BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 13, 2009

Mari Merapu

Apakah yang anda perlu lakukan bila anda kebosanan di hari Isnin di pejabat, sehingga anda merasa mengantuk???? (atau merasa mengantuk yang tidak terperi sehingga anda menjadi bosan dengan diri anda sendiri???? Whichever way la......
Ini adalah senarai yang telah saya cuba dan buat sejak pukul 9 pagi tadi sehingga pukul 3.30 ptg dan hasilnya saya masih dapat membuka mata dengan kadar 20% di kedua-dua belah:-

membaca SEMUA online newspapers di Malaysia yang boleh difahami (walaupun baca Berita Harian pun macam tak faham sebab well mengantuk weh)
Mengikis kuku (tidak boleh dipanggil manicure kalau DIY ya)
Blog hopping
Makan kacang
Bersembang-sembang
Mengutuk boss bila dia masuk (aktiviti ini sihat kerana mengutuk secara live dan tidak buat delayed telecast, itu mengumpat, dosa.
Mencuba untuk memejamkan mata sebelah secara bergilir-gilir dengan tujuan utk menidurkan mata secara shift, dan mata sebelah lagi dibuka seluasnya dan kelihatan alert.
Memejamkan kedua-dua belah mata seolah-olah sedang berfikir (kurang berjaya kerana dikhuatiri akan betul2 terlelap)
Membuka website airlines dan berlakon seperti hendak ke mana-mana dan mencuba untuk booking, siap google untuk hotel sekali
Mengacau suami dengan panggilan seksi dan berbau horny supaya beliau akan sexcited dan mengajak pulang (hampa kerana suami sedang berbincang dengan boss beliau)
Mencari Kucing Parsi utuk dijual bagi memenuhi tuntutan anak2 yang mahu kucing sbg binatang peliharaan ....setelah mereka memandikan kucing peliharaan jiran petang kelmarin sebab terlalu taksub dengan binatang yang bernama kucing, dan selalu curi2 membawa kucing tersebut ke bilik mereka (dan terkesima kerana paling murah pun beharga RM500 , TOLONGLAH SESIAPA YANG BOLEH JUALKAN SAYA KUCING PERSIAN KECIK YANG COMEL DAN JELITA UNTUK RM250 MAX)
Bermain online game dan ketawa macam orang kerasukan
Cuci muka dan make-up balik all over again.
Membaca e-mail yg berjumlah 6,157 termasuk spam kerana selama ini sibuk sehingga terpaksa menghadkan bacaan di muka depan saja.
Berangan.
Mencuba dengan sedaya upaya memasang bulu mata palsu yang gatal dibeli bulan lepas untuk kelihatan seperti Rozita Che Wan.
Menekan-nekan semua anggota badan seolah cuba mendiagnose diri sendiri , manalah tau ada bahagian yang sakit tapi selama ini terabai...inilah masanya untuk mengorek kembali kesakitan tersebut dan cuba mendapat MC, supaya boleh balik tidur.

Tapi saya masih gagal untuk menghilangkan kelaparan saya pada bantal.....Tolonglah. Mungkinkah saya terpaksa membawa oven dan bahan untuk membuat kek ke ofis supaya saya boleh menonton Anna Olson di AFC dan terus membuat praktikal???
*Macamlah aku takde kerja kan, boleh je kalau aku BEKERJA. Apa nak jadi ni, ohhh blame it on hormonal imbalance



Gambar ini dikirim melalui email kpd saya, bapak punya seksi pompuan ni walaupun mengandung...(tetapi ia tetap tidak dapat meluaskan ukur lilit bukaan mata saya yang kuyu)

10 comments:

ummisara said...

Cik Rose...

aku yang mata dah kuyu layu nih akhirnya terbuka mata dengan luas melihat pompuan mengandung yang seksi itew hahahahha.

aku akan forwardkan semua fakta-2 hang itu kepada ila yang buleh menmanafaatkannya kecuali mengacau hubby dengan panggilan sexy - she is still single n available mah...

Whitelab Maira said...

this i loike
"Mengacau suami dengan panggilan seksi dan berbau horny supaya beliau akan sexcited dan mengajak pulang..."

tapi kalau suami kat tengah launtan camne eh?

Kak Ezza@makcik Blogger said...

tak dapek den nak nolong weiii...akak ni pong boring tahap gaban plus kapla sakit.....tapi ayat ni akak suka...mengacau hubby dengan panggilan sexy ...hmmmmm mmmmmmmm I ready darling!!!!

kay_leeda said...

Aduss..sempat tuh!! Memang hari senin ni tahap gaban ke-boringan nya. I was bored in the morning, ditambah dengan Internet connection yg tak semenggah.

But came afternoon, makkk aiii...bersilat lah pulak. Meeting sampai kul 7.30. Terpaksa ku berbuka dengan air kosong!!

Agak nya kalau ku chobak memberi panggilan seperti yg you did kepada suami ku, mau tergolek dog dia kat opis kot :D

tireless mom said...

Astaghafirullahal'azim. Astaghafirullahal'azim.
Berkata sambil seolah olah menutup 10 jari di mata kuyu ku.

Best lah kerja kat your office. Ada kerja kosong tak? At my ofis, jangan mimpi lah nak buat semua ni especially the surfing. Silap silap keluar siren, Not Authorised. You have entered a non-official site. Dengan suara Bumble Bee!

Anija, said...

aku akan buat2 book ticket dan mula mencari2 sebab nak berjalan.. walaupun sebenaqnya duit tarak.. hampehla merapu macam tu.. :-P

Mimi said...

aku pun dok ngantuk tahap cipan ni..hari ni da selasa pun still badan aku tak 'tune' lagi..camna tu??

Cik Puan Kamil said...

DR, kalau you betui2 nak satu, I kidnap adik I punya... Bersepah kat rumah and menyusahkan my husband nak dtg rumah my mom sebab dia allergic. Asai dtg, mata merah... Keh keh...

Btw, perempuan itu bukan sahaj bapak punya seksi, tapi tok nenek, pak mak menakan punya seksi... Awatlah muka aku tak lagu tu..

Desert Rose said...

*Edel,

Sexy noh bini dia, tak kuaq umah la laki dia lagu tu. Awat Illa slalu ngantuk ka kat opis??? Tiba masa utk cari keja lain la tu

*QM

Can, kalau En Suamimu berada di Selat Melaka saja, dia buleh berenang pulang, tapi kalau dia kat Laut Balkan ka Laut Merah ka jgn buat pasal, u yg meroyan pulak karang ha ha

*Kak Ezza,

Tu dialog tu kena buat dalam keadaan samar2 kelam, baju pun yg mcm jala ikan tu kan...ha ha

*Kak Kay,

Blom cuba blom tau

*Kak Yatt,

I nak keja mcm u pi sana sini, boring agung ni tau kak, kerja a bit slow, I miss those busy working days, I jenis tak bleh buat keja yg mundane cthnya mcm siang taugeh, ngantuk siulllll. Tak adventure keja I skarang , rasa nak tukar keja, tapi takot my boss nangiss kehilangan I...how???

* Nija,

I lap U, hg ngan aku kan mg ada hobby yg mengong mcm tu, kita kan compulsive obssesive bab berjalan...ataupun addicted ngan travelling dan kapai terebang kot, kalau tak buleh jalan mcm nak demam kan...

*Mimi,

Biasa la tu kan, aku rasa drp aku dok melangut kat opis ni baik aku balik rumah berus bilik ayaq lagi baguih drpd dok mkn gaji buta cemni.

Myra,

Biaq betoi, satlagi i bwk kucin tu pi jmp vet, jumpa adik u, jadi drama tamil pulak tangtu.

Tapi anak2 mg kronik ...la ni kucin org dok mai melepak kat umah we all, maklumlah ada nanny tak bergaji dok bagi makan, penin la pala I. Bibik hari2 dok hingaq.

Pasai pompuan seksa tu, adoiyai, hg kata muka hg, muka aku ni kena buat pelestik surgeri 12 kali baru dapat dagu sama ngan dia, baru dagu....

Mama Huptihup said...

weh kronik la hg punya tahap bosan dan mengantuk ni...punya mgantuk smp aku tepon pun x jawap noooo....

minah seksa tu mmg lawa kan..mcm patung supermarket...kalau berdiri kat supermarket, mesti aku ingat patung!!