BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 5, 2009

Tazkirah Seminit

Assalamualaikum semua.....

Bersempena dengan Nisfu Syaaban dan kedatangan Ramadhan yang kita rindukan, kita bertukar kepada mode dakwah sikit ya, semoga hidup kita mendapat barakah.
Memandangkan buku rekod kita yang kalerful tu telahpun diangakat ke langit malam semalam lepas Maghrib untuk diaudit, kita pun eloklah berazam untuk menjadikan rekod kita tahun ini dan tahun mendatang lebih cemerlang gitu kan.
Kebetulan pulak I dapat info yang mantap dari seorang hamba Allah, (may Allah bless u) so, I pun nak share lah ngan u all.
CARA -CARA UNTUK KHATAM AL QURAN DALAM MASA SEBULAN (especially in the month of Ramadhan)
Setiap waktu Solat baca at least 4.5 pages
So, 4.5 x 5 x 30 = 604
(pages) (waktu) (days) (number of pages in Al-Quran
Setiap huruf Al-Quran yang kita baca adalah bersamaan 10 hasanat kebaikan,
Bayangkanlah kalau 1 perkataan?
1 baris?
1 muka surat?
Seluruh isi Al-Quran?
MasyaAllah , betapa besarnya kasih sayang Allah pada kita...betapa agungnya.
Hanya dengan membaca Al-Quran sahaja kita dapat pahala yang begitu besar, dan orang yang mendengar bacaan pun dapat pahala jugak. Kalaulah I boleh baca Novel2 Sophie Kinsella yang beratus helai mukasurat, just to please myself, takkan lah I tak boleh baca Quran yang comform dapat pahala kan.
Memandangkan bendera Jepun yang dikibarkan oleh saya sambil diiringi lagu Cuti2 Malaysia adalah lebih kurang 7 hari setiap bulan , saya pun kenalah memulakan sessi Bulan Penghayatan Al-Quran saya hari ini juga untuk compensate hari-hari MC itu nanti.
To u all semua yang I sayangi, (esp Edelweiss and Lyana Teteye) gantilah segera puasa-puasa kita yang terpaksa kita tinggalkan tahun lepas tu, jangan nak raya je lebey2. Ni bulan Syaaban dah ni, telur di hujung tanduk dah. Kalau naik flight macam dok dalam tempat luggage tu ha, last call.


Laillahaillallah, nak juga selit.

Tak, tak lari tajuk....tengok ni ha, elok je kuar sama masa hari Bapa (Kambing).

Kan bagusss macam ni, happy je nampak, sejuk mata tengok.

*Makan hatilah ko Memey, hu hu hu, demi anak katanya

23 comments:

Kak Ezza@makcik Blogger said...

merujuk pada gambor tu....

emmmm alahaiiiii....
(pssst..akak ni baru jer mendamai kan orang sebelah rumah akak ni...tu ler..laki ni bila bini depan mata,..nampak yang sanun tu cantik jer..bila bini cabut lari..baru lah nampak bulan dan matahari...ambik ko...!

Astaghfirullah!!!!!!

Desert Rose said...

Oh jiran akak yg berperang dunia ari tu yek??? Dah buat genjatan senjata ? Baguslah la.Alhamdullillah

Sheik said...

merujuk kepada gambar tu... terliur memey tengok lengan norman yg berketak-ketak tuh... bila la dapatku gigit...isk isk

Mama Huptihup said...

untuk makluman hg..aku dah ganti dah posa aku...tahun lepas lagi..kira nilah yg paling cepat aku ganti :D

ish meluat aku tgk no-man tu...skit aku x teruja tgk lengan dia...

AuntieYan said...

Salam Rose,

Semoga, 'buku' kita yang dibawa 'naik' tu semuanya baik-baik...harap-harap, bila dapat buku baru ni, kita penuhkanlah dengan kandungan yang mantap-mantap...insyaallah!

ummisara said...

Assalammualaikum w.b.t,

Maka dengan terharunya chek nak ucap tima kacih kat hang wahai cik rose sbb hang bagi peringatan. Takzirah seminat nih mampun membuatkan chek insaf.

Insyallah sama-samalah kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Untuk Lyana Teteye :P cayalah awai sungguh ganti posa. Tahun nih raya sakan kat SP noooo. Cik nak pi umah tau...siap lah dengan kuih samperit, choq beneram, ketupat dan rendang.

i lap u lah cik rose.

ummisara said...

Okay tadik pasai posa dan peringatan untuk jadik baik...la nih nak komen pasai NOMAN tuh....arrrrgggghhhh!!!!

Tak koseeeee aku.

Mimi said...

thanks for sharing the da'wah and gambaq itew..awat teruk sgt berketak lengan dia? ish ish..ish..bole la jadi happy family...dasar jantann..

Tijah said...

wohhh!! patut ah cik habang tu takde plan nak remerit. ex makin lawa, anak makin somel.

ada yg gwilertalak kang nihh. hahaha

Naz in Norway said...

Insyaallah memang ada niat nak khatam Quran Ramadan ni. Your tip will make it easier. Thanks!

Bab gambar tu...kalau I jadi Abby, tak kuasa tahap maksima. Bapa macam tu pun nak celebrate ka?
can senyum senyum sammo meh!

tireless mom said...

Eh, is that Abby or Eja? Kah kah kah...

Alhamdulillah... dapat pahala berganda ganda kita. I pun nak start lah compensate the MC awal awal in reading the Quran.

Ida Hariati Hashim said...

Selamat menyambut Shaaban..

Hish menyampah tgk Norman tu, tak sadar diri..

Cik Puan Kamil said...

Seperti biasa aku dah tak nampak yg citer baik2 yg aku nampak si Norman Hantu tu aje... Tak suka !!!

Lee said...

Hello Desert Rose, just dropped by to say hello.
Guess you getting ready for Hari Raya.
Best regards, Lee.

Encik Ayie Yang Garang said...

wahh akak, pose ganti lom abesh ekau dah nak ghayo?? hah! ghayo nih den nak poie umah akak buleyh tak??

kay_leeda said...

Tengkiu..tengkiu kerna rajin memberi tazkirah. Akan ku coba mempraktikkan kaedah utk khatam Quran di Ramadan ni. InshaAllah...kita dapat laku kan.

Joms Ramadan nanti kita gi solat terawih di masjid Shah Alam. Lepas solat kita pekena teh tarik Pelita :D

Alah...tang pic tu, yikesss...
So, hantuk kepla lah si bdk Memey tu eh?

Lee said...

Hello Desert Rose, your comment in my pondok really made me burst out laughing. Love your sense of humour.
Re your son's crying to his grandma you not getting him color pencils, ha ha....
And your "life is a soap opera", ha ha....love that.
You have fun and stay easy, Lee.

kak ja said...

Citer pasai ganti posa, kja ni kan ke dah berbelas thn 'line clear sokmo'? Posa slalu penuh lah..Tup2 last yr terdemam plak.. Tinggai 4 ari.. Lupa langsung kata ada tinggai last yr, baru dua minggu sudah tingat.. Sbelum tu ada gak dok posa2 sunat tp x penah niat posa ganti sbb tak hingat sungguh2..

Alhamdulillah dah selesai dah ganti..

Hazrey said...

Kain buruk kat dapur dah cuci? Kucing dah bagi makan? Kalau dah, sekarang dah boleh update blog. And ohh, can also mail me the NOD. :)

wos said...

beb,
ko dah email kat aku email add ko ke belom?
ko email kat mana aa?
gmail ker yahoo?
aku kan selow.. aim sowi!

Tijah said...

update la nox...

lama sudey ku menunggu nihh...

liadevega said...

dah balik hanimun tak reti2 nak update kaa...tunjukla rupaparas mu yg makin jelita ittew...

knv said...

kahkahkahkahkahkah! sempat lagik tu selit dalam takzirah!

memang hampeh! baru aku ingat nak insap barang seminit dua!