BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 31, 2009

April ......

Today
10.30 a.m

SMS

Dinda : Kita dapat BN la 4 outstndng instlmnt - frm Bank xxxx.


After 1 hour without reply, sms lagi...


Dinda : Dapat tak sms I td?

Kanda : Belum baca, jap.

Dinda : @#$%%^&&

Kanda : BN tu apa??

Dinda : (Mongok nye laki aku nih) Bankruptcy Notice la Toyol.

Trutt tutt trutt tut (terlalu terkezut cannot type must speak)

Kanda : !@$#$&^%(cercaan yg kurang mesra alam) Why?? I thot we
have Stnd Instruction???

Dinda : Dunno. They said the SI need to be renewed every year, we didnt, so
outstanding setahun already, how????

Kanda : (sekali lagi cercaan) Renewed palatok dia, mana ada camtu plak.
Surat2 semua hantar ke mana??Tak penah received pun.

Dinda : They said they mailed them to ur office and our old house ...

Kanda : Isyyyyy, can't u do something about it ?? U deal with this kinda of
thing kan?? U must do something la. Call d Bank .

Dinda : Apa plak, bila masa I buat litigation...

Kanda : Yelah ask ur collegue la what to do

Dinda : Called already, they said must go to HQ in KL.

Kanda : Satu hal lak, esok la, today I got 2 mettings

Dinda : Tak pe, dia kata weekend lagi afdhol.

Kanda : Apa plak bank bukak weekend??

Dinda : Bukak, kat SOGO.

Kanda : Biar betul, teller machine ada la

Dinda : Memang la ATM, dia kata withdraw duit bagi kat I, beli hand bag,
kasut, kan SOGO sale

Kanda : Be serious la wei.

Dinda : Seriyes la ni... *dengan seriyes cakap* APRIL FOOL!!!!!!

Kanda : Punde@.... Siap u balik nanti , kena patuk ngan ular tedung seluar

Dinda : Sukenye ha ha ha



*************************************
Posting berikutnya ditujukan pada Pn Edelweiss, with love
April, 1st 1992
Time : Morning
Location : Dalam sebuah classroom
  • Kisah sebuah jenayah terancang by 5 notorious criminal minds.Penjahat #1 & Penjahat No.#2 came back from d toilet , berlari dengan kelajuan cahaya.

Penjahat #1 : Sumbat, Mrs Tan wants u in her room, now.


  • *Sumbat = Subathra our Class Monitor , Mrs Tan = Principal yg garang
    mcm ghimau beranak sulung


Sumbat : Kenapa wei * dgn muka penuh ketakutan*


Penjahat #2 : Tah, dia marah gila


Sumbat : Ni mesti sebab korang bising tadi or pasal korang lari dari

cross country kelmarin ..aku dah tau dah. Tengok mesti aku yg

kena (lebih kurang la dialog dia, berdasarkan rekod jenayah

penjahat-penjahat tulah, mana aku ingat dah berkurun)


Penjahat No#1 : Cepat la....

  • After 10 minutes Sumbat came back to the class while we were having math class dengan muka bengkek macam baru lepas cucuk botok. The used to be polite and demure girl didnt even give a damn kat Mr Koo and shouted at the 5 of us,

"Beruk arrr u orang sumee, mana ada dia panggil aku?"
  • And we all, biasa la penjahat kan, shouted back, "APRIL FOOL"..(puass hatiku)
  • * Kepada geng penjahat2 yang pernah mengalami peristiwa di atas, atau berada di dalam kelas yang sama semasa kejadian tersebut berlaku atau kepada ex student Father Barre's Convent, Sg Petani atau pun bekas cikgu-cikgu yg dihormati yang mengenali watak2 di dalam cerita ini (nama dan panggilan manja sebenar telah digunakan secara meluas) sila tinggalkan e-mail atau contact no anda di sini. And yess, in case u are wondering , sayalah penjahat No#2 dan Edelweiss itulah Penjahat No#1 a.k.a Godfather a.k.a Mamabosan

  • * Note to Edelweiss : Nah, I've done my part ok, aku dah buat iklan kat sini. Jgn salahkan aku lagi kalau reunion Cik Pah hang belum menjadi kenyataan.

Sunday, March 29, 2009

Bersyukurlah kita

  • Kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipilih menjadi orang No-2 dalam parti, bermakna Tan Sri juga akan dipilih menjadi orang no-2 dalam Negara.


Saya sangat-sangat mengkagumi ketokohan Tan Sri yang pada kaca mata saya , rakyat yang marhein (dan tidak pernah mengundi *matila aku*) adalah seorang Tokoh yang berwibawa. Beliau berjaya mengekalkan kerusinya dalam Pilihanraya di kala ramai rakan sejawatan tewas dan rebah. Beliau juga meninggalkan track record yang cemerlang dalam semua portfolio yang pernah diterajui, tanpa perlu mencanangkan kerja-kerja beliau dengan bongkak dan sombong.

  • Beliau pada saya seorang pemimpim yang sederhana. Tiada kontroversi untuk disensasikan.

  • Kerana pada saya, ketokohan dan keperibadian seseorang pemimpim itu menjadi satu kayu ukur dan sebab untuk menjadi mangsa gossip (fitnah katanya). Keperibadian seseorang pemimpin itu sendiri yang membuka ruangan untuk dirinya menjadi sasaran kontroversi. Jika dia seorang yang mulia, tinggi budi pekerti, tiada orang yang sampai hati nak buat fitnah melainkan orang yang sungguh rendah moralnya.Allah pun pelihara orang-orang yang baik.

  • Kerana isunya, bukan sejauh mana kebenaran gossip yang diperkatakan tapi sebab musabab yang menimbulkan cerita-cerita yang jelik begitu di persada media dan cakap-cakap orang.


    Bersyukurlah kita kerana tak pernah lagi kita dengar Tan Sri dikatakan terlibat dengan sebarang letupan atau pun menjadi Menteri Simbol sex , yang hilang akal dan kewarasan sehingga sendiri main sendiri rakam dengan harapan sendiri mau tengok tapi waaaaa sume olang sudah tengok.Ada yang sanggup bawak lari Tuan Puteri Kayangan kerana chentaa yang suci. Ada plak yang suka sangat bunga di taman orang.

  • Bersyukurlah kita kerana kita akan ada seorang Timbalan Perdana Menteri yang baca dalil Al Quran dalam bahasa Ia diturunkan dan bukan sekadar baca terjemahan sahaja yang ditulis oleh penulis ucapan.

  • Bersyukur kerana punya bakal TPM yang sangat menghargai isteri beliau, menghormati dan menghargai pengorbanan isteri dan he made the whole world mendengar penghargaan beliau kepada Puan Sri.
  • Bersyukurlah kita kerana bila kita melihat Puan Sri, kita akan terpandang seorang wanita yang anggun semulajadi , graceful and down to earth tanpa perlu memakan tempe dengan kadar melampau untuk kelihatan seperti hot air baloon.
  • Bersyukurlah kita kerana bakal mendapat TPM yang begitu berkaliber dan disegani dan beliau fasih berbahasa omputih tanpa perlu membuat sidang akhbar untuk membuktikan kepada rakyat bahwa beliau adalah lulusan Sekolah Omputih dan semestinya beliau pandai cakap omputih. Mungkin beliau telah kehilangan Sijil Berhenti Sekolah beliau, kalau tidak sudah pasti kita boleh menatapnya di dada akhbar-akhbar.
  • Bersykurlah kita kerana mendapat No 2 yang yang begitu.Kerana pada pendapat saya pemimpin negara yang baik dan cemerlang adalah pemimpin yang dapat memimpin keluarganya dahulu dengan cemerlang sebelum memimpin rakyat.
  • Bersyukurlah kerana orang no 2 sangat dekat dan lebih dekat dengan rakyat sebab No. 1 sangat sibuk.Dan No. 2 kita Insyallah sangat boleh diharap.
Fanatiknya saya kepada Tan Sri tidaklah membuatkan saya ahli UMNO yang setia (kerana saya menjadi ahli Puteri UMNO secara paksaan mental yang lebih teruk daripada mangsa kekejaman Nazi dan Jepun di zaman perang dahulu - iaitu dipaksa secara kejam oleh seorang saudara kandung saya sendiri yang mempunyai jawatan dalam Puteri, dan saya dapat merasakan saya turut mengundi secara batin ketika Pemilihan baru-baru ini walaupun secara fizikalnya saya tidak pernah menjejakkan kaki saya ke situ - RAHSIA). Saya juga fanatik Tun Guru Nik Aziz, tetapi saya juga bukan ahli Muslimah PAS yang sejati. Saya juga adalah peminat (yang suatu ketika agak fanatik) DSAI, tetapi saya juga bukan ahli KEADILAN.
  • Kesimpulannya, saya menghormati ketokohan seseorang pemimpin itu melalui keperibadian beliau dan bukan partinya.
Saya adalah perosak undi ketika pilihanraya kampus sedekad dulu kerana saya mengundi dua kali, disebabkan kelemahan saya sebagai seorang wanita, saya tak sampai hati mengecewakan rakan-rakan saya yang siuman berpolitik (mereka tidak gila). Kerana poilitik kampus di zaman itu dibayangi dua parti sahsiah yang terbesar di Malaysia, satu parti di wajahmu kulihat bulan yang satu lagi parti yang mara untuk rakyat Malaysia. Hakikatnya saya baik dan rapat dengan kedua-dua perkumpulan itu dan kedua-dua calon mempunyai ketokohan yang sama. Jadi saya akan menjadi separa siuman sekiranya saya mengundi salah seorangnya.
Penyakit itu berakar umbi di dalam urat saraf saya sehingga lah Pilihanraya 8 Mac tahun lepas. Saya tidak boleh memilih kerana saya mempunyai masalah dengan pilihan. Saya tidak suka pilihan, selalunya orang yang memilih untuk saya atau saya akan ambil kesemuanya yang ditawarkan kepada saya.Sebab itu saya memilih untuk tidak mengundi langsung. Keji kah saya??? Sekiranya tuan-puan tahu betapa dilemmanya saya kerana calon yang seorang adalah seorang Ustaz yang sangat berkarisma dan sangat saya hormati, tapi yang seorang lagi adalah seorang rakan baik kepada keluarga saya, yang juga saya hormati. Yang menolong ayah saya mendapatkan geran tanah untuk dusun duriannya yang hasilnya saya telan hampir selori??? Mana mungkin saya tidak memangkah beliau. Bagaimana saya nak menghadapi beliau bila beliau datang ke rumah saya makan laksa tanpa merasa bersalah?? Ya undi adalah rahsia. Akan tetapi saya adalah seorang yang tidak pandai berpura-pura, rasa bersalah saya akan dengan sendirinya terzahir dan beliau pasti tahu akhirnya.
  • Saya pun tidak tahu bagaimana untuk mengakhiri entri ini tapi saya harap agar tidak ada di kalangan tuan-puan yang membuatkan saya disillusioned sekali lagi kepada Tan Sri sebagaimana saya telah dinyahilusi kerana Keanu Reeves.
  • Hidup Tan Sri.

Err I reserved my comments against our no.1 because anak2 saya masih kecil2 lagi dan memerlukan saya dan saya tidak bercadang untuk menukar alamat ke Kamunting untuk 2 tahun.

Friday, March 27, 2009

Sepak Q

Mom called when I was driving home yesterday. As I menciks (tak pandai) to hold the phone in one hand and managing the steering wheel with the other, I told her I 'll return her call coz ada polis traffic kat depan. If not she will ask me to use a hands free (yang dia bagi) because hatinya yang tak tertahan nak bergossip iteww. She said ok without insisting, so I reckoned there was nothing 'interesting' or 'interrupting' . Well I am the counselor tak bertauliah yang paling siuman dalam famili so far (dasar mulut guna third party insuran).A few minute later...she texted me :-
"Call balik lps Spa Q, ari ni lst epsd" arrrr????? Oh ibu!!!!!
Seriyes I tatau macam mana bulu2 mata pelsu Jasmin Hamid boleh menarik minat cikgu pencen yang berkaliber sepertinya.Mungkin my mom ada hasrat terpendam untuk memiliki rambut digital curls seperti Norish Karman ka?
I terpaksa menonton juga dan cuba sedaya upaya untuk memahami minat my mom, mencari-cari sinar di celah2 skirt pendek Zizie Ezette kot-kot ada aura yang boleh membangkitkan kekaguman I. Yelekk...Nada. I hanya kagum ngan kegebuan Zizie. Apa la mak dia makan masa mengandung kat dia.
Sampai tertido-tido la nak mengahabiskan cite tu, last2 I dapatla mengumpulkan beberapa persoalan yang tak dapat diserap oleh otak I yang tepu ini , untuk I tanyakan kepada Mak I nanti.
  • Could somebody please tell me genre cite ni? Comedy thriller ka cerita separa seram (ada hantu maaa itu Jasmin Hamid Burung Hantu, Azizah Mahzan Hantu Kopek and husben si Zizah Hantu Miang) Thriller ada jugak sebab I berdebar-debar memikirkan kalau la bulu mata pelsu itu tanggal or tercucuk mata and adengan peluk-memeluk tu...uishhh suspen sungguh kan, mana tau kot si jantan tu naik syehh peluk mcm tu satlagi terbabas pi comolot ka? Astagfirullah *solat tobat*.
  • I tak buleh digest sebab2 yang membuatkan depa kena enlarged gambaq sebesar alam untuk diletakkan di bilik tido (untuk memberi penerangan bergambar kepada penonton ka "Oh Ini bilik Qistina", 'Ini pulak bilik Azijah" yang itu pula bilik Jasmin Hamid ok ataupun untuk memberi kemudahan kepada krew untuk buat shooting sebab lokasi tu hanyalah di sebuah rumah sahaja bukan 3 seperti yang sepatutnya.

  • Apasal mekap mata kaler serupa semua, sebijik, like cut and paste??? Make-up artiste harus diberhentikan dengan notis 23 jam , nokss boleh ka uolzs kreatif skit kot ye pun bajet ciput make up artiste sorang je and make-up ala-ala terhad. Suruh ajelah Makcik-makcik tu bawak make-up sendirik

  • Farahdhiya tu pi kursus kat Kak Ogy sana nun mcm mana mau buat babak nanges tanpa memburokkan muka. Dah la watak budak kampung, mak nye bagi pulak kat Mak Cik Senah yang berwajah javanese malay, tup-tup dapat anak muka pan asian hambekk kau. Tak pulak I tau orang kampung la ni malam2 pun pakai rambut palsu, kampung contoh gamaknya tu ye, kat mana la tu, kampung Kak Piah kot. Sampai 5 minit hah adengan dia nangis tu, metafora apa pulak lah tu, I ni memang la buta seni, tapi hanya sebab dapat surat cerai je nak close up daripada segenap segi dan angle muka minah tu nanges , seriyes la I lagi tak boleh paham. Dah la mula2 I ingat dia nanges sebab buasir, sebab pegang2 perut pastu berkerut-kerut macam menahan kesakitan terlampau.
  • Paling - paling tak paham, derang ni dok kat negara mana? Ke atas awan ke kerajaan langit nih??? Nape buat majlis kawen kena pakai baju bareback segala hah???? Pastu yang datang 10 orang je ke???

Itu lah je yang I nak tanya my mom........

p/s : Alhamdullillah syukur *sujud syukur plus solat tahajud* masa adengan Qistina masuk hospital & Jasmin Hamid dok dalam lock up , tak pakai bulu mata palsu, kalau takk, I sanggup gigit-gigit je tangan my Kanda, gerammm (motiffff??? Tak dapat malam Jumaat ka?)

Tuesday, March 24, 2009

Bye Bye Love........



Ohhhh how could u? I watched all your films, your huge poster were on my wall, u were on my notepads, my wardrobe, u used to be my screensaver, u were everywhere. I was the one who support your career all this while. Although people say u look dumb on the silver screen or u are stiff like a log, I never give a damn, I still think u have the sweetest smile that melt my heart and the cutest bum that make me sweat. Dont tell me you were devastated when I got married u want to annihilate the Arabs??? What have they done to you???? Although, I share my bed with somebody else, I still love u, u know that. And now, U made me do this. I just can't go on loving you when u tell the whole world how evil and shallow u are.







And you too???? Have u done enuff ? How I thought U are smarter than Brad Pitt. At least his girlfriend got brain.







And u? U are the meanest. I never think u would say something like this. Afterall u are smarter than the other two above. U even look smart. Oh, how look is deceiving.



Bye-Bye guys. .......
I would just settle with Cantonese/Mandarin/Korean/Japanese/Thai or even Vietnam and Iran 's film for now. And Malay film also errrr just Yasmin Ahmad's and Mamat Khalid's ONLY. (kutuk la aku tak tengok filem bangsa sendiri but aku hanya tengok filem yang tak membuat aku rasa BODOH)


p/s #1 : Note to Kak Raja Azmi : I rela tengok xxx rated movie than to watch another movie of yours. Sorry jgn kecik hati ya.


p/s#2 : I bukan orang Arab dan tak ada kena mengena ngan bangsa Arab, except I terpaksa belajar bahasa Arab untuk grad and I WAJIB belajar bahasa Arab untuk faham Al-Quran, I realize that now. Its just that those fools use Arabs as a methaphor, and I am pissed off.

*Picture were imported from Mr Mamat Khalid blog . Thank you.

Wednesday, March 18, 2009

My Little Sunshine


5 months old




11 months




Last year

Most recent pic
and today my little shunshine is 2.......
  • Permata Bonda


Kali pertama kutatap wajahmu kasih
Bergenang kaca bening di mata bonda
Betapa besarnya rahmat ArRahman yang mengasihi kami
Kali pertama keningmu kukucup
Bergetar Kalimah ArRahim di bibir
Tak terucap syukur yang melimpah
  • Kasihku,
Betapa besar cintaku padamu
Setiap saat tak berubah malah berganda
Kerana kau lambang kasih Pencipta
Walau dalam kalbu impian ku melihat mu membesar
Walau doa dan pintaku agar kau berjaya dalam hidup
Namun jauh di sudut sanubari, alangkah bahagia melihat mu sekecil ini
  • Betapa gembira jika kau bisa kugendong dan kudukung sentiasa
Sungguh bonda takut melepaskanmu di luar sana
Kerana dunia penuh pancaroba dan badai yang menggila
  • Kasih,
Seandainya aku punya pilihan
Kau akan kupelihara dan kuselimuti setiap ketika
Akan ku lindungi kamu walau dari secebis bencana
  • Kasih,
Namun hidup tak seindah impian
Walau cita-citaku padamu berjuta
Suatu hari ,
Kau terpaksa kulepas pergi , bebas berlari
  • Namun Kasih,
Pintaku agar kau terus mengingati
Sahabatmu mu ini,
Yang menyimpanmu di dalam rahimku,
Yang bersamamu seumur usia kecilmu
Yang menyayangimu seluhur hatiku
Yang mencintaimu sesangup matiku
Kerana kau permata hati...
Selamat Hari Jadi Sayang.....
- 19 Mac,2009
  • ALEESA ILEANA KHADEEJA, adik chuk, baby girl, Icha, Utapam, Shashi, KukuLali and whatever endearments u are called, I love soooooooooooooooo very very much.

Thursday, March 12, 2009

Tagged by Mimi

I telah di tagged oleh Mimi Suzana



Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do.The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.



1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?

Action Packed Movie or Raja Lawak (mungkin dia kumpul bahan untuk pi
Audition tahun depan)



2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?

THOUSAND ISLAND strictly.Salad hanya akan dijamah bila makanan lain
dah tak de atau haram di makan. Kat Mesia ni, he will have salad only in
Pizza Hut (itupun cilok I punya je and only fruit salad) I've seen him having
salad secara terpaksa di Bali & Beijing je dulu. Itulah je adengan dia makan
salad yg diambil sendiri sepanjang aku kawin ngan dia.


3. What’s one food he doesn’t like?
Asam pedas. And aku sungguh bengkek dan tidak memahami kenapa arrggg


4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Sometimes teh tarik, most of the time teh suam and once a while watermelon
juice.

5. Where did he go to high school?

Kat Kulim, Kedah. Boarding School, aku tak sure la beb (bertuah tak aku??)
Yelah masa dia kawin ngan aku dulu bapak aku tak mintak pun resume dia
pe.Kalau dia tak sekolah pun aku nak jugak sebab masa tu chentaaaa gila.

6. What size shoes does he wear?
7 or 6 1/2

7. If he was to collect anything, what would it be?
Caps. Ya, Sungguh Bosan.


8. What is his favorite type of sandwich?
Oh tak favourite sangat la, but he will go for Chicken.

9. What would this person eat every day if he could?
Nasi Kandar. Ni kes kena sumpahan I sebab dulu dia anti kedai mamak.
Setelah dia kawin dgn aku yg musti makan nasi kandar at least 1 kali
seminggu secara wajib, baru dia tau betapa BESTnye makan nasi kandaq.

10. What is his favorite cereal?
Ohhh dia tak makan cereal for breakfast, sorry. Dia cinta pada kolestrol,
apa jadah makan makanan kucing katanya. Tapi dia kongsi makan COCO
CRUNCH ngan anak2 dia macam makan kacang. Kalau ada bukti dia
makan cereal dengan susu seperti orang normal, mungkin episod itu hanya
akan kelihatan jika dia pi membantu pejuang palestin di Gaza.Takde
makanan lain dah masa tu kekdahnya.



11. What would he never wear?
Bra & pink panties definately.

12. What is his favorite sports team?
Man U (uwekkkk poyos), AC Milan & German (world cup)


13. Who did he vote for?
PRU 12???? Oh he didnt vote coz he was one of the appointed committee
untuk memantau perjalanan PRU12 itu hari kat Sah Alam ni.

14. Who is his best friend?
Aku (ha ha bleh???dah aku je yg byk tau rahsia dia OSA and not. Org lain
mampus dia tak bagi tau), Abg Sam, Esmond dan Hidir. Dan aku sentiasa
tersepit di antara mereka.

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Bebels.

16. What is his heritage?
Al- Malayu. More than that aku tidak tau.U see, laki I tak byk cakap, so is
my MIL. FIL undergroung already.So sapa la nak cerita kat aku kisah
keturunan dia. Ataupun depa bosan sebab asyik aku je yang bercakap
wallahhualam bi sawab


17. What is his favourite colour?
Blue. Dulu dia tak de kaler favourite. Aku yg paksa dia suka biru ha ha ha.


18. What is his habit?
Sama ngan hubby Mimi, korek telinga. I bet dialah manusia yg boleh
pegang rekod guiness 'Lelaki yang mempunyai telinga terbersih di dunia' or
the second man , next to Mimi's husband.

19. What is he proud of?

His children

Lastly, do you think he will read this?

Yess, but I kena open my blog and ask him to lah


I want to tag:


1) Kak Naz


2) Mrs Jemain


3) Undomestic Wifey


4) BellaDona


5) Kak Piah