BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 16, 2012

Siru Ala Barakatillah.......

Anak-anak yatim dan faqir miskin adalah kelompok masyarakat yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW, bahkan dalam sebuah hadith dinyatakan ( Rasulullah ) sangat dekat dengan mereka.Perhatian kepada mereka sangat diutamakan, sebagaimana tersebut dalam sebuah ayat :

ويسئلونك عن اليتمى قل اصلاح لهم خير وان تخالطهـــم فاخوانكم

Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim katakanlah ;

Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, jika kamu menggauli mereka, maka mereka adalah saudaramu”

( Al-Baqarah: 220 )

Dan Baginda bersabda

Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah maka baginya kebaikan yang banyak dari setiap rambut yang ia usap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan atau laki-laki maka aku dan dia akan berada di Syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (HR. Ahmad dari Abu Umamah)

Kat bawah ni adalah gambar Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, Baling Kedah.




Persatuan Pembangunan Fitrah Insan Malaysia (FITRAH MALAYSIA) dan Bidadari Group akan menganjurkan Majlis Hari Raya - Majlis di Rumah Anak Yatim ini pada 25hb Ogos,2012 (Sabtu) dan Majlis Penyampaian Sumbangan.

To those yang nak menyumbang can do so through FITRAH MAYBANK ACCOUNT - 569981100791 and email the details to us at bidadari.jannah2012@gmail.com.


Untuk perhatian juga, rumah anak ayatim Nur Hidayah ini sangat memerlukan sebuah kenderaan untuk memudahkan perjalanan anak-anak ini. Sampai-sampaikanlah......

Terjemahan Surah Al Maun

(1) Tahukah kamu ( orang ) yang mendustakan agama?

( 2) Itulah orang yang menghardik anak yatim

( 3 ) dan tidak menganjurkan memberi makan fakir miskin

( 4 ) maka celakalah bagi orang yang sholat

( 5 ) ( yaitu) orang-orang yang lalai dari sholatnya,

( 6 ) orang yang berbuat riya,

( 7) dan enggan ( menolong dengan ) barang yang berguna.

Asbabul Nuzul

Adapun sebab turunya surah ini ialah berkenaan degan orang-orang munafik yang memamerkan solat mereka kepada orang yang beriman; mereka melakukan solat dengan riya’, dan meninggalkannya apabila tidak ada yang melihatnya serta menolak memberikan bantuan kepada orang miskin dan anak yatim ( Riwayat ibnu Mudzir ).

C. Tafsir

Surah ini diawali dengan kalimat pertanyaan untuk menarik perhatian pembacaanya. Kemudian Allah SWT sendiri yang menjawab pertanyaan tersebut satu per satu. Tujuanya ialah agar pembaca benar-benar menghayati dan memahami makna yang terkandung di dalamnya.Biasanya setiap ayat yang didahului dengan pertanyaan mengandung nilai yang sangat penting untuk difahami dan diamalkan. Pertanyaan yang paling utama ialah “ siapakah pendusta agama ? “ maka jawapannya segera disusul setelah pertanyaannya. Ayat selanjutnya menjawab secara tegas bahwa pendusta agama ialah orang yang tidak mahu menyantuni anak yatim.Ciri berikutnya ialah orang yang tidak mahu menyeru untuk dana dan makanan supaya diberikan kepada orang miskin.


Ustadz M Quraish Shihab dalam Tafsir Al-quran Al karim menyatakan paling tidak ada 2 hal yang patut diperhatikan dalam ayat 3 surat ini. Pertama ayat tersebut tidak mempersoalkan tentang kewajipan ”memberi makan” orang miskin, tetapi ”menganjurkan memberi makan”.

Ini bermaksud mereka yang tidak memiliki kelebihan apapun dituntut pula untuk berperanan sebagai ”penganjur memberi makanan terhadap orang miskin” atau dengan kata lain, kalau tidak mampu secara langsung, minimal kita menghubungkan mereka dengan orang-orang yang mampu untuk memperhatikan nasib mereka. Peranan ini sebenarnya mampu dilakukan oleh sesiapa pun.

Friday, July 6, 2012

A TRIBUTE TO RAMADHAN


A tribute to Ramadhan (Tahiyyat Ramadhan) .......sebagai tanda kita hamba yang bersyukur

(Click image to enlarge)

Mari menghidupkan Ramadhan, seolah ianya Ramadhan kita yang terakhir.

Join us .

1. Fidyah
To those yang ada hutang puasa, and wish to bayar fidyah berupa beras, you can
bank in your intended sum to us by 15th July,2012 . Insyaallah kami akan menolong anda menyampaikan fidyah tersebut kepada yang mereka yang layak.

2. Iftar bersama anak yatim Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At
Taqwa,Puchong
Pada 12 Ogos 2012. Program iftar akan dipadatkan dengan pengisian rohani , tawsiyyah,
bimbingan kesihatan dan aktiviti berfaedah untuk anak-anak yatim. Penyampaian sadaqah
dan sumbangan juga akan disempurnakan pada hari tersebut.

3. Menyampaikan zakat fitrah & sumbangan Eid ul Fitri

Ramadhan troopers kami akan berkembara menyampaikan zakat fitrah berupa beras dan sumbangan lain untuk sambutan eid kepada asnaf yang sangat memerlukan. Kepada sesiapa yang berminat untuk berzakat dan membuat sumbangan untuk mereka , sila berbuat demikian sebelum 15hb Ogos,2012.


4. Majlis Jalinan kasih Eid ul Fitri

Sebagai menyempurnakan amal kebajikan kita di bulan Ramadhan yang Mubarak , kita rayakan eid ul fitri dengan penuh rasa kesyukuran kerana kejayaan kita menyucikan fitrah diri sepanjang Ramadhan. Sehubungan itu kami akan mengadakan Majlis Jalinan Kasih bersama anak yatim Rumah anak yatim dan miskin Nur Hidayah di Baling , Kedah pada 25hb Ogos,2012.

Log in to bidadari blogspot http://bidadari2jannah.blogspot.com for the account numbers. Kindly provide the details of your generous contribution to bidadari.jannah2012@gmail.com , or contact/sms us at 018-3976467 / 016-2765258.

Perbanyakanlah amalan dan sadaqah di bulan Ramadhan. Selamat beribadat. Semoga kita semua berada di dalam rahmat dan redha Allah , amin.


*** Tahiyyat Ramadhan adalah program FITRAH Malaysia (Persatuan Pembangunan Fitrah Insan Malaysia) dan Bidadari Group (sebuah kumpulan sukarela ditubuhkan di Facebook)

Wednesday, June 20, 2012

Peranan media dalam memartabatkan (menjahanamkan) sebuah peradaban bangsa.

Tuan2 dan Puan2, terimalah tajuk karangan saya pada hari ini.


Saya sangat melugai (loya2 dalam loghat Utara) dengan sajian media tempatan mutakhir ini. Sudahlah tradisi baca surat khabar dan menonton berita bersama keluarga selepas makan malam tidak dapat lagi diteruskan. Ditambah pulak dengan program2 tv celaru daripada orang yang keliru dan mengelirukan orang lain pulak. Terkelu di situ.

Macam mana lagi nak galakkan anak baca surat khabar kalau front page surat khabar hari ini cerita pasal video porno orang, dan cerita artis bergaduh? Dah la berkecai otak aku diperah sebab nak terangkan kat anak aku awat nya hari2 and anywhere dia baca the word S*X in 18 point byline. How am I to teach my 5 year old to read guna sokkabar like that?

And berita at prime time, adalah wajib tonton dalam keluarga saya sejak television mampu dimiliki. Semua orang kena tengok berita sejak pandai bercakap walaupun tatau apakebenda maksudnya perkataan ekonomi atau keluaran negara kasar.

What happened now? Tak cukup dengan berita rogol, raid rumah urut dan pelbagai kelucahan lain yang dijadikan bahan berita, cerita buruk-burukkan orang pun dah jadi satu trend media sekarang ni. Apa korang berani ke nak wajibkan anak-anak korang tengok berita lagi sekarang? Lebih baik suruh dia tengok K-drama .

Alhamdulillah ada sekumpulan insan-insan dinamik yang take up the challenge to set up Tv Al Hijrah. Its a good start.

Tapi nak dibandingkan satu station TV itu dengan beberapa yang lain, adalah sangat tidak seimbang untuk memberi input nilai bagi mengupgradekan kepala hotak budak2 zaman sekarang yang makin diracuni dengan hedonism songsang.

Ada satu program realiti yang mencari pasangan bofren gefren, pesertanya muda remaja belaka. Motif? Nak menggalakkan coupling di kalangan budak sekolah kah?

Program tajaan sebuah pusat kecantikan (rompakan) yang tersohor yang menjemput pelanggan2 yang berpuas hati untk memberi testimoni dengan cara memalukan diri sendiri. Oh why lah masyarakat kita makin terkebelakang di saat orang lain dah buat plan pelancongan ke angkasa lepas ???? Bila mana pompuan 2yang menceritakan samada dulu dia gomuk , atau botak atau muka penuh jerawat batu , dan menjadikan seolah2 keadaan tu adalah sangat teruk , sehinggakan hampir musnahlah seluruh kehidupannya kerana masalah tersebut. Isyhhhh rasa nak lempang (diri sendiri) bila tengok. Motif? Menjahanamkan sel sel otak kaum wanita untuk menerima doktrin bahawa badan kurus, muka licin dan rambut lebat adalah satu cara hidup wajib untuk hidup di dunia ini? Sangat tidak cerdik.

For the record deskripsi badan kurus, muka licin dan rambut lebat juga adalah sesuai untuk seekor kuda belang atau zirafah. Hello, akak-akak semua , tahu tak ada berapa orang terbunuh dalam satu hari kerana kebuluran di Ethopia, berapa orang yang syahid di Palestine dan berapa orang mati kesejukkan di Syria ? And you all semua sedang diperdayakan dan disuruh memikirkan berapa kilogram lemak di badan anda dan berfikir cara terbaik untuk mengikis wang suami anda untuk mendapatkan rawatan tersebut???

I am not saying that salah nak pi pusat-pusat tu semua. Dan itu satu cara mereka memasarkan produk. Apa yang saya nak cakap adalah, jadilah pengiklan dan pengamal media yang bertanggungjawab. Masukkan nilai di dalam setiap tindak tanduk anda. Bukan menumpukan kerakusan semata-mata. The best thing, masa badan berbentuk empat segi , elok tutup aurat, bila dah kuros , urat pun nak tayang. Jadi dulu tu you tutup aurat or tutup lemak? Marah? Tapi itulah kesan daripada program realiti semacam itu.

And dengan keloyaan kuasa 5 , mari membincangkan rancangan kemilau emas ke berlian ke hapatah . Rancangan menunjukkan bakat oleh peserta-peserta yang suatu ketika dulu pernah muda. Apa motif di sini? Comel ke ?

Mungkin ramai yang marah bila saya cakap macam ni. Oh macam bagus ke saya ni nak tazkirah kan orang. Lagipun itu saja suka-suka saja , nak berhibur apa salahnya. Suka-suka ? Kalau tersumbat pembuluh darah masa tengah syok menyanyi tu? Saya tak nak bayangkan. Maaf , tapi hidup jangan terlalu banyak fantasi dan lalai dengan kesukaan. Kerana kita dihidupkan pun bukan sebab suka-suka.

Macam saya cakap tadi, pengamal media TOLONG lah jadi bertanggugjawab. Kerana peranan anda sangatlah besar dalam membina sebuah tamadun bangsa, di tangan anda kuasa untuk menjatuhkan atau memuliakan generasi akan datang. Sekiranya anda terus menerus manjadikan hiburan sebagai dasar dan asas operasi anda, maka andalah orang yang harus bertanggungjawab untuk keruntuhan sebuah peradaban masa depan.

Mungkin orang kata, itu peranan mak bapaklah nak control. Heyyy, kena kurung anak dalam gua untuk mengelakkan dia terpengaruh dengan media arus perdana dan dunia tanpa sempadan?

Saya percaya majoriti orang-orang kat tv or surat khabar tu orang Islam . Tapi ini bukan sahaja cerita agama. Ini cerita peradaban manusia. Bangsa apa sekalipun tak akan mahu rosak akhlak (walaupun dah ramai yang rosak). But its never too late selagi belum kiamat.Zaman ini zaman kebangkitan nilai. Nilai murni bukan hanya wujud dalam agama Islam jer. Semua agama ajar pengganutnya buat baik dan bersopan. Ada agama ke suruh pompuan telanjang? Tambahan pula orang Islam yang wajib percaya syurga neraka, dosa pahala.

Dalam mathematik yang simple, pengamal media , secara individu dan berjemaah , tak bolehkah fikir objektif sesuatu program tu dulu sebelum buat? Saya percaya jika anda fikir dan letakkan objektif sebagai halatuju dalam kerja anda , anda tak akan buat rancangan merepek seperti buat lawak bodoh dan membodohkan diri sendiri dan penonton, atau asyik nak suruh semua orang menjadi penyanyi saja.

Cuba fikir program2 yang anda semua telah buat. Contoh, bintang kecil ke idola kecil tak sure plak. Apa objektif and buat sebuah program realiti hiburan untuk budak2 kecik. Untuk mengcungkil bakat nyanyian mereka? Ok , untuk apa? Untuk menambahkan lagi penyanyi di tanahair. Fikir balik. Apa sumbangan anda kepada agama dan bangsa anda di situ? Dan apa sumbangan anda pada akhirat anda sendiri. Mungkin anda kurang mampu atau tidak mahu berfikir jauh, tapi hanya fikir setakat menaikkan rating tempat kerja anda. Tapi yang anda tak nampak (atau pura2 tak nampak) ramai budak2 yang perasan boleh menyanyi dah look forward untuk pergi audition. Anda telah menanamkan dalam minda mereka, tak sekolah tinggi pun tak apa , kalau kita ada bakat. Boleh kaya raya juga. Tanpa sedar anda telah menjahanamkan bangsa anda sendiri. Anda tidak sedar bahawa anda telah melahirkan suatu bangsa yang miskin ilmu, sebuah generasi yang menolak kepentingan ilmu . Belum cakap bab anda juga mungkin penyumbang lebih ramai penghuni neraka . Nauzubillah. Tapi itu hakikat bukan??? Berani menidakkan? Itu hanyalah satu denial. Pada saya bab ini tiada toleransi.

Tidak malukah kita mengaku manusia yang hidup di zaman moden kalau perangai dan sifat kita seperti orang di zaman jahiliah. Hidup bertuhankan nafsu dan kebendaan? We are actually going back against time rather than moving forward.

Sepatutnya , pengamal media adalah medium utama pencetus mahu di kalangan budak-budak. Kenapa tidak buat program realiti yang menggilap bakat kepimpinan instead of bakat menyanyi dan meniru budaya mungkar, contohnya. Kenapa tidak dijadikan objektif untuk menzahirkan belia-belia cemerlang seperti Anas Ibn Malik, Muhammaed Al Fateh, Salahudin Al Ayubi tapi anda lebih berminat menlahirkan the next Justin Bieber? Kerana mungkin ianya tidak menaikkan rating? Podahhhh. You are like God in the industri. Anda mampu mencetuskan fenomena out of anything. Hanya mahu atau tidak sahaja. Afterall , Allah menjanjikan kemenangan kepada hamba yang berjuang ke jalanNya. Apa takut?


Bapak saya selalu cakap, tv adalah ciptaan Zionis untuk melalaikan orang Islam. Orang mungkin fikir itu sangat dangkal. Andalah yang dangkal jika anda tidak percaya wujudnya gerakan itu di kalangan Zionis. You will be surprise. Permusuhan zionis dengan umat Islam sudah wujud sejak kerasulan Muhammad SAW. Apa yang hendak ditidakkan lagi. Sila semak Al Quran anda. Tapi sebagai umat yang dituntut untuk menuntut ilmu, kita diharapkan menjadi bijak. Jika begitu taktik mereka, pendekatan kita bagaimana? Bukan nya dengan cara mengharamkan terus tv . Tapi gunakan teknologi mereka untuk memantapkan agama kita. Di sinilah maksud saya peranan media itu sangat penting. Anda-anda semua wajib memperbanyakkan rancangan ilmiah dan bermanfaat untuk mendorong penonton ke arah sesuatu yang baik.

Akhbar tempatan. Sedang mengalami krisis identiti diri dan kecelaruan nilai yang sangat kronik. Saya pelik dan hairan. Macammana anda sebagai wartawan merendahkan maruah diri anda menulis bahan yang bukan BERITA. Anda mencerca dan acapkali memfitnah juga. Sorry. Tapi pada saya bahan yang tiada bukti nyata adalah rekaan . Dan sekiranya menjatuhkan maruah orang lain, ianya menjadi fitnah. Tugas wartawan adalah melaporkan. Bukan membuat preference. Dan bukan juga membuat andaian atau menberi pendapat anda sendiri. Tiada sapa nak baca pendapat anda di ruang berita. Buat kolum sendiri dan jadilah kolumnis atau blogger (its free) jika anda mahu membuat rumusan atau memberikan pendapat.

Sheikh Yusuf Qardhawi cakap, berita yang sepatutnya dilaporkan adalah berita yang memberi kesan yang baik kepada orang ramai, yang memberi motivasi kearah kebaikan, dan bukan sebaliknya. Manakala berita-berita yang meresahkan tidak seharusnya diperbesarkan.

Itulah cara penilaian sesebuah BERITA. Ia penting untuk menentukan tulisan itu sebuah berita yang serve its purpose i.e memberi kesan baik kepada pembaca atau ianya adalah sampah sahaja.

Ingatlah , kita semua akan dipertanggungjawabkan oleh setiap perbuatan kita walaupun sebesar zarah. You might want to think about that before you start typing.

Sebagai orang Islam, barometer untuk menjadikan setiap pekerjaan sebagai satu ibadah, easy. Sebelum buat kerja apa pun, tanya diri sendiri, adakah Allah akan redha dengan apa yang aku nak buat ni? Adakah ianya memberi kebaikan kepada orang lain, mengajak orang berbuat baik dan meninggalkan kemungkaran? You ask yourself that, and you answer it. By doing so, I bet you my life that you will be a better person, and you will improve the quality of your work.

Tuesday, June 12, 2012

Bangun tahajud lagi baik daripada tidur (atau........)

Daripada Tuan Guru Nik Aziz , 'kalau kita sering terjaga di suatu waktu di dinihari, itu adalah Rahmat Allah, yang mengirimkan Malaikat untuk mengejutkan kita di waktu yang paling afdal untuk seorang HAMBA mengadu kepada Penciptanya. Kalaupun tidak mampu (READ : MALAS (ini saya tambah sendiri untuk mencerminkan keperibadian diri saya) untuk bangun dan beribadat di sepertiga malam, berdoalah atau beristighfar, kemudian barulah sambung tidur. Jika kita membiarkan saja waktu itu berlalu tanpa pengisian, ditakuti Malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita'.

SENTAPPPP BEDAH WEIIIIIII.

Sebab ahkak compom terjaga punya. Kalau tak pukul 3 pg , pukul 4 .15 giteww. Tapi masa tu lah aku rasa tidur seperti berlapikkan kapas dan sutera Kashmir (ada ka?). *picit hidung sendiri*.

Bukankah watu tu Allah turun ke langit dunia melihat hamba-hambaNya yang berdoa dan memohon keampunan? Direct. Kuasa unifi berganda-ganda.

Bukankah rahsia kemenangan Sultan Muhamaed Al Fateh menakluki Constantinople adalah kerana constantnya baginda dan tentera-tenteranya bersolat tahajud?

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD


    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Ada ke lagi best daripada fadhilat2 ni? Especially yang no 14 itew? Kalau dapat all the 18 , maka saya tamau apa-apa lagi di donia yang penuh tipu daya ini.

Untuk rakan -rakan seangkatan yang senasib dengan saya iaitu penderita penyakit M, korangggg, kite cuba lah petua ni untuk menyembuhkan penyakit kita sebelum bertambah kronik.

Cara-cara untuk memudahkan bangun Tahajud

  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan solat tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

(Kalau niat nak bangun tengok EURO CUP , bagaimanakah hukumnya ??? Aiyoooo. Dapat kah Euro Cup itew pun?)

*Melihatkan tajuk entry ini, mesti fanatik bola sudah terasa dan kecik hati dan terasa nak tikam diri sendiri kan?

Sapa cakap entri ni untuk lu orang? Ai nak tujukan kepada diri sendri and my better halp only. Elehhhh .

Wednesday, June 6, 2012

Saya tetiba bajet fofular seperti retired pole dancer tersohor..

Seperti tajuk posting ini yang sangat hina, lately ai dihujani oleh pertanyaan demi pertanyaan melalui fesbuk kawan2 dan sedara mara, tewiter, whtsapp, henpon, tipon opis (wah kengkonon ko punya la femes ya amat kann) kenapakah ai terminate account fesbuk. Kununnya fesbuk menjadi suram dan kelam tanpaku dan hidup mereka tiada seri . Betul , sumpah depa cakap camtu, janganlah geli. Mula-mula of course la ahkak dicerca kununnya ahkak unfren depa sebab tulah status ahkak depa tak nampak. Cesss nampak sangat hari2 stalk aku nehhh.

Ada yang jenis simpan dalam hati, diam jer sambil bersedey sebab ingat ai dah tak mau kawan depa. Haduih aihhh. Tu belum Tijah atau Pemenang Blogger award tu tutup FB, mau terjadi rusuhan kaum atau tunjuk perasaan tayang montot kat depan rumah tu.

Ketahuilah, ai seseungguhnya hidupa aman damai dan lebih tenteram tanpa fesbuk kerana ai sekarang lebih banyak masa untuk berzikir, baca Quran, menjahit langsir serta bercucuk tanam ..hahaha padaiyappa kadawaleyyy lahhhh.

Yang benornya ahkak memang mempunyai stalker. Mereng pulak tu. Ai menuduh arus kemodenan dan makanan segera sebagai punca makin ramai orang gila sekarang ni. I noticed ramai gila blogger pun ada haters tegar. Isyss. Alangkan blogger2 inesen yang cerita kisah seharian kehidupan beliau di rumah pun dibenci dan dicerca apatah lagi blogger2 mulut insurance 3rd party cam ai kan.

Tapi kekdahnya, pompuan mereng itew adalah mempunyai tahap kegagalan ginjal yang kronik sampai memporak perandakan sistem kewarasan beliau. Storynya dia telah ditinggalkan oleh bofren jarak jauhnya yang memang daripada mula tidaklah mahu mengdeclarekan mereka adalah berkapel. Tapi sebab pompuan ni memang kekurangan kasih sayang daripada apak dan maknya sejak kecil, dia adalah sangat possesive dan insecure dewata. So bofren adalah tak sanggup melayan 10 minit sekali tipon untuk check di mana beliau berada, buat apa dan dengan sapa, lalu memutuskan ikatan suam2 kuku mereka.So minah ni telah kerasukan pontianak harum sundal malam. Beliau telah membuat konklusi bahawa ini adalah disebabkan oleh orang ketiga dan menggodam fesbuk bofrennya itu.

Bukan setakat itu beliau telah menuduh semua pompuan yang ada dalam fesbuk bofrennya itu adalah saspek utama. Malangnya ai adalah salah sorang daripada kawan bofrennya itew. Gila bipolar punya pompuan , dia sanggup mengadap komputer tah berapa jam untuk create fake accounts fesbuk, google and a few other social media I never heard of, using all the women's names including me, using our names and profile pictures. She used that fake accounts to disrepute the boyfriend by posting unbecomings remarks to his blogs and company's page ! Tell me what can be more lunatic than that? To her ,he sleeps around with every pompuan yang dia kenal, bleh? Kalau ko dah anggap jantan tu gila loser cenggitu, ko nak gak lagi kat dia motipnya apa la gila weiii. Tapi memang betul dia macam ada jekyll and hyde syndrome, where in the morning she sent threats on the guy's email and cursed him with four letter words anywhere he was connected to on the net, bila petangnya she called and texted him dengan penuh kemanjaan as if nothing happened. Apakah kategori brain damage lah pompuan ni.

Oleh yang demikian laporan2 ke pihak2 berwajib pun terpaksa dilakukan. Tetiba lak ai pun dah ter buat jenayah siber untuk membalas dendam. Haaa ko jangan ingat ko nyer gila jer ye, orang lain pun pandai meroyan seru jembalang jugak. Kalau nak tips sila lah tanya ai apa ai buat ngan dia.

Some of the women used their real name, so like kesian berganda kerana difitnah oleh pompuan bipolar itu dengan kelucahan melampau. Tu lah sebab nya wahai rakyat jelata sekalian, toksahlah guna nama penuh as per IC kat fesbuk apa ke. Gambar2 kita kat fesbuk pun boh la imprint watermark besaq2 or atau kalau ada kekdah hi tech lain yang boleh digunakan supaya pompuan gila or jantan sewel tak boleh mencuriknya. Like me, although I enable all my pics to friend only pun , kena jugak because she hacked the guy's account. So be extra careful.

Most of the times kita selalu ingat fesbuk,blogs etc adalah hak milik kita sepenuhnya, so kita share all infos macam isi borang banci. Please don't. I saw some even share their house location and address. Pheww. You dont know what you're inviting. Contohnya, kalau laki hadiah Beamer 7 series sekali pun and uolzs nak gak bergambar macam pakcik monang moto diamond dealer MLM susu kolagen , please blur kan plat nombor keta tu. Sebab kenkadang kita rasa apa yang kita buat and share tu so suweettt and chumel , tapi bukan kepada semua orang. Pada orang yang hati nya ada kudis, dia menyampah. Kalau takat menyampah lalu dia mengumpat je , apa ada hal. Kot dia menyampah sampai tahap koyak2 baju pastu pi cari bomoh santau kita cemana weiiii. Banyak jenis gila zaman sekarang ni okay.

So ai harap statement ai dalam press conference ni dapat menjawab spekulasi orang ramai atas kehilangan i di arena fesbuk ye. Jadi ai pun ambil keputusan untuk bersara lebih awal. hiks.

Tapi jauh di sudut hati ai kesian ngan pompuan tu, sanggup menjatuhkan maruah kerana keciwa sebab sorang lelaki. Kenapa dia pilih untuk jadi saiko sedangkan she can move on and enjoy life?She might have thought that she did that for revenge ke hapah, tapi sebab dia mangkuk , she did not realized that she has committed series of crimes and is liable for personal injury. Sadly, berapa ramai di kalangan kita yang resort to that kind of lunacy due to heartbreak.

So adik2 yang mengalami masalah cinta tak kesampaian, weep as much as you want, its ok to be sad. But then get up and get your life back together. Regain your composure and self respect. If you want to revenge, just plot it in your mind, don't execute it. Because once you start, its hard to stop. While you thought you will enjoy seeing your ex suffer, you are actually damaging yourself. You will loose it. Your mind, reputation, dignity and even your friends and family sometimes. Value you life. If she/he leave you for others, you don't deserve them. The problem is theirs and not yours.

What goes around comes around. Let karma take its course. Just think of it like this , you had just given your used and unwanted toy to the needy. Let it be, you have done a charitable and noble act. Be proud of yourself.

If you or your loved ones is suffering from depression due to broken marriage or relationship, or because of any circumstances, please help yourself/them to get assistance. Log on to www.helpandhopecommunitycare.com. We may help.

Friday, March 23, 2012

I had a dream...

Why la lately saya suka mimpi pelik-pelik??? Is the sleep study they do in the hospital also study this category or not? I want to apply if they can record dreams , but as long as they have firewall lah ..or parental guidance application in case saya mimpi Arjun Rampal tak pakai baju ka pa.

But the thing is I cant remember all episodes sebab panjang betul siri tuh macam sinetron Nada Cinta yang mana siri ke 244 ada menunjukkan bahawa Nada lebih tinggi daripada Mika...erk ko ingat aku tau? Itu maklumat hearsay daripada 2 orang anak dara yang dok bersembang , overheard while driving them back from school, mine and my partner's. Che Puan Kamil, not yours dont worry, she's too sweet to be sooooo like that.

Last two days I dreamed that me and one of my partner Fuzzie (percayalah bukan nama sebenar , i tadak  kawan yang nama macam nama kucing ok) went for a motivation programme with my other partner N's hubby. We were supposed to be the facilitators. But we were clueless sapa la participants nya. When N's hubby started to speak, a group of people came in. They were Vietnamese!!!!! Apa ka gila aku mimpi depa ni semua. To make it more dramatic , they all were affected with some penyakit kulit. Apakah dosaku *pelok tiang *

Dipendekkan cerita we all tak sanggup menghadapi situasi tersebut lalu melarikan diri daripada balairaya tersebut, oh ya programme tersebut dibuat di sebuah balai raya kampung ye. Oleh kerana di luar keadaannya samar-samar seperti senja nan merah kami pun terpaksa suluh jalan guna handphone. Sungguh lama perjalanan kami dalam kampung tersebut tak jumpa jalan keluar. Akhirnya kami berjumpa dengan jeti feri yang sangat menakutkan, abandoned. Siap ada sound effect.Tapi ada pulak seorang lelaki bermisai yang menjual tiket.  We asked about (tetiba) pasal mak angkat kita orang. Kengerian berganda bila pak cik tu kata dah lama depa meninggal lima tahun yang lalu, padahal dalam mimpi tu we all baru je berjumpa dengan depa kelmarin. Tapi mungkin juga jarak masa dalam mimpi adalah 1 hari bersamaan 5 tahun , macam kat bulan , ye dak? Tak? Ok abaikan. Pastu dah tak ingat dah.....

Yesterday, I dreamed of N and her Hubby (awat la aku asyik mimpi depa saja ni....bila nak keluar muka Hugh Jakeman  pulak). They were going to Paris , and ya , Fuzzie n I were supposed to send them to airport. They had bought tickets to Seoul but they have to cancel and has sold the tickets to a person named MAIMUNAH BINTI AZIZ haaa kauuu. Siap kuar nama, nasib baik tak keluar nombor kalau tak penuh lilin plak kat depan rumah aku esok pagi.Masa tengah angkat2 beg tu the location was in rumah mak ndak I kat Penang, tapi kat bawah dah jadi rumah nenek I kat Aloq Setaq pulak. Haisyyyhhh mimpi pun boleh kecelaruan mental.

Anyway tetiba saya perasan tertinggal hand bag and rasa nak terkucil. So I went down the car , kat bawah rumah tu ada pulak cermin besar. and I terpandang my own reflection, wahhhh kenapa aku pakai baju kurung ni? Siap keronsang besar kau. Eh cantik pulak baju aku ni, bila aku ada baju ni haaa? Baru perasan ohwww hari ni hari raya. Patutlah rasa macam meriah. Tapi apa kemende depa ni nak pi jalan sampai Paris time raya plak, pergi Parit sudahlah, saya bermonolog di dalam hati.

Lepas tu kat bawah rumah ada orang pulak nak datang beraya. Satu family besar, mak dia pakai tudung cam labuh sikit, anak dia yang perempuan pun semua pakai tudung, kecik2 lagi anak dia. The mother asyik dok cakap omputih dengan anaknya and accent macam Queen Elizabeth gitew kau. (Mungkin ada pengaruh Mak Ji Esah di situ) Pastu bapaknya ada plak kat depan. Nak pengsan pulak nengok abahnya. Bukan, bukan sebab kacak, no ,no mananye mana kacak, macam pembalut simen je. Abahnya adalah memakai sluar pendek bola di hari raya! Hohhh lagi sekali peluk tiang, apakah dosakuuu mimpi cenggini.

Abahnya konon2 nak rotan anak lelakinya yang tak dengar cakap. Tapi bila nampak I, terus termalu sebab dia nengking anaknya cam ketua kontinjen kawad. I pun nak terkucil sesangat,terus masuk toilet. Elok je nak start, terdengar bunyi kokokan ayam bersahut2 sahutan. 

Rhopenya , bunyi alarm tipon mak...... Nasib baik tak berterabur atas katil nyahhh. Kalau tak terpaksa memfitnah anak hahahah. Sekian.

Sapa pandai tafsir mimpi sila la tafsir. Tapi mak nak dengar yang best ajer seperti akan memenangi tiket percutian ke Bahamas untuk doploh empat orang dan singgah buat Umrah 2 minggu. Yang pendek umur smak tak layan derrr.

Wednesday, February 22, 2012

DRAMA BROADWAY

Lamanya tak meroyan kat blog kan. Can PMS be an excuse to do it? Boleh lah kan. Dah ada tu kita guna lah.

Bila baca posting sendiri yang dulu kala tetiba baru terjumpa fakta yang anak2 dah besar-besar, tapi mak bapaknya tak juga nak matured. Few close friends tahu la I and my hubs kalau gaduh kalah MGR and Sri Dewi ko...drama. Takder lah melibatkan senjata ke pe. Tapi we all memang creative lah dalam meyakitkan hati each other. Sungguh sejiwa gitew kan . Suweet okeh.

Hubs memang ada satu pe'el yang tak boleh celop punya , iaitu dia akan bertukaaaaaa bila lapar. Most men cemtu gak kot ek. Adalah petang last week , he went for kerja2 melawat kawasan , (ehh bila plak laki dia ni jadi YB hahahaha) so when he got home penat, tidur la. Bangun lak Maghrib. Dah bertepek setan kat situ, campur lak ngn mode kebuluran sebab bini tak masak. (sapa eh bini dia ni pemalas ya hamat). So kengkonon bininya yg nak cover sebab malas masak tu cuba2 lah lentok-lentok sikit kan beli jiwa nak ajak makan kt luar. Tetiba la jadi promoter Al Rawsha (eh ni kira promosi gak ke sebab tidak berselindung di sebalik awan) kt I*T hahaha boleh tak nak guna gak asterisk , gedik, cam orang tak tau aku dok Shah Alam kan.

I saw the signage one day 'Dine at Al Rawsha and park for free'. Knowing that I*T tu bila malam -malanm transform jadi lombong emas kot, sekali masuk RM10, dah tu kena pau lak ngan budak-budak beli plush toys la, helikopter bling-bling lah, cekak rambut telinga miki mause lah macam-macam. So walaupun kat tepi hidung je, sipi2 je we olzs pandang tempat tu.

Masih lagi cerita isteri mithali yang nak cover diri tu kan, sanggup lak drive sebab nak deting la kunun. Sekali mana aku tau kalau malam-malam dia divert jalan semua ke tempat fun fair tu jeh, terrrrr menongkah arus pulak lah saya,  marah la Pak Encik neh sebab terang-terang orang letak kon, aku main redah macam "Papa I  own this place hokeh"  *ala2 Nabila Huda dalam drama Usop Aslam*.

Dah tu pusing lah masuk parking bertingkat, jauh plak rasa eh dengan restoren tu hah. Pak Encik tu dah parah sangat tahap kebulor tu mau aku kena papah pergi situ. So sebulat suara kensel lah rancangan aku nak feeling belli dence kat restoren Arabit . Saja nak jadi cerita hot, tak jumpa plak jalan keluar. Raksaksa Gorgon pun menjadi semakin ganas. Sekali bila dah 43 kali lap, I berjaya keluar , tapi ehhh dah nampak tol gate keluar pulak. Kat mana pulak nak bayar tiket parking neh. Alah takotnya tengok jelingan tajam yang mencengkam jiwa Pak Encik kat sebelah.Silap2 mau aku yg jadi hidangan makan malam dia kat situ.

Pastu cam terbodoh kejap , mana lah aku nak pi bayar tiket nak keluar ni kan.Sedangkan keta dah bersusun kat belakang. Pastu Pak Encik boleh plak cop aku dia kata aku SENGAL , wehhhhh aku ni PMS tau bang, haaaa. Jangan main2, kalau I lak bertukaaaa jadi raksaksa memang kompom yang species maging je tau , tak main la raksaksa tahap cicak kubing tu.

Dia pun sama cam terbantut kat situ hahaha. Gila. Tunggu keta semua overtook , I pun drift sikit pusing cari pondok bayaran. Jumpa ok. Tapi agaknya laki aku tu dah tinggal nyawa2 ikan sebab lapar sangat , dia suh i turun pergi bayar. Wahhh tetiba , Seri Dewi naik syekh , aku bengang la rasanya.Dah la sedeyyy dia kata I sengal tak habis lagi. 

Memang buruk tingkah laku I tu, jadikan sempadan ye anak-anak. I terus blah kengkonon  nak merajuk and balik berjalan kaki kekdahnya, sebab tetiba teringat plak quotes yang I baca kt FB, 'Sometimes u got to run away to see who chases you" lol. Boleh tak cenggitu ?

I jalan kaki ok, tabah mak. Mesti mak I bangga lahirkan I sampai dia akan picit2 hidung I kasi pengsan sebab terlalu comel perbuatan tu di usia yang anak ko dah dah nak UPSR tahun depan tu kannnn. Tapi jeling-jeling lah tengok who's chasing me behind wakakakaka. Kot Myanmar mabuk padan muka la kan.

Jauh juga la I jalan, sampai dah agak suku harapan nak pasrah yang dia dah malas nak layan drama aku, sampai hati, baru berapa tahun kawin. Tetiba dah ada dia parking kat depan haaaa, tapi biasa la kan MGR mesti macho mana nak turun pujuk-pujuk bagai. Ok lah kalau taknak pujuk sudah. Wa pun talak ingin mau naik keleta Lu lah Taiko.

Mungkar sekali kelakuan itu. I terus lintas jalan buat tak tau jer. Dia pun  text, "Dah nak sangat balik la jalan kaki."

Ohhhh reach heart tau dia. I pun reply, " Kalau berani tunggu la orang kat Ha*lam kopitiam, belanja arr I makan, penat tau jalan kaki" (yeay berjaya guna asterisk lagi skalik) .

Ingat kan betul2 dah balik, tetiba dia jawab pulak aisehhh. " Khulafah jelah , I nak makan mee goreng mamak. " (malas lah nak guna asterisk dah haihh) Ehh ehhh boleh ke kita main bargain kalau kita tengah bergadoh neh? Boleh ke Puan-puan , boleh ke?  Ingat kat PBB ka.

I pun terpaksa lah reply kot melepas karang aku plak yang mati kebulur. "Boleh lah, I mau nescafe ais n roti naan. Tandoori sekali". "OK" jawabnya. Hek eleh.

Dan Drama Tam (sila tambah tanda asterisk sendiri) sebabak itew berakhir di kala makanan sampai. BIOL dan SENGAL.

Sekian. Sian korang terpaksa baca. (((hugsz)))) hohoho




Friday, February 10, 2012

Why we have to be busy body?

Moms and moms to be , listen. No exception, if you are a woman, being young or old, you have to hear this. Because by right of nature you are capable of being a mother one day, regardless of you being liberated or having the Brangelina's theory of living- that the world is already full of children, why bother making more of them, just adopt one , or whatever.

And because its no use telling this to a man anyway.(yeay and this will be refuted by some chauvinist male, and like i care anyway)

Here it goes. With regard to our children, the rule is , we want the best and only the best for them. Good clothes, good food, good schools and we want them to have the best of education, the best of character. Ok, so your child is almost perfect, a model daughter, she's brilliant, she's well mannered, she's lovely having good grades . Good for you. But how can you protect her from the wild side of the world out there?





The corrupted peers, drug addicts, tv, internet, molester, rapist, and the list go on and on.

Would you want to home school your children and protect them within the four walls of your home equipped with the state of the art alarm system that Japanese ever invented? Will that ensure that your children are not getting influenced by those bad forces?

Would you want to make your children a social freakout introverts by not letting them socialising?

Why do our society is so corrupted morally , spiritually and even physically? Because the so called modernisation has been messing us up . As a result we become more and more kiasu. Lack of empathy, consciousness , spirituality, and humanity. 

We are not concern about others anymore like we used to, years ago, as long as ours is ok. We were thankful that our daughter does not do drugs, or got knock up in school or ran away from home like the girl next door. Is that the right attitude ?

Forgive me , for I might be wrong if I felt bad seeing school boys smoke. I might be wrong when I go and talk to them about it. I might look crazy if I approached and talk to a puppy lovers so crazy in love, and having too much Public Display of Affections,( and you got to look twice to see the boy's hands and the girl's face)  that its better to be a bit shy because we are civilised human being, and only animals mate for the eyes of spectators. (but you might want to look around and make sure its not a film scene first lah).

But I do not want to see that happening to my children, or the children of my siblings and friends. If I don't act mom to children of other mom's , would anybody want to do the same with my children? 

If you are under the doctrine of Human Right, possessing you like demons, than  be it. But does your human right's declaration stop more illegitimate children from being born everyday? Would that helps to prevent the increased numbers of rebellious children who doesn't respect their parents anymore? Would it cure the alarming numbers of drug addicts? At the end of the day, which one of this would you rate as important , to safeguard human right or sanctity of your off springs? Would you want to have a developed nation with a thoroughly corrupted society?

Its times to realize the vast differences between roles and rights. I suggest that we stop questioning our rights but just execute our roles. By doing our part and roles, we are fulfilling the right of others without us having realizing it. Hence, in order to ensure that everybody's right is protected, than everybody needs to play their own role.

Yes, most of it is by being a kepochi achi or aunty. Well its a lot better than being a kepochi gossip queen anyway, coz the former helps to build up a nation and the later might destroys it.