BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 7, 2009

Chenta Abadi...

Bagai pinang dihempuk di atas batu , sungguh sepadan dan manis
pasangan ini


Oh bahagianya mereka di saat ini



Mana -mana perempuan yang menggangap lelaki yang mulia dan cinta sejati yang tidak memandang harta dan rupa masih wujud di dunia ini, sila bangun dari mimpi ya, kerana mimpi itu adalah mainan tidur semata.Mimpi yang buruk sahaja.
Sejak Nenek Wook Kundur bernikah dengan En Mohd Nor 3 tahun dulu, jauh di sudut sanubari I dah sudah curiga.

Apakah sesuatu En Mohd Nor ini, yang mengatakan beliau telah menemui ketenangan dan cinta sejati setelah bertemu Nenek Wook?????

Tidak kah nasfu dan libido lelaki normal seusia beliau adalah sedang membuak-buak????

Awal tahun ini, Nenek Wook mendakwa rumah mereka kecurian, tilam dan katil pun telah dirembat. Keji sungguh pencurik itu.

TETAPI.....

Hari ini telah diberitakan, suami nenek yang tersayang telah dilokap kerana positif dadah. Beliau juga telah mengasari nenek bila nenek tak bagi isap dadah.

Bukan itu saja, kereta yang nenek belikan pun telah dijualnya untuk buat beli dadah.

Nenek sangat sedih.Kesian Nenek Wook.

Nampaknya, its not cinta sejati afterall tapi cinta yang mencari mati...

Adakah pencuri katil dan tilam yang keji itu beliau jugak????

Sungguh hangsuah beliau itu.

Beliau memang mempunyai motif bila berkahwin ngan nenek, mesti punya la.

Dan nenek pun dah lama tau hasbennya adalah seorang hampeh, tapi nenek cover sebab cinta.
Sampailah lahabau tersebut kena lokap, terpaksalah nenek berterus terang ekkk
.
Sekarang pun walaupun nenek sedey , tapi nenek tetap membekalkan sejadah dan tasbih untuk hasbing (hasben + kambing) tersayang, dengan harapan beliau akan insap dan kembali ke pangkal jalan.
Mmmmmmm ataupun, En Mohd Nor terpaksa melalokkan diri beliau dahulu sebelum 'bermesra' ngan nenek????? (jahatnya mulut budak ni)
Akhir kata, wake up Nenek, yang sudah tu sudahlah. Satu pergi 10 mari. Sebelum jumpa si hangsuah ni nenek pun dah penah kawin 22 kali per.
*Sorry ek , tak jumpa plak la berita yang dimaksudkan itu , carilah sendiri ye, tangan lenguh dah

18 comments:

AuntieYan said...

Salam Rose,

Itulah nasib wanita.....ingatkan cinta sejati, ropanya cinta untuk menjual dan membeli. Sudah-sudahlah Nek...dah 22 kali, takkan tak serik lagi nooooo...oppsss.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

hmmm aloh.....

nak gelak ke tidak ni....hahuhahuhahu....yelah lah nek...apa lagi nak di cari tu..udah 22 kali nikah,tak jumpa jumpa lagi chinta sejati ....cintai lah Yang Satu tu udah ler..

Cik Kiah said...

udoh udoh le tu nenek wook.

Mimi said...

aku pun rasa pelik..awat la dia ni kawen dgn nenek umoq 100++ yrs old..seriously, something berbau tikus

nenek ni pun dok x serik2..

Hazrey said...

kesian nenek. mesti 'kepingin'.

DR, pergilah represent hasbennya tu. Probono.

Haha x 10.

Mama Huptihup said...

hamboi mulut hanggggg!!! i think nek wok is just lonely and how many men yg nak dgn dia kan...org2 tua ni bila kwin mostly sbb lonely bkn sebab chenta...and durjana tu amik kesempatan atas kelemahan nek wok..sian nek wok....

Ida Hariati Hashim said...

Madam DR,

Wei, u jgn hingat Nenek Wook ni tua kerepot, mana tau dia masih 'menggigit'...kahkahkah...

Dasyat ye..sampai dah dua laki bernikah...wow..

tireless mom said...

Nenek Wook pun tengah high kot masa dia tangkap cintan kat Abe Mat Nor!

Naz in Norway said...

Laaahai...ingatkan itulah cinta sejati walaupun hati XS ini berbisik jugak dulu *eh! biar betul...*
Tapi bagus jugak tupai tu jatuh ke tanah, tak la Puan Nenek hidup dalam fool's paradise lagi.

Lee said...

Hello Desert Rose, regret my bahasa really rusty, but from what little I understand, don't tell me the young man and old lady are together?
Wow! First time I see something like this. Lee.

kak ja said...

Kita sama2 pompuan.. meh kita jwb jujur..

1)mau ka husband yg xdak rupa? Jwb: kan kita dah set std kita, ada yg nak at least yg mcm MY George Clooney ke, Brad Pitt-am ke.. Lgpun, yg xdak rupa tu silap2 antu ke..

2)mau ka yg xdak reta? Jwb: at least kita nak lah yg bekerja, bleh tanggung kita dan anak2.. Kalau reta elek, keje pun nehi, bleh blahh lah..

Waaahhhh.. jujurnya kita!!

Cik Puan Kamil said...

Hampeh sungguh... I awai dah kata kalau betui nak jaga Makcik Wok tu buat apa menikah, jaga pi saja lah...

Sian orang tua tu... Tapi terror sungguh. 22 kali menikah... respect..

wanshana said...

Kesian Nenek Wook... :(

Masa memula baca news depa kawin, my first reaction was, (A) "Biar betul?!"

My second reaction was, (B) "Sure laki ni nak kikih gheta..."

Third reaction was, (C) "Hmmmm, ka Nenek tu ada pakai pengasih tahap tertinggi...?"

Nampak gayanya, jawapan yang betul untuk multiple choice question ini adalah - "B"...

Kesian Nenek Wook :(

Salt N Turmeric said...

too funny to even comment. lol.

ummisara said...

Cik Rose...

setelah 3 hari chek tak mengadap blog sbb training...tetiba bila baca ur blog today...chenta ababi pulak tajuknya...

ishhhhh nenek tuh nak tempat bergantung tuh...tapi silap orang....

MK said...

isk..nenek.. nenek pakai pampers ke tak ni? nenek mk dah pakai pampers dah..hehe. mungkin suami nek wok tensen sbb penat tukarkan pampers?

mamasita said...

Hoi Desert Rose!!
You ni buat I sengih solang2 baca your entry! hehehe

I dah kata dah..mesti ale ulang melakang matu maa..mana ada tlue lap ini maciam!!

Waterlily said...

I ade la baca news pasal couple ni dulu. Mula2 baca..huh??? Then I read the article again. Seingat I la, ada one part that mentioned this nenek ni pandai mengurut...that time, malas nak fikir tak elok, so I assumed sebab the hasben jatuh chenta dek terror nya dia ni mengurut..

Oh..sungguh aku tersilap..!