hong Kong Disneyland last Saturday and was scheduled to come back on Tuesday, sounds good and reasonable - a 4 days and 3 nights vacation.

But upon checking in on Tuesday, barulah perasan yang tiket balik they all pi book on Sunday!!!! And the best part, laki bini boleh tak perasan okay. And the makcik have to balik jugak that very Tuesday becoz nak naik pentas untuk menerima Anugerah pe kenama tah. Kalau nak jugak ambik MAS ticket they have to part with plus minus RM8K.Seb baik ada Air Asia, save duit pak cik n mak cik tu, kah kah kah.Gelak lagi.

Tapi, makcik tersebut mungkin mempunyai kuasa keramat tahap dewata, kerana Allah telah membalas perbuatan I yang gelakkan dia tanpa belas kasihan tu.
Yesterday, me n hubs went to Kedutaan Negara so and so kerana nak buat visa for our family vacation next month (ye tak yah nak kerut2 dahi kawan2 , aku kena pontengkan anak aku 3 hari, ye aku Ibu yang kejam). At first , I dah fill in part 'express' application, iaitu can get it done on the same day.But since we all nak travel with the kids, dan with the understanding that Negara so on so tu ada peraturan bongok macam Immigration Malaysia, iaitu kena angkut semua anak beranak untuk renew and even to collect the passport, we all decided to take the kids along.

Taulah bila bawak anak2 ni kan, tambahan pulak our kids yang suka membuatkan senario keterujaan mereka tu kelihatan seperti mak bapak mereka telah mengurung mereka dalam bilik stor sejak mereka lahir atau pun seolah-olah we all ni bermastautin dalam Gua Niah kan. Kat dalam tu pun they all boleh bantai main dengan riang ria dan gembira paras optimum , siap kuak lentang, kuak kupu2 atas lantai , boleh???
So, I stopped helping En Kanda mengisi borang dan mengawal selia anak2 I yang seperti terlebih gula dalam badan tu. Rupanya, beliau telah mengambil tindakan bijak pandai dan menggunakan kuasa veto beliau, dengan memangkah kolum "xpress" tersebut dan menggantikannya dengan normal application which will take 4 working days to be processed, sebab murah la apa lagi kan. Dasar cheapskate.Dengan harapan boleh mencilok T-shirt polo selai dua lah tu dengan bajet yang telah beliau selamatkan ituew.

Jeng jeng and the best part..........................(bunyi gong dan drum rolls ditambah pula dengan rebana ubi , gendang India dan Cina untuk menunjukkan semangat 1 Malaysia).

Today En Kanda needs to fly to ******* sebuah negara asing lain yang memerlukan passport lah of course, and I have to join him tomorrow. Tapi bolehkah we all pergi kalau passport we all tu dah submit kat Kedutaan tersebut tadi dan akan mengambil masa 4 working days untuk siap kan????
Alhamdullilah lah pak cik itu boleh tersedar malam tadi semasa sedang mengemas beg. Pastu , mak cik ni pun boleh lah lah juga mengalami disease biul sementara kan kan . Cuba bayangkan kalau Pak Cik tu tersedar masa dia dah on the way to airport??? Owhhh mak tak boleh membayangkan drama Tamil episod apa yang akan terjadi.
Makanya, pagi2 subuh sepiie tadi , kelihatanlah sepasang suami isteri badut yang berkejaran ke Kedutaan tersebut (walaupun opis embassy bukak pukul 9, tapi semangat waja berbekalkan setimba perasaan malu, mereka telah pergi begitu awallll sekali)
Hasilnya??? Kerana kecekapan kakitangan Kedutaan tersebut, visa mereka telah pun siap TETAPI.....instead of bayar RM58 per application, mereka terpaksa membayar RM310 per visa untuk lima orang. Apa yang suami isteri itu lakukan ??? Tidak, mereka tidak pergi membuat pertunjukkan silap mata atau menjual belon dalam pakaian badut, akan tetapi mereka hanya mampu ketawa berdekah-dekah kepada diri mereka sendiri @ mentertawakan kebodohon mereka sehingga kakitangan kedutaan yang bersih cekap dan amanah itu terpinga-pinga, dan mungkin merasakan mereka telah tersilap meluluskan visa kepada orang gila.

Tuesday, March 2, 2010

Sebuah Kematian

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati...

Itulah fitrah kehidupan manusia di bumi Tuhan. Sesungguhnya kita adalah milik Allah. Kesemua anggota badan kita adalah milikNya jua. Dan setiap hela nafas yang kita nikmati ini adalah atas belas ihsan dan kasih sayang Allah. Ya Allah!aku hidup dan aku mati atas kehendak Mu.


Mas Sudarsono
Lelaki ini kami kenal hampir 4 tahun yang lalu.Dia pada mulanya sekadar seorang Pemandu Pelancong yang membawa kami ketika kami melancong ke Jakarta. Namun atas kuasa Allah, perkenalan itu akhirnya membuahkan sebuah persahabatan yang erat.

Sudarsono yang kusapa Mas Sono, seorang jiwa yang periang dan mulia peribadinya. Anak-anak memanggilnya Om Sono atau kadang-kadang Uncle Sono. Tiap kali kami ke Tanah Seberang, Mas Sonolah yang menguruskan kesemua keperluan kami walaupun sering menuntut lebihan waktu darinya. Tapi dia akan sentiasa senyum dan tidak pernah terlukis penat di wajahnya dalam meladeni anak-anak kami yang begitu banyak karenah.

Sopan tuturnya, manis senyumannya tidak pernah lekang dari ingatan kami. Setiap keperluan diusahakan sehabis baik.
Kerana dia juga, maka kami sering ke sana, kerana ketulusan budi dan
layanan terbaik sudah pasti menunggu.

Namun, Allah maha mengetahui dan setiap sesuatu yang di kurniakan atau ditakdirkan adalah merupakan yang terbaik untuk hambaNya. Tidak dapat kita insan yang daif dan lemah ini menghalang.

Dua tahun yang lalu, ketika kami bawa keluarga termasuk mama, abah dan adik yang ketika itu sedang sibuk mempersiapkan keperluan perkhawinan beliau, ke Jakarta. Mas Sono kelihatan terlalu kurus, gambaran daripada kesihatannya yang kurang baik tentunya.

Nyatanya, dia menghidap diabetes. Namun, dalam keletihan dan keuzuran yang tidak dapat disembunyikan di sebalik manis senyumannya, tidak dia jadikan penghalang untuk membawa kami ke sana ke mari untuk melengkapkan keperluan kami secukupnya.

Kali terakhir aku lihat dia di akhir November itu, dia ceria sekali menyambut kedatangan aku dan kawan-kawan walaupun jauh di sudut hati terbetik betapa kurus dan pucat wajahnya.

28 Januari lalu, sekali lagi aku ke sana, tapi Mas Sono yang sudah kuanggap saudara tidak lagi menjemput, tidak seperti selalunya.Kesihatannya ketika itu amat tidak baik. Namun masih lagi ceria bergurau di telefon. Kalaulah aku tahu bahawa itulah kali terakhir aku bercakap dengannya........

Mas Sono kami pulang di jemput Allah pada 10 haribulan Februari,2010. Tidak kesampaian hajat kami untuk menziarah beliau. Suamiku, yang paling terasa dan terkilan. Sudah terpatri janji untuk menjenguk Mas Sono ketika dia ke Jakarta atas urusan kerja 2 hari sebelum pemergiannya. Tapi waktu membataskan janji yang sangat ingin dipenuhi. Tidak kami ketahui bahawa rupanya Mas Sono begitu mahu menemui Suamiku hari itu. Dia malah sering bertanyakan isterinya , sering juga memberitakan kebaikan suamiku pada keluarganya, padahalnya tiada apa yang dapat membandingkan kebaikan budinya pada kami.

Ajal insan sudah tertulis, tidak dicepatkan walau sedetik malah tidak juga dilewatkan sedetik juga. Mas Sono kembali kepada Penciptanya dini hari 10hb Februari itu, sehari selepas suamiku pulang ke tanah air. Kami kehilangan seorang sahabat , abang dan saudara yang terlalu baik.

Dia pergi tanpa sempat ditunaikan permintaan terakhirnya , kerinduan pada anak2 yang berada jauh di Desa , tidak sempat dilepaskan. Ketika jenazah beliau tiba dari hospital ke rumah sewanya di Jakarta, ketika itu juga tiga orang anak-anaknya yang masih kecil sampai setelah menempuh hampir 7 jam perjalanan darat.Ya Allah.......

Kami tiba lagi di Jakarta untuk menziarahi pusara Mas Sono 2 minggu selepas pemergiannya. Di bandara, ketika melihat wajah adiknya yang menunggu kami, hati diruntun sayu. Bagai terbayang wajah Mas Sono yang dulu sabar menanti walau selewat mana pun kami. Aku jadi rindu pada kebaikan dan ketulusan lelaki itu.Tambahan lagi apabila mengenangkan dia yang sudah tiada lagi dan tidak akan lagi kulihat senyuman itu menunggu dan melambai kami di Bandara.

Perjalan ke Desa Almarhum di Majenang, Jawa Tengah mencuri hampir lima jam masa, dari Bandung. Kami tiba ketika mentari Zuhur sedang berselindung di balik kemendungan awan. Seolah memberkati kedatangan kami untuk menziarahi pusaranya. Aku diterpa dan dipeluk seorang wanita separuh umur yang bertudung kuning. Kami tidak perlu diperkenalkan, kerana lewat penceritaan Mas Sono aku kenal itulah isterinya. Walau tidak pernah bersua, wanita itu seolah terlalu mengenal kami , aku dan anak-anak. Pastinya kerana Mas Sono juga.

Apalah yang mampu aku katakan pada isteri yang telah ditinggal suami ketika hatinya dan jiwanya yang muda masih memerlukan belaian dan kasih sayang, apalah yang mampu aku luahkan kepada anak-anak yang teduh renung matanya itu, yang telah ditinggal yatim di usia sekecil mereka.

Dalam tuturku mengucapkan kesabaran dan takziah, aku pinta agar isteri Mas Sono tabah, tapi hakikatnya air mataku yang deras mengalir sedangkan dia begitu tabah dan kuat. Benarlah, Allah tidak akan memberikan ujian yang tidak dapat ditanggung hambanya.

Seluruh keluarga Almarhum yang kelihatannya serba sederhana tetapi begitu mewah dengan budi, begitu mesra, tak hentinya mengucapkan terima kasih atas kesudian kami menjenguk mereka.

Aku pinta isteri Almarhum dan anak-anak beliau Rifka, Faisal dan Rafli menemani kami ke Pusara.
Langit makin kelam, awan mendung berarak laju mengisyaratkan hujan yang sebentar lagi bakal membasahi bumi Majenang. Pusara yang terletak di hujung desa itu begitu sepi, tenang dan damai. Di sisi kamar abadinya, Mas Sono dipayungi sepohon kemboja yang sedang lebat berbunga.

Kami membaca Yassin di pusara Almarhum, dan ketika deraian air mataku sudah tidak tertahankan, titik-titik kasar hujan mula membasahi kami, jatuh lebat di pipiku, sehingga aku tidak lagi merasa tangisan dan air mataku sendiri. Kulihat suami di sisi juga sudah terisak-isak melagukan bait-bait terkahir kalimahtullah itu. Dan ketika doa kami panjatkan, kami menangis di dalam hujan. Hujan yang seolah turut menangisi pemergian seorang sahabat yang baik dan mulia. Aku makin terharu kerana di sisi kami , dengan sabar anak dan adik Almarhum memayungi kami dengan daun pisang, sedangkan mereka sendiri telah basah kuyup. Isteri almarhum dan anaknya Faisal turut tidak berganjak dan rela dibasahi demi mengaminkan doa sahabat2 yang datang dari jauh.



Aku dan isteri Almarhum, berpelukan pulang dalam rintik hujan. Aku mohon dia sabar dan bersyukur di atas dugaan ini, kerana hanya jiwa yang luar biasa kuat dan tabah saja diuji Allah begini, betapa Allah begitu sayang pada mereka. Malah Siti Aminah juga ditinggal suami ketika Rasulullah masih di dalam kandungan.
Allah malah terlalu kasih padanya kerana dikurniakan 2 orang putera yang cerdik dan seorang puteri yang manis. Tak terhingga syukur aku panjatkan atas ketabahan dan ketakwaan isteri Almarhum yang begitu memahami kehendak Allah, walau takdir dan dugaan itu bakal menuntut kerja keras dan kekuatan emosinya dalam membesarkan anak-anak.
Tidak langsung dia mengucapkan kesusahan malah hanya kasihan pada anak-anak yang tidak puas bermanja dengan ayah dan tidak sempat juga menerima kucupan terakhir. Mulutnya tidak henti memohon maaf jika ada kesalahan Almarhum pada kami atau ada percakapannya yang menyinggung walau dia sebagai isteri lebih memahami yang Alamrhum itu begitu lemah lembut dan pengasih orangnya.
Aku merasa begitu dekat dengan dia. Aku fahami dia walau aku tidak tahu dan tidak yakin mampu setabah dia. Doaku agar ketabahan dan rahmat Allah sentiasa mengiringi dia dan anak-anak. Aku hanya mampu menyatakan anak yatim selalunya berjiwa kental dan tidak mudah patah.Dan jerih payah dia membesarkan mereka dengan takwa dan sabar akan Allah balas dengan rahmat yang maha besar.Mungkin bantuan dan sokongan material mampu kami berikan sekadarnya, tetapi kesabaran dan ketabahan beliau hanya berlandaskan ketakwaan yang jelas kelihatan dalam tutur katanya.Alhamdullilah.


Dan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat hingga selayaknya menjadi penghuni syurga dan ditempatkan bersama-sama dengan para hambaNya yang diredhai dan dikasihi, Amin Ya Rabbal A'lamin.