BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 16, 2009

Confusedlah......

Hari ni hari Jumaat, Alhamdullilah. Penghulu bagi segala hari bagi umat Islam. Ya anak2, kita mulakan tazkirah kita dengan membaca ummul kitab Al - Fatihah.

He eleh ko, nak mengumpat pun mukadimah bajet Ustazah.

Yang sebenarnya I mengalami mixed emotions daripada malam tadi, rasa macam nak buat dah entry ni malam tadi, tapi apa barang ngadap note book malam-malam Jumaat, masih ada aktiviti yang lebih menyihatkan yang perlu kita utamakan terlebih dahulu. So postpone , dengan harapan tak le emo sangat pepagi Jumaat ni ye.

I jumpa my neighbour yang tak duduk kat rumahnya, (rented out) laki nya tu be exact, dengan anak -anak berduyun dan emak budak -budak tersebut. Tapi yang bestnya , kenapa aku tak kenal bini dia??? Bila plak kakak tu masuk rancangan Total Make oVer nihhhh??? Tak ajak pun.

Dah la encik tu pun dah berubah dah sejak sakit kronik berbulan-bulan, excess baggage dia pun banyak dah yang hilang, I almost la didnt recognized him. Pulak pak cik tu bukan main sembang la ngan Encik Kanda.

I pun tanya la En Kanda, "Sapa Mamat tu? Mcm biasa tengok" dah aku mendapat " U ni, tu kan Abg XYZ, abang Ipar ABC. Tulah U ni dok rumah terperok je tamau bergaul ngan jiran"
Tu dia, bestnya dia sound aku, berdesing. Ulang lagi banggg I suka dengaq kata-kata manja U ni, malam ni U tido la kat luaq pagaq.
Dia nak suruh aku jadi Joyah ka bertandang juai karpet kat jiran??? Kang aku pi jalan berhari raya tiap hari rumah orang siap makan tido lagi kat situ baru tau.

Ok Focus DR.

Ha, pastu soalan kepada En Kanda,

1. Abisss kalau tu abang ipar ABC mana Kakaknya?
2. U rasa pompuan tu Kak MNO ka kanda oiiiii?
3. Sapa pulak budak yang satu gerabak tu? Anak depa kan ka 2 org saja.
4. Awat la pulak budak2 tu panggil they all mak and abah?

Dia selamba ja jawab, tu sedara dia kot, budak2 tu anak buah dia...jgn nak bersangka buruk, I tau la apa dalam kepala otak U tu. Dok diam2 makan

Nah haih, kalau kaum dia tu ada saja pembelaan bagai. Ya la sangat sedara. Awat U tak pernah bawak kakak2 U pi breakfast tak bawak laki dia orang and bini U??? Kot ye pun bawak anak buah, dalam ramai2 tu awat tak terselit anak sendiri.

And I dont know what to think, terkasima la Akak kat situ. Takdela la plak akak feeling2 nak pi salam-salam bagai. I know that it quite unrealistic of me, tapi I memang TAK SUKA bila berdepan situasi macam ni.
I rasa macam , kalau I pi buat baik2 kat whoever that pompuan is, I macam
betrayed Kak MNO pulak.

Sebab ada la sorang kawan I yang dah ranap rumah tangganya cakap, kalau kawan kita tu couple yang dah divorced or ada cawangan lain, kita kena la buat baik ngan one of them saja, kalau tidak yang sorang lagi meroyan la kata kita betray friendship.
Bukan saja harta dan aset saja mereka divide, kawan-kawan juga. Kalau yang bini dah cop nak kawan ngan kita, toksah lah kita dok gatai pi berparty tupperware plak kat umah ex lakinya tu. Perang saudara la sat lagi.Macam tu ka???? Tu yang I tak suka tu.
Mula la I teringat ustaz celebrity ni tetiba. Dia boleh jugak pi ceraikan bini dia yang sikit punya cantik tu. Tak kesian ka yg mulia Ustaz? Anak-nak 6 orang satu kontena pun ada celah lagi nak jatuh cinta ngan orang lain??? Kalau ko jaga semua keperluan anak bini ko selayaknya seorang USTAZ, suami dan bapak, tak cukup dah masa ko even nak jaga rambut rebonding tu dah aih, apa lagi nak bertenet ngan pompuan lain.
Tak paham la I. Ingat A.C Mizal ,Awie ngan Norman Hakim je lelaki kurang bijak dalam dunia ni. Tu la kecik2 tak minum Anmum Essentials, dah tak banyak sel-sel otak yang bercantum.Buat la persatuan korang ni, PERJARAT (persatuan jantan keparat) Ustaz rebonding jadi pengerusi seumur hidup. Bengong.

Lagi satu, En Kanda punya ex-boss. Punya la gorjes ex-wife dia, anak2 pun comey2 belaka. Dah la ex nye tu berkorban ikut dia pi blajaq sampai Kiwiland sana nu, ambik unpaid leave bagai, kena kawan ngan Mouri lagi.
Tup-tup, bila dah rasa kaya sikit, mai la penyakit gatai-gatai **** tu menyerang, dia boleh bercinta dengan clerk dia. Octopus betul
Kesian akak yang gorjes tu , tiap2 petang ngadu kat kiteorang. Tak sangka laki yang nampak macam ustaz tapi rupanya penyedut hampagas. (sudah terbukti kak, ustaz pun tak boleh harap). Sampaikan anak darjah 3 boleh lari dari rumah, sebab tension ngan perangai bapak.

Uihhh banyak la insiden-insiden menggigit jiwa yang terjadi. Akhirnya, mereka bercerai jugak.

Octopus tu dah kawin dah ngan pompuan tu. Akak tu dapat jodoh dulu, doktor pakar yang terlajak umur, hambekkkk kau, bujang teruna ok.
Tapi yang tak bestnye, En Kanda paksa I pergi open house Octopus tu raya lepas. Adaka? Mula la I rasa tak best, lagikan depa kawin pun aku buat2 pening, tak sudi nak pi.
Tapi tak boleh ingkar la kat suami kan, tak cium bau syurga (and tak dapat gelang baru satlagi), ikut la jugak. Dah la jadi patung cendana I kat situ, Nak makan pun serba salah. Orang tak de ape2 I yang plak terlebih emo.

Yalah jodoh, tapi caranya ko mendapat jodoh tu adalah durjana. Ko mengorat laki dan bapak orang, masih terngiang-ngiang akak tu nanges2 menanggung sengsara.

Tak cukup la pergi rumah they all, nak juga datang umah I, buat kunjungan balas, adoyai korang ingat ni Lawatan Demokratik ka apa. Dok umah diam2 tak boleh ka.

Dibuatnya terserempak, I ni macam mana???? Dah la I ni kalau gelabah tak boleh cover.
Sampai sekarang, bini baru dia yang tak berapa gorjes (sumpahhh, tu pandangan mata I la, bukan sebab defensive) tu nak sangat kawan ngan I. Aisyyy susah payah ko ngorat jantan tu dulu, ko kawan jelah ngan laki ko tu jedoploh pat jam. Macam sesuatu je fompuan tu, bau ikan. Macam tau je I baik ngan ex laki dia. Mala Fide la motif ko ni.

Lagi yang I tak boleh tahan, kawan I (kawan???? bolehlah, sebab status tak boleh didedahkan) pun kengkononya ada gundik jugak, P.A sendiri.Ha, makhluk halus dan kenit, ko memang dambakan sangat aku bergosip pasal ni kat sini kan??? Untuk memuaskan hati ko, aku dedikasikan entry ni untuk ko, hutang kain Guangjao kira diskaun 70% okayss.

Tambah la pulak sepupu-sepupu aku yang solehah sume suka aku jadi wartawan gossip, walaupun aku tau dalam hati depa pun meronta-ronta nak bergossip, tapi takut. Takpe, aku tolong la meluahkan apa-apa yang korang nak mengumpat tu ye, feel free to contact me ha haha.

Pasal KAWAN I yang digembar gemburkan ada gundik tu, I sungguh la rasa nak tampar je 118 kali bagi dia sedar. Mamai kot.

Patut la the "impunged gundik" tu drives a hi class car. I memang tak mampu la, beli tayar sebijik buleh la kot.

Dah bini dia memang baik sangat-sangat, macam Dewi Kayangan Jula Juli Bintang 3. Apasal la buat perangai ghope itu Yeop.
Adussss makin kurang lelaki yang baik di muka bumi ni.
Lagi la ajaib, dah trend orang jantan ni, bini baru or scandal they all mesti lagi BAPAK BURUK dari bini yang lama. Bukan ka sepatutnya fitrah manusia semakin tua dan berjaya semakin improved taste dan cita rasa?? Buta ka Bodo??

*En Kanda, U buat la perangai macam tu, bukan takat I sign borang kebenaran tau, borang application mintak permit mengkubur pun I bagi skali.

* dah pulak tadi nampak jantan naik scooter kaler pink, pakai pun baju pink, ohhh very d vain.(memang ar tiada kaitan, saja suke ati nak letak)

14 comments:

AuntieYan said...

Salam Rose,

Marah bebeno gayanya Rose ni??...Auntie pun kenkadang naik heranlah jugak dengan pompuan-pompuan yang suka sangat kat laki orang ni, gamaknya lah, depa ni dari jenis yang suka merembat apa yang orang ada. mungkin rasa bangga, mungkin rasa bahgia bila orang lain merana...bila kena batang hidung sendiri barulah tau...

knv said...

hahahahaha.. you are so funny lah!

oh i drop by from Myra's blog! best la blog nih! i add you in boleh ye?

-salam kenal-

Anonymous said...

betul la yg u kata u have to choose either one, x blh kwn2 dgn dua2. kdg-2 i yg emo tgk. tapi selalunya i choose yng first la since kenal yang tu dulu. tak gitu cik rose.

Anija, said...

Aku pon tak leh dgr atau nak bersetongkol bab2 pasang cawangan nih.. ggrrrhhh, naik hantu aku..

aku selalu bagi tau Aizal, kalau I mati pon u tak leh kawen len (hahaha.. dasyat sungguh aku ni, dah mati, mati la..), aku sambung lagi, kalau i mati, u kawen len, I nak jadi hantu, dok kat tingkap bilik u mlm2.. hahaha...

Aizal mengucap panjang... hahaha..

ummisara said...

hahahha.....bravo. posting i loikeeee tau!

weiii bab -bab pasang 2 nih kan, aku memang dah arifffffff....opsss! bukan aku tau tapi tok aku, pakcik-2 aku...hah ambikkkk!!! hang pun tau kan...aku paling menyampah bila terpaksa bermuka depan yang 1st then depan yang 2nd di waktu-2 yang berlainan...nak ikutkan hati aku nih...mau ajer aku kasi satu tumbukan kat muka pakcik aku tuh...!

Kat tok aku tak leh lah nak wat camtuh sbb bini-2 dia semuanya bersatu...lagipun tok aku dah 6 feet under mah!!!!!

semua aunties jadik serba salah...tengok nih..jantan punya crita kita pompuan yang haru hara!!!!

MrsNordin said...

Hee.. hee... apa lah you merapu petang2 Jumaat ni. Walaupun I tak berapa faham ada maksud yang tersirat dan tersurat, tempias dia tu boleh baca lah....

Men! Malas nak cerita, takkan ada kesudahan. Buat buang boreh je!

Mama Huptihup said...

aduh, migraine aku baca!!! yg pastinya aku bkn antara sepupu2 yg dok tunggu hg mgumpat kan..kan?

kay_leeda said...

Memula baca posting in kat BB. Tak puassss...coz cenonet je dapat tgk and hv to scroll down nak habis baca cerita. So, ni revisit baca kat PC lak..ha..amik!!

Well what can I say...MEN!!! I saw in the news hari tu about Uztaz conpius tu, yg at times jd pendakwah bebas, at times kluar as pengusaha cafe. Lawa nyer bini dia tuhhhh.....perghhh!!! Anak 6 pas tu, "excess" sini sana tak dak pun!! Tu lah kan, masa susah dulu, si wife ni lah yg bantu. Bila dah senang, aiiikkk lupa plak...grrrr. Tak patut..tak patut.

Kalu I lah, you wait ah...I will tuntut all I can. Slap him with a humongous bill sampai tak leh kira zeros nyer.

Ehh sorry lah eh, ter-over emo lak kat yr blog ni. Baru lepas hangin kat org di rumah ni...grr. Btw, permit mengkuburkan tu mana nak apply daaa?? Heh..heh...you'll never know kan, it may just come handy :D

Cik Puan Kamil said...

Darah ku meyirap2 baca sbb bukannya ada 1 contoh tapi bercontoh2 perkara yg aku pantang sokmo... Ee... tak suka...

My friend dulu masa hubby dia buat perangai pernah jerit kat dalam telepon masa kat office "Lepas awak nak berpa***t dengan dia awak nak berpa***t dengan saya pulak ? "
Geli lah !!"

Keh keh... padan muko... Tapi strategi tak jadi sebab masih kawin lagi satu... cess...

Hazrey said...

Boleh tak buat entry pendek sikit?

Hahahah..sori tengah biol berjangkit kau.

Ehh, am going to Singapore again soon. Nak return. :)

wanshana said...

DR,

I setuju ngan Auntie Yan. I believe in the notion that what goes around comes around. Kalau si pompuan tu dok menggatai ngan laki orang, there'll come a day when there'll be another pompuan yang dok menggatai ngan laki dia...Baru dia rasa!

I pun hari tu, telah menghalang (chewaaah!!) my hubby to attend a wedding when his friend kawin lagi satu. Sungguh melanggar prinsip hidup I...

Lee said...

Hello Desert Rose, interesting conversation. Love your use of color fonts...looks attractive.
You have a nice day and keep a song in your heart, Lee.

Hazrey said...

Melankolik betul kawan kau sorang ni kan DR.

Aku nak berniaga jual bunga lepas ni, dan aku dah ada prospect client dah.

tireless mom said...

DR dear

I confuse lah baca blog ni but I know kesimpulannya it is all about men yang letak otak kat tempat lain, you know what I mean. Was waiting for you to write about ustaz rebonding tu, huhh, memalukan. Hilang respect pada pendakwah like him.