BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 24, 2009

Kembara Cinta di Jogja - Part 2

Harap maap, description Wak Parjo penjaga karcis masuk ini (karcis itu tiket hu hu hu) ada kat bawah.


Sorry ye cerita ni dah jadi soap opera sebab sambung seminggu sekali. Ok lah kita layan lah travel log ni .



Sebelum tu, ada beberapa perbendaharaan kata yang I belajar di Jogja ni. Walaupun sebelum ni asyik berulang ke Jakarta Bandung macam balik kampung tok nenek sendiri bak kata Puan Kamalia (Tok Nenek kita kat asal sana ka Lia??? Bukan Spain ka???) I tak lah ambil pot sangat perkataan pelik2 they all kat sana kerana sebab yang sangat obvious - AKU FOKUS PADA ACARA SOPPING!!!!! So tak dak masa nak sibuk belajar bahasa segala no.



Memandangkan di Jogja Acara membeli belah tidak menjadi agenda utama, maka kami lebih santai dan menghayati semua aspek kehidupan di bandaraya Jogja ini.

Ok I tipu..... Sebenarnya tak de menda nak dibeli di sana waaaaaaa sangat tertekan. Sebab Jogja ni terkenal dengan kain batik dari Pekalongan (kualitas yang terbaik di seluruh Indonesia Raya ya Ibu-Ibu) Ingat partai politik yang pertama di Indonesia? Sarekat Dagang Batik, sebuah pertubuhan yang terdiri daripada pedagang2 batik.



Jadi banyak pulak masa I nak mendekati masyarakat, bahasa dan budaya Jawa di sana.


Tambal Ban - Tampal Tayar



Warnet - Warung Internet (cyber cafe)


Pusat Kebugaran - Fitness Centre


Jus Watermelon - Air tembikai (jgn gatal nak order jus melon atau ketimun , sebab dalam menu juga selalunya ada, tapi jus melon adalah jus honey dew dan jus ketimun (especially pada org Kelantan yek) adalah jus TIMUN huekkkkkk)


Es Jeruk - Fresh Oren tapi selalunya bukan oranges but limau madu tu


Pembalut Wanita - (bukan kain kapan perempuan) sanitary pad (oh sungguh tragis dan sadis pengalaman I nak beli pad kat Pharmacy, korang bayangkanlah sendiri plot cerita tersebut yek I tak senang nak cerita)


Apotek - Pharmacy


Praktek Umum - Klinik la tu private practice or General Practitioner


Pengacara - Lawyer (ha ha glamer siut aku , CELEB gitu)


Rumah di kontrakkan - rumah sewa


Karet - getah


wortel - carrot


Bandara short form of Bandar Udara - Airport


Gratis - Percuma


Obral- Best Buy (jgn gatal nak tawar lagi karang kena pelangkung)


Grosir - pukal @ beli banyak2


Satuan - beli satu je


HP (sebutan abjad Indonesia HA PE) - mobile phone


Pulsa - reload card


Telat - Lewat ( Lewat di sana adalah lalu, "cth saya ke sekolah harus lewat kantor pos"


Dagadu (Jogja) Kaus (lain2 tempat di Indonesia) - T-SHIRT



Itulah yang I boleh ingat sekarang sebagai panduan sesapa yang nak ke sana.



Tapi Puan Diana Epal Hijau, usahlah berangan nak beli belah sebab ko akan tertekan kalau objektif utama nak pergi menghabiskan duit laki....meroyan nok. Sampaikan En Kanda merasakan I buang tebiat sebab tak de beli apa sangat macam selalu, siap dia ajak last kopek shopping before bertolak ke airport the very morning we were supposed to leave. Takjub dia nengokkan bini dia dah berubah. Tapi ,......dah batik di sana batik di sinun, apalah yang nak dibeli oleh pompuan Melayu yang pakai kain batik ngan tali pinggang ini, itupun masa 2 hari dalam pantang aje.







Ke sana sini sebaiknya dengan becak (beca) saja, santai dan romantis gitu. Kota Jogja dipenuhi ribuan Tukang Becak macam Pak Cik ni, rumah dia 54km drp Jogja, so dia balik rumah seminggu sekali, tido pun dalam beca. Tidakkah ko merasa sedey akan kisah hidupnya??? Dia hanyalah seorang daripada ratusan watak utama dalam pentas dunia derita di sana.




Momen-momen romantis pengantin purba meladeni lorong malam di Kota Jogja

Boleh ke Cikgu Azrin ??????



Dessert during our candle lit dinner, the only thing yang boleh diterima tekak I...sedap, ubi kayu ngan pisang (nampak sangat la ko tu kampung, sukenye hati aku makan ubi kayu ni) Oh nama Restorannya INDRALOKA RESTO





Makanan khas (khusus) Jogja - GUDEK (sayuq nangka ingatkan menatang apa, tapi manis macam bubur )




Minuman ni lupa dowh namanya, tapi sejenis teh yg dicampur herba i.e cengkih minum ngan gula batu ...rasanya macam Jamu Mak Dara Myra oiiiii kembang setaman tekak aku






Lyana, nilah nasi lemak versi Indon namanya NASI UDUK, (sila habaq kat Pak Usop k,) Dimasak dgn kepingan kelapa muda, bukannya santan





Orang ni control macho, sebenarnya dia sangat lapar tapi tak lalu nak makan sebab overall food they all sangat manis, dalam hati mungkin dia tengah carutkan bini dia yang gatal order makanan tradisi Jogja, adventure konon. If only I ordered STEAK kan kenyang aku malam tu.So pada sesapa yang takde langsung salah silah darah JAWA tolonglah jauhkan diri anda daripada masakan tradisi depa kat sana.







Lorong2 di sekitar Kraton, di sini banyak pengusaha yang sendiri bikin sendiri jual, so lebih murah dan berkualiti cthnya hand print T-Shirt






Dinding Kraton yang dibuat TANPA sebarang simen pun sebaliknya menggunakan putih telur, garam dan apatah aku tak ingat...sila bulatkan mata untuk menunjukkan kekaguman anda. Takde sorang pun makhluk manusia di Jogja yang berani meruntuhkan tembok asal Kraton ni,walaupun wall tu dok kat depan rumah ko, dan sangatlah buruk sehingga ko sesak napas, namun jangan haraplah nak renovate kan dinding tersebut. Eloklah dijadikan feature wall saja (ape ke bende feature wall kat luar rumah)




Ni Kat Taman Sari lagi, Kamar Raja bermeditasi





Sistem pengcahayaan di Taman Sari hanyalah lubang2 sebegini yang ditebuk di siling untuk membolehkan cahaya menyusup masuk ( description macam Majalah 3 hokayss)






Bila nak memasuki ruangan yang menempatkan Tempat pertabalan Sultan, takde orang yang dibenarkan menaiki kenderaan, sila jalan kaki untuk menunjukkan hormat pada Raja

Tu Papan Tanda Bale Raos tu actually is an eatery, quite a nice place.






Ni lah Balai tempat Pertabalan tu (Kak Naz kalau kita di Aloq Setaq kira macam Balai Rong Seri tulah) Istana Kraton dijaga oleh abdi-abdi dan Adijaga mengikut ranking masing2. Dan semuanya berpakaian Jawa lengkap macam Wak Parjo tulah , alah takde pulak gambarnye sini. Sila rujuk di atas untuk foto Wak Parjo ye, tui pu chi, tersalah pulak upload.





Ni lagi dia cakap sila turun, tak reti-reti lagi






Setiap Hari Sabtu ada pementasan wayang kulit di ruang utama Kraton







Antara ruang di Istana Kraton yang masih lagi didiami oleh Sultan Hamengkubuwono ke 10, dan beliau juga adalah merupakan Gabenor di Jogja. Very interesting on how the power of the Sultan is still preserved by appointing him as the Gavenor, in a Republic. Otherwise, the sultans will only remain as a part of history



Rakyat Jogja sangat mengagungkan Sultan mereka. Pernah sekali dicadangkan oleh Megawati Sukarno Putri agar Kota Jogja ini dipegang tampuknya sebagai gabenor oleh orang yang bukan Sultan, rakyat Jogja lantas meratap tidak mahu.


Abdi-abdi yang berkhidmat di Kraton adalah daripada warisan turun temurun. Kalau datuk nenek kau bukanlah abdi, jangan harap kau saja-saja dapat pakai baju macam Wak Parjo tu dan jaga Istana. Pengabdian selalunya dalam tempoh 25 tahun dan selepas pencen akan diberi rumah di sekitar Kraton dan diberi imbuhan untuk membuka perusahaan yang secocok dengan jiwa masing-masing......
Kaum kerabat pun selalunya duduk di sekeliling Kraton, kalau rumahnya ada pintu gerbang atau GRAHA yang ala2 Saudagar Kaya itu, sahlah rumah kaum kerabatlah tu.


Ni keta kuda. Kat Pekan pun ada kat sini pun ada. Ni adalah di perkarangan Candi Borobudur (jgn salah sebut nanti jadi anggota badan yang tak manis ditulis dan diucapkan di sini) Satu lagi boleh naik Train macam kat Zoo Negara tu ha






Sebab kita orang feeling in love gitu kan, so marilah naik keta kuda yek. Nilah pak cik yang selamba kodok je nyupir kuda tu




Jalan ke Candi, tenang dan damai. Dikelilingi taman bunga yang indah






Tangga utama ke Candi



Seriyes I tatau motif sebenar laki I bergambar cemni.



Ni kat bawah je , En Kanda tamo naik sebab takut I kena rasuk, mongok la laki aku ni



Gerai-gerai yang ada di sekitar Candi
Kalau nak beli barang walaupun di mana saja di bumi Indo, janganlah beli daripada penjaja yang bawak barang2 kat kita, nanti kena serbu, buleh mati wooo. Beli aje kat gerai2 ni. Sama je Murah. Walupun dema wat muka sedey jangan lah terkesian, nanti kita yang kesian. Bayangkan kalau Malaysia lwn Indon , bola ka badminton ka, penyokong derang cemana??? Ha cemtulah karang korang kena harass kalau dilayan




Gerai buah salak mak cik baik, bagi free banyakkkk. Jogja memang terkenal ngan buah salak. Perjalanan ke Gunung Merapi akan menyaksikan kebun-kebun salak di kiri kanan jalan. Lumayan sekali banyak nya. Kalau nak beli yang murah dan fresh, belilah di tepi jalan dlm perjalanan ke Candi atau Merapi, fresh from the Garden. Ni I beli banyakkkk sebab dah takde menda lain nak beli. Maniss dan rangup sampai tak dan bagi jiran yang jauh sikit....(jiran aku, sila la jgn kecik hati)





Gerai-gerai di kaki Gunung Merapi





Puncak Merapi yang sentiasa mengeluarkan asap tidak kelihatan, bersembunyi di sebalik kabus. Tanah yang kaler kelabu tu sebenarnya asap dan debu Merapi yang meletus tahun 2006 dan menenggelamkan perkampungan di kakinya. Di bawah tanah itu adalah kampung yang tertimbus




Gaung ini sebenarnya tempat laluan larva, penampan atau buffer telah dibina oleh engineer Jepun bagi menampan larva daripada mengalir kerana Sang Merapi masih aktif hingga kini dan bila2 saja bisa meletus



Inilah kubu perlindungan yang dibina untuk menjadi tempat perlindungan untuk orang kampung sekiranya Merapi mengganas. Pada tahun 2006 4 orang telah memasuki kubu tersebut untuk perlindungan, malangnya, mereka tewas oleh lahar yang maha panas. Di kaki gunung, akan ada satu kubu dibina bagi setiap selang 3-4 buah rumah.




Pre letupan 2006, ini merupakan kediaman manusia, sekarang hanyalah sisa runtuhan




Formasi batu batan dan debu yang berasal daripada kawah Merapi. Ada seorang tua di kaki gunung (ewahhh) Namanya Mbah Marjan. Dia ni dipanggil Juru Kunci Merapi, tidaklah gunung tu ada kunci atau ped lock, tapi kira dia nilah yang paling tahu pasal sejarah Merapi dan akan jadi Kapla la bila ada upacara yang melibatkan sembahan ke apa bagai kat Gunung tu (adat Jawa Kuno). Masa Merapi nak meletup 2006 tu, semua penduduk diminta pindah. Akan tetapi Mbah Marjan ni tamo pindah dan lebih rela ditembak. Alhmdullilah dia selamat dan skarang dah jadi model iklan di televisi.





On the way back to Jogja (app 1 hour away) kami singgah makan di restoran ni, apatah namanya. Tapi best la sebab ala2 terapung dan menunya adalah bakar2 dan fresh water punya hidupan la



Nilah sekitar restoran tu. Tak sempat nak ambik gambar banyak sebab kebuluran yang teramat. Tetapiiiiiiii selera pun terbantot lagi bila seekor ayam kampung bakar yang we all order betoi2 menepati istilah 'seekor' , dengan kepala sekali dia bagi. Sayuq kankung juga agak sedap tetapi dah I membayangkan kat longkang mana dia ambik kangkung tu, I just stick to sotong (cumi-cumi bahasa derang). Tentu2 lah ambik kat laut.


Kalau u all tidak berselera adventurous seperti Anthony Bordan itu, makan sajalah kat Hotel, selamat dan sedap.
Kalau nak bersantai dan relax, anypart of Indonesia, tak payah lah buang duit beli ground package, just hire a car (normally for the smallest number an MPV or SUV will be given) with a Supir or driver yang boleh diperkotak katikkan menjadi tour guide dan tukang angkat barang. This way, kita boleh pergi mana2 tempat of our choice, tanpa perlu tunggu dan ikut ahli rombongan yang lain nak pi toilet di setiap tempat berenti dan lamaaa pulak (kalau ikut mak cik 2 mat salleh Belanda lagi la lorat nak mampus) dengan harga yang sangat berpatutan.
Kalau nak shopping tempat yang murah bangat, tempatnya Pasar Malioboro dan Beringharjo. Batik yang best katanya di Mirota Batik di Malioboro.
Sesape yang nak cari silver craft yang bekualiti, cantik dan murah, pergilah ke Kota Gede, di mana semua tukang perak berkampung.

*Mungkin akan ada Part 3 karangan ni, ikut skala kerajinan yek.


Wednesday, August 19, 2009

Kembara Cinta di Jogja -Part 1

Yeee tajuk adalah sangat jiwang.Layanlah jelah.

I always wanted to visit Jogjakarta, city of culture and knowledge. Tambahan pulak with the fact that I ni pecinta sejarah, Indonesia, Siam and China especially, I would always wanted to discover all the facts and being yang hanya dibaca di dalam buku. So when planning for our 10th Anniversary Trip, tiba-tiba gitu, I rasa macam nak pergi Jogjakarta, instead of our frequent Jakarta-Bandung.
Why not, since we've been to Solo last year. Jogja is a must when you have already witnessed the Kraton of Solo.
The Sultanate of Kraton was divided into two by the Dutch, so we will find one in Solo yang sangat tebal dengan nuansa Belanda and the one in Jogja masih lagi mengekalkan ciri ciri Jawa kuno.
Mesti ada yang dah pernah guna produk Sari Ayu Martha Tilaar kan??? Well it is said that bahan-bahan yang digunakan oleh Ibu Martha Tilaar untuk meramu produknya adalah bahan-bahan yang digunakan oleh Puteri-puteri Keraton sejak beratus tahun dahulu, yang terkenal dengan kecantikan dan kehalusan budi mereka.
So Jogjakarta it was.
*Note - oh MAS sedang mengamalkan financial restructuring yang maksima. Kita boleh lihat pada kuantiti inflight meal yang sangat sedikit, macam nak bagi makan anak kucing, tetapi telah di justifikasikan oleh 3 biji coklat ferero rocher dan sekeping Loaclear Sandwich.Menjadi sangat ke strategy tu?? Oh tidak lah pada suami I yang memerlukan dua pinggan nasi untuk erti kenyang yang sebenar.
We stayed in The Phoenix Hotel (formerly known as Grand Mercure). The hotel was formerly the residence of a renowned chinese Trader in 1918, and was refurbished but nicely preserved.
It was such a great hotel, with classical Dutch ambience, enough to make yours truly yang suka berangan ni, feeling 2 pakai gown kembang renda2.




The Phoenix Hotel Today






The Phoenix Hotel 1918
Note to Yaya Devega- Di hotel inilah aktiviti membakar lemak dijalankan, di kamar 219. Nak aku cerita juga ka secara detail??? Ok nanati aku buat blog baru khas untukkmu bertajuk *Desert Rose - Unsencored* ok.




The next day we decided to start early and headed to Mount Merapi and Candi Borobudur.
But singgah dulu di Kraton. Firstly menjengok Taman Sari. Taman Sari ni tempat Sultan dan Puteri-puteri bermandi-manda. Kira macam water park depa la. Dasyat ke tak dasyat, hari2 sebelum mandi akan ada upacara dan tarian dulu. Barulah raja dan puteri pergi bersuka ria dalam air. Imagine cerita Jula Juli Bintang Tujuh.
Istana Kraton ni dibina pada tahun Jawa 1657 camtulah lebih kurang tahun masehi 1755.


Pintu masuk Taman Sari, kat depan nilah depa menari-nari dulu
(I bukan buleh, dan2 tu dah berangan jadi Puteri Raja Jawa pulak dah)





Ini adalah lebih kurang macam sauna diraja lah. Bara api dimasukkan dalam lubang
kat bawah katil tu utuk memberi kehangatan setelah mandi manda



Setiap pintu dibuat rendah, supaya kita terpaksa tunduk untuk memasuki setiap ruangan, sebagai simbolik tunduk hormat pada Sultan, dan Raja sendiri kena tunduk, lambang Raja yang berjiwa rakyat
(I suka sungguh bab ni)




Ini bilik persalinan puteri. Apa yg cuba didemonstrasikan oleh En Kanda ialah kaedah bercermin sang puteri di zaman dulu. Air akan diisi dalam pasu tersebut, untuk menampakkan refleksi sang puteri . Dolu-dolu mana ada cermin kaca.
*Sila abaikan perut model terbabit, model dah pencen yang terpaksa diassign utuk tugasan ini*


Pintu ke Kolam Utama




Inilah Kolam tersebut
Penulis ketika ini sedang kyusuk mendengar taklimat sejarah oleh juru pandu @ dipanggil abdi Kraton yang berkhidmat secara keturunan. Pastu kena translate pulak pada En Kanda yang blurrr sebab tak paham loghat jawa. Penulis berhati terang, walaupun hanya tahu tak sampai 10 patah perkataan dalam vocabulary bahasa jawa, tetapi dia dapat memahami maksud Pak Cik tersebut dengan baik
*To be continued

Monday, August 17, 2009

Sneak Peek

Oh ramainya merindui I.....thank you thank you

There were some yang bagi I update pasal marriage yang cover-line tu semalam. Timacih lah Pn Lia, Pn Lyana Teteye and Pn Edel ye. Korang kalau bab gossip pantassss kan.
Hubungan kami sekadar kawan biasa...mbah lu. Total hypocracy.
Ni ha, layanlah gambar dulu....penat tak abis lagi ni nak tulis detail2. Tgk la esok lusa.
Ye Pn Lia Fonseca, tak lah jelita dan kurus kering kan, tapi ada aku kisah??? Takut hang nanti meroyan pulak tak jumpa aku lama kan? Aku paham Lia.
Tuan Sheikh dah mengaku dah cerita hangpa jadi spy Limah & Leman ha ha ha....Tanya la pejabat pos address aku.





















*Key chain ni ada kaitan ngan Pn Lia DVega, Myra Edora dan Kak Nam Vogue...tunggguuu