BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 8, 2009

Minggu yg Cipan

Episod yang cipan bermula on Sunday.Came back from SP, raining all the way. To my dismay I got a massive headache ever. Terasa seperti ada landak yang cuba nak mengeluarkan diri daripada otak...imagine that.And the traffic jam on the North-South Hiway adalah seperti esok nak Raya, atau tiada esok lagi, sangat membarakan. I almost vommitted due the severe headache. Tido2 ayam pun tak boleh. It took us 7 suffering hours to get home.If naik flight dah sampai Jeddah dah.
Monday mornin' woke up with the same headache that refused to leave me..adakah??? I suspected that it was a migraine since it had for once become my middle name in hi school...sungguh hangsuah mempunyai rakan taulan yang suka mengeji walaupun prihatin , kan Pn Edel.But I had not been attacked since almost 10 years ago kot. So text my boss and my staff, took a synflex and dozz off again and was awaken by another tragedy, kegatalan abadi ohhhhhhh dosa ngan laki ke ngan ibu ni, sampai begini skali. Amalgamation of migraine attack and allergy adalah satu penggabungan yang tidak sesuai, jahanam dan jahanam. In between ko dah mengantuk bahana synflex itu , kena pulak menggaru-garu di sana sini, argghhhhhh , cipan yang kedua.Sleep half day thru tanpa mengetahui siang atau malam setelah menelan 3 butir zyrtec , hah hambekk. Alhamdullillah masih hidup.
Drag myself to office. Itu headcahe sangat chenta padaku, tamau baik2. On the way back, my car got hit on the back....CIPAN yang paling cipan....
And it was a boy, timid looking boy yang repeatedly mintak maaf ngan I. Haloo maaf je ke dikk?? Keta akak ni kemek benyek hokays and I yang bijak tamau pakai safety belt, telah terhantuk di steering keta. Berpinau pandangan. Lenyaplah cita-cita I yang suci untuk balik dan tido lagi untuk 11 jam berikutnya.
Dah la plak budak tu baru dapat lesen 3 bulan je, kalau pegi report, I pun malaslah nak fikir apa consequence dia dengan Jabatan Pengangkutan Jalan later on. Kesian pulok melihat mukanye dah pucat lesi.Dah plak dia buat aksi tepok2 dahi bila tengok namecard I, mungkin dia fikir dalam2 banyak2 kereta kat Shah Alam ni, kenapalah aku langgar keta minah ni....Macam la apa sangat. Kot la I ni ketua Pengarah Traffic ke apa kan. Last2 terpakasa lah roger Kanda jugak. Tidak, saya bukanlah seorang perempuan yang bergantung harap pada lelaki semata, akan tetapi, saya malas nak fikir, lagipun apalah gunanya berlaki.
Nenong-nenong ding dong, kata sepakat telah dipersetujui, so we took the boy to the workshop untuk estimate kerusakan keta I tersayang. Just to let him dengar sendiri angka yang bakal diletakkan oleh Uncle Tommy itu, balik cakap kat Mak dia. It was RM400 saja, alhamdullillah. Harga sedara ...(puihh adakah logik aku bersaudara dengan Thomas Marimuthu?)
Next day, sakit bertambah teruk, dan bertambah manja. Mesti lah kan, dah la sakit, accident pulak tu. Went and see Doc Shahirah, got 2 days MC dah kena tazkirah plak ngan Pn Doctor. Ada ke dikatanya I stress sebab keja? Mana ada stress, aku boleh berblogging lagi bagai taime keja hapa.
Ok, yang paling cipan gergasi sekali ialah, the mother of that boy called and mencuba untuk tiow I ....akak sorry lah sangat ...I ni kan stress kata doctor, akak buat pulak cubaan untuk mengcornerkan saya....sampai hati akak
AKAK : Ni rasanya macam dua-dua salah ni
Apakah?????
I : Kak, saya tengah berenti masa tu, tgh tunggu turn masuk round about, anak akak yg hentam blakang saya...celah mana pulak saya salah?? Kalau dua-dua salah saya dah gi report polis dah. Ni sebab kesian kat anak akak tu yang saya settle cara ni.Cuba tanya anak akak, dia pun tau salah dia.
AKAK
: (Tone down sket) Tulah budak2 ni baru dapat lesen merempit je kerja. Macam nilah, tak buleh kurang ke?
I
: Kak, bukan saya yg letak harga, mechanic tu yg cakap, anak akak pun dengar sekali. Akak boleh call la India tu, name card pun ada dia bagi. (Malasnye aku nak bercakap, kalau la I ni pandai ketok sendiri keta tu mesti la I dah bukak workshop).
AKAK : Akak dah kat bank ni, kalau boleh kurang akak nak bank in terus , kalau tak boleh akak kena tunggu husband akak la, dia outstation pulak
. (Ohhh yea kak, akak ada kad SOGO tak or adakah akak J card member??? Kalau ada saya boleh bagi 70% percent diskaun . Or kalau akak ada kad enrich saya boleh bagi beribu point percuma untuk akak boleh redeem ticket ke Guatemala).
Tambahan
AKAK : Dah la akak ni kena bertanggungjawab perbuatan anak akak (seriyes dia cakap macm tu...yelah kak, takkan lah kita nak suruh Ketua Setiausaha Negara pulak yang bertanggungjawab kan. Yang akak bagi keta kat dia tu bertanggungjawab ke sangat?)
Ala comelnye akak tu, bukan lah I ni tak berhati perut... tapi kalau saya turutkan hati saya yang lembut dan mudah kesian kat orang ni, saya pulak la yang merana.
Lagipun keta akak tu hanya orang yang berkemampuan saja yang boleh beli, siap bagi anak yang baru dapat lesen pakai pulak tu, jauh pulak tu lagi.
I : Ok lah akak, akak tunggulah husband akak tu balik ye....
And until today , dia belum tipon2 lagi, lamanya laki dia outstation ye. Keta I pun dah siap digodek oleh Uncle Tommy.
Tunggulah esok lusa, kot2 ada sinar harapan di hujung talian. Kalau tak call jugak, sorrylah kak , saya terpaksa report polis. Menjejak orang ni memang kepakaran saya. So, tolong masak lebih seikit mulai esok, mana tau saya akan jadi tetamu akak kan.

14 comments:

Mimi said...

cipanzee tul la nak diskaun bagai..lama pulak laki dia o/station..jgn2 dia xmo bayaq kt hg kak..(ni aku tuang minyak..hihih)

hg dgn lyana sama kuat noo migraine..sungguh dasat perumpaan bagaikan landak nak keluaq dr kepala..uih..takut aku okeh..aku imgagine mcm ceta Hell Raiser..hoho

ummisara said...

cik rose...

aku dari simpang pulai masuk jalan biasa lah konon nak pi bidor..makan capati sedap kat sebelah kiri [menghala ke KL]...sebelum sampai kem PGA kat bidor sudah jammm! nak meletop kapla aku, kebasnya bontot aku! adoiiii. dah lah aku dari kelantan via loging ke Cameron ke simpang pulai...jauh tuhhhh! azabbbb! capati tinggal capati...lepas jam tuh terus masuk highway kuar tanjung malim pi umah mak laaaa wei. dari situ ke umah aku cuma 45 mins jadik 2 jam! balik, terus titun

betoiii...memang kami mengumpat pasai migrain tuh...hahahah masihkah kau ingat??? kami berlari-lari...di tepi padang..mencari jaswant singh...hang pulak migrainnn!!! kekekekkekkekek

releks....tidakkah panggilan phone aku masa hang tengah migrain tuh meredakan sakit kapla tuh? atau mungkin menambahkan??? kekekkekek

ok babe..c ya

julie said...

Sian ko rose, dah la kepala nak meletop, keta pulak kena hentam. Ala-ala jatuh menghentam tangga.

Aku doa kan semoga ko berjaya menjejak kasih dengan akak tu.

kak ja said...

Sudah jatuh ditimpa tangga, terpijak kaca, kaki terluka, hati melara..

Kesian Rose... Tuhan sj nak uji tu.. Dia syg Rose..

Mama Huptihup said...

haha silap la makcik tu nk mnta diskaun...dah baguih la hg tak repot polis, gelapkan masa depan budak tu..haaaa baru la...

mamasita said...

Cipan? Is that the word? Orang lama macam I baru kenal that word! hahaha

Hoi..agree..memang minggu cipan for you..tapi ikut pepatah Oldstock ye dearie..unfortunate but still lucky..hehe

And you boleh cerita dengan cara yang melucukan! Who can beat that??
O oh..cousin you LM kot! hahaha

kay_leeda said...

Wooo...cipan tahap gaban nih!! Sib baik akak tau pekebende nyer "cipan" nih :) Migraine ni have to pantang lorr. I have migraine too. Nak-nak bila time "best friend" mau jumpa tiap bulan tuh. Rasa nak hantuk kepla beb!!

Stess is a definite migraine trigger. So relax-relax lah sikit okay.

Hope anak mak yang hantam kete you tu dapat scarry nightmares of you mari tuntut hutang. Nak agak nyer dia menapak mai settle kot!!

Hazrey said...

the conclusion is selepas aku baca beberapa kali (aku malu nak cakap berapa kali, nanti kau gelak, aku terpaksa saman kau) ialah:

ANAK AKAK TU LUPA NAK TUNJUK KAD KAU KAT MAK DIA. Errr.. marimuthu sure dia bagi.

Tu diaaaaaa...

Aku ada ubat untuk migraine ni sebab aku pong selalu kena, tapi sebab kau lauyar kan, ermm mana boleh bagi free, bukak file jek nak kena beratus, belum bukak mulut lagi. So chargeable lah cik lauyar. Lagipun kalau tak buat duit dari kekawan, saper lagi kan. Musuh mana ada beli barang dengan aku. Tul tak? Angkat tangan kalau setuju.

kakpiah said...

senang lak ko dpt mc? sampai dua hari lak tu..
nih yg aku jeles nih..
aku slalu gagal jer...
kenkadang walopon saket aku sanggop korbankan coti dr ngadap doktor..

Anija, said...

just tell that kakak, "u kiss u pay.." :p

Desert Rose said...

Mimi,

Ye aku suka perktaan tu, cimpanzi, adalah gabungan mulia-keji kan, kalau mg tak bayaq cipan, cimpanzee akan berubah menjadi sejenis binatang yg haram dimakan plak kan.

p/s : Mg aku makin terbakar dgn kata2 hg Mi, jom kita pi bakaq umah dia plak


Pn Edel,

Tah sampai bila la hiway tu nak jem, tu la antara faktor yg memalaskan aku nak balik sp ngan keta.

Juls,

Tulah, kena hempap ngan cipan plak tu. Aku pun harap mak & anak tidak dipengaruhi bisikan syaitan la.

Kak Ja,

Btoi, I bersyukur sangat2, tak jadi apa2. And I pasrah la kalau mg tu bukan rezeki I , kot la ada silap kat mana2. Tapi I ralat l ngan sikap Akak tu, tak baik tau ajaq anak berbuat jenayah. I dok kol depa sampai la ni depa tak jawab Kak Ja.....


Lyana,

Dia tau la nasib dia nanti....walaupun aku tidak kaya, aku tak pot la duit tu, tapi aku bengkek sebab perangai mcm jemaun

Datin,

Cipan digunakan sebagai metafora sebab, ia mempunyai expessi wajah yg sayu, dua, warna dia pun itam putih, melambangkan gloomyness, satu lagi ia adalah species terancam yg sentiasa hidup dalam ketakutan.

Alhamdullillah I ok....tapi u rasa tak mcm wayar I makin byk putus bcoz of d accident??? Lemme know k.

Kak Kay,

Tulah pasai, biaq pi asal dia pejam mata nampak muka I, di mana2 pun nampak muka I, lama2 bonkers bdak tu ha ha ha. I bukan nak berkira bab duit sgt Kak, tapi trsayat ngan perangai Akak tu n anaknya, tabaik tau.


Abg Hazrey terrrrrrsayang,

Boleh ke percaya ubat yg dijual oleh paparazi sepertimu???? Aku tau lah ko stokis Kopi Janda terbesar kat Johor kan....Aku ni loyar buruk@loyar kebajikan je.

Piah,

Kalau hg pi klinik , pakai gencu merah menyala, perfume Lancome, eyeshadow MAC rona roni, jgn kata doctor, tok bomoh pun tak bagi MC.
Cuba buat muka cipan yg jelita....tentu dapat. Tak pun hg batuk2 je tak berenti-renti sampai tak leh cakap, bukan takat MC, ngan sijil kebenaran mengkubur skali dia bagi hg okay....

Nija,

Uihhh kalau dah reti bahasa tu reti2 la kan....

Ida Hariati Hashim said...

Kak Eza,

Melampau betul mak budak tu kan..i think baik u p jejak kasih dgn dia and ask for your rights, melampau lah mcm ni..(aku pulak yg naik hangin!)

Hazrey said...

Aku suka penggunaan terrrrr yang amat banyak 'r' nya. Seronok sebab ada perasaan tak sengaja di situ. Terima kasihlah. Hahahah..

Kopi Janda? Aku jual kopi duda lah.

Kalau kau lauyar kebajikan, tak semestinya aku kena buat kebajikan kat kau. Tul tak? Terima kasihlah kerana faham. Takper, aku tak charge untuk explanation ini. FOC. Kira macam pro-bono lah.

Salt N Turmeric said...

Eja, sorrylah i lama tak blog hop. So apa citer case kereta tu? Did she pay you? Kan ke you kena buat report within 24hrs? Lepas tu diroang tak layan dah. I hope you already got your money back.