BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 18, 2009

My Little Sunshine


5 months old




11 months




Last year

Most recent pic
and today my little shunshine is 2.......
  • Permata Bonda


Kali pertama kutatap wajahmu kasih
Bergenang kaca bening di mata bonda
Betapa besarnya rahmat ArRahman yang mengasihi kami
Kali pertama keningmu kukucup
Bergetar Kalimah ArRahim di bibir
Tak terucap syukur yang melimpah
  • Kasihku,
Betapa besar cintaku padamu
Setiap saat tak berubah malah berganda
Kerana kau lambang kasih Pencipta
Walau dalam kalbu impian ku melihat mu membesar
Walau doa dan pintaku agar kau berjaya dalam hidup
Namun jauh di sudut sanubari, alangkah bahagia melihat mu sekecil ini
  • Betapa gembira jika kau bisa kugendong dan kudukung sentiasa
Sungguh bonda takut melepaskanmu di luar sana
Kerana dunia penuh pancaroba dan badai yang menggila
  • Kasih,
Seandainya aku punya pilihan
Kau akan kupelihara dan kuselimuti setiap ketika
Akan ku lindungi kamu walau dari secebis bencana
  • Kasih,
Namun hidup tak seindah impian
Walau cita-citaku padamu berjuta
Suatu hari ,
Kau terpaksa kulepas pergi , bebas berlari
  • Namun Kasih,
Pintaku agar kau terus mengingati
Sahabatmu mu ini,
Yang menyimpanmu di dalam rahimku,
Yang bersamamu seumur usia kecilmu
Yang menyayangimu seluhur hatiku
Yang mencintaimu sesangup matiku
Kerana kau permata hati...
Selamat Hari Jadi Sayang.....
- 19 Mac,2009
  • ALEESA ILEANA KHADEEJA, adik chuk, baby girl, Icha, Utapam, Shashi, KukuLali and whatever endearments u are called, I love soooooooooooooooo very very much.

19 comments:

Ida Hariati Hashim said...

Kak Eza,

Cantik le mata dia..i think ikut your eyes la..the eyelashes so lentik gitew..

Ni bila nak dapat adik lagi ni? Hahhaha...

ummisara said...

Desert Rose,

my kisses & hugs for aleesa.

dia dah potong mak dia dah...mak dia masa sekolah memanglah miss universe heheheh

Mimi said...

Happy 2nd Birthday ALEESA!!


Mama Aleesa, boleh kah kita berbesan? ihik..

Desert Rose said...

Ida Dear,

Mak nye dah tutup kedai dik. Tak de harapan lagi dah. ...tinggal impian je lagi

Desert Rose said...

Aunty Edelweiss,

Thank u....well what can I say, ke mana tumpahnya kuah (silalah muntah berjemaah)

Kalau mak dia Miss Uniberse, at least anak dia Miss Malaysia pun ok lah kan

Desert Rose said...

Aunty Mimi,

Buleh sangat la. Sila la sila *sambil dok kira jari, brapa la Najeeb nak bagi hantaran*

Naz in Norway said...

Happy 2nd Birthday, Aleesa!
Eja, I can only imagine how she is in person. Judging by the mother, it will be a riot! :D

mamasita said...

Happy Birthday Aleesa..adik chuk!hahaha
So very comelnya..senyuman lebih manis dari gula2 lollipop laa sayang oi!
Harap2 Aleesa dapat maanyak hadiah dari your darling mummy and daddy kan? hahaha

wanshana said...

Happy Belated Birthday, Aleesa Ileana Khadeeja (Cantiknya nama!!!)

And I also love all her nama-nama timangan, too :)

I'm sure she had a blast yesterday. Bigger celebration this weekend?

Kisses to the birthday girl, please :)

Desert Rose said...

Kak Naz,

*shy la saya* kuang2. Nak jaga anak dara sorang lagi susah dari jaga lembu sekandang org kata, tambah I ada 2...mintak2 la dua2 jadi pedinding neraka macam Rasululullah kata

Desert Rose said...

Datin,

Jgn terpedaya dgn senyuman manis itew....pembuli besar dia kat umah

Kakak nye slalu menjadi mangsa tawanan

Desert Rose said...

Kak Wanshana,
Most of the nama timangan dia yg kurengg bermoral tu diberi oleh my brothers and my Kanda.

Anak i yg sulung they call Ujanjik & Chipuding

Yg second dipanggil Cipudina & Joyah

Suketi deranggg je , nanti they ol dapat anak I akn revenge, yg pasti sorang mesti panggil Cekodot sorang batu maley.Tak kira

Anonymous said...

Hi Desert Rose,

Lawak betul nama timangan aleesa nih. She's so cute, besar nanti musti cun, penat lah nak halau kumbang-kumbang liar....

Mama Huptihup said...

kemarin aku pi umah hg bwk teddy bear kat dia...huhu dia punya la peluk mak tok dia tak mau lepaih..punya la dia takut kat aku haha...sian kat dia...

Salt N Turmeric said...

Happy Belated Birthday Baby Girl! Can pinjam bulu mata or not? lol.

IRA said...

chomelnya...rasa nak picit-picit dan gigit-gigit

Lee said...

Hi Desert Rose, happy birthday to your sunshine. She's beautiful.
Ikut mak dia.
Have fun, kids grow up fast.
You keep well, Lee.

tireless mom said...

Hi Desert Rose

Happy belated birthday to si comel ni, Aleesa. Nanti besar sure cantik macam Alyssa Milano gitu. Mummy bagi birthday present apa?

You are right, wish anak kita stay small and cuddle-able. Really miss those younger times of theirs. Make full use of it.

kakpiah said...

suwitt nyer anak ko...

bleh masok senarai menantu aku nih..

hikhikhikhokss!!

lebih kurang jer besday dia ngan Shinbei.. Shinbei, 14 march :D

hepi belated besday Aleesa!