BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 22, 2012

DRAMA BROADWAY

Lamanya tak meroyan kat blog kan. Can PMS be an excuse to do it? Boleh lah kan. Dah ada tu kita guna lah.

Bila baca posting sendiri yang dulu kala tetiba baru terjumpa fakta yang anak2 dah besar-besar, tapi mak bapaknya tak juga nak matured. Few close friends tahu la I and my hubs kalau gaduh kalah MGR and Sri Dewi ko...drama. Takder lah melibatkan senjata ke pe. Tapi we all memang creative lah dalam meyakitkan hati each other. Sungguh sejiwa gitew kan . Suweet okeh.

Hubs memang ada satu pe'el yang tak boleh celop punya , iaitu dia akan bertukaaaaaa bila lapar. Most men cemtu gak kot ek. Adalah petang last week , he went for kerja2 melawat kawasan , (ehh bila plak laki dia ni jadi YB hahahaha) so when he got home penat, tidur la. Bangun lak Maghrib. Dah bertepek setan kat situ, campur lak ngn mode kebuluran sebab bini tak masak. (sapa eh bini dia ni pemalas ya hamat). So kengkonon bininya yg nak cover sebab malas masak tu cuba2 lah lentok-lentok sikit kan beli jiwa nak ajak makan kt luar. Tetiba la jadi promoter Al Rawsha (eh ni kira promosi gak ke sebab tidak berselindung di sebalik awan) kt I*T hahaha boleh tak nak guna gak asterisk , gedik, cam orang tak tau aku dok Shah Alam kan.

I saw the signage one day 'Dine at Al Rawsha and park for free'. Knowing that I*T tu bila malam -malanm transform jadi lombong emas kot, sekali masuk RM10, dah tu kena pau lak ngan budak-budak beli plush toys la, helikopter bling-bling lah, cekak rambut telinga miki mause lah macam-macam. So walaupun kat tepi hidung je, sipi2 je we olzs pandang tempat tu.

Masih lagi cerita isteri mithali yang nak cover diri tu kan, sanggup lak drive sebab nak deting la kunun. Sekali mana aku tau kalau malam-malam dia divert jalan semua ke tempat fun fair tu jeh, terrrrr menongkah arus pulak lah saya,  marah la Pak Encik neh sebab terang-terang orang letak kon, aku main redah macam "Papa I  own this place hokeh"  *ala2 Nabila Huda dalam drama Usop Aslam*.

Dah tu pusing lah masuk parking bertingkat, jauh plak rasa eh dengan restoren tu hah. Pak Encik tu dah parah sangat tahap kebulor tu mau aku kena papah pergi situ. So sebulat suara kensel lah rancangan aku nak feeling belli dence kat restoren Arabit . Saja nak jadi cerita hot, tak jumpa plak jalan keluar. Raksaksa Gorgon pun menjadi semakin ganas. Sekali bila dah 43 kali lap, I berjaya keluar , tapi ehhh dah nampak tol gate keluar pulak. Kat mana pulak nak bayar tiket parking neh. Alah takotnya tengok jelingan tajam yang mencengkam jiwa Pak Encik kat sebelah.Silap2 mau aku yg jadi hidangan makan malam dia kat situ.

Pastu cam terbodoh kejap , mana lah aku nak pi bayar tiket nak keluar ni kan.Sedangkan keta dah bersusun kat belakang. Pastu Pak Encik boleh plak cop aku dia kata aku SENGAL , wehhhhh aku ni PMS tau bang, haaaa. Jangan main2, kalau I lak bertukaaaa jadi raksaksa memang kompom yang species maging je tau , tak main la raksaksa tahap cicak kubing tu.

Dia pun sama cam terbantut kat situ hahaha. Gila. Tunggu keta semua overtook , I pun drift sikit pusing cari pondok bayaran. Jumpa ok. Tapi agaknya laki aku tu dah tinggal nyawa2 ikan sebab lapar sangat , dia suh i turun pergi bayar. Wahhh tetiba , Seri Dewi naik syekh , aku bengang la rasanya.Dah la sedeyyy dia kata I sengal tak habis lagi. 

Memang buruk tingkah laku I tu, jadikan sempadan ye anak-anak. I terus blah kengkonon  nak merajuk and balik berjalan kaki kekdahnya, sebab tetiba teringat plak quotes yang I baca kt FB, 'Sometimes u got to run away to see who chases you" lol. Boleh tak cenggitu ?

I jalan kaki ok, tabah mak. Mesti mak I bangga lahirkan I sampai dia akan picit2 hidung I kasi pengsan sebab terlalu comel perbuatan tu di usia yang anak ko dah dah nak UPSR tahun depan tu kannnn. Tapi jeling-jeling lah tengok who's chasing me behind wakakakaka. Kot Myanmar mabuk padan muka la kan.

Jauh juga la I jalan, sampai dah agak suku harapan nak pasrah yang dia dah malas nak layan drama aku, sampai hati, baru berapa tahun kawin. Tetiba dah ada dia parking kat depan haaaa, tapi biasa la kan MGR mesti macho mana nak turun pujuk-pujuk bagai. Ok lah kalau taknak pujuk sudah. Wa pun talak ingin mau naik keleta Lu lah Taiko.

Mungkar sekali kelakuan itu. I terus lintas jalan buat tak tau jer. Dia pun  text, "Dah nak sangat balik la jalan kaki."

Ohhhh reach heart tau dia. I pun reply, " Kalau berani tunggu la orang kat Ha*lam kopitiam, belanja arr I makan, penat tau jalan kaki" (yeay berjaya guna asterisk lagi skalik) .

Ingat kan betul2 dah balik, tetiba dia jawab pulak aisehhh. " Khulafah jelah , I nak makan mee goreng mamak. " (malas lah nak guna asterisk dah haihh) Ehh ehhh boleh ke kita main bargain kalau kita tengah bergadoh neh? Boleh ke Puan-puan , boleh ke?  Ingat kat PBB ka.

I pun terpaksa lah reply kot melepas karang aku plak yang mati kebulur. "Boleh lah, I mau nescafe ais n roti naan. Tandoori sekali". "OK" jawabnya. Hek eleh.

Dan Drama Tam (sila tambah tanda asterisk sendiri) sebabak itew berakhir di kala makanan sampai. BIOL dan SENGAL.

Sekian. Sian korang terpaksa baca. (((hugsz)))) hohoho




8 comments:

azieazah said...

Hahahaha gelak guling guling!

Drama Tamil yang sangat cute!

So, U jalan kaki sampai Khulafa? Hebatttt...

Dah kenyang tu, jalan pimpin tangan ler gamaknya? Ahaks!

Ibu Adam said...

I laughed like hantu! Hahahhaha...buruk weih orang tua tua merajuk!

Well, who cares?? I do it sometimes too..Heheh..*kelip kelip mata comel*

p/s: comment moderation ni melampau tau. 4 kali I tulis sumer tak btol..

MK said...

lawak pe.... tersengih2 kita baca. i love that quote lah!!! tapi bila lah nak berani lari & tunggu org kejar nih..hmmmm

knv said...

kahkahkahakhkahkah! terhibur aku kala sakit perut nih :P

kay_leeda said...

Whooaaaa.....ada shooting drama ka?? Apasal tak bgtau??!! Boleh hantar David Teo bg matap skit lakonan itu...heh heh.

So dah kiss and make up dah ke? Senang je obat nya tu...lawat je sesawang AA tu *wink*

Desert Rose said...

Korang gelak ek ....

Cik Puan Kamil said...

Apasai tak suruh aku mai ambik... Nasib baik tak kena kidnap... Hahhaha

Uncle Lee said...

Hello Desert Rose, how you doin'?
Just dropped by say hello.
Been a long time.
Have a nice weekend, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.