BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 24, 2009

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ya Rahman
Ya Rahim
Syukur Ya Allah, atas setahun lagi usia ku hari ini
Betapa aku hidup dalam ihsan Mu
Setiap nafas yg ku hela adalah kurniaanMu
Setiap langkah ku adalah kudrat kurniaanMu

Betapa kerdilnya aku tanpa belasMu Tuhan
Betapa banyak pula nikmat Mu yg serasa tiada layak untuk kuimpikan
Terlalu banyak pula anugerahMu yang tidak ternilaikan
Kau jadikan aku anak yang bahagia pada ibu bapa yang tiada duanya
Kau jadikan aku kakak yang gembira pada adik adik yang mesra
Kau jodohkan aku dengan insan seistimewa dia
Kau kuriakan dari rahimku butiran permata yang sanggup kugadaikan nyawa
Kau kurniakan aku rakan taulan yang sehati sejiwa

Kau berikan aku segalanya,

Ya Allah, sesungguhnya tiada layak untuk ku hambaMu yang nista meminta-minta
Tiada lagi hadiah yang kudamba,
Kerana aku sudah punya segalanya untuk bahagia
Kerana di setiap hari lahirku Kau telah anugerahkan Syurga.....

Tuhanku, aku tidak layak untuk SyurgaMu,
Tapi aku takut api nerakamu
Ampunilah segala dosa-dosaku Ya Allah
Bantulah aku menjadi hambaMu yang lebih baik dari hari semalamku
Berilah aku petunjuk dan HidayahMu Ya Allah
Janganlah kau palingkan rahmatMu dari kami........

21 comments:

Hazrey said...

Tahniahlah sebab diberikan sehari lagi kehidupan. Dah 43 ehh?

Dan jangan lupa:

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, berikanlah kepada kawanku ini lidah yang lebih siuman agar tidak melukakan hati kawan kawannya seperti aku, Ya Allah.

Amin.

Hepi bird-day - may you get a nice big birdie tonight.

ummisara said...

Rose...

chek doakan semoga hang panjang umoq, murah rezeki dan bahagia insyallah...

tersentuh hati chek baca entry nih...indah sungguh kata-kata yang hang ungkapkan...

thanks for being a gud shoulder to cry on dear...dari dulu sampai laaaa nih. i luv ya

Desert Rose said...

Hazrey, Timakasih yg tak terhingga...tapi .....porachit , uttar pradesh la ko, 43 tu kao bukan aku, aku maintain 25 sampai bila bila hokays.
Oh n about big birdie, oh I always get it in advance ...

Edel,

Timacih beb. Tq for being a great fren always n forever. I lebiu very much also.

Mimi said...

Kakkkk..Happy Birthday 2 u..happy birthday 2 u..happy birthday 2 u..happy birthday 2 u...ok..abih dahh..

semoga panjangumur and dimurahkan rezeki..ameen..

ummisara said...

lupa plak cik rose...

kalu rasa-rasa nak tengok gambaq supermodel lah kan...pi lah blog chek!!!!

mamasita said...

Happy Birthday! You are already such a happy lady..may you continue to be happier than ever and May ALLAH SWT bless you with continued good health and great prosperity in life always!

Waah Hazrey! Ahhhemmm!!

Ida Hariati Hashim said...

Kak Eja,

HAPPY BIRTHDAY TO YOU and many happy returns..:)

I pun aminkan doa'-doa' you, ok..stay hot!

Naz in Norway said...

Eja,
Aminnnn...
Happy Birthday and take good care of yourself! :)

Ibu Adam said...

Aminnnnnn

wanshana said...

Amin...Insya Allah :)

Wishing you the happiest birthday ever. Semoga panjang umur, murah rezqi and may your life be blessed with all good things in life.

Take care!

Mama Huptihup said...

hepi besday to u!! moga tercapai apa yg dihajati...hg la sepupu aku yg paling aku sayang tau..walaupun kkdg kepala hg byk keras wooo haha...

Anija, said...

hepi besday makcik.. tahun depan punya besday gift hang mintak la nak pi NZ kat kanda hang..

Sha Abdullah said...

hepi belated besday..semoga hg menten vogue,jelita,kaya n semoga bertambah2 anak jd berdozen2..

Anonymous said...

Salams.. Happy Birthday kak Ija.. Sanah Helwah..

kak ja said...

Hepi bday, DR!! Semoga terus kekal hepi bahagia aman rukun damai hingga ke akhir hayat..

Waterlily said...

Happy belated birthday! Wish you great health, happiness and success always..!

tireless mom said...

Amin amin yarabbal a'lamin.

Happy belated birthday my dear. Sorry tertinggal boat.

Lee said...

Hi Desert Rose, just popped by say hello.
Hope this finds you well and having fun. Best regards, Lee.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

selamat hari jadi DR
tak kira lah berapa umuq hang...tu cuma nombor jer....semuga panjang umur dan murah rezeki...dan happy selalu....(((muarghh))))

IRA said...

happy belated birthday kak :)

happy2 slalu

Hazrey said...

Desert Rose (read: mulut jahat): celebrate 365 hari ke birthday? Kayalah tokeh jual kek dengan bunga. Patutlah federal highway dah kurang bunga... ermm.. kena siasat ni..