BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 29, 2009

Bersyukurlah kita

  • Kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipilih menjadi orang No-2 dalam parti, bermakna Tan Sri juga akan dipilih menjadi orang no-2 dalam Negara.


Saya sangat-sangat mengkagumi ketokohan Tan Sri yang pada kaca mata saya , rakyat yang marhein (dan tidak pernah mengundi *matila aku*) adalah seorang Tokoh yang berwibawa. Beliau berjaya mengekalkan kerusinya dalam Pilihanraya di kala ramai rakan sejawatan tewas dan rebah. Beliau juga meninggalkan track record yang cemerlang dalam semua portfolio yang pernah diterajui, tanpa perlu mencanangkan kerja-kerja beliau dengan bongkak dan sombong.

  • Beliau pada saya seorang pemimpim yang sederhana. Tiada kontroversi untuk disensasikan.

  • Kerana pada saya, ketokohan dan keperibadian seseorang pemimpim itu menjadi satu kayu ukur dan sebab untuk menjadi mangsa gossip (fitnah katanya). Keperibadian seseorang pemimpin itu sendiri yang membuka ruangan untuk dirinya menjadi sasaran kontroversi. Jika dia seorang yang mulia, tinggi budi pekerti, tiada orang yang sampai hati nak buat fitnah melainkan orang yang sungguh rendah moralnya.Allah pun pelihara orang-orang yang baik.

  • Kerana isunya, bukan sejauh mana kebenaran gossip yang diperkatakan tapi sebab musabab yang menimbulkan cerita-cerita yang jelik begitu di persada media dan cakap-cakap orang.


    Bersyukurlah kita kerana tak pernah lagi kita dengar Tan Sri dikatakan terlibat dengan sebarang letupan atau pun menjadi Menteri Simbol sex , yang hilang akal dan kewarasan sehingga sendiri main sendiri rakam dengan harapan sendiri mau tengok tapi waaaaa sume olang sudah tengok.Ada yang sanggup bawak lari Tuan Puteri Kayangan kerana chentaa yang suci. Ada plak yang suka sangat bunga di taman orang.

  • Bersyukurlah kita kerana kita akan ada seorang Timbalan Perdana Menteri yang baca dalil Al Quran dalam bahasa Ia diturunkan dan bukan sekadar baca terjemahan sahaja yang ditulis oleh penulis ucapan.

  • Bersyukur kerana punya bakal TPM yang sangat menghargai isteri beliau, menghormati dan menghargai pengorbanan isteri dan he made the whole world mendengar penghargaan beliau kepada Puan Sri.
  • Bersyukurlah kita kerana bila kita melihat Puan Sri, kita akan terpandang seorang wanita yang anggun semulajadi , graceful and down to earth tanpa perlu memakan tempe dengan kadar melampau untuk kelihatan seperti hot air baloon.
  • Bersyukurlah kita kerana bakal mendapat TPM yang begitu berkaliber dan disegani dan beliau fasih berbahasa omputih tanpa perlu membuat sidang akhbar untuk membuktikan kepada rakyat bahwa beliau adalah lulusan Sekolah Omputih dan semestinya beliau pandai cakap omputih. Mungkin beliau telah kehilangan Sijil Berhenti Sekolah beliau, kalau tidak sudah pasti kita boleh menatapnya di dada akhbar-akhbar.
  • Bersykurlah kita kerana mendapat No 2 yang yang begitu.Kerana pada pendapat saya pemimpin negara yang baik dan cemerlang adalah pemimpin yang dapat memimpin keluarganya dahulu dengan cemerlang sebelum memimpin rakyat.
  • Bersyukurlah kerana orang no 2 sangat dekat dan lebih dekat dengan rakyat sebab No. 1 sangat sibuk.Dan No. 2 kita Insyallah sangat boleh diharap.
Fanatiknya saya kepada Tan Sri tidaklah membuatkan saya ahli UMNO yang setia (kerana saya menjadi ahli Puteri UMNO secara paksaan mental yang lebih teruk daripada mangsa kekejaman Nazi dan Jepun di zaman perang dahulu - iaitu dipaksa secara kejam oleh seorang saudara kandung saya sendiri yang mempunyai jawatan dalam Puteri, dan saya dapat merasakan saya turut mengundi secara batin ketika Pemilihan baru-baru ini walaupun secara fizikalnya saya tidak pernah menjejakkan kaki saya ke situ - RAHSIA). Saya juga fanatik Tun Guru Nik Aziz, tetapi saya juga bukan ahli Muslimah PAS yang sejati. Saya juga adalah peminat (yang suatu ketika agak fanatik) DSAI, tetapi saya juga bukan ahli KEADILAN.
  • Kesimpulannya, saya menghormati ketokohan seseorang pemimpin itu melalui keperibadian beliau dan bukan partinya.
Saya adalah perosak undi ketika pilihanraya kampus sedekad dulu kerana saya mengundi dua kali, disebabkan kelemahan saya sebagai seorang wanita, saya tak sampai hati mengecewakan rakan-rakan saya yang siuman berpolitik (mereka tidak gila). Kerana poilitik kampus di zaman itu dibayangi dua parti sahsiah yang terbesar di Malaysia, satu parti di wajahmu kulihat bulan yang satu lagi parti yang mara untuk rakyat Malaysia. Hakikatnya saya baik dan rapat dengan kedua-dua perkumpulan itu dan kedua-dua calon mempunyai ketokohan yang sama. Jadi saya akan menjadi separa siuman sekiranya saya mengundi salah seorangnya.
Penyakit itu berakar umbi di dalam urat saraf saya sehingga lah Pilihanraya 8 Mac tahun lepas. Saya tidak boleh memilih kerana saya mempunyai masalah dengan pilihan. Saya tidak suka pilihan, selalunya orang yang memilih untuk saya atau saya akan ambil kesemuanya yang ditawarkan kepada saya.Sebab itu saya memilih untuk tidak mengundi langsung. Keji kah saya??? Sekiranya tuan-puan tahu betapa dilemmanya saya kerana calon yang seorang adalah seorang Ustaz yang sangat berkarisma dan sangat saya hormati, tapi yang seorang lagi adalah seorang rakan baik kepada keluarga saya, yang juga saya hormati. Yang menolong ayah saya mendapatkan geran tanah untuk dusun duriannya yang hasilnya saya telan hampir selori??? Mana mungkin saya tidak memangkah beliau. Bagaimana saya nak menghadapi beliau bila beliau datang ke rumah saya makan laksa tanpa merasa bersalah?? Ya undi adalah rahsia. Akan tetapi saya adalah seorang yang tidak pandai berpura-pura, rasa bersalah saya akan dengan sendirinya terzahir dan beliau pasti tahu akhirnya.
  • Saya pun tidak tahu bagaimana untuk mengakhiri entri ini tapi saya harap agar tidak ada di kalangan tuan-puan yang membuatkan saya disillusioned sekali lagi kepada Tan Sri sebagaimana saya telah dinyahilusi kerana Keanu Reeves.
  • Hidup Tan Sri.

Err I reserved my comments against our no.1 because anak2 saya masih kecil2 lagi dan memerlukan saya dan saya tidak bercadang untuk menukar alamat ke Kamunting untuk 2 tahun.

7 comments:

ummisara said...

Cik rose..
aku suka...aku suka...hahahhahha.
tapi kan lepassss habis membaca aku terpikiaq...sapanya org yang mai makan laksa kat ghumah hang tanpa dijemput? famouskah dia masa aku masih disana?

tapi hang pangkah for the last election??? dan aku tau sapa ahli jawatankuasa puteri yang paksa hang...aku maapkan hang kahkahkahkahkahakhk

Ibu Adam said...

yay!! hidup tan sri. first time tengok gambar bini dia..santeekk ya?

Aku pun Puteri juga..kena paksa juga oleh WANITA terkuat dalam famili.tak ikut kang derhaka.....hahahahah...

tireless mom said...

Wah... boleh tahan politikus nya you ni eh. You know this theory about Rahman, which ends with Najib? After Rahman, it will start with Mahathir, which M stands for Muhyiddin. Betul or coincide, wallahualam.

Lee said...

Hello Desert Rose, regret not familiar with politics, so will just say hello...you keep well, and best regards, Lee.

Desert Rose said...

Pn Edel,

Tau tak pa, la ni kalau balik SP ka, Penang ka, berhati-hati kot2 jumpa dia tengah jalan dia bagi borang kat hg ok...aku tak dpt menulung mu lagi


UW,
Ha ah , kita ni buruh paksa la kan.

Desert Rose said...

Kak Yatt TM,

Pernah dengar, tapi siapakah "A" selepas itu??? Ahamad Zahid Hamidi??? ok lagi tapi "M" selepasnya??? Adakah Mohamad Khir Toyo atau Hamid Albar? Ohhhh Tidakkk akak jom kita berhijrah

Desert Rose said...

Lee,

Better dont, if u wish to stay healthy . Tq & good day