BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 18, 2010

SUAMI ISTERI YANG SENGAL

Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali.Buat baik dibalas baik.
Telah menggelakkan my best fren dengan terbahak-bahak sehingga mengalirkan air mata kerana kebadutan mereka 2-3 hari yang lepas.They went for a vacation in Hong Kong Disneyland last Saturday and was scheduled to come back on Tuesday, sounds good and reasonable - a 4 days and 3 nights vacation.

But upon checking in on Tuesday, barulah perasan yang tiket balik they all pi book on Sunday!!!! And the best part, laki bini boleh tak perasan okay. And the makcik have to balik jugak that very Tuesday becoz nak naik pentas untuk menerima Anugerah pe kenama tah. Kalau nak jugak ambik MAS ticket they have to part with plus minus RM8K.Seb baik ada Air Asia, save duit pak cik n mak cik tu, kah kah kah.Gelak lagi.

Tapi, makcik tersebut mungkin mempunyai kuasa keramat tahap dewata, kerana Allah telah membalas perbuatan I yang gelakkan dia tanpa belas kasihan tu.
Yesterday, me n hubs went to Kedutaan Negara so and so kerana nak buat visa for our family vacation next month (ye tak yah nak kerut2 dahi kawan2 , aku kena pontengkan anak aku 3 hari, ye aku Ibu yang kejam). At first , I dah fill in part 'express' application, iaitu can get it done on the same day.But since we all nak travel with the kids, dan with the understanding that Negara so on so tu ada peraturan bongok macam Immigration Malaysia, iaitu kena angkut semua anak beranak untuk renew and even to collect the passport, we all decided to take the kids along.

Taulah bila bawak anak2 ni kan, tambahan pulak our kids yang suka membuatkan senario keterujaan mereka tu kelihatan seperti mak bapak mereka telah mengurung mereka dalam bilik stor sejak mereka lahir atau pun seolah-olah we all ni bermastautin dalam Gua Niah kan. Kat dalam tu pun they all boleh bantai main dengan riang ria dan gembira paras optimum , siap kuak lentang, kuak kupu2 atas lantai , boleh???
So, I stopped helping En Kanda mengisi borang dan mengawal selia anak2 I yang seperti terlebih gula dalam badan tu. Rupanya, beliau telah mengambil tindakan bijak pandai dan menggunakan kuasa veto beliau, dengan memangkah kolum "xpress" tersebut dan menggantikannya dengan normal application which will take 4 working days to be processed, sebab murah la apa lagi kan. Dasar cheapskate.Dengan harapan boleh mencilok T-shirt polo selai dua lah tu dengan bajet yang telah beliau selamatkan ituew.

Jeng jeng and the best part..........................(bunyi gong dan drum rolls ditambah pula dengan rebana ubi , gendang India dan Cina untuk menunjukkan semangat 1 Malaysia).

Today En Kanda needs to fly to ******* sebuah negara asing lain yang memerlukan passport lah of course, and I have to join him tomorrow. Tapi bolehkah we all pergi kalau passport we all tu dah submit kat Kedutaan tersebut tadi dan akan mengambil masa 4 working days untuk siap kan????
Alhamdullilah lah pak cik itu boleh tersedar malam tadi semasa sedang mengemas beg. Pastu , mak cik ni pun boleh lah lah juga mengalami disease biul sementara kan kan . Cuba bayangkan kalau Pak Cik tu tersedar masa dia dah on the way to airport??? Owhhh mak tak boleh membayangkan drama Tamil episod apa yang akan terjadi.
Makanya, pagi2 subuh sepiie tadi , kelihatanlah sepasang suami isteri badut yang berkejaran ke Kedutaan tersebut (walaupun opis embassy bukak pukul 9, tapi semangat waja berbekalkan setimba perasaan malu, mereka telah pergi begitu awallll sekali)
Hasilnya??? Kerana kecekapan kakitangan Kedutaan tersebut, visa mereka telah pun siap TETAPI.....instead of bayar RM58 per application, mereka terpaksa membayar RM310 per visa untuk lima orang. Apa yang suami isteri itu lakukan ??? Tidak, mereka tidak pergi membuat pertunjukkan silap mata atau menjual belon dalam pakaian badut, akan tetapi mereka hanya mampu ketawa berdekah-dekah kepada diri mereka sendiri @ mentertawakan kebodohon mereka sehingga kakitangan kedutaan yang bersih cekap dan amanah itu terpinga-pinga, dan mungkin merasakan mereka telah tersilap meluluskan visa kepada orang gila.

13 comments:

Kak Ezza@makcik Blogger said...

hehehe..sambil tergaruk garuk kepala.....

kay_leeda said...

Sebenarnya kalau penunggah utama cerita ini adalah ibuk yg ala-ala rupa si Memey itu, saya tidak lah surprise. Beliau melalui hidup ini dgn penuh situasi cemas, thrilling bagai..heh..heh.

Saya tau keadaan membuat visa di Kedutaan tersebut. Pernah dah isi borang lepas tu, they kata, "Eksekius me sir, you've got the wrong form!!" Walhal form itu adalah form yg di download dari Tenet. Apakah???

Wohhh..jenjalan lagi?? Have fun :)

Naz said...

nak gi mane pulak nihhhhh? enjoy OK :)

Forest 2 Sea Adventures said...

wahahahahahaha...elok la hgpa dua org!!lain kali upah aku jd PA...hgpa dua mmg ghapla so better aku yg uruskan hgpa 1 family ni..gaji 5 angka cukup la..tak byk mana aihhhh

Mimi said...

bestnyer nak holiday...aku tau hangpa nk pi mana ;)happy holiday, happy shopping!!

tireless mom said...

Wei, banyak duit berkepuk kepuk nak pergi jalan jalan lagi. Siap boleh bayar express punya application tu altho it is because of like u said kebiulan. But to me, itu lah foresight yang macam magic David Copperfield. Orang yang punya minda yg terror tahap gaban je yg boleh buat semua ni!

Cik Puan Kamil said...

Cuba cerita kat aku sapa yang pi HK minggu lepas ? Nak tanya soalan banyak ni...

Hjh Esah Jolie said...

wah..ko gi ngabis kan duit laki secara berjemaah dgn dia lak ye???

azieazah said...

Tu laarrr.. gelakkan orang lagi.. heheheh..

Gelakkan orang tak banyak mana, tapi gelakkan kesilapan sendiri, sampai bergolek-golek..

hahahaha..> gelak control nihhh...

Dilla said...

hang suka buat cerita tamil bersiri tau....aku gelak sampai kuaq air mata wei......mmg ghabla jingga toi makcik oii.... wei nak pi mana plak....rajin sungguh jalan2...

ibnu marzuki al firdaus said...

HAZREY BUAT TAIK LAGI! Comment deleted
This post has been removed by a blog administrator.
March 23, 2010 9:25 PM
TANDA2 INSAN YANG ANTI (BACA: POLIGAMI, NIKAH SIAM, KAHWIN BUDAK & SEGALA BENDA YANG HALAL DEFINASI ISLAM NABI BUKAN MALAYA) TAPI ADA HATI MAU NASIHAT AKU...
from Hazrey
to TARIKAT NOHIYAH

cc Mahkota2009@gmail.com,
BCN3876@yahoo.com
date Sat, Mar 20, 2010 at 1:03 PM
subject Re: layakkah insan yang bernama khalil ini menjadi kadi? patut orang agama macam dia p nasihat bukannya jadi batu api pulak... jom kita p tanya maij asap!
mailed-by gmail.com
signed-by gmail.com

hide details 1:03 PM (5 hours ago)
Salam bro.

Aku nak gelak baca email kau ni.

Bak kata one blogger, ni macam bebudak kecik berebutkan gegula, pastu menangis tak tentu pasal.

Kau ingat orang Maij nak layan ke benda remeh temeh ni, dan hakikatnya punca masalah adalah dari kau sendiri?

Apa sebenarnya masalah kau ni?

Mesti kau rasa semua orang tak betul kan? Mesti kau rasa dunia ni tak adil kan?

Kau tak nampak ke, everyone, everybody is going against kau. Kau rasa hebat ker macam tu?

Cuba kau tengok, mana ada orang suka kat kau. Ada? Yang suka kat kau cuma sorang jek, diri kau sendiri!

Kau tulislah pada Perdana Menteri sekalipun, your words against everyone! Hidup ni biarlah bermasyarakat. Jangan syok sendiri bro.

Cubalah kau tertib sikit bila menulis tu. Kesian kat mak bapak kau susah payah didik kau jadik orang yang baik tapi malangnya kau malukan nama mereka.

Kau letak nama bapa sendiri tapi perbuatan kau tu memburukkan nama dia. Kau tak peduli ke kalau bapak kau malu?

Percayalah, perbuatan kau tu memalukan bapak kau sendiri.

Berhemahlah, itu nasihat aku. Haaah, nasib baik ada orang nak nasihatkan kau lagi ni, maka baiklah kau ambik nasihat ni bebaik.

Dan cuba cubalah solat berbanyak banyak dapatkan petunjuk, jangan salah haluan ok?

Ok bro?

Salam.... SAPE PULAK YANG AKAN MATI NANTI JIKA WA KENA MAKI DALAM BENTUK ARTIKEL? CC TO ALL.

Kama said...

oooo disini anda rupanya! saya 'jalang-jalang cari makang' baru jumpa rumah anda..LOL. ok, dah dilinkkan dengan istana hinggapku di kayangan ttdi.. ehehehe..

ladymarko said...

hahaha... this reminds me of a friend yg pi bercuti ke dubai recently. dalam keterujaannya bershopping, boleh plak mereka laki-bini tak perasan flight time was actually at 2.15am. masing2 ingat flight pukul 2.15pm so they belasah shopping to the last minute only to discover they had missed the flight home 10 hours ago hahahahah!!! maka seluruh kenalan mereka di fb pakat gelak ramai2...hehehhe...