BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 28, 2009

Hobi baru saya

Saya ada hobi terbaru sejak sebulan lalu, selain bermeditasi (kata ganti nama yg lebih seksi untuk TIDOR), baca buku dan berjalan.



Benda ni saya discovered a few days ago yang ianya boleh dipanggil hobi sebab I enjoyed doing it during my free time.



Iaitu, tengok buku resepi dan blog kawan-kawan blogger yang pandai masak, Salt n Tumeric, Kak Ezza, Waterlily, Julie (mencik ar sama ko, ngencess aku di sini), Tijah, Zaighta,Kak Yani, Edelweiss yang dah pandai buat cuppies.

Jangan salah faham, hobi terbaru I bukanlah memasak, nahe, no way Jose. I 'terpaksa' memasak ye bukan suka. A huge different there.

Hobi terbaru I adalah tengok gambar makanan and drool on it. Itu saja.

Itu saya namakan 'Virtual Eating'.

Lepas tu saya kenyang . Siriyes.

Kedengarannya agak aneh dan gila. Tapi pada yang mengenali Desert Rose , memang tau saya memang suka buat benda pelik2 dan merepek.

Sebabnya puan-puan dan tuan-tuan, saya sedang DIET secara sangat2 sangat SERIUS.

Julie Samani cakap diet is Die with T....

Tapi nok, fyi, bila pernah dalam hidup aku, aku tak diet, masa pregnant je aku mentedarah macam tadak esok.
Masa belajar di U dulu, makanan ruji saya adalah ikan talapia, sayur-sayuran dan kuah laksa, EVERYDAY. Masa tu I berpatah arang dengan nasi, siapa nasi??? Tak kenal.

Tapi azabnya, setiap kali nak bayar harga makanan, mesti punya abang kantin akan bertanya dengan suara yang maha kuat "nasi tak ada ye dik??" walaupun soalan beliau adalah ikhlas, saya tetap rasa nak memberi pelempang di kiri dan kanan muka beliau, lebih lebih lagi jika ada abang senior yang hensem yang saya dambakan beratur di belakang saya.

Jadi saya akan either cakap "Sorry??? Whatt???" (buat muka blurr dan tak paham) or "Nasi? What is nasi?" Oleh kerana saya belajar di universiti yang bertaraf International, saya ada priviledge untuk berbuat demikian. Maka abang kantin tersebut yang akan merasa bersalah kerana mungkin beliau merasakan saya adalah pelajar Sakai dari Zambia atau Maori atau orang Asli Galapagos , pokoknya dia mesti ingat saya International Student.

Kawan-kawan saya tolong muntah untuk saya sebab depa yang tak lalu tengok menu saya hari-hari. Sedangkan saya bersyukur dengan rezeki yang saya dapat. Sebab itulah saya boleh pakai jeans Levi's dan baju Sommerset Bay atau British India dengan duit poket yang bapak saya bagi untuk MAKAN. Itulah hikmah di sebaliknya.

Semasa dalam hidup dalam kepantangan yakni confinement, saya hanya makan oat, biskut jacob hi fibre dan buah oren sunkist.
Selepas itu, kadang-kadang sangat saya makan nasi.

Kalau orang lihat menu saya, pasti orang akan membayangkan oh mesti saya adalah gorjes , bodacious dan voluptious macam Beyonce Knowles ataupun kurus melidi macam model-model Janice Dickinson


HA HA HA......totttttt wrong answer. Saya adalah tidak begitu. Hanya buah-buahan saya sajalah harta saya yang mampu membuatkan Kate Moss dan Gwneth Paltrow nangess, tapi montot saya adalah leper macam dulang pizza.Dan di antara buah-buahan dan montot itu, saya menghadapi masalah yang hyper kronik setelah saya dah 3 kali beranak, ceaser kesemuanya pulak tu.

So, saya dah buat kesimpulan bahawa ada orang yang telah sihirkan saya supaya susah untuk kurus dan maintain kerana dengkikan saya, dan orang itu telah pun mati. Jadi dia dah tak boleh buang ilmu sihir tu. Saya pun terpaksalah redha dengan ketentuan itu. Bukan begitu Edelweiss???
Hakikatnya seluar slack saya adalah saiz L sebelum berdiet dengan gigih sebulan nan lalu dan jeans saya yang bersaiz 29 pun seolah macam legging dan yang saiz 30 itupun nampak macam seluar pinjaman. Jadi, sebelum saya muat pakai seluar jeans En Kanda yang bersaiz 36, lebih baik saya buat sesuatu kepada diri saya.

Saya memang suka menyiksa diri saya bila saya berdiet.

Contohnya, beli baju yang impossible muat dan sangat cantik serta gantung di pintu bilik supaya hari-hari saya akan nampak baju tersebut. Seminggu sekali saya akan cuba pakai baju tersebut sehinggalah saya akan muat memakainya.
Saya ada 4 helai baju yang saya namakan 'tester'.
Untuk siri diet kali ini, saya masih belum lagi beli baju tester, tapi saya membayangkan evening gown di butik sebelah TGV di Jusco BBK. Bukan butik ModernMom yang jual pakaian mengandung tu ye Kak Ezza.

Apa sakit otak ka aku nak beli evening gown??? Nak pakai pergi mana mak cik??? Lyana Mauseth mesti tanya punya soalan ni.

Biar saya jawab k, bulan depan adalah 10th wedding anniversary saya dgn En Kanda.

So I dah beli tiket to somewhere to surprise him. Even book a candle lit dinner in a posh restaurant (tapi booking guna credit card dia buleh?????, so I have yet to find out which one yang lagi surprise kepada dia, him seeing all the surprises I had for him or him seeing his credit card statement ha ha ha mari evil laugh berjemaah dengan saya)

In fact I dah terbocor rahsia ni kat Kak Shana long time ago, I dunno whether she remembered.

Memandangkan saya adalah seorang individu yang sangat positif dan gigih....saya akan terus berusaha dengan bersungguh-sungguh to fit into that dress in time.

Jika saya berjaya, saya akanmembuat posting mengenai sambutan anniversary tersebut dengan gilang- gemilang. Akan tetapi jika saya hanya buat posting ala-ala ucapan sahaja, tanpa sebarang gambar diri saya, sendiri mau ingatlah. Jangan ada sesiapa yang berani nak tanya ok.

Jadi tujuan saya mengadakan posting hampeh ini adalah untuk berkongsi sedikit ilmu diet yang saya dapat daripada Doktor yang bertauliah supaya blog saya menjadi sedikit ilmiah. Jadi reader saya tidaklah hanya buang masa dan baca benda lagho' di sini. See saya kan penulis multi genre.

Lagipun saya bukan celebrity, jadi Slim World tak mo menaja saya unless saya bayar dia ribu-ribu. Jadi saya pun mendapatkan khidmat doktor lah untuk diet yang sihat. Saya takut nak pergi ke pusat kecantikan kerana jika saya tiba-tiba sudden death di situ, En Kanda akan bagi gambar saya yang tak cun dan macam anjing laut untuk diberi kepada wartawan untuk tujuan berita.

Saya juga akan memberi sedikit resepi untuk mempelbagaikan menu diet supaya anda yang ingin mencuba tidak mati kerana bosan dan tepu memakan makanan yang sedap sikit je daripada dedak ayam.


BREAKFAST
:

2 tablespoon pure honey
1 cup of lowfat milk (cup adalah cawan ok jgn memandai pi tukar gelas) OR
1 cup of tea OR coffe with honey (kalau minum teh or kopi tu, sila letak honey yg kat atas tu dalam minuman, jangan buat ajaran sesat pi minum 4 sudu madu plak, akak tak ajar macam tu ye)

WITH

1 cup of cereal (lupakan coco crunch or honey star segala, just cornflake or anything whole meal)

OR


2 slices of wholemeal bread with whatever yang korang suka

OR

4 keping wholemeal cracker

OR
2 hard boil eggs, WHITE only. Yang merah tu bagi Bibik anda makan untuk tenaga maksima ketika iron baju.


LUNCH

1 -2 slice of chicken/fish grilled or steam and a lot of vege

OR

Meehoon / koeyteow / mee sup/tomyam

OR

Tofoo , vege , fishball

OR

Yong to fu


DINNER

Sup Sayur

OR


Bubur oats

OR


Bake beans, lentil, kekacang campuran organik, or peas.

Menu untuk lunch boleh juga digunakan untuk dinner dan sebaliknya.
Oh ya, untuk mengikuti program ini , anda kenalah berpatah arang dengan nasi. Kalau nak makan juga, use brown rice. Tapi agak-agaklah janganlah tembolok.

Minyak hanyalah olive oil saja, sebarang minyak binatang tidak diterima pakai. Makanan bergoreng pun cuma boleh dipandang sahaja. Sila steam or grill sahaja makanan anda.

PANTANG pada minuman berkabonat dan bergula. Minumlah apa saja but without sugar. Jangan pantang nampak ye, saya tidak bertanggungjawab jika anda tidak kelihatan seperti J-LO dalam masa sebulan.Hentikan berfantasi makan kek coklat tiap hari tapi body maintain macam Jessica Alba.

Dan sila beri perhatian pada perkataan "OR" jangan dibaca sebagai "WITH" suka-suka hati, nanti menu ini akan jadi menu untuk menternak lemak bukan untuk kurus, jangan salahkan saya.
Resepi 1:

Tahu/tofuu


3 keping tauhu dilenyek hingga hancur.
Gaulkan dgn minyak zaitun, lada hitam, garam, sedikit isi ayam or ikan jika anda dilarang oleh agama anda memakan binatang berkaki.
Parsley/daun bawang/daun sup
Mampatkan dalam bekas dan steam. Jika saya , saya masukkan dalam bekas vision dan masuk dalam microwave saja. 1 minit dan siap (pastikan bekas bertutup kalau nak masuk microwave kalau tidak rasanya seperti makan kulit pokok)

Boleh dimakan bersama sos cili dengan gembira.


Resepi 2

Ikan/ ayam

Gaul ikan /ayam dgn olive oil, halia, lada hitam, madu dan garam
Masukkan dalam microwave bersama sayur2 yang anda nak, cthnya carrot, broccoli dan peas. Jika nak grill ayam/ikan tu, sayur-sayuran tu sila steam atau rebus.

Resepi 3


Kekacang.


Jika kita ke hypermarket , kita akan jumpa section yang jual barang organik termasuk satu jenis kekacang campuran. (Tolong jangan mintak saya namakan jenis-jenis kacang tersebut satu-satu ye, saya tembak anda karang, jangan lebey lebey ah beli saja)

Kacang tu kita rendam dulu semalaman untuk hasil yang lebih mantap.

Esoknya, kita strir fry dgn 2 sudu olive oil. Kalau suka boleh tambah sikit isi tuna. Kalau suka kalau tak tiada paksaan di situ.

Amalan-amalan sampingan

* Bersauna at least once a week, yang terbaik adalah infra red sauna. Di klinik doktor yang saya cintai itu ada menyediakan service infra red sauna. Marvelos kan klinik tersebut???Jadi pada warga Shah Alam dan sewaktu dengannya, jika berminat sila contact saya, dan tolonglah cakap pada doktor saya yang rekomen anda supaya saya boleh dapat perkhidmatan percuma.

Fakta yang perlu anda ketahui ,Infra red sauna 45 minit = jogging 2 jam. Tapi jangan terlalu teruja dan buat hari-hari, anda hanya akan memasakkan daging anda seperti lamb chop bukan membakar lemak.

*Bersenam dalam 20 minit 3 kali seminggu. Saya akan berlari-lari baby di treadmill sambil menonton TV ataupun work out bersama-sama Edelweiss di dance studio kakak Raja Azura (promo lagi)

* Puasa sunat isnin dan khamis

*Bangun pagi sebelum berus gigi minum segelas air sejuk yang dicampur sehiris lemon dan secubit garam bukit (tidak, tidak perlu pergi ke bukit untuk mencari garam tersebut, ianya dijual di Giant, jenama HALAGEL (promo kali ke 3). Ini untuk tujuan DETOX.

* Jangan makan bersulam air. Orang tua2 kata awet muda. Sebenarnya bila kita makan, hempedu akan merembeskan asid utuk mencernakan makanan, jadi jika kita asyik minum air in between suapan, air tersebut akan meneutralkan acid tersebut. Proses pencernaan akan terganggu. Senang cakap lekas tua lah.

Itulah saja petua akak untuk hari ni. Saya jemputlah kawan-kawan yang nak join saya, silakanlah.

Saya dah mula program ni sejak awal bulan 7, tengoklah kalau hasilnya saya boleh pakai size M balik, silalah tepuk tangan, tapi jika saya berjaya pakai size S, mungkin anda akan hanya dijemput menghadiri tahlil arwah saya la pulak sebab saya pun akan teruja dan terus cardiac arrest.

Tapi saya rasa adalah selamat untuk diet sampai dapat muat size S, sebab jika tergelincir pun , hanya terbabas ke M or paling teruk pun L je balik. Kalau M je sasarannya, boleh terlingkup sampai XL.

Saya pun tak boleh terlalu kurus, takut tak larat bawak kasut stiletto heel saya, lagipun Lyana Mauseth mesti kecoh kalau saya kurus.Masa saya di kolej , ketika berat saya adalah 52kg pun dia dah buat drama sebab risau tengok saya. Yang paling saya ingat ialah dia bikin kecoh dengan kekurusan saya kat Masjid UIA, sebab ingat saya kurus sebab frust bercinta and dia suspek saya ada sakit kronik yang saya rahsiakan daripada dia. Kalaulah saya 45kg je???? Mungkin dia sekubur dengan saya.

Tulah dilemma saya. Doakanlah saya ye kawan-kawan yang budiman.

22 comments:

Naz in Norway said...

No nasi?!!!! Oh tidak sanggup!
I'll cut sugar, salt, everything...but nasi mesti makan. Perut melayu beb!

kay_leeda said...

DR,

Confession..confession here. I pernah 6 months NO RICE hokay!!! Kurus gilosss dek!!! Breakfast was soya milk, lunch was friend chicken & alfalfa sprouts (rasa nyer...huweeekk!!) and dinner soup. Mula-mula macam nak tumbang. But after a while, I kinda adjusted to the whole ordeal.

Result nyer...Huuwaaaaa...slim melim semula. But that was like 4 years ago. NOW, tok sak cerita lah. Segala yg on the table I belasah je. Size wise?? Well, no need to cerita lah.

But rasa nya tak sanggup buat again my killer diet. Menang DIE jadik nyer.

Anyway, good luck to you. I'm waiting to read yr cerita anniversary celebration yg sensasi tu pkay.

kay_leeda said...

Ooppss...that's "fried chicken". Bila pulak ader "friend" chicken kan???

Desert Rose said...

*Kak Naz,

U adalah antara pembaca yg tidak dibenarkan join program ini ye, nak diet hapa kebenda tah kak naz tu.Makan banyak sikit la nanti nak pi berhuha ngan kiteorg tadak energy sebab cikeding

* Kak Kay,

At last i ada la motivasi dengar citer akak kan...tulah baru nak tanya friend chicken tu mcmmana nak buat ha ha, but alfalfa sprout haiyoooo tak rasa jadi kambin ka kak ha ha ha. Tungguuuuuu ya

Whitelab Maira said...

have you heard of FOOD PORN?
he he he

Hazrey said...

I thought I wanna write something lengthy, tapi cukuplah ayat berikut:

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH... DIET? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH I SHOULD EXPECT YOU TO WRITE PLAINLY ABOUT THE CELEBRATION. AND U CAN START DRAFTING NOW.

Desert Rose said...

QM,

puzzled

Hazrey,

Ko rasa ko dah lama idup ke gelak setan mcm tu ?????

Harem zadeh btoi....ko tunggu ok

wanshana said...

DR,

Of course I masih ingat kezutan yang you dah/akan buat kat Kanda you! But, don't worry - my lips are sealed. ZZZZIIIIPPP!! :I

(But, errrr...dia tak check ke credit card statement hari tu? Ke you dah siap bakar sebelum dia sempat check? Hahaha!)

Whatever it is I'm sure you all will have a lovely time nanti :)

Re diet - I've never been on a killer diet. But, just to share, the only diet which I think worked for me was when I was diagnosed as a borderline diabetic.

Takut wooo...tak nak mati awal, tak sempat tengok anak-anak kawin segala! So, I TOTALLY avoid sugary drinks and kueh-mueh (I used Equal instead), and I only take rice once a day (small portion). Other meals, I would just take soups (all kinds lah - sayur ke, fuchuk ke, ayam ke, tomyam ke, etc). But, on our family outings on Sundays, I would indulge in all things sweet - lepas dendam :)But, just on Sundays.

This I did for about 3-4 months. And yes - I also went to the gym 2-3 times a week.

It worked. My sugar went back to normal, I felt healthier, and I lost a total of 6 kilos (which was an achievement for me coz' selalunya nak hilang setengah kilo pun payah ya amat!)

Tapi, biasa lah tu...After a while, tak ingat dunia balik. And I've gained 4 kilos balik since then...

The moral of the story - YES!!! We can do it IF we are really serious about it. But, to maintain it - we need SHEER willpower, babe...

(OOOppps! Sorry for hogging the space!)

All the best, dear!

GO! GO! GO!!!

Puteri's territory said...

It sure takes a sheer determination to kuruskan badan mcm tu.

Like myself I'm into diet too it's called see-food diet, I eat everytime I see food. ahak ahak.

Susah ohhh nak tahan nafsu makan...tabik spring kat you. Nanti kalau dah kurus, posing and tangkap gambar byk2 biar kasi jealous sama I so i'll be motivated to kuruskan badan. ok?

Tapi apa kata you join jelah my club. Lagi best tak payah bersusah payah. No worry, makan aje. ahak ahak.

All the best to you. Jangan dengar cakap orang. ahak ahak.

Anija, said...

DR,
Hahaha.. aky dah berkali2buat azam tahun baru,azam harijadi pasai nak berdiet ni tapi hampeh..
Tambah la ni, bila dok kat NZ ni, nak keluaq setitik peluh pon susah..
Aku doakan hang berjaya, jangan la kuruih sangat woi, nanti susah aku nak hambat..

Mimi said...

seriyes...menu ni bole buatkan haku gastrik kerna perut saya adalah merembeskan asid dgn byk kalo makan sikit2...huhuh...camna tu?

semoga sukses kak...nnt da kuruih jgn lupa amik gambar...tp nk ada 2 version tau..sebelum dan selepas k...

Cik Puan Kamil said...

Please me if it works sebab I have like 10 kg to lose kalau nak kembali ke saiz sebelum jadi factory.

PS : Sebagai warga Shah Alam, dimanakah dance studio yg anda maksudkan itu ? Sila bagitau, thank you.

Desert Rose said...

*Kak Shana,

I tak bakar statement tu tapi i simpan kat opis i, dlm laci he he,
He was wondering awat statement tak sampai2, so lastly he called the bank and asked for the payable amount, n amazingly he didnt flinched, guess ada byk masalah dia nak pikiaq masa tu kot hu hu selamat. Nanti bulan posa i cakap la, bulan posa tak bleh marah, makruh .Tq kak for the support wahaaaa.

* Kak Puteri,
Hahaaaaa, kalau i kurus kering mcm lidi esok, i join la kelab u tu .Tupun KALAU jelah. Sebabnya azab tau menjadi diri I yg ditakdirkan ada sepupu2 dan uncle yg puaka, LELAKI pulak tu yg mulut tadak insuran, yg kaum hawa tadak la sgt, walaupun mereka dan badak adalah lebih kurang sama besar, tetap juga nak cakap, AMBOIIII sihatnya la ni, laki hg bagi makan apa, mulalah I nak mengarut jawab "bagi makan ais kerim hari hari awat????" Baru la pangggg kena lempang ngan mak ai sb kongajaq ngan pak menakan.


*Nija,

Tak perlu, hg memerlukan lemak utk memanaskan badan.

Knowing me Nija, aku kurus sekelip mata saja pastu minggu dpn karang gemuk balik ha ha ha...


*Mimi,

Aokeh aku akan buat, sahut cabaran (tak tau la sampai mana kui kui)

*Myra,

Memang buleh ok, tapi dah dekat sebulan tak makan nasi ni, kan, aku rasa mcm nafsu makan ku telah terhapus terus, masalah gak la kan.

Myra, dance studio tu kat TTDI Jaya , shop lot baru, ats Rest Pelaga itu, dan sebelah Ani Sup Utara....

Jom join. Kalau taime pocho-pocho ok, tenang, bila hari buat cardio dance or latin, cirit la aku tangtu.... aku rasa trainer tu makan steroid kot, energy mcm kuda lumba.Nyatakan jika kau berminat ya....akan kujejaki dirimu ...

Tapi kan Myra, u tu besaq sket dari kuaci ja, kalau hilang lg 10kilo, apa yg tinggai?????

ummisara said...

Desert Rose...

Hahahaha hang dah jadik pengikur aku. Tapi aku tensionnnnn ahhhh sbb walaupun sudah hampir 1 tahun 6bulan aku tak makan nasik...aku tetap tembun. Tapi aku tau angkara siapa... [weiiii bukanlah pompuan yang mengsihirkan hang tuh...hahah dia lebih jeleskan hang dari aku nih...]

ini adalah angkara cik oil, cik la atau nama penuhnya gula. Cut these thing off, sat saja turun.

aku tak mungkin dapat memakai jeans fav aku selamanya :((

sabtu ka kalau rajin aku pi lah jumpa puan doktot hang tuh.

MK said...

lapaaaarr..nak nasik nak nasik!!!

setelah membaca entry ini. ye..saya akan amik sepotong ikan & lots of vege untuk lunch hari ni.

hari ni je...esok we'll see...

Forest 2 Sea Adventures said...

aku baru baca dah rasa nak mati...lapaqqqq!!! mintak maaplah...kalau aku lapaq, jd monster so hg nak aku diet ka, hg nak aku makan??

aku ingat lagi hg dok makan rollercoaster cikedis tu for lunch...pastu jamu aku pasta...huh blh meroyan aku...silalah bagi aku nasik k..walaupun aku kawin omputih, dan pernah dok negara omputih...aku mkn nasik sehari 2 kali okeh...kalau dak lutut aku blh koma!!

knv said...

good luck on your dieting. i've got 25kg nak turun lagi ni. sabar ajelah.

takleh imagine camno nak hidup tanpa nasik!

ya allah!!

Julie said...

DR,

Wa suspek habess sama lu la beb! Kalau aku memang tak sanggup berDIEt macam tu. Tapi kan kalau tak exercise pun tak guna gak sebab nanti bila ko dah tak DIEt, mendadak pulak naik...(eceh... ada hati nasihat kat orang, walaupun diri ku triple Xl..)

Apa pun... semoga ko berjaya! JIAYO DR!! :P

MrsNordin said...

Hee... hee... all the best to you, my dear. Sheer perseverance will bear fruit!

I've never tried any form of diet altho I know I need to lose a lot of weight. Dulu, sebelum kawin, 54kg. Now I think dah naik 10 kg!

Every day I wake up wishing I am 10kg lighter, but only in my dreams lah... hee... hee...

So for now, I ikut diet K.Puteri - see-food diet!

But on a more serious note, I think, your diet plan will work. So kalau dapat turun ke size M, I can give you my prettiest kebaya which I cannot use anymore now!

How's that for motivation??

Desert Rose said...

*Edel,
Hg jgn cakap byk, pi dulu jmp doktor okay ha ha

*Lyana

Hg mg tak sesuwey, perut made in Malaysia, hg tau dak org kat Afghanistan nu, beras pun tak penah jumpa tau...kot2 esok beras dah pupus hg nak makan apa???
Aku ok buleh makan cikedis tak kisah saya


*Mk
Takyah la awak diet wat saya bengang je, . Perhatian skali lagi, kalau dah badan selim mcm Pun MK ni, dok diam2 ye

*KNV

Hi, whats ur url? I cannot find u leh....

25kg ye, potong je bagi ayam makan ha ha ha...on serius note I pun rasa nak potong je lipatan2 di abdomen I ni...kalau la buleh


*Julie,

Nok ko jgn dajal aku tau, jgn buat posting resepi selama sebulan, kalau nak buat gak buat benda2 yg aku tak sior spt itik,belut,arnab, burung kasawari ok bebeh.

*Mrs N,

Oh u r so kind, I terharu sungguh.
But u look good the way u r now la kak. My mom said the same thing, but instead she cannot wear her M size anymore coz she dah downsize to S waaaaaaa. And org dare to say, kita akan ikut body mak kita. Well she can still wear her old baju dated since she anak dara, adakah I ni anak angkat saja?????wo ho

BTW, Hows Nadira? Krm my salam k. Nanti I ajak Lyana visit her.

knv said...

DR,
oh sila terjah saya di knvogue.blogspot.com. tapi beware! it's pure madness!!!

:PP

25kg tu harus disedut aje dengan vacuum! hahahaha!

MrsNordin said...

Nadira is enjoying herself in SP. You can read her blog. There's a link to hers at mine.

Thanks!