BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 29, 2009

FANTASIA BULAN MADU

Entry I malam tadi mendapat sokongan padu dari kawan-kawan budiman, thank you sume, I luv u all.

Except sorang bapak ni la, dia bantai gelakkkk kepada cita-cita I yang suci murni itu, seb baik dia dok jauh kat Johor, kalau tak, lajuuuu je kena penampar Jepun aku tu. Kongajaq.
Buat bapak gula-gula, ko tunggulah aku transform jadi Megan Fox besok, ingat aku nak ajak ko jalan-jalan? Tak level ok.
Jadi especially untuk Mimi dan Kak Puteri I dengan rendah diri buat posting ini *sambil membongkok sebab saya agak tinggi jugak tak la rendah sangat*
Untuk kawan-kawan saya yang baik hati marilah kita angkat tangan masing2 dan berdoa ye supaya pompuan dalam gambar di bawah iaitu saya :-



hujung tahun lepas



pertengahan tahun ini



hari Selasa lepas

Of courselah gambar semua dari paras leher ke atas kannn, berani ke I tunjuk vital statistik I yang meletoppp tu, tsunami satlagi. Belum kena jotos ngan laki lagi tuh sebab bercamwhore kat sini plak.
Ok kita sambung doa kita tadi, mudah mudahan masa bulan madu I nanti I sempat lah jadi macam kakak I Kate Winslet ni ke.


Kakak I ni ok, kalau tak u all ingat mana I dapat nama Rose? Rose Dawson la, Titanic ok



Paling2 cenggini pun syukur Alhamdullillah



Atau macam akak ni ke



Tapi kalau I jadi macam ini, I buat kenduri capati untuk U all kat Mamak


Harap maklum, yang I maksudkan adalah BODY seperti mereka saja, bukanlah rupa paras, tu tak boleh, mengubah kejadian Allah. Redha jelah muka penyek macam ni asalkan body mantap.

Tapikan, tolonglah jangan doa banyak2 kali sangat sampai I jadi hantu jerangkung macam ni, nangess En Kanda tengok I jadi mcm ni, mana nak buang semua wondebra and wacoal I tu


Atau begini, Nauzubillah...apalah gunanya ada bofren Harisson Ford pun kalau rata macam padang bola, tadak bonggol langsung


Dan harapnya janganlah I berakhir begini, tentu-tentu En Kanda simpan I dalam almari saja, 'skeleton in d closet' kan.


Tunggulah ye, dateline terdekat ialah seminggu sebelum puasa, iaitu Anniversary I, (I tau u all semua tengah menggeleng -geleng kepala, tak mungkin2 tak mungkin, tapi sila simpan je dalam hati ok, jangan kecikkan hati I, tak baik)
Kalau tak jadi juga I bagi diri I grace period or extension completion date sehingga Raya Puasa.
Kalau masih gagal, nilah saja kali terakhir saya berdiet sehingga akhir hayat nanti.

Tuesday, July 28, 2009

Hobi baru saya

Saya ada hobi terbaru sejak sebulan lalu, selain bermeditasi (kata ganti nama yg lebih seksi untuk TIDOR), baca buku dan berjalan.



Benda ni saya discovered a few days ago yang ianya boleh dipanggil hobi sebab I enjoyed doing it during my free time.



Iaitu, tengok buku resepi dan blog kawan-kawan blogger yang pandai masak, Salt n Tumeric, Kak Ezza, Waterlily, Julie (mencik ar sama ko, ngencess aku di sini), Tijah, Zaighta,Kak Yani, Edelweiss yang dah pandai buat cuppies.

Jangan salah faham, hobi terbaru I bukanlah memasak, nahe, no way Jose. I 'terpaksa' memasak ye bukan suka. A huge different there.

Hobi terbaru I adalah tengok gambar makanan and drool on it. Itu saja.

Itu saya namakan 'Virtual Eating'.

Lepas tu saya kenyang . Siriyes.

Kedengarannya agak aneh dan gila. Tapi pada yang mengenali Desert Rose , memang tau saya memang suka buat benda pelik2 dan merepek.

Sebabnya puan-puan dan tuan-tuan, saya sedang DIET secara sangat2 sangat SERIUS.

Julie Samani cakap diet is Die with T....

Tapi nok, fyi, bila pernah dalam hidup aku, aku tak diet, masa pregnant je aku mentedarah macam tadak esok.
Masa belajar di U dulu, makanan ruji saya adalah ikan talapia, sayur-sayuran dan kuah laksa, EVERYDAY. Masa tu I berpatah arang dengan nasi, siapa nasi??? Tak kenal.

Tapi azabnya, setiap kali nak bayar harga makanan, mesti punya abang kantin akan bertanya dengan suara yang maha kuat "nasi tak ada ye dik??" walaupun soalan beliau adalah ikhlas, saya tetap rasa nak memberi pelempang di kiri dan kanan muka beliau, lebih lebih lagi jika ada abang senior yang hensem yang saya dambakan beratur di belakang saya.

Jadi saya akan either cakap "Sorry??? Whatt???" (buat muka blurr dan tak paham) or "Nasi? What is nasi?" Oleh kerana saya belajar di universiti yang bertaraf International, saya ada priviledge untuk berbuat demikian. Maka abang kantin tersebut yang akan merasa bersalah kerana mungkin beliau merasakan saya adalah pelajar Sakai dari Zambia atau Maori atau orang Asli Galapagos , pokoknya dia mesti ingat saya International Student.

Kawan-kawan saya tolong muntah untuk saya sebab depa yang tak lalu tengok menu saya hari-hari. Sedangkan saya bersyukur dengan rezeki yang saya dapat. Sebab itulah saya boleh pakai jeans Levi's dan baju Sommerset Bay atau British India dengan duit poket yang bapak saya bagi untuk MAKAN. Itulah hikmah di sebaliknya.

Semasa dalam hidup dalam kepantangan yakni confinement, saya hanya makan oat, biskut jacob hi fibre dan buah oren sunkist.
Selepas itu, kadang-kadang sangat saya makan nasi.

Kalau orang lihat menu saya, pasti orang akan membayangkan oh mesti saya adalah gorjes , bodacious dan voluptious macam Beyonce Knowles ataupun kurus melidi macam model-model Janice Dickinson


HA HA HA......totttttt wrong answer. Saya adalah tidak begitu. Hanya buah-buahan saya sajalah harta saya yang mampu membuatkan Kate Moss dan Gwneth Paltrow nangess, tapi montot saya adalah leper macam dulang pizza.Dan di antara buah-buahan dan montot itu, saya menghadapi masalah yang hyper kronik setelah saya dah 3 kali beranak, ceaser kesemuanya pulak tu.

So, saya dah buat kesimpulan bahawa ada orang yang telah sihirkan saya supaya susah untuk kurus dan maintain kerana dengkikan saya, dan orang itu telah pun mati. Jadi dia dah tak boleh buang ilmu sihir tu. Saya pun terpaksalah redha dengan ketentuan itu. Bukan begitu Edelweiss???
Hakikatnya seluar slack saya adalah saiz L sebelum berdiet dengan gigih sebulan nan lalu dan jeans saya yang bersaiz 29 pun seolah macam legging dan yang saiz 30 itupun nampak macam seluar pinjaman. Jadi, sebelum saya muat pakai seluar jeans En Kanda yang bersaiz 36, lebih baik saya buat sesuatu kepada diri saya.

Saya memang suka menyiksa diri saya bila saya berdiet.

Contohnya, beli baju yang impossible muat dan sangat cantik serta gantung di pintu bilik supaya hari-hari saya akan nampak baju tersebut. Seminggu sekali saya akan cuba pakai baju tersebut sehinggalah saya akan muat memakainya.
Saya ada 4 helai baju yang saya namakan 'tester'.
Untuk siri diet kali ini, saya masih belum lagi beli baju tester, tapi saya membayangkan evening gown di butik sebelah TGV di Jusco BBK. Bukan butik ModernMom yang jual pakaian mengandung tu ye Kak Ezza.

Apa sakit otak ka aku nak beli evening gown??? Nak pakai pergi mana mak cik??? Lyana Mauseth mesti tanya punya soalan ni.

Biar saya jawab k, bulan depan adalah 10th wedding anniversary saya dgn En Kanda.

So I dah beli tiket to somewhere to surprise him. Even book a candle lit dinner in a posh restaurant (tapi booking guna credit card dia buleh?????, so I have yet to find out which one yang lagi surprise kepada dia, him seeing all the surprises I had for him or him seeing his credit card statement ha ha ha mari evil laugh berjemaah dengan saya)

In fact I dah terbocor rahsia ni kat Kak Shana long time ago, I dunno whether she remembered.

Memandangkan saya adalah seorang individu yang sangat positif dan gigih....saya akan terus berusaha dengan bersungguh-sungguh to fit into that dress in time.

Jika saya berjaya, saya akanmembuat posting mengenai sambutan anniversary tersebut dengan gilang- gemilang. Akan tetapi jika saya hanya buat posting ala-ala ucapan sahaja, tanpa sebarang gambar diri saya, sendiri mau ingatlah. Jangan ada sesiapa yang berani nak tanya ok.

Jadi tujuan saya mengadakan posting hampeh ini adalah untuk berkongsi sedikit ilmu diet yang saya dapat daripada Doktor yang bertauliah supaya blog saya menjadi sedikit ilmiah. Jadi reader saya tidaklah hanya buang masa dan baca benda lagho' di sini. See saya kan penulis multi genre.

Lagipun saya bukan celebrity, jadi Slim World tak mo menaja saya unless saya bayar dia ribu-ribu. Jadi saya pun mendapatkan khidmat doktor lah untuk diet yang sihat. Saya takut nak pergi ke pusat kecantikan kerana jika saya tiba-tiba sudden death di situ, En Kanda akan bagi gambar saya yang tak cun dan macam anjing laut untuk diberi kepada wartawan untuk tujuan berita.

Saya juga akan memberi sedikit resepi untuk mempelbagaikan menu diet supaya anda yang ingin mencuba tidak mati kerana bosan dan tepu memakan makanan yang sedap sikit je daripada dedak ayam.


BREAKFAST
:

2 tablespoon pure honey
1 cup of lowfat milk (cup adalah cawan ok jgn memandai pi tukar gelas) OR
1 cup of tea OR coffe with honey (kalau minum teh or kopi tu, sila letak honey yg kat atas tu dalam minuman, jangan buat ajaran sesat pi minum 4 sudu madu plak, akak tak ajar macam tu ye)

WITH

1 cup of cereal (lupakan coco crunch or honey star segala, just cornflake or anything whole meal)

OR


2 slices of wholemeal bread with whatever yang korang suka

OR

4 keping wholemeal cracker

OR
2 hard boil eggs, WHITE only. Yang merah tu bagi Bibik anda makan untuk tenaga maksima ketika iron baju.


LUNCH

1 -2 slice of chicken/fish grilled or steam and a lot of vege

OR

Meehoon / koeyteow / mee sup/tomyam

OR

Tofoo , vege , fishball

OR

Yong to fu


DINNER

Sup Sayur

OR


Bubur oats

OR


Bake beans, lentil, kekacang campuran organik, or peas.

Menu untuk lunch boleh juga digunakan untuk dinner dan sebaliknya.
Oh ya, untuk mengikuti program ini , anda kenalah berpatah arang dengan nasi. Kalau nak makan juga, use brown rice. Tapi agak-agaklah janganlah tembolok.

Minyak hanyalah olive oil saja, sebarang minyak binatang tidak diterima pakai. Makanan bergoreng pun cuma boleh dipandang sahaja. Sila steam or grill sahaja makanan anda.

PANTANG pada minuman berkabonat dan bergula. Minumlah apa saja but without sugar. Jangan pantang nampak ye, saya tidak bertanggungjawab jika anda tidak kelihatan seperti J-LO dalam masa sebulan.Hentikan berfantasi makan kek coklat tiap hari tapi body maintain macam Jessica Alba.

Dan sila beri perhatian pada perkataan "OR" jangan dibaca sebagai "WITH" suka-suka hati, nanti menu ini akan jadi menu untuk menternak lemak bukan untuk kurus, jangan salahkan saya.
Resepi 1:

Tahu/tofuu


3 keping tauhu dilenyek hingga hancur.
Gaulkan dgn minyak zaitun, lada hitam, garam, sedikit isi ayam or ikan jika anda dilarang oleh agama anda memakan binatang berkaki.
Parsley/daun bawang/daun sup
Mampatkan dalam bekas dan steam. Jika saya , saya masukkan dalam bekas vision dan masuk dalam microwave saja. 1 minit dan siap (pastikan bekas bertutup kalau nak masuk microwave kalau tidak rasanya seperti makan kulit pokok)

Boleh dimakan bersama sos cili dengan gembira.


Resepi 2

Ikan/ ayam

Gaul ikan /ayam dgn olive oil, halia, lada hitam, madu dan garam
Masukkan dalam microwave bersama sayur2 yang anda nak, cthnya carrot, broccoli dan peas. Jika nak grill ayam/ikan tu, sayur-sayuran tu sila steam atau rebus.

Resepi 3


Kekacang.


Jika kita ke hypermarket , kita akan jumpa section yang jual barang organik termasuk satu jenis kekacang campuran. (Tolong jangan mintak saya namakan jenis-jenis kacang tersebut satu-satu ye, saya tembak anda karang, jangan lebey lebey ah beli saja)

Kacang tu kita rendam dulu semalaman untuk hasil yang lebih mantap.

Esoknya, kita strir fry dgn 2 sudu olive oil. Kalau suka boleh tambah sikit isi tuna. Kalau suka kalau tak tiada paksaan di situ.

Amalan-amalan sampingan

* Bersauna at least once a week, yang terbaik adalah infra red sauna. Di klinik doktor yang saya cintai itu ada menyediakan service infra red sauna. Marvelos kan klinik tersebut???Jadi pada warga Shah Alam dan sewaktu dengannya, jika berminat sila contact saya, dan tolonglah cakap pada doktor saya yang rekomen anda supaya saya boleh dapat perkhidmatan percuma.

Fakta yang perlu anda ketahui ,Infra red sauna 45 minit = jogging 2 jam. Tapi jangan terlalu teruja dan buat hari-hari, anda hanya akan memasakkan daging anda seperti lamb chop bukan membakar lemak.

*Bersenam dalam 20 minit 3 kali seminggu. Saya akan berlari-lari baby di treadmill sambil menonton TV ataupun work out bersama-sama Edelweiss di dance studio kakak Raja Azura (promo lagi)

* Puasa sunat isnin dan khamis

*Bangun pagi sebelum berus gigi minum segelas air sejuk yang dicampur sehiris lemon dan secubit garam bukit (tidak, tidak perlu pergi ke bukit untuk mencari garam tersebut, ianya dijual di Giant, jenama HALAGEL (promo kali ke 3). Ini untuk tujuan DETOX.

* Jangan makan bersulam air. Orang tua2 kata awet muda. Sebenarnya bila kita makan, hempedu akan merembeskan asid utuk mencernakan makanan, jadi jika kita asyik minum air in between suapan, air tersebut akan meneutralkan acid tersebut. Proses pencernaan akan terganggu. Senang cakap lekas tua lah.

Itulah saja petua akak untuk hari ni. Saya jemputlah kawan-kawan yang nak join saya, silakanlah.

Saya dah mula program ni sejak awal bulan 7, tengoklah kalau hasilnya saya boleh pakai size M balik, silalah tepuk tangan, tapi jika saya berjaya pakai size S, mungkin anda akan hanya dijemput menghadiri tahlil arwah saya la pulak sebab saya pun akan teruja dan terus cardiac arrest.

Tapi saya rasa adalah selamat untuk diet sampai dapat muat size S, sebab jika tergelincir pun , hanya terbabas ke M or paling teruk pun L je balik. Kalau M je sasarannya, boleh terlingkup sampai XL.

Saya pun tak boleh terlalu kurus, takut tak larat bawak kasut stiletto heel saya, lagipun Lyana Mauseth mesti kecoh kalau saya kurus.Masa saya di kolej , ketika berat saya adalah 52kg pun dia dah buat drama sebab risau tengok saya. Yang paling saya ingat ialah dia bikin kecoh dengan kekurusan saya kat Masjid UIA, sebab ingat saya kurus sebab frust bercinta and dia suspek saya ada sakit kronik yang saya rahsiakan daripada dia. Kalaulah saya 45kg je???? Mungkin dia sekubur dengan saya.

Tulah dilemma saya. Doakanlah saya ye kawan-kawan yang budiman.

Sunday, July 26, 2009

3 in 1, boleh??

Al Fatihah atas kematian Yasmin Ahmad. Hilanglah sebutir permata dalam industri filem di Malysia.
Hopefully akan lahir lebih ramai Yasmin Ahmad rather than Raja Azmi.
And what's with Indonesia? Again blaming Malaysian born Nordin Mat Top?
And they claimed that they knew his whereabout, reported to be in Cilacap.
Abisss, tak reti-reti ke buat operasi besar-besaran?
Same thing masa Azzahari dulu. Konon2nya dah dapat maklumat perisikan about his hiding place.But sampai numerous bombing, baru la dapat tangkap.
Fishy dont u think??? Di saat -saat mereka sekali lagi nak menganyang Malaysia, after Ambalat and Manohara and Siti Hajar.
I wonder WHY INDONESIA saja yang sentiasa menjadi sasaran puak JI???? If the movement itself is headed by Malaysian, kenapa susah-susah mesasarkan
Indonesia???
Bukankah katanya JI berkeinginan untuk menubuhkan Negara Islam di rantau Asia Tenggara??? Membunuh musuh2 Islam ???
Majoriti parti politik di Malaysia menolak penubuhan negara Islam dengan perlaksanaan hukum Hudud. Why not JI bom je Malaysia??? In fact we have more Mat Salleh tourist here. Why Bali???
Singapore for instance is having a democratik relation with Israel and America. They even permitted US Naval Base to be operated in the island. Why not Singapore then???
And when will Indonesians accept the fact that rakyat mereka sendiri yang sangat sinonim dengan keganasan??? Living in denial lah korang nih.
Tolonglah, they will resort to all sort of demo that will end up in brutality.
Tak suka calon presiden - DEMO
Tak puas hati dasar baru - DEMO
Artis kena dera -DEMO
PRA kena dera -DEMO
Demo mereka bukanlah demonstrasi penuh kedamaian. Tu tak pe jugak. Ni bakar2 bendera, bakar2 sepanduk, hentak2 polis, maki hamun.
Gila ganas macam Decepticon.
Asal nak merampok , menyamun, bunuh orang, sembelih orang. Bukan nak main merompak ala-ala manja. Dah merompak tu sudahlah, berambus . Ni nak jugak bunuh2 orang pulak lagi.
Tak ganas ke tu??
Tu kat negara orang tu, kalau kat Negara sendiri tak ke mustahil lagi jahat. Yang datang sini ada jugak yang ditapis-tapis kebajingannya. Yang tinggal kat sana???
Yesterday, one Indonesian maid was abused to death in UAE. That was not the first case. But why did the Indonesian Government yang begitu tegas dalam melindungi TKI mereka, tidak memberhentikan pulak para bibik2 yang gedik2 nak kerja kat sana. Why??? Coz the pay is good. In Hong Kong, the Indo maids kena siang babi, masak babi....kena paksa ke???? Tak, mereka sanggup buat demi duit. Tapi kalau di Malaysia, sah- sahlah "oh saya dipaksa masak babi"...hakk tuih.
The renowned Bali Bomber, dicanangkan as martyer, mati syahid katanya. Siap diedarkan gambar2 mereka yang mati tersenyum dalam Iman.
Bom orang yang tak bersalah boleh syahid ke ? Tu sarip dol. Islam jenis apa yang mengajar dakwah secara keganasan??? Rasullullah sendiri dah menggariskan panduan di kala berperang, SPARE THE LIFE OF THE INNOCENTS, WOMEN AND CHILDREN. Tu pun kalau perang. Ini elok2 mat salleh tu tengah yam seng, tetiba mati katak.
Jangan cakap macam orang tak sekolah la , jangan jadi manusia yang tak bertamadun.
Ha ni apa pulak citer ni??? Layan. (specially dedicated untuk Kak Yatt of Tireless Mom dan Azean Idawaty Md Zain)
Akhil akui Waheeda terkena sihir!
(dipetik dari paper apatah)
DARI jauh, Akhil Hayy sudah mempamerkan senyuman, seolah-olah sudah dapat mengagak temubual ini pasti lebih berkisarkan kisah peribadinya.

Namun, tidak seperti sebelum ini, penyanyi nasyid dan penceramah bebas ini dilihat sudah lebih 'terbuka' membicarakan tentang kehidupan barunya setelah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal, pada tanggal 15 Julai lalu.
"Inilah perjalanan kehidupan, yang telah tertulis. Buat masa ini saya rasa 'bebas'," ujar Akhil ketika ditemui pada rakaman program Mega Raya Astro, baru-baru ini.
Menurut Ustaz Rock ini, memegang status duda dan kembali hidup bersendirian tidak langsung membuatkannya rasa janggal. Malah, tutur Akhil, segala yang berlaku sebenarnya adalah atas kekuasaan Allah dan dia sendiri akui, itu adalah yang terbaik buat dirinya pada masa ini.
"Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya. Ini adalah perjalanan hidup yang saya simpan selama 13 tahun. Bagi saya, dalam apa-apa hal rumahtangga, cukuplah saya katakan anak-anak lebih mengenali siapa ibu dan ayahnya.
"Dan saya sudah cukup kenal isteri saya dan mengapa saya menceraikannya. Saya tegaskan lagi di sini, bukan disebabkan orang ketiga, tetapi memang hubungan kami ada masalah peribadi," ujarnya dalam nada perlahan.
Tetapi, kata Akhil, apa yang cukup menyedihkannya tatkala isu rumahtangganya hangat diperkatakan ialah tindakan bekas isterinya sendiri.
"Saya kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya. Sepatutnya, kita kena bermuhasabah diri. Seorang isteri solehah tidak akan mengaibkan suaminya walau seteruk mana pun suaminya itu.
"Bukannya pergi ke stesen televisyen dan mengadu. Dan sepatutnya stesen TV juga perlu tanya kebenaran suami sebelum minta isteri keluarkan kenyataan.
"Apapun, alhamdulillah, kami telah berpisah dengan cara baik. Dia mendapat hak jagaan anak-anak, tetapi tiga orang anak saya tinggal dengan saya sekarang. Yang bongsu berada di bawah jagaan ibunya," kata bapa kepada empat orang anak ini.
Akhil enggan berbicara lanjut tentang mencari 'pengganti' dan menyerahkan hal jodoh pada Allah
Henti aibkan Waheeda!
Pergolakan rumahtangga Akhil dan Maizawati cukup hangat diperkatakan tidak lama dulu apabila bekas isterinya itu mengaku Akhil memang mempunyai hubungan dengan penyanyi popular Waheeda.
Penafian demi penafian telah dibuat oleh Akhil dan Waheeda sendiri, namun pelbagai spekulasi terus dibuat apatah lagi bila kedua-duanya dilihat cukup 'akrab'.
Menurut Akhil, dia sendiri cukup sedih melihat Waheeda menerima tohmahan yang cukup hebat, sedangkan apa yang berlaku di dalam rumahtangganya sebelum ini tiada langsung kena-mengena dengan penyanyi itu.
"Saya sedih bila lihat orang tuding jari dan labelkan dia perampas. Siapa mereka untuk bercakap seperti itu? Sampaikan impaknya turut tempias kepada ahli keluarganya juga.
"Saya sudah jelaskan pada ibu Wawa (Waheeda) dan mohon maaf kerana dia dibabitkan dalam hal ini. Tolong berhenti aibkan dia. Saya agak risau kerana dia juga tengah sakit akibat tekanan banyak benda dan saya tidak menolak ada unsur ghaib atau sihir yang dibuat terhadapnya.
"Saya rasa ini adalah perbuatan pihak-pihak tertentu, tapi saya tidak mahu menuduh sesiapa. Cuma saya ingin katakan, perbuatan ini amat dilaknat oleh Allah," kata Akhil.
Ditanya adakah selepas ini dia akan mencari pengganti dan mungkinkah wanita itu adalah Waheeda, sambil tersenyum Akhil menjawab:
"Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Saya perlu teruskan hidup sebagai lelaki. Kita lihat sajalah apa yang akan berlaku. Sejujurnya, saya masih lagi berkawan dengan Wawa dan rapat dengan ahli keluarganya.
"Kami masih menghubungi antara satu sama lain. Saya nampak Wawa adalah seorang wanita yang sentiasa mencari dan ingin dekat dengan agama. Sebab itulah saya intim dengan dia dan ibubapanya."
Nah kau Senah, dah panggil panggilan manja sekarang, Wawa katanya.
Apa la sangat yang disibukkan pasal maruah dan nama baik orang tu? Nama baik ex wife and anak2 tu ada ko kisah? Malu ke tak dia ngan jiran2, dengan kawan kat sekolah, ada ko heran???
Ko nak cakap sape yang santaukan awek ko tu?
"Seorang isteri solehah tak akan memalukan suamniya"
Tu dia. Abiss suami soleh lah sangat awak tu ? Bolehlah memalukan isteri macam tu.
Soleh nye seorang suami yang bergelar USTAZ tapi berpoya-poya tepi pantai ngan pompuan malam2 ye??? Gambar tu dah tersebar satu malaya, ko penah terbayang ke perasaan isteri dan anak2 time tu?
Yelah berlatih skrip, yelah pompuan tu bertudung, yelah bukan sekadar berdua-duaan (yang ketiga tu Setan ke, awak yg setan?) Tapi pompuan yang menemankan korang tu, seksi maut sampai terjojol buah betik tu, apa motifnya??? Lainlah awak berlatih skrip bersama awek dengan ditemani oleh makcik-makcik ahli-ahli persatuan Marhaban Kg Sg Udang ke, tak pe jugak.
Pandai pulak malu bini pergi canangkan cerita awak tak balik rumah berbulan kat TV. Eh itu pun baik dia citer kat TV, kalau pompuan lain, dah lama disantau muntah hijau dah. Dah awak tu celebriti kekdahnya, gunakanlah saluran media penyiaran, kalau awak tu takat guard sekolah, boleh lah guna sokabar SINAR je (I've nothin against sokabar SINAR).
Semoga berbahagialah dengan jalan hidup yang dipilih tu. What goes around comes around, kan En Hazrey.

Thursday, July 16, 2009

Confusedlah......

Hari ni hari Jumaat, Alhamdullilah. Penghulu bagi segala hari bagi umat Islam. Ya anak2, kita mulakan tazkirah kita dengan membaca ummul kitab Al - Fatihah.

He eleh ko, nak mengumpat pun mukadimah bajet Ustazah.

Yang sebenarnya I mengalami mixed emotions daripada malam tadi, rasa macam nak buat dah entry ni malam tadi, tapi apa barang ngadap note book malam-malam Jumaat, masih ada aktiviti yang lebih menyihatkan yang perlu kita utamakan terlebih dahulu. So postpone , dengan harapan tak le emo sangat pepagi Jumaat ni ye.

I jumpa my neighbour yang tak duduk kat rumahnya, (rented out) laki nya tu be exact, dengan anak -anak berduyun dan emak budak -budak tersebut. Tapi yang bestnya , kenapa aku tak kenal bini dia??? Bila plak kakak tu masuk rancangan Total Make oVer nihhhh??? Tak ajak pun.

Dah la encik tu pun dah berubah dah sejak sakit kronik berbulan-bulan, excess baggage dia pun banyak dah yang hilang, I almost la didnt recognized him. Pulak pak cik tu bukan main sembang la ngan Encik Kanda.

I pun tanya la En Kanda, "Sapa Mamat tu? Mcm biasa tengok" dah aku mendapat " U ni, tu kan Abg XYZ, abang Ipar ABC. Tulah U ni dok rumah terperok je tamau bergaul ngan jiran"
Tu dia, bestnya dia sound aku, berdesing. Ulang lagi banggg I suka dengaq kata-kata manja U ni, malam ni U tido la kat luaq pagaq.
Dia nak suruh aku jadi Joyah ka bertandang juai karpet kat jiran??? Kang aku pi jalan berhari raya tiap hari rumah orang siap makan tido lagi kat situ baru tau.

Ok Focus DR.

Ha, pastu soalan kepada En Kanda,

1. Abisss kalau tu abang ipar ABC mana Kakaknya?
2. U rasa pompuan tu Kak MNO ka kanda oiiiii?
3. Sapa pulak budak yang satu gerabak tu? Anak depa kan ka 2 org saja.
4. Awat la pulak budak2 tu panggil they all mak and abah?

Dia selamba ja jawab, tu sedara dia kot, budak2 tu anak buah dia...jgn nak bersangka buruk, I tau la apa dalam kepala otak U tu. Dok diam2 makan

Nah haih, kalau kaum dia tu ada saja pembelaan bagai. Ya la sangat sedara. Awat U tak pernah bawak kakak2 U pi breakfast tak bawak laki dia orang and bini U??? Kot ye pun bawak anak buah, dalam ramai2 tu awat tak terselit anak sendiri.

And I dont know what to think, terkasima la Akak kat situ. Takdela la plak akak feeling2 nak pi salam-salam bagai. I know that it quite unrealistic of me, tapi I memang TAK SUKA bila berdepan situasi macam ni.
I rasa macam , kalau I pi buat baik2 kat whoever that pompuan is, I macam
betrayed Kak MNO pulak.

Sebab ada la sorang kawan I yang dah ranap rumah tangganya cakap, kalau kawan kita tu couple yang dah divorced or ada cawangan lain, kita kena la buat baik ngan one of them saja, kalau tidak yang sorang lagi meroyan la kata kita betray friendship.
Bukan saja harta dan aset saja mereka divide, kawan-kawan juga. Kalau yang bini dah cop nak kawan ngan kita, toksah lah kita dok gatai pi berparty tupperware plak kat umah ex lakinya tu. Perang saudara la sat lagi.Macam tu ka???? Tu yang I tak suka tu.
Mula la I teringat ustaz celebrity ni tetiba. Dia boleh jugak pi ceraikan bini dia yang sikit punya cantik tu. Tak kesian ka yg mulia Ustaz? Anak-nak 6 orang satu kontena pun ada celah lagi nak jatuh cinta ngan orang lain??? Kalau ko jaga semua keperluan anak bini ko selayaknya seorang USTAZ, suami dan bapak, tak cukup dah masa ko even nak jaga rambut rebonding tu dah aih, apa lagi nak bertenet ngan pompuan lain.
Tak paham la I. Ingat A.C Mizal ,Awie ngan Norman Hakim je lelaki kurang bijak dalam dunia ni. Tu la kecik2 tak minum Anmum Essentials, dah tak banyak sel-sel otak yang bercantum.Buat la persatuan korang ni, PERJARAT (persatuan jantan keparat) Ustaz rebonding jadi pengerusi seumur hidup. Bengong.

Lagi satu, En Kanda punya ex-boss. Punya la gorjes ex-wife dia, anak2 pun comey2 belaka. Dah la ex nye tu berkorban ikut dia pi blajaq sampai Kiwiland sana nu, ambik unpaid leave bagai, kena kawan ngan Mouri lagi.
Tup-tup, bila dah rasa kaya sikit, mai la penyakit gatai-gatai **** tu menyerang, dia boleh bercinta dengan clerk dia. Octopus betul
Kesian akak yang gorjes tu , tiap2 petang ngadu kat kiteorang. Tak sangka laki yang nampak macam ustaz tapi rupanya penyedut hampagas. (sudah terbukti kak, ustaz pun tak boleh harap). Sampaikan anak darjah 3 boleh lari dari rumah, sebab tension ngan perangai bapak.

Uihhh banyak la insiden-insiden menggigit jiwa yang terjadi. Akhirnya, mereka bercerai jugak.

Octopus tu dah kawin dah ngan pompuan tu. Akak tu dapat jodoh dulu, doktor pakar yang terlajak umur, hambekkkk kau, bujang teruna ok.
Tapi yang tak bestnye, En Kanda paksa I pergi open house Octopus tu raya lepas. Adaka? Mula la I rasa tak best, lagikan depa kawin pun aku buat2 pening, tak sudi nak pi.
Tapi tak boleh ingkar la kat suami kan, tak cium bau syurga (and tak dapat gelang baru satlagi), ikut la jugak. Dah la jadi patung cendana I kat situ, Nak makan pun serba salah. Orang tak de ape2 I yang plak terlebih emo.

Yalah jodoh, tapi caranya ko mendapat jodoh tu adalah durjana. Ko mengorat laki dan bapak orang, masih terngiang-ngiang akak tu nanges2 menanggung sengsara.

Tak cukup la pergi rumah they all, nak juga datang umah I, buat kunjungan balas, adoyai korang ingat ni Lawatan Demokratik ka apa. Dok umah diam2 tak boleh ka.

Dibuatnya terserempak, I ni macam mana???? Dah la I ni kalau gelabah tak boleh cover.
Sampai sekarang, bini baru dia yang tak berapa gorjes (sumpahhh, tu pandangan mata I la, bukan sebab defensive) tu nak sangat kawan ngan I. Aisyyy susah payah ko ngorat jantan tu dulu, ko kawan jelah ngan laki ko tu jedoploh pat jam. Macam sesuatu je fompuan tu, bau ikan. Macam tau je I baik ngan ex laki dia. Mala Fide la motif ko ni.

Lagi yang I tak boleh tahan, kawan I (kawan???? bolehlah, sebab status tak boleh didedahkan) pun kengkononya ada gundik jugak, P.A sendiri.Ha, makhluk halus dan kenit, ko memang dambakan sangat aku bergosip pasal ni kat sini kan??? Untuk memuaskan hati ko, aku dedikasikan entry ni untuk ko, hutang kain Guangjao kira diskaun 70% okayss.

Tambah la pulak sepupu-sepupu aku yang solehah sume suka aku jadi wartawan gossip, walaupun aku tau dalam hati depa pun meronta-ronta nak bergossip, tapi takut. Takpe, aku tolong la meluahkan apa-apa yang korang nak mengumpat tu ye, feel free to contact me ha haha.

Pasal KAWAN I yang digembar gemburkan ada gundik tu, I sungguh la rasa nak tampar je 118 kali bagi dia sedar. Mamai kot.

Patut la the "impunged gundik" tu drives a hi class car. I memang tak mampu la, beli tayar sebijik buleh la kot.

Dah bini dia memang baik sangat-sangat, macam Dewi Kayangan Jula Juli Bintang 3. Apasal la buat perangai ghope itu Yeop.
Adussss makin kurang lelaki yang baik di muka bumi ni.
Lagi la ajaib, dah trend orang jantan ni, bini baru or scandal they all mesti lagi BAPAK BURUK dari bini yang lama. Bukan ka sepatutnya fitrah manusia semakin tua dan berjaya semakin improved taste dan cita rasa?? Buta ka Bodo??

*En Kanda, U buat la perangai macam tu, bukan takat I sign borang kebenaran tau, borang application mintak permit mengkubur pun I bagi skali.

* dah pulak tadi nampak jantan naik scooter kaler pink, pakai pun baju pink, ohhh very d vain.(memang ar tiada kaitan, saja suke ati nak letak)

Tuesday, July 14, 2009

A BEGINNING OF AN END....

Nadra and her adopted mom, Aminah bte Mohamed
I was told of the story of Nadra Maarof a.k.a Maria Bertha Hertogh by Tok (Grandma) when I was about 10. When my two younger aunts made a fuss about me reading Seorang Tua di Kaki Gunung by Azizi Hj Abdullah, SAGA (the winner of Sayembara Novel sometimes ago) and was struggling to understand Pramoedya Ananta Toer's Bumi Manusia, while kids my age were happily reading Bawang Putih Bawang Merah or Noddy. Padahalnya it was them whom introduced me to karya-karya berat since I was 9. Hans Christian Anderson's fairy tales had become my treasures by that age, tak pandang dah (ye statement super bongkak).
My Tok's house was like a Perbadanan Perpustakaan Negeri (I thought then even My beloved SP town library pun couldnt beats the collection at my Tok's).I've known so many great writers from that 'library', even the good Indonesians novels by Ike Soepomo, Mira W etc .From politicals book like Universiti Kedua to the classicals of Jane Austin and Louisa M. Alcott and even some Mills and Boons (and the collectors mestilah include My own mother kan, haissyyy kecik2 pandai baca buku romen depa ni, anak Tok Guru pulak tu). Tu belum lah termasuk Tok Guru's (my tokwan) priceless collection of Kitab-kitab yang pancawarna, and of course la tak sangat menarik perhatian I, coz banyak "live book worms" dan pelbagai makhluk kecil pemakan buku yang aneh -aneh belaka manakala I buka kitab-kitab tu.
Memandangkan cucunya ini sungguhlah bijak (maklumlah peminum susu ibu tegar), Tok told me the story about Nadrah. She even kept some newspaper cuttings about her story. Some in Jawi and the rest in pop yeh-yeh Malay (Rumi). She read me those in Jawi and of courselah in Rumi I pulak yang kena baca balik buat siaran ulangan kat dia since she only reads Jawi. Even then I was deeply felt for her story.
Later, when (Datin) Fatini Yaacob (wah dah Datin?!!!!) wrote about her in Dewan Masyarakat I plead my Abah to buy DM instead of my frequent Dewan Siswa and Abah was like, dah baca Dewan Masyarakat pulak dah budak ni, Dewan Budaya , Dewan Sastra, tak mau ka??? Amboi Abah, main kasaq nampak,sapa yang bagi baca buku A. Samad Said masa orang darjah dua???
Datin Fatini kalau tak silap I did a jejak kasih with Nadra in the Netherlands. Among others stories, she admitted that the happiest moment in her life was back then in Terengganu, living with her adopted family and she has never been any happier. All she has left was sweet memories of her childhood. She turned emotional upon seeing a photo/or videos of Mansor Adabi's recent life with his wife and children. She was a victim of circumstances, a child who's happiness and the right to enjoy life was ruptured badly.....how sad. And she had passed on. As a Muslim, we look at it as a heart wrenching experienced of how a girl whom had been brought up as Muslim, khatam Al Quran and was named Nadrah upon her circumsition, had been forced to a Convent and forced to abide Christianity. But as a Mother, I would have done the same thing, fought my life and blood to get my child back.Both of her parents biological and adopted, had done the right thing, but still she was the one who had to bear the result. If only her story would have a happier ending, if only her biological parents would have mercy and unconditional love to their long lost daugther, would it be different if they made a sacrifice and migrated to be near their daughter???? If only they decided to live in peace and harmony with their daughter and her adopted parents whom had taken good care of her, and was once their good friends, there wouldnt be any riots , there wouldnt be any deaths, there wouldnt be any sorrow, any misery , any sufferings. Life would have been better. But that is only a wish.
Aminah was offered a handsome offer to give up Nadra but she refused. The case was taken to Court.The High Court of Singapore had ruled that the custody of Nadra were given to the Hertoghs. Aminah then appealed. The appellate Court overruled the lower court decision due to some ambiguity in her biological's father submission. Nadrah was married to a 22 year old Mansor Adabi very much later.
However, according to the Law then, a domicile of a child was determined through her father's and Nadrah was a Dutch accordingly, as decided by the Law and her counsel failed to prove that she was a domicile of Singapore. Nadrah was then 13, a minor who was incapable of deciding on her own. Her father contended that he never consented to her marriage and her conversion to Islam. Based on those ground, Nadra was again given to her natural parents whom later took her to their country of origin. There were riots in Singapore soon after. A few were killed, some were convicted.
Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim

Along side with my obsession with Nadra, I came to know this great man. Through my readings, I learned that He was the Defend Counsel for Nadrah and Aminah.Later on, I found out that he was the Sheikh (Dean) of Kulliyah of Laws in The International Islamic University. I was zealous since I hade made up my mind (finally) since Form 4 , to pursue law degree in IIU, period. No other options, no plan B. I MUST GET MY PLACE IN IIU.... I was that kind of determined about my life and my future (apasal sekarang aku macam lost track and bengong tah). Abah I sujud syukur dengaq my decision, because I eventually drop my other options of being a Muzium Kurator , a photo journalist or an Editor for fashion magazine, since he was lagi komunis, I MUST be either a lawyer of a teacher, lain tak payah. Eh ni dah jadi karangan bertajuk Cita-Cita Saya pulak dah.... sorry.
Ok. I iconized this man. Although he was called to the British Bar, trained in Cambridge became Singapore's first Attorney General and all, he was fond of developing Syariah Law especially in Singapore and Malaysia. He was a walking law Dictionary, fulled of charisma and brain full of knowledge, yet very humble and gentle despites all his great achievements.He even speaks Latin, the languange of Law, and how cool is that? Among other established publications, he wrote The Malaysian Legal System, the text book yang menjadi Kitab Suci to all law students in Malaysia. And I got an A for that subject (apakah motif kenyataan ini ? Hanya untuk meriakkan diri? Nauzubillah)
He sat as one of the Panel in Syariah Court of Appeal , in deciding the matter of alimony claimed by the former wife of our Datuk Seri Najib Tun Razak.
I came face to face with the man during my first year in the IIU Main Campus (then in PJ), I was shocked and startled to see him standing in front of me. He was the one who offer me Salam. Sungguh bedebah kerana rasa nak nangess and I heard myself contemplating of how to adress the man I have so much respect for. Tan Sri, Eh Datuk eh Prof ke Bapak ,Cissss and cissss. He was so tall, fair , handsome and a gentleman. He said to me ' Are u new" Obviously lah kan dah terketaq-ketaq macam tu. Yesss Tan Sri err Prof. First Year." Then he went 'Good, welcome and I wish u good luck" he then pointed at the door and said "After U young lady" he said THAT to me, young lady.... nasib baik dia tak cakap my dear, I swear I 'll be his research assistant forever, FOC. And where were my crony when he spoke to me??? Why did I decided to go there alone??? Ohhh tadak eye witness untuk mengebestkan diri... (meroyan).
He was the man of perfection. During his reign of the Kulliyah, the percentage of our exam papers were elevated. To score an A , there was no room for any grammatical error. Zero defect. The exam papers were marked and ditapis 3 kali pemeringkatan, Jah, macam minyak cap buruh. First, by the lecturers themselves, second by the external examiners consist of panels of professors from other institutions, chaired by him and lastly must be endorsed by the Senate. So kalau ko pandai macam kancil dan otak ko geliga macam batu geliga ular pun, if ko tulis nak cepat and your english was bad , spelling salah sana sini, tiada harapan untuk dapat A. Walaupun ko saiko aku dengan pen ko yang 57 batang tu dan kejap2 angkat tangan mintak answer booklet, kalau kau salah eja, ko adalah habisss ok (siapakah orang yang dimaksudkan ini???)
So come the notion among the law students that A is for Allah, penuh kesempurnaan. During the introductory of the system, ramai students gagal mencapai target and had to either reregister for other courses or be dismissed kalau tak cukup makan. And he, although a pejuang Islam and bahasa, he put a great emphasize on good command of English among students, without sekelumit pun mencacatkan beliau sebagai Tokoh Bangsa dan Agama. ( I wonder kalau arwah masih ada what would he say about PSSMI).
After his death, the IIU Kulliyah of Laws was named AHMAD IBRAHIM KULLIYAH OF LAWS.
Tan Sri, you will always be sebutir permata yang tak akan pernah hilang sinarnya, walaupun ternoktahnya masa. Al-Fatihah and Nadra a.k.a Maria Hertogh R.I.P... Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya.
Walaupun nafas keduanya terhenti di sini, kisah mereka, walau berbeza, akan tetap abadi di hati kita. Pada mereka mungkin ini titik penghujung, pada kita bermulalah sebuah pengakhiran.
Jangan jadikan kisah mereka hanya sebuah kenangan semata, tapi titik permulaan untuk perubahan yang hakiki.

Monday, July 13, 2009

Mari Merapu

Apakah yang anda perlu lakukan bila anda kebosanan di hari Isnin di pejabat, sehingga anda merasa mengantuk???? (atau merasa mengantuk yang tidak terperi sehingga anda menjadi bosan dengan diri anda sendiri???? Whichever way la......
Ini adalah senarai yang telah saya cuba dan buat sejak pukul 9 pagi tadi sehingga pukul 3.30 ptg dan hasilnya saya masih dapat membuka mata dengan kadar 20% di kedua-dua belah:-

membaca SEMUA online newspapers di Malaysia yang boleh difahami (walaupun baca Berita Harian pun macam tak faham sebab well mengantuk weh)
Mengikis kuku (tidak boleh dipanggil manicure kalau DIY ya)
Blog hopping
Makan kacang
Bersembang-sembang
Mengutuk boss bila dia masuk (aktiviti ini sihat kerana mengutuk secara live dan tidak buat delayed telecast, itu mengumpat, dosa.
Mencuba untuk memejamkan mata sebelah secara bergilir-gilir dengan tujuan utk menidurkan mata secara shift, dan mata sebelah lagi dibuka seluasnya dan kelihatan alert.
Memejamkan kedua-dua belah mata seolah-olah sedang berfikir (kurang berjaya kerana dikhuatiri akan betul2 terlelap)
Membuka website airlines dan berlakon seperti hendak ke mana-mana dan mencuba untuk booking, siap google untuk hotel sekali
Mengacau suami dengan panggilan seksi dan berbau horny supaya beliau akan sexcited dan mengajak pulang (hampa kerana suami sedang berbincang dengan boss beliau)
Mencari Kucing Parsi utuk dijual bagi memenuhi tuntutan anak2 yang mahu kucing sbg binatang peliharaan ....setelah mereka memandikan kucing peliharaan jiran petang kelmarin sebab terlalu taksub dengan binatang yang bernama kucing, dan selalu curi2 membawa kucing tersebut ke bilik mereka (dan terkesima kerana paling murah pun beharga RM500 , TOLONGLAH SESIAPA YANG BOLEH JUALKAN SAYA KUCING PERSIAN KECIK YANG COMEL DAN JELITA UNTUK RM250 MAX)
Bermain online game dan ketawa macam orang kerasukan
Cuci muka dan make-up balik all over again.
Membaca e-mail yg berjumlah 6,157 termasuk spam kerana selama ini sibuk sehingga terpaksa menghadkan bacaan di muka depan saja.
Berangan.
Mencuba dengan sedaya upaya memasang bulu mata palsu yang gatal dibeli bulan lepas untuk kelihatan seperti Rozita Che Wan.
Menekan-nekan semua anggota badan seolah cuba mendiagnose diri sendiri , manalah tau ada bahagian yang sakit tapi selama ini terabai...inilah masanya untuk mengorek kembali kesakitan tersebut dan cuba mendapat MC, supaya boleh balik tidur.

Tapi saya masih gagal untuk menghilangkan kelaparan saya pada bantal.....Tolonglah. Mungkinkah saya terpaksa membawa oven dan bahan untuk membuat kek ke ofis supaya saya boleh menonton Anna Olson di AFC dan terus membuat praktikal???
*Macamlah aku takde kerja kan, boleh je kalau aku BEKERJA. Apa nak jadi ni, ohhh blame it on hormonal imbalance



Gambar ini dikirim melalui email kpd saya, bapak punya seksi pompuan ni walaupun mengandung...(tetapi ia tetap tidak dapat meluaskan ukur lilit bukaan mata saya yang kuyu)

Tuesday, July 7, 2009

Chenta Abadi...

Bagai pinang dihempuk di atas batu , sungguh sepadan dan manis
pasangan ini


Oh bahagianya mereka di saat ini



Mana -mana perempuan yang menggangap lelaki yang mulia dan cinta sejati yang tidak memandang harta dan rupa masih wujud di dunia ini, sila bangun dari mimpi ya, kerana mimpi itu adalah mainan tidur semata.Mimpi yang buruk sahaja.
Sejak Nenek Wook Kundur bernikah dengan En Mohd Nor 3 tahun dulu, jauh di sudut sanubari I dah sudah curiga.

Apakah sesuatu En Mohd Nor ini, yang mengatakan beliau telah menemui ketenangan dan cinta sejati setelah bertemu Nenek Wook?????

Tidak kah nasfu dan libido lelaki normal seusia beliau adalah sedang membuak-buak????

Awal tahun ini, Nenek Wook mendakwa rumah mereka kecurian, tilam dan katil pun telah dirembat. Keji sungguh pencurik itu.

TETAPI.....

Hari ini telah diberitakan, suami nenek yang tersayang telah dilokap kerana positif dadah. Beliau juga telah mengasari nenek bila nenek tak bagi isap dadah.

Bukan itu saja, kereta yang nenek belikan pun telah dijualnya untuk buat beli dadah.

Nenek sangat sedih.Kesian Nenek Wook.

Nampaknya, its not cinta sejati afterall tapi cinta yang mencari mati...

Adakah pencuri katil dan tilam yang keji itu beliau jugak????

Sungguh hangsuah beliau itu.

Beliau memang mempunyai motif bila berkahwin ngan nenek, mesti punya la.

Dan nenek pun dah lama tau hasbennya adalah seorang hampeh, tapi nenek cover sebab cinta.
Sampailah lahabau tersebut kena lokap, terpaksalah nenek berterus terang ekkk
.
Sekarang pun walaupun nenek sedey , tapi nenek tetap membekalkan sejadah dan tasbih untuk hasbing (hasben + kambing) tersayang, dengan harapan beliau akan insap dan kembali ke pangkal jalan.
Mmmmmmm ataupun, En Mohd Nor terpaksa melalokkan diri beliau dahulu sebelum 'bermesra' ngan nenek????? (jahatnya mulut budak ni)
Akhir kata, wake up Nenek, yang sudah tu sudahlah. Satu pergi 10 mari. Sebelum jumpa si hangsuah ni nenek pun dah penah kawin 22 kali per.
*Sorry ek , tak jumpa plak la berita yang dimaksudkan itu , carilah sendiri ye, tangan lenguh dah

Wednesday, July 1, 2009

Ella, Ella, Ella oooo

Tah apa la penyakit I malam tadi tertengok Ella in Jangan Tidur Lagi...
Adoimak I menderita merentan (pinjam Undomestic Wifey punya tag line, betul ke nox penggunaan tatabahasa I ni???) organ dalaman I melihat gayanya.
Kalau ada antara u all peminat fanatik Ella sori mory lah banyak2, akan tetapi I adalah TIDAK LANGSUNG MEMINATI BELIAU, never. Silakan kalau nak label blog ini sebagai blog "Penggemar Ella? - No way".
So they called her Rock Diva .Betoila la tu rock as in Batu-batuan. She never grew up. And I dont think she can sing, but lucky her she can get good songs.
Cuba dengar betul2 kawan-kawan, she is not singing but practically melalak, and singing should be melodious, that whatever sound she made is not singing, confirmed. Its just an unhealthy, unfriendly sound. Boleh denggi berdarah tau.
Taula akak nyanyi rock but Joan Jet, Shima, Bonnie Taylor and Avril Lavigne tu pun rocker gak takdelah suara ketat cam akak. Merdu gak.
Satu lagi tak boleh tahan, is kenape dia tak nak mengisi kepala otak dia ngan sedikit ilmu supaya dia tak nampak dumb dumb dan kelihatan sedikit bijak setaraf ngan status dia dan UMUR dia..
I remembered seeing her in a tv programme, Face to Face, she was interviewed by Kelvin (aiseh lupalak surname pakcik ni, help me anyone?).That was way back in the 90's, I couldnt help myself but tutup muka ngan bantal sambil2 terjengok jengok tv, macam tengok citer hantu, seriously she was dreadful I tell u ye Tuan-tuan dan Puan-puan.
And last nite ada ke perubahan dia???? Macam tak je. Oklah rupenye tak berubah sangat, but adakah harapkan cantik sajork eh.
Paling-paling tak paham, kenapakah dia suka buat gerakan-gerakan yang tak perlu itew. Adakah ko dulu seorang lelaki yang transformers jadi pompuan? Kenapakah gayamu seperti Jentayu (Jantan Ayu) ???? Dah la meraba-rabakan si Adlin tu macam ada sedutan magnetik. Ditambah pulak ngan adengan meliuk lintuk macam pokok kelapa di Bagan Datoh tu, ko apehal. Kengkonon gaya manja lah tu, Aloo akak, tu bukan manja tu adalah GETIK with capital G and all the alphabets in bold, hokayss.
And sapakah yang boleh lupa her tag line asking her audience
"ARE U ENJOYS?"" yeah yeah.
Andddd(drum rolls) yang paling significant ngan Ella is, tidak pernah jawab soalan.....
Lain orang tanya, lain yang dia jawab, penat nye. Contohnye, semalam Adlin tanya,
"Apakah habit2 u yg u slalu buat atas pentas during performance
Akak jawab
1. My movement
2. Eye contact ngan my audience
3. Cara I communicate ngan audience
Yenadey????? Kat celah mana jawapan2 tu menjelaskan habit ko atas pentas...pitam la aku.
Lagi satu katanya Singing is her 'inner part' , ko nak cakap apa sebenarnya.....??? Terlucah pulak di situ.Oh ya, adakah ko mengingatkan penonton adengan ko menyanyi sambil berbaring dan buat gerakan-gerakan ular mengawan sampai nampak panties ko yang berenda itu????
Paling paling tak boleh tahan ialah dia cakap she started singing at the age of 15 and for being underage she needed to lie about her age. And she had to skip school a lot sebab buat show , but according to her, "Ponteng in a good way, dont get me wrong"
No akak, Ella, I dont misjudge u, u just approve my disliking towards u.
Role Model she is????? To all the makhluk in the underwater world Langkawi nun bolehlah....category mutant paling phathetic.
*Kepada Ella, banyakkan membaca, membaca itu jambatan ilmu kak, and duit banyak kan, pi masuk kelas B. Inggeris Cikgu Adibah Nor sana, pi.