Ya Rahman
Ya Rahim
Syukur Ya Allah, atas setahun lagi usia ku hari ini
Betapa aku hidup dalam ihsan Mu
Setiap nafas yg ku hela adalah kurniaanMu
Setiap langkah ku adalah kudrat kurniaanMu
Betapa banyak pula nikmat Mu yg serasa tiada layak untuk kuimpikan
Terlalu banyak pula anugerahMu yang tidak ternilaikan
Kau jadikan aku anak yang bahagia pada ibu bapa yang tiada duanya
Kau jadikan aku kakak yang gembira pada adik adik yang mesra
Kau jodohkan aku dengan insan seistimewa dia
Kau kuriakan dari rahimku butiran permata yang sanggup kugadaikan nyawa
Kau kurniakan aku rakan taulan yang sehati sejiwa
Kau berikan aku segalanya,
Ya Allah, sesungguhnya tiada layak untuk ku hambaMu yang nista meminta-minta
Tiada lagi hadiah yang kudamba,
Kerana aku sudah punya segalanya untuk bahagia
Kerana di setiap hari lahirku Kau telah anugerahkan Syurga.....
Tuhanku, aku tidak layak untuk SyurgaMu,
Tapi aku takut api nerakamu
Ampunilah segala dosa-dosaku Ya Allah
Bantulah aku menjadi hambaMu yang lebih baik dari hari semalamku
Berilah aku petunjuk dan HidayahMu Ya Allah
Janganlah kau palingkan rahmatMu dari kami........