BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 29, 2009

FANTASIA BULAN MADU

Entry I malam tadi mendapat sokongan padu dari kawan-kawan budiman, thank you sume, I luv u all.

Except sorang bapak ni la, dia bantai gelakkkk kepada cita-cita I yang suci murni itu, seb baik dia dok jauh kat Johor, kalau tak, lajuuuu je kena penampar Jepun aku tu. Kongajaq.
Buat bapak gula-gula, ko tunggulah aku transform jadi Megan Fox besok, ingat aku nak ajak ko jalan-jalan? Tak level ok.
Jadi especially untuk Mimi dan Kak Puteri I dengan rendah diri buat posting ini *sambil membongkok sebab saya agak tinggi jugak tak la rendah sangat*
Untuk kawan-kawan saya yang baik hati marilah kita angkat tangan masing2 dan berdoa ye supaya pompuan dalam gambar di bawah iaitu saya :-



hujung tahun lepas



pertengahan tahun ini



hari Selasa lepas

Of courselah gambar semua dari paras leher ke atas kannn, berani ke I tunjuk vital statistik I yang meletoppp tu, tsunami satlagi. Belum kena jotos ngan laki lagi tuh sebab bercamwhore kat sini plak.
Ok kita sambung doa kita tadi, mudah mudahan masa bulan madu I nanti I sempat lah jadi macam kakak I Kate Winslet ni ke.


Kakak I ni ok, kalau tak u all ingat mana I dapat nama Rose? Rose Dawson la, Titanic ok



Paling2 cenggini pun syukur Alhamdullillah



Atau macam akak ni ke



Tapi kalau I jadi macam ini, I buat kenduri capati untuk U all kat Mamak


Harap maklum, yang I maksudkan adalah BODY seperti mereka saja, bukanlah rupa paras, tu tak boleh, mengubah kejadian Allah. Redha jelah muka penyek macam ni asalkan body mantap.

Tapikan, tolonglah jangan doa banyak2 kali sangat sampai I jadi hantu jerangkung macam ni, nangess En Kanda tengok I jadi mcm ni, mana nak buang semua wondebra and wacoal I tu


Atau begini, Nauzubillah...apalah gunanya ada bofren Harisson Ford pun kalau rata macam padang bola, tadak bonggol langsung


Dan harapnya janganlah I berakhir begini, tentu-tentu En Kanda simpan I dalam almari saja, 'skeleton in d closet' kan.


Tunggulah ye, dateline terdekat ialah seminggu sebelum puasa, iaitu Anniversary I, (I tau u all semua tengah menggeleng -geleng kepala, tak mungkin2 tak mungkin, tapi sila simpan je dalam hati ok, jangan kecikkan hati I, tak baik)
Kalau tak jadi juga I bagi diri I grace period or extension completion date sehingga Raya Puasa.
Kalau masih gagal, nilah saja kali terakhir saya berdiet sehingga akhir hayat nanti.

21 comments:

Tijah said...

rozita cik wan yg tatahan tuuu. i loike!! mantap kan dier??

nati dah kuwos jgn lupa bulu mata 3tingkat sama percikan one drop perfume taw? hikhik...

Anija, said...

DR,
Bulan madu bulan madu gak.. hang jangan terbabas lak..kang tak pasai2 tambah lagi satu.. hancur niat nak kuruih.. hahaha..
Apapon, aku tunggu dengan hati yg berdebar2 pernampilan hang.. Semoga berjaya ok.. aku pon teringin nak determine mcm hang.. go go DR!

Hazrey said...

Megan Fox? Hahahha..

Ok kena bagi moral support. Dear Desert Rose, I hope you will achieve it!! Serious ni! Ok sounds tipu kan?

Ok here is the truth and the most sincere: Hahahahhaha.. hahahahhah. hahahahaah.. ok cukup hazrey, cukupppppppppp aku tak sanggup lagi hazrey... hahahaha

Desert Rose said...

Jah,

Tang bulu mata tu aku gayat sket, tak reti dowh aku pakai, jap2 jatuh jadik lak bulu idung...kalau aku berjaya, mestilah mana2 pi pun harus aku pakai bulu2 tu, ziarah pusara bapak mentua pun aku akan pakai tau....


Nija,

Nahe,nay, risiko kejadian adalah 0.0001 percent saja, sebab kilang dah ceased operation,bangkrupt.

Aku pun harap jgnlah harapanmu hampa belaka no....


Hazrey,

Ciss sungguh keji budak ini, anak siapa ni???Eh Hani tlg bawak balik laki ko ni sebelum aku bagi mandi ngan air 7 mesjid.

Dan aku tujukan lagu ini untukmu

*misteri mimpi shakilla*

Ha lagu kegemaran ko sejak akhir2 ni ambikk la layan...

Naz in Norway said...

Eja,
sure can lahhhhh!

wanshana said...

LOL!!!

(Tak terkomen I dah! Nak sambung gelak lagi...)

HAHAHAHAHAHAHA!!!

I aminkan do'a-do'a you...

Insya Allah :)

Hazrey said...

Hani kata, biarlah... hahaha..

Ok aku angkat tangan sebab kau bagi aku lagu tu.. hahahah suwey beb. Suwey, memang kena mandi air masjid. Sesangat suwey.

Ok, I will be plastic.

DR, all the best to your attempt. Tapi honestly, you already look comel lah. Baby face.. betul, itu ikhlas. Ala percayalah..

liadevega said...

Hai DR,
tumpang baca and tumpang gelak sat naaa...tapi bukan gelak kat effort hang nak berdiet tau but you're so funny la macam Etong dan Eteng..hehe

Btw, aku rasa aku kenai hang la...jeng jeng ...rasanya anak2 kita dulu satu kelas masa depa 5 y.o. Cuba hang tanya yr girl, kenai dak Ayesha?

Hazrey said...

Sudah.. jejak kasih lah pulak. Haaa DR, ko dah ada geng untuk buat poco poco ok.

Desert Rose said...

* Kak Naz n Kak shana,

Tq....i luv u all 2 orang.

* Kamalia

Jeng jeng, terus akan aku linkkan dirimu itu di blog aku yg tak semenggah ni.

sYUKUR aLHAMDULLILLAH, nikmat Allah sungguh besaq, berjumpa pulak dgn jiran dah dekat2 bulan posa ni, dah nama pun jiran, panadai masak pulak tu, aku pi bawak pinggan kosong la nampaknya ke seberang sana ha ha ha.....

Dasar mulut banyk nak juga jawab kat sini, padahai dah melawat dah blog hgpa tadi....

* Hzrey
Dengki ah tu, Ko nak join pocho2 jugak ka, ko buat silambam dah la.

Forest 2 Sea Adventures said...

weh kalau hg jd mcm megan fox tu kan...agak2 kazen yg yg sorg tu jeles dak?? sbb lani dia yg paling comey kan antara cucu tok said...

dan kalu hg jd mcm megan fox, aku akan ikut jejak lgkh hg berdiet...kasi nanges skit mr Xs aku haha

kakpiah said...

oohh.. baru ari ni aku tawu..
sbb selama nih aku ingat ko boh nama ros tu sempena nama aku..
*berlalu pergi, menahan kepiluan di hati..sobbsobb..*

liadevega said...

Haha Cik Rose.. jom kita morey kat Surau Desa Alam lepas terawih...

Demi anak2, ku juga telah menlinkkan dirimu

Diana Ishak said...

jom kita sesama diet!!

Kak Ezza@makcik Blogger said...

dr
eiii comel nya kamu ni...
nak diet lagi ker
tapi kan, sekarang bi definasi kurus ni dah tukar lah, tak lagi kurus kurus ni,,sekarang semua nak jadi macam Nigella Lawson tu...semua nya up....

tireless mom said...

Dear Megan Fox wannabe

Ni bulan Syaaban. Bulan puasa dah dekat. So given, you will achieve it. Bila dah jadi Megan Fox, jangan lupa kat I pulak ok.

Puteri's territory said...

DR, wahlaweh you're so cun! Nanti kalau dah kurus lg 'malatop'lah wa cakap lu. All the best to you, moga tercapai impian utk surprise kanda tu with your evening gown.

kak ja said...

Jgnlah kurus2 sgt, kja jeles!!

Gemuk atau kurus, DR ttp comey!!

Ingat ni: Diet is 'die' with a T!!

Lee said...

Hello Desert Rose, Wow! You look stunningly sensational! Outstanding pictures.
Wheeeeeeeet....wheeeeew! Thats a Canadian whistle, ha ha.

You just stay gorgeous as you are...macham nampak bulan naik stau jam early, ha ha.
Have a great week, Desert Rose, Lee.

Cik Puan Kamil said...

Weii DR, meh sini aku bagi e-mail add so hang e-mail aku no... Nak ajak mai rumah 8/8 ni..

myraam@gmail.com

E-mail tau !!!

Awat hang cun.. ? Keh keh ...

eynda said...

Go kak eja go!!