BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 17, 2010

Just Imagine this.....

Uihhh kematu jari penangan Air Asia Free Seat ni, menderita makcik. Oleh kerana website AA sedang jammed macam lebuhraya Bangkok, kita take five dulu lah ye dan menghapdate blog supaya orang tak benci kita.


Ada la orang tanya, mana part 2 kisah orang sakit jiwa tu, sabar ye puan2 , kasi kumpul bahan dulu. Malumlah kisah jiwa kacau kena lah buat ketika jiwa penulis juga tak berapa tune, barulah ada chemistry.


Setelah terbaca blog CPK dan Bapak Gegula mengenai gadis yang memaki hamun pakwenye di dalam LRT itew, I pun rasa terpanggil gak nak bukak hikayat.

Ramai orang kata budak tu tak malu dan bod* (kata2 cercaan haruslah di bintangkan mulai sekarang supaya tak ada muslimah solehah yang sentap membaca blog I) kecuali Nenek Penne, kan dear??.


Bak kata Nenet, korang senang la cakap sebab benda tu tak kena batang hidung korang. I bet semua yang cakap cemtu memang tak ada pengalaman langsung berhadapan dengan laki or pakwe korang yang di caught red handed melakukan jenayah cinta , kan Lyana kan.??


My ex inlaw telah menangkap lakinya sedang merendek di dalam kereta di tepian Tasik Taiping lagi kau...masa tu she was still in her confinement. What say U??? She gagahkan diri bawak motor skodeng lakinya only to find out that. She called me (awat la she chose to call me first, mak emo okay) . I was so shocked and rasa nak pecah dada I. I told her to call her MIL , my MIL also la obviously kan) because tu anak dia and she have to know that her son yang divangakan sesangat tu adalah hantu berbulu babon sahaja adanya.


Tapi sayangnya jodoh tak panjang mereka bercerai gak akhirnya and simply because of that pompuan kecut. But what goes around comes around, genap setahun, that pompuan kecut left coz tak tahan hidup bersama jantanz itu. Hambekk kau.


And cerita yang paling menyayat hati. En Roberto  Carlos (cam best plak bg nama laki Roberto kan?, oklah mulai hari ini nama laki aku adalah Roberto Carlos sehingga aku revised nama lain plak) mempunyai seorang kawan baik sejak sekolah yang bininya juga telah menjadi kawan I la kan. Mamat ni kengkonon intan terpilih la, background ok, career pun ok and nampak muka baik cam Bilal Kg Dusun la lebih kurang. Tapi dah namanya jantan, bilal ka tok siak ka, tetaplah jantan jugak kan.


He cheated on her sejak they all bertunang lagi. Apakah??? Kenkononnya dia telah terlanjur mengcingtai pompuan itu and its hard to turn back poonsss la (cerca sekerat camni je boleh ke Fonzie??) Can u just imagine , malam depa nak nikah tu the pompuan came all the way check in kat hotel near the Mamat punya rumah and threatened to kill herself dengan menelan panadol 20 biji. And Mamat tu pun melayan sebab takut betol2 dia bunuh diri. Deyyyyy sengal takder der nak mati la telan panadol okay, alang2 terjun la from the Penang Bridge kalau tak mati pun nyawa-nyawa ikan or lemas tu confirm la kan.


Bila scheme jalang nya mengagalkan perkahwinan itu tidak berjaya, she has the nerve to gegar pintu pagar rumah depa in the middle of the nite. Gila Psyco.
If korang ada dalam situation his wife ni korang tak rasa nak putus nyawa kah??? Bukan setakat menjerit dalam komuter lagi I rasa, boleh jadi terbalik gerabak tu korang kerjakan.


Pastu senyap sekejap scandal ni. Until the wife bersalin and was sent back to her parents masa confinement.

Being a woman and a wife, instinct adalah tinggi dan berbio aura kan, so she sensed something wrong somewhere.


Tabah lah the wife datang from upnorth via bus express to KL sebab nak raid laki dia. Seperti biasa, siapa yang diajak untuk menjadi spy a.k.a partner in crime??? Of courselah your truly. Pasai apa lah asyik aku je orang nak ajak masa kejadian2 tak comey macam ni, masa pi rambu ramba, lupa plak kat aku ye.


We went to the house (masa ni lakinya sewakan 2 bilik to his friends sejak sebelum depa kawin coz wifey still studying masa tu and menyewa with her friends until she balik kampung to deliver).

I ni dah lemah lemau ketaq lutut semua dah, but she sooo calm and cool.Respect .


Masa kat sana, one of his uncle ada kat rumah tu but chose to upheld his constitutional right to remain silent, cam setannn.

The laki occupy the master bedroom yang sepatutnya menjadi bilik the wife lah when she balik from confinement. But to our dismay the room was locked.


She was so curious to see what's inside (and aku pun sama la kan ) so using a hammer yang dipinjamkan from the Uncle yang chose to remain silent tu (ada unsur paksaan di situ and mungkin juga melihat potensi we all boleh menjadi perempuan gila) we managed to menanggalkan tombol pintu.


Wahhh nak pengsann I bila nampak things that look like bra yg tersusun kat rack dalam bilik tu. Oh copot jantungku Kris Dayanti weiii. And masa tu I cant explain how I felt, sedih sangat. I told my friend to sabar tapi I was chocking with tears myself. I imagined if En Roberto Carlos yang buat perangai huduh tu, what would happen to me and how would I handle situation like that.


But she said nothing, still calm I guess, but I can see clearly in her eyes hatred and frustration, hurt.

She didnt call and yelled at her laki in the LRT, no. But using the hammer she break the bedroom door. Yess , all by herself. So dont underestimate a woman's strengh okay especially when she was heart broken and especially when she is her confinement, MEROYAN that is.

So we got our selves in. And betul lah bra, panties , baju pompuan tu, her expensive perfumes semua ada dalam bilik tu. Obviously she was living with him!!!

Imagine, imagine. Sigh, I just dont have the heart to continue my story......

10 comments:

Tijah said...

huihhhh. tersentap kiter kejap. rupa2nya roberto carlos. bukan carlos ehhh? wakakakaa...

Desert Rose said...

Tidak2 kita tidak bermadu sayangku...takot ko haaa

MK said...

hmmmm...bende mcm ni mcm dah jadik trend semasa ek. mcm semua lelaki tunggu masa nak buat je kan...

hmmmm....

~berfikir dalam-dalam sambil asah kapak~

Nadia.Is.Cute said...

Pecayalah wahai Desert Rose. Kalau ada sebarang kemusykilan, harus berjalan membawa seorang yang kecoh bikin suasana mesra alam. Just bekos sometimes we forget our right as a woman, wife and mother.

ps. word verification aku adalah COPSY. sesuwai gilos. haha.

MrsNordin said...

Hey sambung lah! Ini cerita buat pengajaran...

Tengah syok2 baca, tak habis pulak. Terus potong stim! Sambung, pls! TQ.

kay_leeda said...

Sekali sekala u hapdate blog dgn citer-citer sensasi gini best gak ah. Hilang tension ku dgn En TonyF (no worries, bukan En RobertoC)

Ha ha...baru nak kata, 20 biji panadol rasa-rasa boleh kick the bucket ker? Ngakkk ngakkkk...kalu panggil ambulance pun depa tak guna ni-no-ni-no siren depa utk mintak laluan nak pi sepital dgn pantas hokey.

Satu soklan cupumas nak lontar kan kat sini. Napa eh jejantazz ni bila wifey dlm confinement, they all saja nak cari pasal?? Adakah kerna "bank" tu tutup 100 hari (ku hanya meng-quote mak bidan ku semasa dia meng-sound PokCikKu) yg berlaku nyer gitu? Tak baekkk tau balas gitu pd wifey yg dah berjuang bersabung nyawa. Entah lah.....malas nak cakap lah

Ayda said...

Ha'a DR sambung le... tengah nak naik hangin tak jadi lak

Cik Kiah said...

Sila habiskan cerita sebelum i sentappp. Adakah segala mala perfume wanita durjana itu dihammer oleh kawan mu??

tireless mom said...

DR,

Bagus jugak Uncle Tony buat you tension tak boleh masuk AA nya website kan. Panjang cerita kat blog. Banyak iktibar nak belajar ni, nak juga tahu minah tu pakai perfume apa. Hope not our favourite perfume sebab if iya, I will stop using that perfume.

Aishah said...

DR,

kita tak boleh kata kat orang kalau bukan kita sendiri yang menghadapinya. tak kena batang hidung sendiri takpalah....

sedih pon ada bila baca entri nii...macam cerita kat ntv7..housewife holiday.