BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 24, 2009

Kembara Cinta di Jogja - Part 2

Harap maap, description Wak Parjo penjaga karcis masuk ini (karcis itu tiket hu hu hu) ada kat bawah.


Sorry ye cerita ni dah jadi soap opera sebab sambung seminggu sekali. Ok lah kita layan lah travel log ni .



Sebelum tu, ada beberapa perbendaharaan kata yang I belajar di Jogja ni. Walaupun sebelum ni asyik berulang ke Jakarta Bandung macam balik kampung tok nenek sendiri bak kata Puan Kamalia (Tok Nenek kita kat asal sana ka Lia??? Bukan Spain ka???) I tak lah ambil pot sangat perkataan pelik2 they all kat sana kerana sebab yang sangat obvious - AKU FOKUS PADA ACARA SOPPING!!!!! So tak dak masa nak sibuk belajar bahasa segala no.



Memandangkan di Jogja Acara membeli belah tidak menjadi agenda utama, maka kami lebih santai dan menghayati semua aspek kehidupan di bandaraya Jogja ini.

Ok I tipu..... Sebenarnya tak de menda nak dibeli di sana waaaaaaa sangat tertekan. Sebab Jogja ni terkenal dengan kain batik dari Pekalongan (kualitas yang terbaik di seluruh Indonesia Raya ya Ibu-Ibu) Ingat partai politik yang pertama di Indonesia? Sarekat Dagang Batik, sebuah pertubuhan yang terdiri daripada pedagang2 batik.



Jadi banyak pulak masa I nak mendekati masyarakat, bahasa dan budaya Jawa di sana.


Tambal Ban - Tampal Tayar



Warnet - Warung Internet (cyber cafe)


Pusat Kebugaran - Fitness Centre


Jus Watermelon - Air tembikai (jgn gatal nak order jus melon atau ketimun , sebab dalam menu juga selalunya ada, tapi jus melon adalah jus honey dew dan jus ketimun (especially pada org Kelantan yek) adalah jus TIMUN huekkkkkk)


Es Jeruk - Fresh Oren tapi selalunya bukan oranges but limau madu tu


Pembalut Wanita - (bukan kain kapan perempuan) sanitary pad (oh sungguh tragis dan sadis pengalaman I nak beli pad kat Pharmacy, korang bayangkanlah sendiri plot cerita tersebut yek I tak senang nak cerita)


Apotek - Pharmacy


Praktek Umum - Klinik la tu private practice or General Practitioner


Pengacara - Lawyer (ha ha glamer siut aku , CELEB gitu)


Rumah di kontrakkan - rumah sewa


Karet - getah


wortel - carrot


Bandara short form of Bandar Udara - Airport


Gratis - Percuma


Obral- Best Buy (jgn gatal nak tawar lagi karang kena pelangkung)


Grosir - pukal @ beli banyak2


Satuan - beli satu je


HP (sebutan abjad Indonesia HA PE) - mobile phone


Pulsa - reload card


Telat - Lewat ( Lewat di sana adalah lalu, "cth saya ke sekolah harus lewat kantor pos"


Dagadu (Jogja) Kaus (lain2 tempat di Indonesia) - T-SHIRT



Itulah yang I boleh ingat sekarang sebagai panduan sesapa yang nak ke sana.



Tapi Puan Diana Epal Hijau, usahlah berangan nak beli belah sebab ko akan tertekan kalau objektif utama nak pergi menghabiskan duit laki....meroyan nok. Sampaikan En Kanda merasakan I buang tebiat sebab tak de beli apa sangat macam selalu, siap dia ajak last kopek shopping before bertolak ke airport the very morning we were supposed to leave. Takjub dia nengokkan bini dia dah berubah. Tapi ,......dah batik di sana batik di sinun, apalah yang nak dibeli oleh pompuan Melayu yang pakai kain batik ngan tali pinggang ini, itupun masa 2 hari dalam pantang aje.







Ke sana sini sebaiknya dengan becak (beca) saja, santai dan romantis gitu. Kota Jogja dipenuhi ribuan Tukang Becak macam Pak Cik ni, rumah dia 54km drp Jogja, so dia balik rumah seminggu sekali, tido pun dalam beca. Tidakkah ko merasa sedey akan kisah hidupnya??? Dia hanyalah seorang daripada ratusan watak utama dalam pentas dunia derita di sana.




Momen-momen romantis pengantin purba meladeni lorong malam di Kota Jogja

Boleh ke Cikgu Azrin ??????



Dessert during our candle lit dinner, the only thing yang boleh diterima tekak I...sedap, ubi kayu ngan pisang (nampak sangat la ko tu kampung, sukenye hati aku makan ubi kayu ni) Oh nama Restorannya INDRALOKA RESTO





Makanan khas (khusus) Jogja - GUDEK (sayuq nangka ingatkan menatang apa, tapi manis macam bubur )




Minuman ni lupa dowh namanya, tapi sejenis teh yg dicampur herba i.e cengkih minum ngan gula batu ...rasanya macam Jamu Mak Dara Myra oiiiii kembang setaman tekak aku






Lyana, nilah nasi lemak versi Indon namanya NASI UDUK, (sila habaq kat Pak Usop k,) Dimasak dgn kepingan kelapa muda, bukannya santan





Orang ni control macho, sebenarnya dia sangat lapar tapi tak lalu nak makan sebab overall food they all sangat manis, dalam hati mungkin dia tengah carutkan bini dia yang gatal order makanan tradisi Jogja, adventure konon. If only I ordered STEAK kan kenyang aku malam tu.So pada sesapa yang takde langsung salah silah darah JAWA tolonglah jauhkan diri anda daripada masakan tradisi depa kat sana.







Lorong2 di sekitar Kraton, di sini banyak pengusaha yang sendiri bikin sendiri jual, so lebih murah dan berkualiti cthnya hand print T-Shirt






Dinding Kraton yang dibuat TANPA sebarang simen pun sebaliknya menggunakan putih telur, garam dan apatah aku tak ingat...sila bulatkan mata untuk menunjukkan kekaguman anda. Takde sorang pun makhluk manusia di Jogja yang berani meruntuhkan tembok asal Kraton ni,walaupun wall tu dok kat depan rumah ko, dan sangatlah buruk sehingga ko sesak napas, namun jangan haraplah nak renovate kan dinding tersebut. Eloklah dijadikan feature wall saja (ape ke bende feature wall kat luar rumah)




Ni Kat Taman Sari lagi, Kamar Raja bermeditasi





Sistem pengcahayaan di Taman Sari hanyalah lubang2 sebegini yang ditebuk di siling untuk membolehkan cahaya menyusup masuk ( description macam Majalah 3 hokayss)






Bila nak memasuki ruangan yang menempatkan Tempat pertabalan Sultan, takde orang yang dibenarkan menaiki kenderaan, sila jalan kaki untuk menunjukkan hormat pada Raja

Tu Papan Tanda Bale Raos tu actually is an eatery, quite a nice place.






Ni lah Balai tempat Pertabalan tu (Kak Naz kalau kita di Aloq Setaq kira macam Balai Rong Seri tulah) Istana Kraton dijaga oleh abdi-abdi dan Adijaga mengikut ranking masing2. Dan semuanya berpakaian Jawa lengkap macam Wak Parjo tulah , alah takde pulak gambarnye sini. Sila rujuk di atas untuk foto Wak Parjo ye, tui pu chi, tersalah pulak upload.





Ni lagi dia cakap sila turun, tak reti-reti lagi






Setiap Hari Sabtu ada pementasan wayang kulit di ruang utama Kraton







Antara ruang di Istana Kraton yang masih lagi didiami oleh Sultan Hamengkubuwono ke 10, dan beliau juga adalah merupakan Gabenor di Jogja. Very interesting on how the power of the Sultan is still preserved by appointing him as the Gavenor, in a Republic. Otherwise, the sultans will only remain as a part of history



Rakyat Jogja sangat mengagungkan Sultan mereka. Pernah sekali dicadangkan oleh Megawati Sukarno Putri agar Kota Jogja ini dipegang tampuknya sebagai gabenor oleh orang yang bukan Sultan, rakyat Jogja lantas meratap tidak mahu.


Abdi-abdi yang berkhidmat di Kraton adalah daripada warisan turun temurun. Kalau datuk nenek kau bukanlah abdi, jangan harap kau saja-saja dapat pakai baju macam Wak Parjo tu dan jaga Istana. Pengabdian selalunya dalam tempoh 25 tahun dan selepas pencen akan diberi rumah di sekitar Kraton dan diberi imbuhan untuk membuka perusahaan yang secocok dengan jiwa masing-masing......
Kaum kerabat pun selalunya duduk di sekeliling Kraton, kalau rumahnya ada pintu gerbang atau GRAHA yang ala2 Saudagar Kaya itu, sahlah rumah kaum kerabatlah tu.


Ni keta kuda. Kat Pekan pun ada kat sini pun ada. Ni adalah di perkarangan Candi Borobudur (jgn salah sebut nanti jadi anggota badan yang tak manis ditulis dan diucapkan di sini) Satu lagi boleh naik Train macam kat Zoo Negara tu ha






Sebab kita orang feeling in love gitu kan, so marilah naik keta kuda yek. Nilah pak cik yang selamba kodok je nyupir kuda tu




Jalan ke Candi, tenang dan damai. Dikelilingi taman bunga yang indah






Tangga utama ke Candi



Seriyes I tatau motif sebenar laki I bergambar cemni.



Ni kat bawah je , En Kanda tamo naik sebab takut I kena rasuk, mongok la laki aku ni



Gerai-gerai yang ada di sekitar Candi
Kalau nak beli barang walaupun di mana saja di bumi Indo, janganlah beli daripada penjaja yang bawak barang2 kat kita, nanti kena serbu, buleh mati wooo. Beli aje kat gerai2 ni. Sama je Murah. Walupun dema wat muka sedey jangan lah terkesian, nanti kita yang kesian. Bayangkan kalau Malaysia lwn Indon , bola ka badminton ka, penyokong derang cemana??? Ha cemtulah karang korang kena harass kalau dilayan




Gerai buah salak mak cik baik, bagi free banyakkkk. Jogja memang terkenal ngan buah salak. Perjalanan ke Gunung Merapi akan menyaksikan kebun-kebun salak di kiri kanan jalan. Lumayan sekali banyak nya. Kalau nak beli yang murah dan fresh, belilah di tepi jalan dlm perjalanan ke Candi atau Merapi, fresh from the Garden. Ni I beli banyakkkk sebab dah takde menda lain nak beli. Maniss dan rangup sampai tak dan bagi jiran yang jauh sikit....(jiran aku, sila la jgn kecik hati)





Gerai-gerai di kaki Gunung Merapi





Puncak Merapi yang sentiasa mengeluarkan asap tidak kelihatan, bersembunyi di sebalik kabus. Tanah yang kaler kelabu tu sebenarnya asap dan debu Merapi yang meletus tahun 2006 dan menenggelamkan perkampungan di kakinya. Di bawah tanah itu adalah kampung yang tertimbus




Gaung ini sebenarnya tempat laluan larva, penampan atau buffer telah dibina oleh engineer Jepun bagi menampan larva daripada mengalir kerana Sang Merapi masih aktif hingga kini dan bila2 saja bisa meletus



Inilah kubu perlindungan yang dibina untuk menjadi tempat perlindungan untuk orang kampung sekiranya Merapi mengganas. Pada tahun 2006 4 orang telah memasuki kubu tersebut untuk perlindungan, malangnya, mereka tewas oleh lahar yang maha panas. Di kaki gunung, akan ada satu kubu dibina bagi setiap selang 3-4 buah rumah.




Pre letupan 2006, ini merupakan kediaman manusia, sekarang hanyalah sisa runtuhan




Formasi batu batan dan debu yang berasal daripada kawah Merapi. Ada seorang tua di kaki gunung (ewahhh) Namanya Mbah Marjan. Dia ni dipanggil Juru Kunci Merapi, tidaklah gunung tu ada kunci atau ped lock, tapi kira dia nilah yang paling tahu pasal sejarah Merapi dan akan jadi Kapla la bila ada upacara yang melibatkan sembahan ke apa bagai kat Gunung tu (adat Jawa Kuno). Masa Merapi nak meletup 2006 tu, semua penduduk diminta pindah. Akan tetapi Mbah Marjan ni tamo pindah dan lebih rela ditembak. Alhmdullilah dia selamat dan skarang dah jadi model iklan di televisi.





On the way back to Jogja (app 1 hour away) kami singgah makan di restoran ni, apatah namanya. Tapi best la sebab ala2 terapung dan menunya adalah bakar2 dan fresh water punya hidupan la



Nilah sekitar restoran tu. Tak sempat nak ambik gambar banyak sebab kebuluran yang teramat. Tetapiiiiiiii selera pun terbantot lagi bila seekor ayam kampung bakar yang we all order betoi2 menepati istilah 'seekor' , dengan kepala sekali dia bagi. Sayuq kankung juga agak sedap tetapi dah I membayangkan kat longkang mana dia ambik kangkung tu, I just stick to sotong (cumi-cumi bahasa derang). Tentu2 lah ambik kat laut.


Kalau u all tidak berselera adventurous seperti Anthony Bordan itu, makan sajalah kat Hotel, selamat dan sedap.
Kalau nak bersantai dan relax, anypart of Indonesia, tak payah lah buang duit beli ground package, just hire a car (normally for the smallest number an MPV or SUV will be given) with a Supir or driver yang boleh diperkotak katikkan menjadi tour guide dan tukang angkat barang. This way, kita boleh pergi mana2 tempat of our choice, tanpa perlu tunggu dan ikut ahli rombongan yang lain nak pi toilet di setiap tempat berenti dan lamaaa pulak (kalau ikut mak cik 2 mat salleh Belanda lagi la lorat nak mampus) dengan harga yang sangat berpatutan.
Kalau nak shopping tempat yang murah bangat, tempatnya Pasar Malioboro dan Beringharjo. Batik yang best katanya di Mirota Batik di Malioboro.
Sesape yang nak cari silver craft yang bekualiti, cantik dan murah, pergilah ke Kota Gede, di mana semua tukang perak berkampung.

*Mungkin akan ada Part 3 karangan ni, ikut skala kerajinan yek.


27 comments:

Naz in Norway said...

phew! I read in one breath...ni muka baru nak mula merah balik...haha!

OK another destination to consider ...eh semua nak pi, bila masa nak duk kat msia...huhu!

beautiful pictures too, Eja. I'm glad you had a good time...shopping or no shopping ;)

Anija, said...

Best gak kadang2 pi tempat2 camna.. kalau asyik pi shopping bila lak nak berhoney moon.. hahaha..

Cik Puan Kamil said...

Eja... aku rasa tak payah dah aku pi sebab hang punya cerita punya baguih aku ingat aku dah kat sana... Chewah !.

Anyway aku tak rasa aku buleh pi situ sebab aku pantang makanan manis yang bukan dessert.

Nasi lemak tu pun manis ka ?

mamasita said...

Gambar best2..tapi nak baca semua kena tunggu lepas terawih!hehe

Makanan jawa sweet?? Wahdud!!

ummisara said...

Weiii..,

naik beca??? kalau aku pi nampak gaya aku yang terpaksa kayuh beca tuh. Bob & penyayuh beca tuh duduk kat depan. waaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ataupun paling teruk dia kata " maap ya buk...saya ngakk bisaaaa membawa bapak & ibu sekaligusssss" waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Hazrey said...

aku kaget bila baca kau terpaksa mencari pembalut wanita tika ibu sedang bersore sore dengan bapak kanda. Waduh, enggak enak gitu, datangnya tika sedang hanimun.

Dan lagi satu, aku perlu akui, kau nampak kecil dan comel. Atau mungkin sebagai menghormati Ramadan ini, secara jujurnya, aku rasa ia disebabkan gambar banyak diambil dari jauh, maka objek nampak kecil. Mungkinlah. Tak tentu lagi betul atau tidak. Ia sekadar pandangan peribadi (ala ala statement menteri).

Sheik said...

fuh...dia punya detail macam rancangan national geographic yg aku dok tengok kat tv1 tu (sambil berbuka puasa)

Sha Abdullah said...

ishh aku baca blog hg rupanya..aku ingatkan aku baca buku teks sejarah indon td..

Mimi said...

aku curious la dinding buat dr putih teloq tu..tidak kah dimakan binatang?

Encik Ayie Yang Garang said...

ha ha ha.. macam baca buku linguistic pulak la kak. tapikan ada 2 soklan diction saya nak tanya.. apakah maxud:

1. YUYU

2. BEBEK

haa sila jawab sekarang jugek!

IRA said...

wooo... mcm baca majalah Libur...sungguh berinformasi dan padat dengan gambar2 yang menarik

hepi enibersari kak :)

Ida Hariati Hashim said...

Ya Allah, lawak giler dokumentaritas u ni, i yg tgh perasaan cacamarba ni pon boleh gelak..hahhahahaha.

My hubby p Jogja beli batik, wei best aper, boleh buat langsir, lapik kusyen, lampin baby, pembalut wanita dan sebagainya..hehehe

Anyway, I am glad u enjoyed ur honeymoon trip..tulih la part 3 punya..

Puteri's territory said...

Kejap....kejap. Aku macam terkonpius sikit. Kalau tak silap part 1 hari tu ada cerita pasal sesi membakar lemak di kamar 219 di Phoenix Hotel.

Ni apahal plak pergi Apotek utk membeli pembalut wanita, mcmana boleh terlari plot plak ni?

Nilah antara sebabnya aku tak brp suka tengok cerita Indon, menarik2 tp jalan cerita sikit ada tersasar da... ahak ahak.

Naddy said...

nice holiday.

Mbah Marjan tu berlakon iklan apa kak rose?

apotek, haha.

wos said...

sebelom ni aku masok.. ko tak apdet.. tetiba hari nih bila aku masok.. kemain panjang berjela ko dah apdet nok!
peh tu citer lak pasal kembara cinta gitu..
waduuhhh.. juling bijik mata mak tgk gegambar ko..
aku paling kagom yg part dinding di perbuat dr telor putih tu..
ko agak2kan.. baper hibu bijik telor yg di gunakan? dan apa plak jadik dgn telor2 kuning?
dan yg paling penting telor dr binatang apakah yg mereka gunakan?
aku syak telor dinasor..

Desert Rose said...

Kak Naz,

Blessing in disguise, duit masuk tabung utk dilaburkan di Bandung dlm program BERSAMU itu nanti ya..he he.Just tell me Kak Naz nak keta apa to take us around, treller ka lorry kontena???

Desert Rose said...

Nija,

serve d purpose la kan tapi tak bleh sambil menyelam minum ayaq la


Myra,

Ya sayangku, nasi lemak jugak adalah manis...mak tertekan ok

Datin,

Sila la sila

Desert Rose said...

Edel,

aku jua mempunyai perasaan begitu mula2, tapi melihatkan kekuatan pak cik tersebut yg spt Suparjo, aku tabah...depa makan jamu la wei, Hulk Hogan pun buleh naik aihh

Hazrey,
Jgn membuat spekulasi melulu, itu hanyalah contingency plan sb waktu suram bulanan itu seakan memberi false alarm kpd saya, mungkin kerana aktiviti lasak yg overrated gitu. Dan bolehkah ko tak payah kontrol dan coverline bila memuji aku, aku tau ko mg ikhlas nak puji, aku terima. BTW insuran mulut ko tu dah expire kan?????

Sheikh,

Dulu cita2 aku nak jadi Travelling Journalist utk National Geographic tu la, bapak aku tak bagi kalo tak aku mesti dah ada show aku sendiri kat National Geographic itu.

Awat hg tgk Nat Geographic kat TV1? Lupa bayaq bil ASTRO ka ???

Desert Rose said...

*Sha,

Versatile maaa aku

*Mimi,

Hg ingat aku tak curious??? Mungkin sb rakyat depa ramai, jadi ada la terwujudnya satu pekerjaan "penjaga dinding istana' supaya tak dimakan binatang kot

*Boboy a.k.a Azrin yg gorjes

Yuyu ai tatau, minyal YUYI cap limau aku ada kat umah, busuk mcm market.

Bebek- Itik kan

Aku bagi ko plak - Kelinci?

Desert Rose said...

Ida,

Wuwu, setahun sekali berkahin batik itu maniss, kalau hari-hari itu masin dan kelat.

Cushion bercover batik itu cantik, tapi kalau sofa dan curtain sekali itu adalah show room Nor Arfa Batik ok

Desert Rose said...

*Ira,

Iya dong...pokoknya pokok kelapa sawit. Ada tak ko terasa cam teruja gedik2 nak pergi setelah membaca tulisan aku ni??? Kalau tak blum berjaya lagi la, tak pun ko teruja sb ada GRAMEDIA 4 tingkat kat situ

*pUTERI,

Sebab adengan pembakaran lemak tu overdose la sampai tetamu tu mcm tak sabar nak datang hi hi...

Tu lah ikut gaya plot sinetron la tu haisyyyy

*MizzyN,

Akak pun tak perasan la plak iklan apa, LOREAL for man kot? Anti aging, kita kat sini Aaron Aziz sana Mbah Marjan wahaaaaa, sapa pun tamo beli . Tak pun makjun sehattt.

*Wos,

Juling? Ko sakit mata sebenarnye tu, apa nama...sawan kata org.

Tak plak turis gaid tu cakap teloq apa, segala binatang yg berteloq la kot. Berjuta2 la teloq tu mesti punya, yg merah tu depa buat masker dan kuih baulu la aku rasa. Tu yg depa kata Puteri Kraton dulu2 segak sb lulur teloq la hari2, cb hg tgk la ni, hu hu hu.Dahtu satu jawa tu pakat2 bela ayam teloq belaka la kot sampai la istana tu siap..compom harga teloq disenaraikan sbg komoditi di bursa saham Indon masa tu

wanshana said...

Eja,

Thanks for sharing cerita Sejarah + Geografi + Telenovela (3 in 1). Very interesting :)

Part batik-batik ni, I can relate lah jugak. I tak pernah gi Indonesia apart from Bali, but Hubby selalu jugak gi Surabaya. Asal balik dari Surabaya ajer bawak balik batik - you name it lah - batik lepas, batik tak lepas, blouse batik, beg batik segala... I dah boleh bukak Butik jadi rival Noor Arfa, okay?

kay_leeda said...

Ohh..ini dia acara berchanda bersama Kanda iyer. Ni nak enter frame gak lah. I did a similar honey-mooning thingy like this gak many years ago. Yang paling bangga coz gi climb Borobudur tu sampai tahap ataih sekali. Masa tu muda...buleh lah. Now tuo dah...tak de paedah nyer..nanti tergoleksss jatuh. Hai..mudaratkan diri sendri je.

And that kepala ayam thingy....ohhh pernah juga terjadi ada ku. Siap dgn paruh2 nyer skali kan!!! Sungguh lah kurengg sopan mereka, but I guess they all suka kot bende alah tu.

Encik Ayie Yang Garang said...

kelinci tuh arnab kakak ku sayang... yuyu tuh adalah ketam. ha ha ha ha.. okeh saya adalah orang hendon.. aci macam tuh?

Forest 2 Sea Adventures said...

wei huduhnya nasik tu msk dgn kepingan nyoq...x mau lah try...

tu dia, kak naz nak pi sana jgk...hg kena la cr supir kat dia cpt!!

knv said...

ya allah aku tak tau apsal, tapi aku serun nak pi melawat tempat2 lagu nih! mesti berhantu kan? hahahahahahahah!

Hazrey said...

Somehow, aku kena panggil member aku. Dia ada jual racun untuk kulat. Let me know if you need the contact ok. Thank you.